Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Selasa, 18 Disember 2012

Dari Seoul~Osaka~Puncak Minden : Part II


Bila bersendirian, teringat nak upload satu entry…wpun blog Seri ada banyak jugak ttg resepi dan mkanan tetapi Seri tetap akan tulis perkara yang bukan dr resepi atau makanan sekiranya teringat. Resepi dan makanan tu sekadar suka-suka….yang penting Seri tak cilok gambar dr blog masakan org lain…huhuhu…

entry kali ini, Seri tulis bila Seri rasa rindu pd bonda Seri yang sudah 3 bulan terlantar di hospital…disebabkan kondisi yang jauh di Bumi Malaya dan memenuhi tuntutan kerja, Seri balik pun berkala-kala…tapi ingatan itu tetap sentiasa ada diiringi dengan doa…dan paling penting masih terasa dekat..

tajuk entry kali ni pernah Seri tulis sebelum atau memula Seri bercuti belajar dulu…tapi kali ini Seri baru terasa tempias hikmahnya….Bukankah apa yang Allah bg pd kita penuh dengan rahmat dan hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu? Pasti ada jalannya supaya kita tidak kufur akan nikmat Allah….supaya kita belajar menerima tuntutan takdir yang sudah ditentukanNya….Sesungguhnya Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu…

Rupa-rupanya Tsunami di Jepun lewat tahun 2011 lalu, hikmahya turun kepada Seri juga…gempa berukuran 8.9 skala richter yang mengakibatkan tsunami 10 meter di perairan Jepun berdekatan Miyagi , adalah hikmah untuk Seri…sebelum gempa di Jepun, kira-kira 2 minggu sebelumnya, Seri dengan rasa sungguh gembira bukan kepalang bila memikirkan yang Seri akan kembali mencari ilmu di bumi Matahari Terbit itu sekali lagi. Seri menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat kedoktoran di Osaka Universiti… Kali ini jangka waktunya panjang…3 tahun berbanding ketika 15 tahun dulu…hanya 6 bulan untuk program pertukaran pelajar…Sudah terbayang-bayang Pesta Hanami dan duduk di bawah pokok Sakura dialasi kanvas atau tikar plastik sambil bertukar cerita beramai-ramai dan makan-makan….Kota Diraja Tradisi, Kyoto pasti akan dijengah sekali lagi walaupun jaraknya dengan Osaka lebih kurang 40km, untuk melampiaskan segala rindu yang pernah bersatu di kota lama Jepun itu. Kampus Kyoto pasti akan dilalui lagi menghirup udara sejuk serendah 10 darjah Celsius dengan segar…pasti kali ini kondisinya berbeza iaitu hadir dan dtg ditemani suami tercinta…Jadi semangatnya lebih di situ untuk belajar…Oh! Indahnya kenangan dan angan-angan itu..

Namun siapa tahu, perancangan Allah melebihi segalanya, Jepun dilanda tsunami…menyebabkan ibu Seri dan ibu mertua Seri menegah dengan keras sambil menangis menitiskan air mata melarang Seri belajar di luar negara, seperti mana mereka melarang Seri terbang ke Seoul, bumi yang terkenal dngan Kimchi itu.Ibu Seri yang sememangnya sudah tidak boleh berjalan akibat serangan stroke tetapi masih berkeadaan sihat dan ibu mertua yang kdg kala diserang sakit jantung, benar-benar menahan pemergian Seri….seperti mana dalam post entry Seri yang lalu, dek kerana memikirkan permintaan dan kondisi kedua-dua ibu Seri, akhirnya setelah istikharah dilakukan, Seri mengambil keputusan untuk membatalkan pemergian Seri ke negara Matahari Terbit itu untuk melanjutkan pengajian. Kecewa memang ada, siapa yang tidak kecewa bila peluang terbentang di depan mata namun tidak dapat disambar dan dimiliki.

Namun apalah maknanya kejayaan tanpa restu ibu bapa. Memikirkan itu dan keadaan bonda Seri saat dan ketika ini sedang kritikal di hospital Seri sering termenung dan berfikir jauh-jauh. Melontarkan segala kekecewaan dan memuhasabah diri sendiri bila diikat dengan dugaan demi dugaan ketika menuntut ilmu sekarang ini. Melihat kondisi bonda Seri, barulah Seri faham mengapa Allah mengalihkan jalan Seri ke Puncak Minden…bukan di bumi Nippon yang pernah Seri jejaki 15 tahun dulu. Bayangkanlah perasaan dan keadaan Seri jika Seri sedang belajar di Jepun saat dan ketika ini…mendengar khabar keadaan bonda Seri yang kritikal dan tidak stabil di hospital saat ini…ke manakah Seri hendak lalui jejaknya? Teringat Seri kata-kata bonda Seri “kau tak akan dapat balik dalam sejam dua jika apa-apa berlaku pd mak” bersama linangan air matanya…Apakah beliau sudah dapat menghidu bahawa dia akan menjadi seperti ini saat Seri meminta restu untuk ke Jepun hampir dua tahun dulu? Apakah Seri sedang diberikan peluang oleh Allah untuk melihat ajaibnya kata-kata seorang ibu buat kali kedua yang berlaku di depan mata Seri? Begitulah ibu bapa dalam pandangan agama kita, tempatnya sungguh mulia di sisi Allah…

Bayangkanlah perjalanan menaiki kapal terbang dari Osaka ke Kuala Lumpur saja mencecah hampir 8 jam perjalanan ditambah lagi pjalanan dari KL ke Kuching mencecah 2 jam…hampir 10 jam barulah Seri dapat bertemu bonda Seri jika Seri belajar di sana…bagaimana pula jika ketiadaan tiket dan tambang yang mahal? Aduhai…sesungguhnya Allah lah perancang terbaik dan memberikan yang terbaik dalam hidup kita…Bayangkanlah…

Seri bersyukur, walaupun cuma di dalam negara, Seri berkesempatan juga melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi, masih diberikan kesempatan itu oleh Allah SWT, biarpun diduga dengan pelbagai rencam ujianNya, sekurang-kurangnya Seri masih berada di bumi bertuah ini, di tanah air yang Seri sayangi ini….biar apa pun kondisinya, Seri masih dekat dengan bonda Seri, biarpun saat ini nampak jauh….KAMI JAUH…TAPI SENTIASA DEKAT…perjalanan menaiki penerbangan ke Kuching sekurang-kurangnya hanya 1 jam 45 minit…sekurang-kurangnya Seri jimat hampir 8 jam untuk sempat bertemu dengan ibu Seri…

Bayangkanlah….

Benar…TUHAN BEKERJA PENUH RAHSIA! ~Faisal Tehrani : Tunggu Teduh Dulu~


Seri Panggung
Kota Mualim
Lembah Titiwangsa

Sembuhlah duhai Bonda...sembuhlah segera...Kami rindu hendak mendengar gelak tawamu seperti dulu...ajaran nasihatmu yang tak kenal erti penat lelah dan bersandar kepadamu saat diri dirundung dugaan dan ujian hidup....Ya Allah Ya Rabb...sembuhkanlah ibu kami dan berikanlah kekuatan kepadanya untuk melawan kesakitannya...Aamin!

Jumaat, 14 Disember 2012

Masak Asam Pedas Melaka Ikan Bawal Emas

Wow! Dah lama sungguh x update entry kat sini...bukan maknanya dapur Seri x berasap, tapi Seri belum ada masa yang sangat lapang utk ke sini...sepanjang ketiadaan Seri di sini, pelbagai dugaan dan halangan hidup Seri telah lalui...namun Seri tetap senyum...bukankah ujian Allah tanda dia sayangkan kita? so...jdkan masalah sbg peluang utk baiki diri kita dan hidup kita...aja..aja..fighting!

Nah! sekembalinya Seri ke sini sebab ada permintaan dr student Seri yang nakkan resepi masak asam melaka...haa...ini resepi turun temurun MIL Seri..masak kene ala dia...kalau tak, kene komen sampai 2-3 minggu....huhuhu...tapi lepas 12 tahun Seri expert...kdg2 jek ada gak la kene komen...biasalah MIL Seri tu Super Cerewet...heheh...tp dia baik ati...heheh...

jadi apa tunggu lagi! Cubalah ya?!..

Resepi Asam Pedas Melaka (Kepala Ikan pown Sodappp!!)

3-4 potong ikan bawal emas (selar, cencaru(cencaru kne buang jaket dia hehe) n kembong pun boleh)
2 bj bwg merah- sederhana besar
2 ulas bwg putih
4cm belacan
1/2 inci halia
kunyit sebesar ibu jari
2 btg serai-kalau serai besaq 1 jek cukup utk mkn 2 org hehe
cili kering kisar
air asam jawa - drpd sekepal asam jawa
garam dan sedikit gula
bahan tambahan spt bendi, daun kesum, bunga kantan, tomato, terung bulat pun boleh masuk

1. tumbuk kunyit dan belacan smpi hancur
2. msukkan bwg merah dan putih serta halia-tumbuk
3. titikkan serai
4. tumis bahan yg ditumbuk dan serai tadi sampai naik bau dan garing
5. kemudian masukan 2 senduk masak cili kering kisar- tumis sampai garing dan naik bau (kalau x garing asam pedas x sedap sbb cili x masak)
6. bl tumisan sdh garing, masukkan air asam jawa sedikit dan masukkan ikan-balik2kan ikan tuu...biar dia serap kuah
7. kemudian bila nmpk mcm ikan da masak sikit, masukkan semua air asam jawa yg ada
8. biar kuah mendidih-masukkan garam dan sedikit gula
9. masukkan bhn tambahan tadi- sy biasa masuk daun kesum dan bunga kantan jek, sy suka sbb jd wangi
10. bia mendidih 1 minit padam api dan boleh dihidangkan

tips: kuah mesti sedikit pekat dan x cair...#kalau nak guna mangga muda, tak payah guna asam jawa lagi sbb mangga muda sgt masam...carik yang kaw2 masam dia...heheh#

as simple as ABC kan?

~Selamat Mencuba~ :)

Masak Asam Pedas Ikan Bawal Emas Dengan Mangga Muda sesuai utk makan tengahari bersama keluarga tersayang....


















Jumaat, 21 September 2012

Mee Suah Bebola Sotong Istimewa...amaran: ini bukan mihun sup...hahaha

Wahhh...lama betul Seri x ke sini...utk masukkan entry resepi...semenjak lpz hari raya Seri sibuk betul dgn tesis Seri, kemudian kene serang hendap dgn famili en usband dan student yg nak dtg beraya d umah, kemudian ...dan kemudian....uhuhuhu...ok la...bila semalam Seri masukkan gambo Mee Suah katalbum mkn-mkn dlm pesbuk Seri, ramai yg tertanya2 itu mee apa...tak pernah tgk...rasa apa? rupa apa? ramai jugak yg sangka meehun sup...huhuhu...Seri pikir sesetengah orang Selatan tanah air mesti tahu Mee Suah...mee yang menjadi pengganti selera nasik kekadang pd wktu tengah hari atau juga untuk mkn malam atau minum petang...semuanya boleh..

Seri pandai makan mee suah ni pun bila dah kawin dgn en usband sbb famili dia mmg suka makan mee ini kalau berkumpul waktu2 petang... jadi MIL Seri pun ajarlah mcm mana nak buat mee suah yg sedap ni...tp sayur2 tu, tambahan Seri je la...ngan cili padi sbb Seri suka pedas dan suka sayur serta rasa2 masam tomato...resepi asalnya dpd MIL Seri cumalah ada udang kering, dan bubuh sawi...lain2 tu..sumer Seri pandai-pandai ubah ikut kesukaan...hahaha...masak ni bukanlah rumit sgt, asalkan rajin dan ada kreativiti...jadilah! yang simple2 mcm ni pun boleh jd pembuka selera bila nasi dah tak lalu buat sementara nak masuk ke anak tekak.

ok, lah, Seri nak letak resepi mee suah ni kat sini walaupun asasnya sgtlah mudah...

MEE SUAH BEBOLA SOTONG ISTIMEWA

1 bungkus Mee Suah (mempunyai 2-3 papan mee suah)
1 biji bawang merah (saiz agak besar)
2 ulas bawang putih
sejemput udang kering (optional)
5-6 biji bebola sotong sayur (boleh juga guna bebola ayam) (potong ikut suka)
sekerat kecil lobak merah
2 tangkai sayur sawi
1 biji tomato (saiz sederhana-besar)
3 biji cili padi merah
garam dan sedikit gula
3-4 cawan air
daun sup dan daun bawang
bawang goreng

**boleh tambah apa-apa jenis sayur ikut kesukaan anda

1. Tumis bawang merah dan putih serta cili padi hingga garing
2. masukkan bebola sotong sayur-goreng sampai sedikit kembang
3. masukkan air-biar hingga mendidih
4. masukkan semua sayur-sayuran
5. tambah garam dan sedikit gula
6. masukkan mee suah- kacau seminit
7. padam api, hidang dan hias dgn daun sup, bawang dan bawang goreng

Selamat mencuba!

Seri Panggung
L.Titiwangsa

Mee Suah Bebola Sotong Istimewa...yummmmyyy!!

Jumaat, 10 Ogos 2012

Tahniah Pandelela Rinong & Dato' Lee Chong Wei...Wira & Wirawati Malaysia

Hari ini dapur Seri berkepul-kepul keluar asap lain dr kebiasaan..hahah...bukan apa dek sebab terlalu leka dgn berita kemenangan wirawati kita Pandelela Rinong menyumbangkan satu lagi pingat kepada Malaysia dalam sukan berprestij Sukan Olimpik di London menerusi acara Terjun 10m Platform. Haa..hari ini entry Seri lain dr resepi...nadanya patriotik sikit! kikiki...First n foremost, Seri nak ucapkan TAHNIAH BESAR-BESAR UNTUK ANAK MUDA MALAYSIA itu...malah paling mengagumkan dan membanggakan Seri lagi beliau SARAWAKIAN sama macam Seri...hehehe...walau bagaimanapun jgnlah ada pembaca yg baca blog Seri ini kata Seri kenegerian pulak bila menulis macam ni...sebab apa-apa pun Pandelela tetap gunakan jersi bertulis MALAYSIA di belakangnya dan tetap mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda bangganya menyumbang bakti pada negara. Juga tetap membawa visi untuk mengharumkan nama MALAYSIA.
Biarpun mendapat pingat GANGSA, tapi prestasinya sangatlah MEMBANGGAKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA kerana mencipta sejarah sebagai atlet pertama selain badminton meraih pingat di Sukan Olimpik yang berprestij itu dan juga ATLET WANITA PERTAMA MERAIH PINGAT DI SUKAN OLIMPIK. wahhhh!!! TAHNIAH lagi sekali tau! Bangganya dengan beliau. Seri sampai menitis tears of joy bila melihat aksi beliau bila nak confirmed dapat pingat semalam. Juga ketika beliau naik ke platform menerima pingatnya...setiap kali beliau hendak melakukan terjunan, Seri turut rasa berdebar-debar...hak3...patriot kan???
Tapi janganlah ada pulak desas-desus kata-kata menyakitkan untuk wirawati kita ini macam yang dilakukan terhadap Dato' Lee Chong Wei kita. Sungguh kurang sopan kann??? Patriotlah sikit...sekurang-kurangnya org tu dah bagi sumbangan besar pada negara kita...tapi kitaaaa?????? Dah sumbangkan apa untuk negara malaysia tercinta ini??? Cukuplah sekadar kita tanam rasa bersyukur sebab duduk dalam Malaysia yang tak berperang, makan pakai cukup sampai kita sakit2 sebab makan, bukan sakit sebab tak makan...cukuplah jugak kita sokong mana-mana individu yang sudah membuatkan seluruh warganegara berbangga dengan pencapaiannya kerana mengharumkan nama negara tercinta ini di mata dunia...Hurmm....sekarang ini Malaysia sedang dalam proses untuk membangunkan dan memakmurkan buminya..siapakah yang perlu bertindak untuk semua tu? KALAU BUKAN KITA???

Seri juga nak amik kesempatan ini nak ucapkan TAHNIAH JUGAK PADA DATO' LEE TEMPOH HARI YANG MENDAPAT PINGAT PERAK DI SUKAN OLIMPIK LONDON. sesungguhnya kami bangga dengan Dato' Lee dan Pandelela.

Malaysia BOLEH!!!

Seri Panggung: Jaga-jaga! Seri MEMANG PATRIOTIK ORANGNYA! hak3....MESTI BANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG AMAN DAN MAKMUR INI YA!






Khamis, 9 Ogos 2012

Kalau Roboh Kota Melaka...Mee Jawa Kita Masakkan..haha

Wahh...berpantun pula Seri hari ini...tapi ni pantun dah "diperkosa" namanya...huhuhu...jangann buat ya...Sebagai pencinta seni dan budaya warisan, Seri pantang tgk pantun-pantun lama dirosakkan atau istilah Seri selalu guna kepada student "diperkosa"...huhu...istilah pun dah menunjukkan kerosakan yang sgt dahsyat..tajuk Seri tu...hanya gurauan semata-mata...tobat lpz ni Seri x mo dah rosak2kan warisan bangsa...huhuhu..

Haahhh!! Salammmm semuaa...entry kali ni Seri nak letak resepi Mee Jawa...My MIL Secret Recipe..haaa...dr mother in low Serilah Seri banyak blajar masak...maklumlah...en hubby sebelum kahwin, hanya makan masakan omak dio eh...x makan doh masakan2 luo ni...huhu...so MIL Seri banyak bg tunjuk ajar mcm mana masak cara dia supaya anak dia selalu kenyang perut dengan Seri...Time kasihhh banyak makkkkk!!! hehehe...nnt kita sopping raye lg ya??? hehe

beklah untuk yang menunggu dah lama dan dah lama mintak, silalah cuba resepi Mee Jawa MIL Seri ni ya?


Mee Jawa Mak Mentua
500gm mee kuning (recommended: mee kuning cap Laksamana..mee dia elok x benyek bila direbus)
2 tangkai sayur sawi
300gm taugeh
1-2 keping tauhu-goreng dahulu dan potong 2
cili merah dan hijau segar(bg yg suka pedas boleh guna juga cili padi)
daun sup
bawang goreng
telur(ikut suka anda dan direbus)

Resepi Kuah:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kering kisar(bg yg suke pedas boleh tambah jd 3 sudu)
2 sudu serbuk kari daging
2 sudu taucu
1 1/2 jemput udang kering
4 biji kentang
4 biji keledek merah
3 keping kek ikan
1 kilo kerang segar-direbus dahulu dan dibuang kulitnya serta diketepikan dahulu
garam dan gula secukupnya

1. Rebus kentang dan keledek bersama dan kisar dgn air masak bila sudah empuk- ketepikan
2. tumbuk bawang merah dan putih-ketepikan
3. tumbuk taucu bersama udang kering -jangan lumat sangat dan ketepikan
4. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau
5. kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak atau garing
6. bila sudah garing masukkan serbuk kari yang sudah dicampur dengan sedikit air
7. masukkan pula udang kering dan taucu yang ditumbuk bersama tadi. kacau hingga semua bahan sebati dan masak garing
8. masukkan kentang dan keledek yang telah dikisar dan campurkan dengan air(ikut banyak mana nak buat kuah atau tgk kepekatan kuah bila dicampur kentang dan keledek-jgn pekat sangat)
9.masukkan garam dan gula secukupnya**
10. reneh kuah hingga mendidih dan masukkan kek ikan-biakan mendidih sekali lagi
11. Barulah masukkan kerang segar dan biar mendidih lg sekali
12. Padam api dan biarkan kuah sejuk.

sementara menunggu kuah masak bolehlah disediakan bahan-bahan lain yang hendak dimakan bersama dengan mee jawa ini

1. rebus telur**
2. potong sawi dan siang taugeh serta celurkan dalam air mendidih yang dicampur dgn sedikit minyak masak
3. hiris cili nipis-nipis
4. potong 2 dan nipis-nipis tauhu yang telah digoreng tadi
5. potong daun sup
6. celurkan mee kuning

setelah kuah masak dan me siap dicelur bolehlah dihidangkan dengan bahan-bahan di atas ni ikut citarasa masing-masing. hiaskan dengan bawang goreng.

Info:- **mee jawa ini rasanya pedas-pedas manis
**telur adalah satu bahan yang mesti ada dlm mee jawa..tanpa telur apalah mee jawa...hak3... ;p


selamat mencuba ya? Tapi banyaklah bersabar untuk sediakan hidangan ini ya...senyum selalu :) saya yakin ahli keluarga pasti tersenyum merasa hidangan ini..terutama en suami yang suka rasa-rasa manis pedas ini...;p

Seri Panggung
L. Titiwangsa


Mee Jawa yang sudah dikuahkan...yummmyyy!!!hehehe... ;)

Ahad, 5 Ogos 2012

Ketam masak Lemak Cili Api...Berasap! :)

Ada permintaan pula untuk resepi ni dpd student Seri..wpun tak makan ketam, Seri perlu tahu masak masakan ini sbb dikelilingi oleh org yang makan gulai ini; suami dan keluarganya. lagi-lagi bila mereka org melaka bersempadan dengan negeri 9. (Naning-suami Seri keturunan Minang gak)...memang kene pandai masaklah...ini hidangan yg selalu ada bila berkumpul ramai-ramai bila balik bercuti di kampung...baiklah...malam pun da larut mata Seri pun mcm da tak berdaya nak bukak...so entry kali ni ketam masak lemak cili api...gambar awal-awal cakap bukan gambar real Seri kerana Seri belum buat setakat ini-actually da lama x buat...tetapi kredit untuk http://secretgarden2u.blogspot.com-gambar dia pun nampak menarik...pinjam ya...hehe...jd ni la resepi masakan ni...harap yg mintanya mencubolah yo??? :)




Ketam Masak Lemak Cili Api

3 ekor ketam
segenggam cili padi kampung (kalau x tahan pedas kurangkan ye!)
2 batang serai dititik
kunyit hidup sebesar ibu jari
2 cawan santan pekat
½ cawan santan pekat dicampur dengan 1 cawan air masak
2 helai daun kunyit
4-5 biji limau kasturi

1. tumbuk / kisar cili padi dengan kunyit hidup
2. titikkan serai
3. masukkan semua bahan tersebut di dalam periuk dan tambah ½ cawan santan yang telah dicampur dengan 1 cawan air masak tadi
4. gaul sebati bahan tadi dan didih atas periuk. tambah garam dan sedikit gula secukup rasa
5. bila kuah mendidih masukkan ketam dan santan pekat tadi. santan haruslah dimasukkan secara sedikit demi sedikit. kacau perlahan dengan cara timba dan buang supaya santan tidak bergentel
6. masukkan perahan air asam limau mengikut kesesuaian rasa masam dan masukkan daun kunyit yg telah dibuang tulangnya dan dicarik kasar.
7. padam api dan angkat

tips: 1. jgn angkat senduk dr periuk jika mahu kuah nampak cantik
2. jika masak gulai bersantan selalulah “timba-buang” kuahnya agar santan x bergentel.
3. jika boleh gunalah limau kasturi utk rasa masam sedikit dpd rasa asam keeping (lebih sedap)


selamat mencuba
:)

Seri Panggung

Sabtu, 4 Ogos 2012

Mee Wantan Kicap dan Kuah Cili Pembuka Selera Petang

Hari ini Seri kecewa sbb x jumpa daun kesum dan bunga kantan nak buat laksa...padahal Seri memang da terliur-liur nak makan laksa stlh lama x masak laksa sendiri...huhu.. nak ke tempat lain Seri jadi malas bila melihat ramainye lahh manusia bersesak-sesak dan bersempit-sempitan di mana-mana tempat membeli barangan dapur...ntah apalah yg menghantui kegilaan manusia semua ni...jadi Seri pun balik..tak mahu melemaskan diri di tengah hiruk pikuk manusia membeli belah...ermmm, jadi...Seri pun tepaksa menukar menu...kebetulan ada stok mee wantan di rumah dan bahan-bahan pun ada, jadi Seri pun apa lagi...masak ajelah dgn apa yang ada...untuk yang nak resepi ni, check it out ya! dan jangan lupa mencuba... :)

Mee Wantan Kicap dan Kuah Cili

4 gulung mee wantan kering
sedikit serbuk lada putih
minyak bijan (kalau tak ada boleh gantikan dengan minyak sayur)
5 batang sayur sawi atau pak choy
2 ketul bahagian dada ayam (bahagian lain boleh juga, Seri guna bahagian tie)
1 biji bawang merah (sederhana besar)
8 ulas bawang putih
5 biji cili merah segar
1 ketul kiub ayam knorr
2 bj buah pala
1 batang kayu manis
3 tangkai bunga cengkih
I kuntum bunga lawang
kicap manis saus ABC (recommended)
sos cili dan tomato
garam, gula, cuka secukupnya

1. tumbuk bawang merah dan 3 ulas bawang putih dan tumis sekali dgn rempah tumisan hingga naik bau
2. masukkan ayam dan gaul sebati dgn rempah tadi hingga separuh masak, angkat dan kemudian gaul ayam dengan kicap manis saus ABC dan sedikit serbuk lada sulah. ketepikan.
3. masukkan air, kiub ayam knorr, tambah garam dn sedikit gula dlm sup.
4. reneh sup hingga mendidih dan padam api.
5. rebus mee wantan kering dan kemudian tos.
6. celurkan mee dengan air sejuk sebentar. (Seri guna air masak). Angkat dan toskan.
7. kemudian gaulkan mee dengan kicap manis saus ABC, serbuk lada sulah dan minyak bijan/minyak sayur. ketepikan atau masuk dlm pinggan.
8. goreng ayam hingga masak.
9. celur sayur sawi dalam air mendidih dicampur dengan sedikt minyak. ketepikan.
10. untuk kuah cili, kisar cili merah segar dan 5 ulas bawang putih, garam, gula dan cuka secukupnya. kemudian tambah dgn sos tomato dan sos cili
11. hidangkan mee dengan sayur sawi, ayam, sup dan kuah cili segar

selamat mencuba :)


Makan dengan sup dan kuah cili ni...sedap wooo...hehe





Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Kari Kepala Ikan Merah

sebelum ni ada kawan Seri bertanya pada Seri macam mana nak masak kari kepala ikan ummphhh...mcm kat kedai mamak...hehe...jadi Seri masuklah entry resepi ni utk tatapan kawan Seri dan semua..harap2 menjadilah mcm kari mamak...kalau tak...taruklah nama kari kepala ikan ala ala my style...hak3...jgn lupa cuba ya??? :)

Resepi Kari Kepala Ikan (Merah)

Kepala ikan Merah, potong 3-4
1 1/2 biji bawang merah besar (1 bj tumbuk, 1/2 bj mayang halus)
5 ulas bawang putih (3 ulas tumbuk, 2 ulas mayang halus)
satu sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
2 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji buah pelaga
1 keping kulit kayu manis (saiz sederhana)
4 sudu besar kari (dicairkan - + air derrr....)
1 1/2 sudu besar cili kering (dikisar dulu)
halia sebesar ibu jari (dimayang halus)
1/2 mangkuk kecil santan pekat
garam
1/2 sudu kecil gula
sekeping asam keping

untuk bahan tambahan boleh masukkan sama ada bendi, terung bulat atau tomato (ikut suka nak masuk berapa biji)

1. tumis bahan dimayang
2. kemudian bawang ditumbuk, rempah ratus, bj sawi dan halba- masak hingga naik bau
3. masukkan kari dan cili kering kisar- gaul dan masak sampai garing dan pecah minyak- masukkan asam keping
4. masukkan air sedikit demi sedikit setelah kari garing
5. masukkan kepala ikan bila tumisan mendidih kali ptama
6. tambah sedikit air hingga ikut suka banyak mana- hehehe....;p, masukkan garam, sedikit gula
7. setelah bahan mendidih masukkan santan,
8. Tunggu hingga mendidih, masukkan bahan tambahan spt bendi, tomato atau terung
9. padam api dan hidang
10. boleh makan.... hahahaha

as simple as ABC



Kari Kepala Ikan Merah dengan Bendi


~selamat mencuba~

Puding Lapis Kerak Bumi & Sos Kastard

Tak sangka pulak Seri ada ramai yang suka makan puding...ok...kalau mcm tu seperti permintaan beberapa org student Seri, Seri masukkan entry resepi lapis puding kerak bumi ni...hehehe...asalnya puding ni nak buat lapis biasa2 saja, tapi masa membuatnya Seri fikir bosan jugak kalau asik lapis biasa je...x menarik je sbb da ada banyak kek lapis macam2...heheh..kali ni Seri nak buat yg lain dpd lain plak...ermmm... selamatlah mencuba ya utk semua :)


Puding Lapis Kerak Bumi

250gm agar-agar (1 peket)
4 cawan air
½ tin susu krimer
1 ½ cawan gula
8-10 ketul gula batu putih (saiz kecil)
pewarna merah, hijau dan kuning

Untuk Sos Kastard
2 cawan susu segar
3 sudu besar gula
1 ½ sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

1. rendam agar-agar dalam air selama 5-10 minit
2. kemudian masukkan agar-agar dalam air dan campurkan gula dan gula batu putih
3. kacau hingga agar-agar larut dengan api sederhana
4. masukkan 3 senduk agar-agar dalam periuk lain berisi pewarna merah dan masukkan susu krimer-adjust susu kalau macam pekat sangat . Larutkan dengan api perlahan(sgt perlahan)
5. masukkan 3 senduk agar-agar lain ke dalam bekas berisi pewarna hijau. kacau sebati dan biarkan sedikit sejuk
6. ulang langkah 5 dengan pewarna kuning dlm bekas lain
7. setelah warna kuning sejuk dan keras, lenyekkan hingga menjadi sedikit hancur dan masukkan dalam loyang agar-agar.
8. kemudian agar-agar hijau yang sudah sedikit sejuk dan keras masukkan sebagai lapisan kedua dalam loyang agar-agar. biar seketika
9. sementara itu adunan agar-agar warna bandung(pink) tadi dikacau dgn api perlahan dan dan baki agar-agar yg belum ada pewarna tadi masukkan susu krimer. Kacau perlahan-lahan.
10. setelah agar-agar adunan warna hijau hampir keras, masukkan pewarna putih dan agar-agar pink tadi.
11. biarkan sejuk seketika dan masukkan dalam peti sejuk untuk dikeraskan.

Sos Kastard

1. campurkan susu segar, tepung kastard dan gula. kacau hingga sebati dan larutkan dalam periuk atas api sederhana. Elakkan dari berketul.
2. masukkan esen vanilla
3. kacau hingga adunan menjadi pekat perlahan-lahan
4. Bila adunan menjadi pekat padam api dan angkat.
5. Bolehlah dituang atas pudding tadi yang sudah siap dipotong

selamat mencuba :)

tips :1. ketika memotong pudding, gunakan pisau khas pemotong agar-agar dan potong secara ‘gergaji’
2. masak sos kastard bila hanya nak makan puding. elakkan ia jadi keras dan berketul :)



Tanpa Sos Kastard...



Dengan Sos Kastard


Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Khamis, 2 Ogos 2012

Sotong Masak Tiga Rasa

Haaa....yang ini Seri tambah namanya Sotong Masak Tiga Rasa Percik Mata...hahah...sbb ntah mcm mana tah, asyik masyuk menumis, tiba-tiba kuahnya terpercik ke dalam mata Seri...apa lagi menjerit la gak...maklumlah...dlm resepinya Seri masukkan cili api dalam 8-10 biji...huhu..tapi apa2 pun...rasanya sangat mabelessss...hehe..nak cube...meh Seri masukkan resepinya...resepi ni Seri kreditkan utk www.kakinakl.com...cuma Seri dah ubah sikit dan tak masuk bbrp bahannya dan tambah 1-2 bahan Seri sendiri mengikut kesesuaian...

SOTONG 3 RASA PERCIK MATA

3 ekor sotong-bersihkan kulit dan potong ikut kesesuaian anda
3 ulas bwg putih-dititik
1/2 biji bawang besar holland-potong epal
8-10 bj cili padi kampung-dititik
1/2 bj cili merah-hiris nipis
1 biji tomato-potong ikut suka anda
1/2 sudu cili kering mesin
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos maggi Thai
sedikit air
garam & gula secukupnya
sedikit kubis bunga(masuk carrot dan sayur lain pun boleh ikut suka anda)


1. Tumis bwg putih, cili padi dan cili merah sampai kekuningan dan naik bau
2. masukkan cili kering mesin-goreng sampai garing
3. masukkan sos tiram-tambah sedikit air agar tidak terlalu kering
4. masukkan sos manggi Thai
5. masukkan gula dan garam secukupnya
6. masukkan kubis bunga, tomato dan bawang besar holland
7. Goreng sampai kuah sebati dgn sotong
8. Padam api, angkat dan hidangkan dgn nasi panas dan lauk lain :)

selamat mencuba ok? :)





Seri Panggung

Trifle Swiss Roll Penyejuk Tekak di Bulan Ramadhan

Salam...bila Seri update gambo makanan di album Kenyang di Rumah dalam pesbuk Seri...banyak jgak pmintaan untuk sy update dgn resepi sekali. Tapi mestilah promote blog baru kannn??? ahaks!! Untuk yang nak resepi Trifle Swiss Roll ni, nah ini resepinya...cuba tau! jangan tak cuba...Muuaahhhh!!!.. :)

TRIFLE SWISS ROLL DGN COCKTAIL BUAH

1 roll kek gulung vanila coklat(boleh guna apa2 flavour jugak)
1/4 buah gong pear
15 biji anggur red globe-buah lain pun boleh guna-potong 2 dn buang bijinya
3 sudu besar gula
1/2 cawan air gula-untuk merendam buah2an yang diguna(rendam dlm 15-20 min)
2 cawan susu segar
4 sudu besar tepung kastard
2 cawan air putih
1 kotak jeli (recommended: Jeli Nona-sy guna perisa raspberi)

1. potong swiss roll dan susun dalam tempat yang hendak digunakan-pastikan semua ruang dipenuhi swiss roll
2. ambil air buah hasil rendaman air gula dan tuang ke atas swiss roll
3. sementara itu kacau sebati susu segar, gula dan tepung kastard -elakkan jgn jd berketul dan panaskan di atas api sederhana
4. kacau adunan perlahan sehingga pekat
5. Bila adunan pekat padam api dan tuang di atas swiss roll tadi perlahan-lahan
6. susun buah di atas adunan kastard tadi
7. campur serbuk jeli Nona ke dalam 2 cawan air dan panaskan di atas api hingga mendidih
8. biarkan sejuk sedikit seketika dan bila sudah sejuk tuang perlahan di atas adunan kastard dn buah-buahan tadi.
9.sejukkan sebentar dan masukkan dalam peti sejuk sebelum di makan.


mudah kann?? selamat mencuba...



sedapppp... ;p



Seri Panggung :)

Dari Melankolik ke Dapur Berasap

Salam semua, setelah lama tak menjengah blog suam2 kuku ni, Seri tiba-tiba mahu menukar blog yg ada ni menjadi dapur Seri pula..Bukan apa, selama ini, hobi yang jarang Seri bagitahu semua org selain menari, berteater atau berbangsawan sebelumnya Seri punyai satu lagi kecintaan iaitu MASAK dan mencuba resepi-resepi baru atau cuba mencipta resepi baru Seri sendiri.

jadi, bg follower yang setia (????)-ye ke?? hehe...mungkin sudah kehilangan url atau link blog yang lama iaitu bingkisanseripanggung.blogspot.com...hehee...bukan delete tapi Seri dah tukar namanya kepada asapdaridapurseri.blogspot.com...cer carik...misti ada...hehe

Kenapa Seri tukar? Misti ramai yang tertanya2...Seri sebelumnya muncul dgn post2 yang agak melankolik, kadang-kadang penuh dengan nada puitis berpuisi atau berirama atau dengan kritikan sosial semasa, namun tetiba bertukar menjadi dapur plak...haha...semenjak dua menjak tengah study leave ni, Seri agak banyak masa terluang!(wah! kenyataan macam buat doctorate sangat mudah la kann???)hehe, jadi Seri kembali giat di dapur. Aktiviti yang banyak tak sempat dilakukan ketika sedang berkuliah dan bercengkerama dgn student, assignment dan kertas exam, dan sebagai2nya lagi mak nenek berkaitan. Mana taknya kalau dah layannnn kerja sampai pukul 12 malam di ofis, dapur apa yang berasap kannnn????

Jadi sekarang aktiviti di dapur jadi agak rancak bila x perlu mengadap keje2 sedemikian melainkan mengadap Tuan Haji Tesis saya yang kadang2 biul dan sengal tu...pantang stress mengadap Tuan Haji Tesis, mulalah saya meragau2 mencari pisau, kuali, sudip atau senduk dan bermain di dapur seharian. Bukan ada yang nak makan pun...maklumlah di rumah Seri cuma wujud Seri dan suami seri sahaja... student pula sedang bercuti panjang jadi tak adalah yang nak diheret dibawa ke rumah utk makan makanan hasil air tangan Seri macam selalu(itupun kalau berkelapangan sgt nak masak utk student hehe) ...hehe...tapi tu lahhh...Seri memang suka masak...kadang2 sekarang ni, Seri sanggup hantar makanan Seri masak ke rumah kawan yang jarak sekitar 12 kilometer dari rumah Seri...hehehe..sekadar untuk dia mencuba dan memberi komen agar dapat memperbaiki resepi yang ada...Keinginan untuk masak dan mencuba resepi tak boleh nak tahan2...haha

ermmm...jadi itulah kesimpulannya kenapa Seri tukar nama blog ni dari bingkisan yang agak klasik ke dapur yang bunyinya agak meriah, lagi2 kepada yang perutnya tengah berdondang sayang...hak3... oleh itu, Seri harap ramai yang akan berkongsi resepi dengan Seri di blog Seri yang naive ini..(ceh! bajet low profile!) hehe... Juga bagi student yang hendak hampir ke jinjang pelamin..ingatlah pesanan Seri di album fesbook Seri ya..dalam post title blog ni pun Seri ada sebut jugak sikit...tentang pentingnya menjaga perut suami agar sentiasa kenyang dengan air tangan kita agar dia tidak mencari "makanan lain di luar"...ehehe..itulah ANTARA rahsia kemanisan rumahtangga Seri sudah menginjak 12 tahun, tahun ini...doakan Seri ya semua...:)

ok, jadi apa resepi pertama Seri nak bubuh sebagai pembukaan blog baru ni ya? Ermm...Seri rasa baik jamu mata dan perut semua pembaca dengan resepi yang agak ummpphh...maklumlah makan2 waktu perasmian...mestilah berat sikit kan???...hehehe...harap dapat mencuba ya? kalau tak sedap janganlah marah Seri sbb sedap atau tidak itu kan subjektif?? lain orang lain tastenya kann?? ok, nah dibawah ni Seri bagi resepi Nasi Hujan Panas (Fox Rain Rice!...hehe) dan Ayam Masak Merah...Jangan lupa cuba ya! Muaahhhh!!!

Nasik Minyak Hujan Panas (Fox Rain Rice...hehe)

3 1/4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1/2 mangkuk kecil susu cair(apa2 brand pun!)
4 kuntum bunga cengkih
4 bj buah pala
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis (sederhana besar)
1/2 bj bawang merah besar (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
1/2 inci halia (dimayang halus)
1 1/2 sudu teh minyak sapi
1/2 mangkuk kecil minyak masak
1-2 kiub ayam (sy ltk 1 sbb buat sikit...hehe)
2 helai daun pandan
pewarna merah, hijau, kuning
kismis untuk hiasan
**basuh beras dan rendam selama 10 minit. kemudian toskan.

1. panaskan minyak masak dan minyak sapi
2. tumis bahan2 yang dimayang halus
3. masukkan rempah ratus -goreng sampai naik bau dan garing
4. masukkan beras dan air, kacau
5. tutup periuk selama 3 minit, kemudian masukkan susu cair, kiub ayam dan daun pandan, then kacau
6. Tutup periuk lg selama 5 minit
7. bila dah cam nasi kembang cucuk lidi pewarna - sy guna chopstick besi sy...hehehe then tutup periuk lg
8. kacau nasik dan masukkan kismis
9.kacau nasik lagi dan tutup hingga 8-10 minit lg atau sampai nasik masak dengan api kecil...heheh
10. tutup api dan bolehlah makan....hehe [:D]

Ayam Masak Merah (utk makan 2-4 orang)
2-5 potong ayam (sederhana besar dan mana-mana bahagian)-digoreng dgn kunyit dan sedikit garam kemudian ketepikan
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu besar cili kering kisar
2 kuntum bunga lawang
4 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pala
1 1/2 inci kulit kayu manis
1 tin kecil puri tomato
1/2 mangkuk kecil sos tomato
1/2 mangkuk kecil sos cili
1/4 cawan susu krimer
1 labu bawang besar holland
sedikit air
garam & gula secukupnya
1 helai daun pandan-simpulkan

1. tumis bahan rempah penumis- bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pala hingga naik bau
2. masukkan bawang merah, putih dan halia yang ditumbuk dan goreng hingga kekuningan
3. masukkan cili mesin dan puri tomato - tumis hingga garing-masukkan daun pandan sekali utk mewangikan ramuan
4. selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili dan masukkan sedikit air - tumis hinga garing lagi
5. akhirnya masukkan susu krimer sedikit demi sedikit-tumis sampai sedikit pecah minyak
6. masukkan ayam dan bawang holland-kacau hingga sos sebati dengan ayam
7. angkat dan hidangkan bersama nasi hujan panas tadi.

as simple as ABC, kan??hehehe...nanti rojak timun jelatahnya Seri akan upload next entri ya...setakat ini dulu...selamat mencuba utk semua ya?





Seri Panggung
Lembah Titiwangsa :)

Jumaat, 13 Julai 2012

Jangan Asyik Mendongak Ke Langit Memandang Bintang...

Assalamualaikum wbt.... Seri bingung lagi. Oleh kerana bingung, maka di sinilah tempat Seri melampiaskan rasa. Setelah sekian lama tidak menjenguk di blog suam2 kuku ini..Namun bila rasa sudah tidak tertanggung, di sini tempat jari-jemari Seri mengetik papan kekunci laptop Seri untuk beriadah minda. Bingung. Kerana memikirkan dateline untuk menghantar Bab 2 tesis PhD kian dekat. Ramadhan makin menghampiri...maknanya raya kian dekat sedangkan datelinenya hanyalah 2 minggu sebelum raya. 2 mingu sebelum raya maknanya Seri ada lebih kurang 3 minggu lagi untuk menyiapkannya dan mesti kembali mendaki puncak Minden untuk bertemu Dr. Supervisor. Tapi dalam mengejar dateline, Seri bingung kerana semakin hampir hari menghantar, Seri semakin kehilangan idea. Tandus. Kering kontang. Pandangan hanya seperti fatamorgana di padang pasir. Absurd...Beginilah PhD yang ditafsirkan oleh kebanyakkan kawan-kawan Seri yang berjaya menongkat jong dan kapal layar mereka dalam dunia ini terlebih dahulu...Cuma Seri agak ketinggalan feri...ntah macam mana...

Tapi tetap bersyukur dengan kurniaan Ilahi...sekurang-kurangnya diberi peluang juga untuk mencari setitik ilmuNya yang Maha Luas di muka bumi ini. MasyaAllah...dek kerana fatamorgana itulah maka Seri mengetuk-ngetuk papan kekunci laptop ini dan singgah membingkiskan sesuatu untuk semua...Yang sempat lalu dan singgah di sini...yang sering bertanya ke mana Seri menghilangkan diri...yang juga bertanya sama ada seri sudah berhenti menulis... Dalam keluh kesah seperti ini, tidak pernah terbayang di fikiran Seri yang dahsyatnya ujian dan dugaan yang ditempuh dalam mencari setitik ilmu Allah ini. Ini baru belum sebahagian yang ditulis. Fasa kedua bertemu dengan responden dan berkunta kinte dengan responden di lapangan akan muncul lagi selepas hari raya...Banyaknyaaa lagi...itu keluh kesah yang saban hari dihadapi. Beratnya ya Allah! Mampukah aku????? Seri benar-benar jadi bingung...selera makan hampir mati juga 2-3 hari ini...semuanya kerana "Tuan Haji Tesis" ini..cerewetnya bukan main. Salah sikit, kene mula dari awal semula..makanan kena benar, mesti ada ulam-ulaman segar ciptaan sendiri sebagai penyedap selera Tn Haji Tesis ini. Kalau tidak jika dimuntahkan kembali, akan rabaklah 40-50 mukasurat yang dah disediakan sebelumnya. Kena mula dgn muka surat 1 semula...MasyaAllah...takut dan beratnya.

Namun, dalam keluh kesah dan rasa rimas dengan keadaan diri sendiri, di pojok gedung ilmu yang dingin dengan penghawa dingin ini, Seri teringat perjalanan-perjalanan Seri ke merata tempat di dunia ini. Melihat dengan mata kepala sendiri ujian-ujian dan dugaan yang mereka tempuhi, menyebabkan rasa syukur terbias dengan sangat dalam dalam diri Seri. Masakan diri ini tidak betah untuk menahan rasa sengal, keluh kesah hanya ujian yang sedikit ini. Ujiannya cuma istiqamah dalam menulis fakta dan dapatan baru untuk kesinambungan ilmu yang berpanjangan bagi masa depan nanti, diberi pula gaji-gaji yang tertentu dengan jumlah yang tertentu yang kiranya sangat setimpal dengan keadaan diri sekarang ini. Betahkan Seri kalau diuji dengan ujian kelaparan, kemiskinan, dan juga ujian tidak berpekerjaan bagi menyara hidup yang singkat ini. Biarpun singkat, sesungguhnya Allah telah menurunkan pelbagai ujian dan dugaan agar kita mengabdikan diri padaNya dan selalu mengingatiNya. Sesungguhnya Seri teringat ketika berjalan-jalan di Kota Jakarta yang sesak, bingit dan menagih seribu satu ujian kepada penghuninya. Ada yang kaya...ditakdirkan kaya dengan sezahir-zahirnya...ada juga yang miskin...dizahirkan segala-gala kemiskinannya...tetapi harus berjuang untuk hidup di bawah bumbung langit yang sama. Menitis air mata apabila melihat keadaan itu dengan mata kepala sendiri. Menitis juga melihat keadaan dan nasib anak-anak muslim di Kemboja...berhempas pulas mencari usaha untuk memajukan sistem pendidikan mereka. Hidup dalam asrama yang daif, membasuh baju dan serta mengambil air makan dan minum daripada lopak kolam yang ditumbuhi kiambang dengan suburnya...

Air mata menitis juga bila teringat raut sedih 2 anak kecil berdiri di tepi meja usang saya ketika sedang menjamu selera roti paratha di Rajpur. Kilau mata tidak langsung kelihatan seperti anak-anak kecil di bumi bertuah kita ini. Sekurang-kurangnya rata-rata mewah dan berpendidikan, rata-ratanya perut terisi dan mata bercahaya bila melihat masa depan yang mungkin cerah. Sesungguhnya air mata dan tawa gembira pernah hadir keduanya ketika kaki ini menjelajah di ceruk dunia, melihat sendiri kekayaan dan kedaifan manusia...serta gerak laku mereka menghadapi ujian dan dugaan Allah dengan bahagian masing-masing.

Malah, Seri juga pernah menitiskan air mata melihat pekerja-pekerja binaan dan kontraktor membuat jalan-jalan serta lebuh raya di negara kita sendiri...membanting tulang empat kerat mencari rezeki di bawah terik sinar mentari dan juga di dalam kelibut rintik hujan lebat dan gerimis. Melihat pengutip-pengutip sampah di kawasan perumahan Seri bergelumang dengan sampah sarap di dalam lori angkut...Malah Seri terkesan melihat orang-orang yang kerjanya mengejar orang lain ke sana sini untuk menjual buku, VCD, alat permainan, perkakas dapur dan peralatan lain tetapi tidak dilayan oleh orang, malah pernah sekali Seri menitiskan air mata melihat seorang jurujual ditolak keras oleh seorang lelaki apabila menghampirinya yang sedang makan di Jalan TAR. Teringat saat-saat Seri diuji dengan kemelesetan ekonomi ketika baru bergraduat dahulu. Pekerjaan menjual begitu pernah juga Seri sandang..dengan bangga sekali...walaupun hina di mata orang lain.

Air mata Seri juga sering ditagih oleh pekerja-pekerja yang bekerja keras menjadi pengawal keselamatan terutama jika dia seorang warga tua kerana sering Seri berfikir, jika hidupnya tdak susah, mengapa perlu dia bekerja siang dan berjaga malam ? Pernah sekali Seri bersembang dengan seorang pakcik guard di sebuah institusi kewangan tidak lama dahulu...Mengetahui pakcik tersebut ada 5 mulut untuk disuap di rumah, dia bekerja keras siang dan malam, siang berniaga sayur-sayur kampung di pasar, malamnya menjadi jaga. Anak-anak semuanya masih bersekolah dan memerlukan duit dan perlu dibiaya... MasyaAllah...mengenangkan hal itu, Seri bermuhasabah dengan diri sendiri...kuatnya bahu orang lain daripada diri Seri yang hanya diuji dengan menulis begini? Hanya sedikit kesakitan? Macam mana kalau Seri diuji seperti pakcik guard tadi atau yang lain-lainnya yang Seri ceritakan di atas tadi? Saat ini Seri beristighfar sendiri...beruntungnya aku...beruntungnya aku...beruntungnya aku...pekerjaan stabil, gaji lumayan, bekerja di dalam hawa dingin, berkereta mewah, makan minum cukup hingga kesakitan mengundang...apakahhh itu??? apakah masih tidak bersyukur...?????

Ya Allah... Seri memohon kepadaMu agar dijadikan Seri sebagai hamba yang tidak kufur akan nikmatMu baik di waktu Seri senang atau susah. Janganlah asyik mendongak memandang bintang yang berkelipan indah di langit, sesekali kita harus sedar rumput di bumi juga kadang-kadang banyak menyedarkan kita erti hidup itu apa...BERSYUKURLAH...

~Seri Panggung~
Lembah Titiwangsa

Pakcik ini sering Seri cari dulu, sate ikannya sedap...selain Seri merasakan hanya dengan membeli sate ikanya Seri dapat membantu dia mencari rezekinya untuk menyara keluarga...

Pergilah mengembara dan melihat tempat orang lain, bukan untuk keseronokan semata tetapi juga untuk mencari erti hidup kita....







Khamis, 31 Mei 2012

Bila Rindu Itu Terbias : Episod Cinta di Tanah Suci

Kalaulah aku punya sayap sendiri, mahu sahaja aku terbangkan diri ke bumi haram. Tanah Suci umat Islam, Mekah Al-Mukarramah…selayaknya aku terasa seperti benar-benar mahu terbang ke sana untuk mengabdikan diri pada Allah. Dengan kelibut fikiran dan perasaan yang bercampur baur, gelisah dan resah ini ingin sekali aku kali ini hendak menjadi tetamu Allah yang hakiki. Membuang segala saki baki nikmat duniawi yang sementara ini. Teringin sekali aku memeluk dan mencium wanginya Hajarul Aswad dan berdoa di Hijr Ismail…agar semua yang bernanah di fikiran dan hati saat ini dapat disucikan Allah. Ingin aku berulang sebanyak mana yang mungkin dari Bukit Safa ke Bukit Marwah agar aku dapat merasai sakit peritnya kehidupan ini yang terpaksa berdepan dengan realiti yg sama setiap hari dan menebus kelemahan semangat diri yang kian hilang saat ini. Supaya juga aku dapat merasai betapa perit, cekal, tabahya Siti Hajar berdepan dengan ujian Allah ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di kawasan gersang dan bersendirian demi menyahut perintah Allah; beliau berulang alik di antara dua bukit itu demi memberi anaknya Ismail minum. Ingin juga aku bertawaf sebanyak mungkinnya untuk merasa bahawa dalam dunia ini memang penuh dengan manusia yang pelbagai ragam, supaya aku tidak takut dan gentar berhadapan dengan ujian demi ujian Allah terhadap ku. Supaya aku juga sedar bahawa yang selayaknya ditakuti hanyalah Allah SWT. Ingin juga aku bersujud di depan Baitullah itu agar aku tersedar bahawa diri ini hanyalah makhluk Allah yang tersangatlah kerdil. Sesungguhnya, begitu indah gambaran di Tanah Haram itu….Tanah Suci itu….ingin sekali aku mengabdikan diri pada Allah dengan kesejukan lantai marmar Masjidil Haram; tunduk, rukuk dan sujud dengan hati putih bersih laksana kain putih yang belum dikotori oleh noda-noda dunia. Aku juga teringin untuk meneguk manisnya air zam-zam, air keramat yang dikurniakan Allah istimewa untuk orang-orang Islam dari telaganya di bawah lindungan Baitullah itu. Yang khabarnya berombak-ombak keluar dari mata air tanpa henti dari bawah bumi, sejak ribuan tahun lampau, semenjak zaman Siti Hajar dan anaknya Ismail…Ya Allah! Teringinnya aku untuk melontar sekuat tenagaku jamrah beribu kali jamrah agar syaitan-syaitan yang berbondong dan melekat dalam hati dan diri sebelum ini terlontar jauh sama merasa azabnya dibaling sejauh mungkin untuk kembali kepadaMu penciptanya juga, seperti diri kami ini. Biarkan laknatullah itu terseksa dengan balingan dan lontaran jamrahku akibat bongkaknya menghasutku selama ini untuk melakukan dosa-dosa besar dan kecil tanpa segan silu padaMu dan tanpa putus asa. Biarkan!!! Rasakan!!! Ya Allah…Tuhan Rabbul Jalil…ingin sekali aku mendaki Jabal Rahmah supaya aku dapat mengimbas dan meresapi kembali pesan-pesan Rasul Junjungan kami Muhammad SAW buat kali yang terakhir dalam khutbah terakhirnya , yang sudah kami lupakan terlalu lama. Ya Rabbi…ingin sekali aku memanjat bukitan itu, agar aku dapat merasa dan sedar panas dan bahangnya dunia ini tidak sepertinya azab panas yang Kau janjikan kepada kami di mahsyar nanti akibat menderhakai perintahMu ya Allah…supaya aku utuh menitipkan rasa syukur sentiasa atas nikmat yang kau berikan sementara di dunia ini. Ya Allah Ya Rabbi….ingin sekali aku menangis air mata penyesalan yang lahir dari hati seikhlas mungkin tunduk, rukuk dan sujud di hadapan rumahMu ya Allah….menyesali setiap tetek bengek noda-noda dan dosa-dosa lampauku….dosa-dosa kecil dan dosa besarku…Mohon diampunkan Ya Allah….Moga air mata penyesalan ini tidak berubah sekembaliku ke bumi pemastautinku nanti…semoga air mata penyesalan dan air mata kerana merinduiMu dan takutkan azabMu ini bukan hanya tumpah di bumi suci itu sahaja….semoga ianya sentiasa bertakung kerana mencintai dan merinduiMu ya Allah hingga akhir hayatku dijemputMu kembali ke sisiMu ya Allah…. Ya Qarim…Ya Aziz…jika aku punyai kudrat dan kekuatan untuk menghilangkan diri sementara dari nikmat dunia ini aku ingin juga terbang ke bumi RasulMu mengembangkan syiar Islam dengan gigih…Ingin sekali aku melawat Junjungan itu di bumi Anbia' Madinah Al-Munawwarah….Ingin sekali aku meletakkan dahiku dan sujud di lantai marmar sejuk Masjid An-Nabawi yang menjadi kesayangan Nabi dan Rasul Junjungan kami itu untuk mengabdikan diri kepadaMu ya Allah…Ingin juga aku melawat makam manusia paling terpuji di muka bumi ini, Makam Muhammad Rasulullah SAW ini untuk menyampaikan rasa rindu dendam yang tak terperi kepada Baginda selama ini, sujud padaMu di Ar-Raudhah taman syurga itu, mengirimkan doa yang tidak putus-putus kepada insan kecintaan seluruh umat Islam itu…memohon syafaatnya di kehidupan selepas ini nantinya….mengirimkan rasa rindu serindu-rindunya….ingin aku jejaki setiap pojok Bandar Cahaya ini menjejaki kekuatan, kegigihan dan kesabaran Junjungan Besar Muhammad SAW itu dalam menyebarkan tiang-tiang dan syiar-syiar Islam..Sedikit pun tidak gentar, takut pada musuh-musuh Islam…malah keterpujian Baginda yang Kau jadikan itu ya Allah, terlalu terpuji hingga musuhnya menjadi sahabatnya… Ya ZalJalaliwalikram…kirim dan hantar aku kepada rumahMu ya Allah…terbangkan aku kepada Tanah SuciMu Ya Rahim…Semarakkanlah kerinduanku pada RasulMu ya Allah tanpa henti Ya Rahman…. Bersihkanlah dan sucikanlah noda-noda dosaku selama ini di bumi Haram dan Suci itu Ya Allah… Sesungguhnya aku terlalu merinduiMu dan KekasihMu…Ya Malik! Episod Cinta di Tanah SuciMu…biarkan ianya berterusan kekal di hati aku dan kami Ya Razzaq...walau berjuta kali kau terbangkan kami di situ…dengan izinMu….Wahai Allah…Tuhan pemilik segala kerajaan langit dan bumi…. Seri Panggung Kala Hati Terlalu Rindu PadaNya...
Rindunya pada Baitullah ini...MasyaAllah....

Selasa, 29 Mei 2012

Caca-marba...Part I : Posting Oh! Posting...

Salam untuk semua...macam biasa sudah agak lama baru Seri kembali...tetapi kembali pd kali ini bukan sekadar dengan niat untuk menulis di sini tetapi dek kerana sudah hilang fokus untuk membaca dan menulis tesis yang tebalnya dijangka hampir 450 muka surat itu. Hari ini Seri benar2 kehilangan idea, disulami dengan rasa yang sudah lama tidak bertandang...nampaknya Allah sengaja menguji Seri lagi dalam kelibut Seri menulis tesis PhD Seri. senyum sahajalah apabila Allah sudah lama memberikan nikmat sihat itu, sesekali ditariknya balik supaya kita tidak mudah terleka...begitulah...namun Seri harus kuat mendepaninya...WAJIB kuat!...maka kamu yg sedang membaca post Seri kali ini jga WAJIB kuat mendepani segala macam caca-marba dunia ini. Sementara sahaja, esok lusa bila da sampai masa, kita akan meninggalkannya dengan selamba...huhu.... Kisah Seri kali ini juga caca marba. Banyak nak ditulis, banyak juga nak disembangkan, tetapi hari ini yg terlintas di fikiran Seri yang agak kacau memikir 450 muka surat yg hendak ditulis itu ialah perihal penempatan guru2 baru...yang sebahagian pengalamannya dikongsi oleh anak2 didik Seri yang sudah tamat belajar baru-baru ini. Mungkin rezeki mereka agaknya, penempatan mereka dipermudahkan Allah, baru selesai mengenakan jubah akademik dan mortar board beberapa minggu lpz, detik kegembiraan dalam hidup mereka bersambung lagi dengan berita kejayaan berposting! Alhamdulillah...diam2 Seri merafakkan kesyukuran juga pada Allah, anak2 Seri tak menganggur lama...sebelumnya pula bertugas sementara dalan program INTERIM...ada 3 bulan...ada pula 5 bulan...mengikut keperluan sekolah.... Bila mereka telah berjaya dipostingkan dalam penempatan kawasan mengajar. Maka sibuklah mereka menulis dan mengupdate status di muka buku, laman burung biru, dan sebagainya mak nenek laman sosial ttg kejayaan yg diraih...mengucap syukur pada Allah, berkongsi kegembiraan dengan Seri dan Seri cpt2 mengucapkan tahniah pada mereka, segera memotivasikan mereka jika di tempatkan jauh dr keluarga tercinta, tetapi dalam berkongsi kegembiraan dengan mereka, ada juga yang buat Seri rasa sedih dan gagal dalam mendidik, wujud 2-3 orang yang agak "compang-camping statusnya" mengeluh kesah, dan melahirkan kekesalan kerana mendapat tempat x seperti yang diharapkan atau x seperti rakan taulan yg dekat dengan kg halaman masing2. MasyaAllah, kenelah faham konsep bersyukur ya anak2....wahai cinta jiwa saya semuanya....cuba fikirkan ada brapa ramai lagi -ribu riban graduan yg masih tercari2 pekerjaan, menganggur dan masih berjuang untuk mencari sesuap nasi rezeki masing2....lagipun tempat dipostingkan itu masih lagi dalam Malaysia, bukannya tempat lain di luar negara yang kucar-kacir situasinya, berperang sana-sini...jadi saya sgt berharap sangat supaya semua anak2 saya mengerti dan faham erti sebenarnya konsep bersyukur dan berterima kasih pada Allah, atas urusan rezeki yg diberikan-Nya. Sudah pastilah hanya Dialah yang tahu yang terbaik untuk kita semua...anggaplah saya sebagai pencetus motivasi anda semua...saya sekarang ini percaya rezeki saya di Bumi Malaya, bukan di seberang di kampung halaman saya, tempat di mana kamu semua mungkin ditempatkan. percayalah pada rezeki dan kurniaan Allah...Dialah Maha Perancang dan Penentu yang terbaik untuk hidup kita, kerana Allah bekerja penuh rahsia! Semuanya telah tertulis untuk kita sejak di Loh Mahfudz...baik, buruk, rezeki, ajal, maut, jodoh pertemuan....semuanya di tangan Yang Maha Berkuasa..Dia Rabbul Jalil.... Kepada yang sudah semakin merasa manisnya pengalaman di tempat orang, tahniah saya ucapkan kerana dapat mengadaptasi budaya dan diri dengan cepat...InsyaAllah dengan semangat dan optimistik anda saya yakin anda boleh berjaya di tempat orang. Sudah tentulah...pasti anda semua sentiasa dalam doa dan ingatan saya...agar semuanya dipermudahkan Allah dan berjaya menjadi pendidik yang akan membentuk identiti pewaris bangsa....Apa-apa kemusykilan dan mahu berkongsi suka duka, dengan saya, macam biasa sy masih sudi berada di sisi kamu semua...saya masih guru kamu seperti dulu.... :) Seri Panggung: Apa-apa pun...caca marba hari ini Seri sudah tukar topiknya posting oh! posting! selamat mengajar untuk semua ya! Seri Panggung Lembah Titiwangsa
**Ulat Mulong, mknan eksotik Swak...bg yg ditempatkan di Bahagian yg didiami orang Melanau spt Mukah dan kawasan sekitarnya, jgn lp mencuba mknan eksotik ini ya? Sila makan tanpa was-was ...:)**

Rabu, 25 April 2012

Rindu Itu Bertandang Lagi...

Ombak berdesir lara Menghempas pantai senja Lalu ia mengingatkan aku Pada sekeping hati yang pernah duka Mentari sebenarnya sudah terbenam Di balik langsir damai sebuah kesumat Kukirai gelora rindu lantas menutup dengarku Pada puputan angin rinduku Tapi entah gelombang arah mana Atau mungkin hanya kerana tersaksi pada pendua cinta Membuat resah rindu itu Bertandang kembali Dalam gerimis hati Jika ia benar cinta Yang sering mengganggu sukma jiwa saat ini Melirik rasa sayu rindu itu kembali Tuhan! jagailah aku hanya dalam rindu padaMu Jika benar itu kasih Mungkin akan bertapak di dada kesumaku Menampung rasa itu hingga tertumpah terluah tak tertahan Tuhan! selimutkan aku hanya dengan kasih sayangMu Gelora itu datang lagi... Rindu itu bertandang lagi... Benarkah ianya milik kesuma jiwaku Yang sering terbuai dihempas ganas ombak kenangan lalu Ya Rabb!...jagailah daku... Ya Rabb!... tunjukilah daku Pada rindu dan kasih di ladang kebenaranMu... Amin!...
~Seri Panggung~ Mukah, Sarawak April 2012

Isnin, 2 April 2012

1.5 (MYR)

Terima kasih pada semua yg setia di sini. Mcm biasa Seri br ada ms mengupdate. terlalu bosan dan terasa mahu bebas berfiir sepuas2nya hari ini daripada hal2 ilmiah-terasa hari ini menyesakkan kepala sangat. huhu...

Mcm biasa gak, cerita Seri selalunya cerita basi kerana lmbt ditulis, tp dek kerana rs ianya menarik Seri masih mahu menulis jga. hehe

Cerita kali ini tentang 1.5. haha...apakahhh??? 1.5 boleh jd mcm2...1.5km, 1.5kg, 1.5m, 1.5mghz, 1.5pm/am dan sebagainya....hehe..tp hari ini Seri mahu bercerita MYR1.5...bukannn...bukan 1.5k, 1.50 jekk..bukan byk pun, tp bg sstgh org yang gajinya kurang dpd 1.5k dengan beban yg ditanggung lebih daripada 2 org ianya satu bebanan yg ckp tinggi, yg membuatkan org itu menarik balik apa yg dimahukan, mengikat perut supaya 3 yg ada di rumah dpt menikmati yg sepatutnya....MasyaAllah...sedar tak sedar dlm rungutan Seri tetap mahu bersyukur pd Allah masih mampu membeli sarapan pagi berharga 1.50 sen.huhu...

Pagi yg tenang. Macam biasa, setelah usai solat Subuh, Seri dan suami akan keluar naik kereta menikmati suasana syuruk yg damai di TM ini. Biasanya kami akan menikmatinya hingga ke Kalumpang. Kalau ada rezeki maka memandulah dlm kabus tebal di Lembah Titiwangsa sampai ke Kalumpang...Memberikan rasa nikmat terhadap alam semula jadi ciptaan Allah yg tak ternilai...dan juga salah satu cara menrafakkan rasa kesyukuran yg tak terhingga kepada Pencipta-Nya. Aktiviti ini hampir dilakukan setiap hari oleh Seri dan suami. Kecuali kalau kecintaan Seri turun...iaitu bila hari hujan...pastilah Seri akan duduk di laman rumah menikmati bunyi dan rintik hujan yg sungguh mendamaikan itu...hermmm... :)

Pagi tenang tersebut Seri dan suami lalui juga. Tapi hari itu, mls hendak ke Kalumpang, jadi berlegar sekitar TM. Ada rezeki mahu beli sarapan sedikit sebelum suami Seri ke tempat kerja. Beli sarapan bukanlah wajib dan setiap hari bg Seri, jarang2 berlaku pd Seri kecuali teringin. Kalau tidak Seri dan suami lebih senang makan roti bakar dan nescafe atau teh tarik di rumah. Atau kalau ada lebihan nasi ditanak semalam, Seri lebih gemar menggorengnya sendiri. Hari itu, entah macam mana Seri dan suami teringin hendak makan bihun goreng. Kebetulannya stok bihun di rumah sudah habis, tiada. Jadi kami mengambil keputusan untuk membeli sahaja.

Usai berjalan2, Seri dan suami berhenti di sebuah gerai menjual pelbagai sarapan di tepi jalan. Nampak meriah! Ramai duduk berceratuk minum smbil mkn dgn nampak begitu berselera... mesti sedap sebut suami Seri. Seri tergelak dgn asumsinya ...blum apa-apa sudah ada jawapan...heheh...Suami turun kereta. Seri malas...tetapi cermin tingkap kereta dibuka luas. Menyebabkan Seri mendengar dgn jelas biji butir dialog suami Seri (SS) dan peniaga makanan (PM). Begini lebih kurang ...hehe:-

SS: Kak, bihun goreng 1 ye?
PM: mengangguk smbil tersenyum lebar dan bertanya "nak sambal?"
SS: Oh x payah! (dia mmg maklum Seri x gemar bihun atau mee bubuh sambal tumis! merapu bg Seri huhu)
PM: kelihatan dia membungkus dgn cepat. masa tu Seri sempat melihat dia menceduk agak sedikit...x apalah, seringgit jek pun...Seri mendengus sendirian
SS: berapa kak?
PM: 1...5 (simple jwpn)
SS: 1...5? ( suami Seri mcm x faham)
PM: ye, 1.5..(smbil tunjuk jari 1 dan 5)..dia mengulang seringgit lima posen..kali ini jelas
SS: nampak agak terkejut. Seri pun terkejut...

Dengan muka agak kelat, suami Seri balik ke kereta setelah membayar harga sebungkus bihun kosong. Dia masuk ke dalam kereta dgn sedikit mengomel. apalahhh peniaga sekarang...bihun kosong pun 1.5 sen, sikit pulak tu..Seri tergamam, sambil membelek-belek bungkusan...yupszz...memang kecil..sgt kecil balutan tu...apakahhhh??? hingga sampai di rumah Seri dan suami senyap...tanpa perkataan...bila di rumah, Seri buka balutan...ternyata memang bihun kosong...ada beberapa ulas sayur tauge dan sawi...telur pun tarak! tengok nih...hehhee...



Anda semua ada idea? Yang lebih mahal lagi? Bagi Seri kalau mahal sesuai dgn tempat, kuantiti, kualiti dan rasa, itu perkara lain. Bagi Seri juga, harga terlalu melampau dgn kuantiti, kualiti dan tempat di tepi jalan. Atau mungkinkah Seri melampau menganalisis??? Huhuhu....Anda mngkin ada jawapan anda sendiri...terpulang bagaimana cara anda berfikir....Seri cuma menzahirkannya sahaja di sini bila Seri rasa ada perkara yg melampaui hak sebenarnya... :)

Seri Panggung: Ini adalah penangan berita kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 13% yang dilaporkan tempoh hari. Ramai yg tersengih dengan berita itu (bg yg bergaji besar), ada yg tersengih lpz tu merungut dgn kenaikan harga barang (org mcm Seri...hahaha)ada yang muram dan ssh hati (swasta dan juga yang tiada pekerjaan tetap-buruh kasar dan juga mengutip 1-2 kerja hanya utk mencari sesuap nasi). Seri dan suami juga pernah terkena dgn 1.5 (MYR) ni...masa tu ns lemak...hanya ada seciput nasi, dan sedikit sambal tumis serta 1 keping timun nipis...apa kata anda pula???? (Seri terlupa nak ambil gambar la plak!!!) huhuhu...

Ahad, 19 Februari 2012

Memang Islam dari Asal ke?..huahuahua....

Macam biasa lpz lama menyepi, Seri br ada masa utk mengupdate blog suam2 kuku ni...tapi diam tak diam...suam tak suam...ada 17 org jugak yg mengikuti perkembangan Seri di sini...dan di sini Seri mahu ucapkan terima kasih banyak2 bagi yg setia sama ada aktif atau tak aktif....yang Seri tahu anda semua ada di laman Seri yg suam2 ini...hehhee

Cerita kali ini agak basi juga tapi Seri memang ada niat utk menulisnya di blog Seri ini kerana ia agak mencuit hati Seri ketika ia berlaku kepada Seri...siapa-siapa yang terasa dengan tulisan Seri ttg nilai dan sikap prejudis sesetengah masyarakat di sini terhadap rakyat Sabah Sarawak, Seri mohon ampun maaf, dari hujung rambut hingga hujung jari kaki...Seri tak maksudkan semuanya, malah Seri juga bukan prejudis juga pd masyarakat di bumi Malaya ini. Bagi Seri kepercayaan, idea dan juga kata-kata adalah hak milik mulut dan diri seseorang tu...siapa2 pun tak boleh ubah dan komen apa-apa...kecuali yg berkaitan dgn ketenteraman awam perlulah dibendung...itupun kenelah ikut saluran yg betul juga...ermmmm....

Cuma ceritanya begini...:

sebulan lalu Seri menemankan suami pergi temujanji pakar periodentik di klinik kesihatan Jelapang. Dipendekkan cerita, ketika Seri sedang menunggu suami mendapatkan rawatan pakar gusi, datanglah seorang makcik cleaner (pembantu am rendah klinik kesihatan) berbual dengan Seri. Macam biasa, Seri jarang pandai menolak orang yang mahu bertukar2 fikiran dengan Seri ataupun bersembang kosong dengan Seri. Bila sudah agak lama menyembang tiba-tiba makcik yang agak terlebih peramah ini bertanya kepada Seri. Soalannya begini," Anak asal dari mana?" tanpa teragak-agak Seri menjawab dgn bangga. " Sarawak" sambil tersenyum penuh makna membayangkan kampung halaman dan wajah bonda tercinta. Makcik itu spt agak terkejut. Al-maklumlah, ramai yg tak percaya jika Seri mengaku dr Bumi Kenyalang bila rata2nya mengatakan Seri tiada rupa spt sarawakian dan cara bercakap tidak menunjukkan slang org sana. Seri pun tidak tahu mengapa, mungkin sejak sekolah lagi Seri sering melatih diri bercakap bahasa Melayu standard bila berkomunikasi dgn guru dan banyak mengambil bahagian dalam kokurikulum akademik spt perbahasan, pantun, pidato serta forum. Mungkin itu latihan asas yg buat lidah Seri jd terbiasa. Tentang rupa pula...no komen! heeee.. ;p

Dengan nada terkejut makcik peramah itu bertanya lagi. Begini. "Sarawak? owh jauhnya? suami org sarawak jugak ke?" "Oh! tidak," saya menjawab pantas. "Suami orang Melaka." makcik peramah mengangguk2 lagi...tapi mukanya seperti nampak keliru. Sambil merenung Seri dgn pandangan ingin tahu yg membuak2, akhirnya tercetus juga persoalan yg bermain dlm akal fikirannya. Persoalan yang juga mendatangkan perasaan bercampur baur jga pd diri Seri waktu itu. Tetapi bila kembali dr situ, tiba-tiba Seri rasa pertanyaan makcik itu benar-benar kelakar. Masih ada lagi yang berfikiran begitu..tapi,Seri cepat maafkan makcik terlebih peramah itu kerana melihatkan keadaan dan usia dia.

Soalan cepu emas beliau pada Seri begini :

"Ermm..anak asal dari Sarawak...err...memang Islam dari asal ke?" Uuhh??? Seri benar-benar terkejut dgn pertanyaan makcik terlebih peramah itu tadi. Tidak faham soalan rasanya pun ada. Seri mengerutkan dahi, tanda tidak faham. Makcik terlebih peramah mengulang lagi soalan pelik itu. kali ini nampak agak berhati2, mungkin takut Seri terasa hati. "Anak memang asalnya Islam ke?..Maklumlah kat Sarawak kan ramai bukan Islam...dan itulah maksudnya pertanyaan makcik terlebih peramah itu, dengan jelas kepada Seri. Dan Seri terus melopong dengan pertanyan makcik terlebih peramah itu. Sambil mengelipkan mata berkali-kali dengan maksud soalannya itu.

Seri Panggung : Sumpah ini kali pertama soalan begitu ditanyakan kepada Seri. Anda semua bagaimana? Kawan-kawan dari Sarawak dan Sabah? Anda pernah ditanya begini bila berada di Bumi Malaya? hahaha...Seri cuma terkejut...tapi tidak kecik ati langsung...Seri tahu status dan pemikiran makcik terlebih peramah itu. Saya maafkan dia...

Moral of the story: jgn cpat naik angin dan cepat=cepat pula maafkan orang lain...haha..







MODE: I Love Sarawak...hehehe

Selasa, 17 Januari 2012

Kisah Lampau...Basi...Tetapi Ramai Org Masih Perlu Makan Hati Lagi...

Wahhh..macam biasa Seri kembali setelah lama menyepi...al maklumlah...suam-suam kuku punya blog..bukan macam orang lain...menggunakan blog utk multi-purposes...sampai blog dijadikan saluran untuk menabur fitnah, bergaduh sama sendiri, mengutuk-ngutuk orang lain..malah dengan blog ada juga yg sampai berbunuh2an... MasyaAllah...mcm tu sekali manusia terpengaruh, dipengaruhi dan mempengaruhi kehidupan mereka dengan teknologi. Seri bukanlah tak guna langsung teknologi, tetapi Seri tetap guna tetapi guna secara "middle-class" purposes... taklah sampai bertikam sesama sendiri...walaupun hanya bertikam lidah jer...hahaha....jgn marah ekkk...bg sesapa yg terasa ati bila Seri tulis begini.

Sebetulnya, masing2 bebas bergerak atas kehendak diri sendiri. Al-Maklumlah...kebebasan bersuara, kenalah apply dgn sesungguhnya...kalau tak rugilah nnt..itupun msh ramai lagi di luar sana yg melaung2kan seperti polong hilang kepala ttg hak dan kebebasan walaupun hakikatnya kat Malaysia ni dah banyak kebebasan kita dapat...cuma nak bawak anda semua fikirkan sejenak....di Malaysia kita boleh bershopping sakan tak ingat dunia dgn aman dan bebas, boleh bergerak dgn kereta dan pengangkutan awam lain di lebuh raya dan stesen2nya dengan bebas dan aman, bekerja tanpa gangguan bom, senapang, M-16 ke...dgn bebas juga...mengutuk siapa-siapa yg rasa patut dikutuk dgn bebas juga...haahhhaa...(jgn terasa lagi!), berdemonstrasi di universiti dgn bebas jugak(uuppsss!!!! terlebey sudaaa...hak3)...ermmmm pendek kata banyak jenis bebas lah kat Malaysia, sampai rompak dan pecah masuk rumah orang, menyamun, merogol, meragut, buang bayi...pun bebas gak la kat sini...apa lagi yg korang nakk???? haha...pikiaq la guna akai skit kalo rasa2 nak perjuangkan apa-apa pun...kalao tak perjuangan akan sia-sia....huhuhu...

Nasihat Seri: Bersyukurlah dengan apa yang ada di sini, keamanan dan kedamaian, peluang pekerjaan(wpun skrg ada kontrak, sangkut dan sbgnya la status tu), kebebasan bergerak, kebebasan menulis ntah apa-apa dan pendek kata bersyukurlah nikmat yang Allah telah beri pada kita di Malaysia ni dan yang masih Allah bagi. Takut nnt Dia tarik balik sekali je nikmat tu...selama-lamanya kita menanggung beban, susah dan derita. Masalahnya bukan kene pd kta seorang je yg buat onar derita dan seksa tu, tapi tertempias malah melencunkan juga hidup orang2 lain di sekeliling kita...hurmmm...

ehhhh...melalut jauh plak Seri, x mau la cerita ttg bebas kat sini...hari ni nak bawak satu cerita basi pd korang semua...mmg da lama basi tapi masih ramai lagi org yg tpaksa telan "kebasian" (jgn guna...xde dlm kamus dewan kot! huhu) tersebut. Cerita apa? haa...meh Seri ceritakan.

Al-kisahnya, Seri ni mmg ada masalah kesihatan dan terpaksa hidup berulang alik ke gudang-gudang sakit (heheh perkataan lama (swak) plak!) secara kerap. boleh kata kalau di klinik kesihatan kerajaan mmg setiap bulan atas urusan beberapa masalah kesihatan yg dikenalpasti. Malah Seri juga mempunyai rekod kesihatan di Klinik Pakar di sebuah Hospita di daerah SR. cuma temu janji di situ tidak sekerap memula Seri kene attack dulu, sekarang dah beransur 2 bulan sekali ... Alhamdulillah...syukur nikmat Allah...sepanjang berurusan dgn Klinik Pakar di hospt daerah itu, Seri langsung tidak menghadapi masalah, selain mereka tahu status Seri org gomen, dan job position agak selesa, mereka memberikan khidmat yg boleh kata tip top la kat Seri sepanjang mendapatkan rawatan atau jika admit di wad. Manis2 muka kesemuanya...kecuali mungkin dktr2 yang baru dan muda2 yang selalu sembelit nak jawab soalan -soalan Seri yg begitu banyak setiap kali temu janji atau admit di situ. Tapi tu tak kisahlah....yg penting servis tip top. muka senyum selalu. Cuma awal Seri di situ mereka belum tahu siapa Seri layanan, memang tak berapa nak menjadi...hahaha...mungkin juga bila tgk profile Seri mereka tersedar ataupun bila Seri masuk dan terus speaking london kat doktor2 muda dan tua di situ..terus insaf...haha...time kasih la pd sume misi2 dan dktr2 di situ kerana memberikan yg terbaik pd pesakit...mcm tu barulah patient mudah recover dari sakit. takla semakin tertekan dan sakit...heheh

oh ya! memang kebolehan Seri adalah melalut...hehe..berbalik pd cerita Seri. Satu hari tu seri pergi ke KK di sebuah pekan kecil, tapi out patient yg datang boleh tahan juga (buat semua yg bekerja kat situ mukanya masam macam mangga muda cecah tepung asam boi! haha)Dek kerana appointment pd hari tersebut Seri gagahkan juga datang, lagipun nak review keputusan blood test yg diambil 3 tabung bulan lepas..huhuhu...

Seri melalui prosedur biasa. Dtg bawak kad temujanji letak dalam bakul dan tunggu nama dipanggil...hampir 30 min menunggu(aras biasa je) nama Seri dipanggil. Ingatkan kad perubatan dan resultnya dah jumpa tapi rupa2nya mereka bertanya lagi pd Seri bila tarikh akhir dtg appmnt dan pernah tak buat kad di KK itu. Beristighfar Seri cepat2, takut syaitan bisikan dalam hati supaya marah-marah mereka yg memang selayaknya di depan kaunter itu. Huhu...boleh bertanya begitu pula ya..dan Seri dah tahu problemnya adalah mereka misplaced kad kesihatan Seri. Alasan katanya kad di situ terlalu banyak..Seri mengucap lagi, takut marah merasuk diri kerana sudah terasa bahang apinya apabila melihat lagak 'makcik' yang duduk di depan kaunter itu bercakap. (ini antara sebab knp Seri tak mau sain pencen 60 tahun..blum 50 pun da nyanyuk - misplaced kad kesihatan pesakit ntah di mana-mana) Seri diarah duduk menunggu lg sementara mereka masih mencari. 15 min kemudian, dtg seorang lelaki (sy rasa PAR) dgn muka kesian dan sedikit gagap bertanya lagi pd Seri ttg soalan yg sama mcm makcik tadi(mkcik td ntah p mana) sambil bertanya betul tak nombor penghujung ic Seri yg terpapar di kad temu janji itu berkali-kali. Bahang semakin terasa. Sesungguhnya Seri manusia biasa, ditanya perkara sama dan dijawab pula dgn jwpn sama berulang2 kali, buat Seri mcm hilang sabar, wpun masih nampak cool menunggu. Kali ini dia mahu ic Seri pula. Setelah ic bertukar tgn, dia masuk ke dalam dgn misi mencarinya semula. kira-kira 30 min kemudian dipanggil lg oleh seorang makcik juga(kali ni makcik lain) dan bertanya bende yg sama. Darjah kepanasan Seri semakin menyala dan naik. Suami yg setia menunggu Seri juga mula naik angin dgn tindakan diaorng yang hilangkan atau misplaced kad rekod kesihatan Seri. Cara menjawab juga tidaklah berapa menyenangkan hati Seri dan suami yg masih mampu menahan tahap gaban rasa meletup volcanonya ini apabila kami bertanya mcm mana boleh jadi hilang, atau misplaced begitu.

Seri terus berdiri di kaunter. Pesakit yang menyaingi Seri menunggu tadi sudah lama beransur balik atau masih ada lg yg menunggu giliran berjumpa dktr. Akhirnya setelah menunggu lebih kurang 20 minit di depan kaunter makcik yg memula tadi, dtg ke kaunter sambil membawa kad kesihatan dan nampak tebal itu. "dah jumpa..ada terselit kat situ gak sbb terlalu banyak kad dalam bilik tu." tanpa sehuruf atau seperkataan minta maaf pada Seri dia terus menulis data Seri dan mengecop kad Seri (dgn kesan hentakan yg agak kuat)-mcm marah-marah, dan meletakkan kad Seri di atas kaunter begitu sahaja. Tanpa perkataan maaf sama sekali. Diulangi...TIADA.

Seri mengambil kad tersebut dan terus berlalu menunggu di kerusi untuk masuk ke bilik doktor. Di situ Seri menghabiskan lagi masa menunggu hampir satu jam utk bertemu dktr. Hermmm...sudah jumpa dktr...lain pula ceritanya...nak tahu? Nanti2lah cerita plak k? jari-jari Seri da agak sakit menekan punat-punat papan kekunci laptop ini. Terasa malas pula nak menyambung...huhu

Jadi? apa kata korang yang baca post Seri ini? Pernah berlaku pada anda? Haha..bersabarlah jika diuji begitu....Ada hikmahnya..sama-sama kita fikirkan...:-)

Seri stop dulu. Next2 time kita jumpa lagi ya...

~Seri Panggung: Tiada ujian dan dugaan bukan hidup namanya...Dah mati pun ada cabaran...malah lebih besar cabarannya bergantung daripada kesan kita menghadapi cabaran masa hidup kan? haha...~

Jumaat, 13 Januari 2012

Segara Akal....

Kalau dingin sungai akal melimpah
Biarkan ia terus mengalir di muara benar
Jangan terseksa memaksa
Hingga ia menenggelamkan cicipan Sang Rajawali yang masih mahu berdiri sepi, menikmati kemanisan damai di lembah permai ini....
Dunia ini masih milik Tuhan..kita cuma perantara sementara
Semoga ada bekalan menampung
Dalam perjalanan kita di lorong sunyi yang satu lagi...

~Seri Panggung: Yang terseksa mendengar bicara dangkal Sang Peraih dunia~


Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada