Salam semua, setelah lama tak menjengah blog suam2 kuku ni, Seri tiba-tiba mahu menukar blog yg ada ni menjadi dapur Seri pula..Bukan apa, selama ini, hobi yang jarang Seri bagitahu semua org selain menari, berteater atau berbangsawan sebelumnya Seri punyai satu lagi kecintaan iaitu MASAK dan mencuba resepi-resepi baru atau cuba mencipta resepi baru Seri sendiri.
jadi, bg follower yang setia (????)-ye ke?? hehe...mungkin sudah kehilangan url atau link blog yang lama iaitu bingkisanseripanggung.blogspot.com...hehee...bukan delete tapi Seri dah tukar namanya kepada asapdaridapurseri.blogspot.com...cer carik...misti ada...hehe
Kenapa Seri tukar? Misti ramai yang tertanya2...Seri sebelumnya muncul dgn post2 yang agak melankolik, kadang-kadang penuh dengan nada puitis berpuisi atau berirama atau dengan kritikan sosial semasa, namun tetiba bertukar menjadi dapur plak...haha...semenjak dua menjak tengah study leave ni, Seri agak banyak masa terluang!(wah! kenyataan macam buat doctorate sangat mudah la kann???)hehe, jadi Seri kembali giat di dapur. Aktiviti yang banyak tak sempat dilakukan ketika sedang berkuliah dan bercengkerama dgn student, assignment dan kertas exam, dan sebagai2nya lagi mak nenek berkaitan. Mana taknya kalau dah layannnn kerja sampai pukul 12 malam di ofis, dapur apa yang berasap kannnn????
Jadi sekarang aktiviti di dapur jadi agak rancak bila x perlu mengadap keje2 sedemikian melainkan mengadap Tuan Haji Tesis saya yang kadang2 biul dan sengal tu...pantang stress mengadap Tuan Haji Tesis, mulalah saya meragau2 mencari pisau, kuali, sudip atau senduk dan bermain di dapur seharian. Bukan ada yang nak makan pun...maklumlah di rumah Seri cuma wujud Seri dan suami seri sahaja... student pula sedang bercuti panjang jadi tak adalah yang nak diheret dibawa ke rumah utk makan makanan hasil air tangan Seri macam selalu(itupun kalau berkelapangan sgt nak masak utk student hehe) ...hehe...tapi tu lahhh...Seri memang suka masak...kadang2 sekarang ni, Seri sanggup hantar makanan Seri masak ke rumah kawan yang jarak sekitar 12 kilometer dari rumah Seri...hehehe..sekadar untuk dia mencuba dan memberi komen agar dapat memperbaiki resepi yang ada...Keinginan untuk masak dan mencuba resepi tak boleh nak tahan2...haha
ermmm...jadi itulah kesimpulannya kenapa Seri tukar nama blog ni dari bingkisan yang agak klasik ke dapur yang bunyinya agak meriah, lagi2 kepada yang perutnya tengah berdondang sayang...hak3... oleh itu, Seri harap ramai yang akan berkongsi resepi dengan Seri di blog Seri yang naive ini..(ceh! bajet low profile!) hehe... Juga bagi student yang hendak hampir ke jinjang pelamin..ingatlah pesanan Seri di album fesbook Seri ya..dalam post title blog ni pun Seri ada sebut jugak sikit...tentang pentingnya menjaga perut suami agar sentiasa kenyang dengan air tangan kita agar dia tidak mencari "makanan lain di luar"...ehehe..itulah ANTARA rahsia kemanisan rumahtangga Seri sudah menginjak 12 tahun, tahun ini...doakan Seri ya semua...:)
ok, jadi apa resepi pertama Seri nak bubuh sebagai pembukaan blog baru ni ya? Ermm...Seri rasa baik jamu mata dan perut semua pembaca dengan resepi yang agak ummpphh...maklumlah makan2 waktu perasmian...mestilah berat sikit kan???...hehehe...harap dapat mencuba ya? kalau tak sedap janganlah marah Seri sbb sedap atau tidak itu kan subjektif?? lain orang lain tastenya kann?? ok, nah dibawah ni Seri bagi resepi Nasi Hujan Panas (Fox Rain Rice!...hehe) dan Ayam Masak Merah...Jangan lupa cuba ya! Muaahhhh!!!
Nasik Minyak Hujan Panas (Fox Rain Rice...hehe)
3 1/4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1/2 mangkuk kecil susu cair(apa2 brand pun!)
4 kuntum bunga cengkih
4 bj buah pala
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis (sederhana besar)
1/2 bj bawang merah besar (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
1/2 inci halia (dimayang halus)
1 1/2 sudu teh minyak sapi
1/2 mangkuk kecil minyak masak
1-2 kiub ayam (sy ltk 1 sbb buat sikit...hehe)
2 helai daun pandan
pewarna merah, hijau, kuning
kismis untuk hiasan
**basuh beras dan rendam selama 10 minit. kemudian toskan.
1. panaskan minyak masak dan minyak sapi
2. tumis bahan2 yang dimayang halus
3. masukkan rempah ratus -goreng sampai naik bau dan garing
4. masukkan beras dan air, kacau
5. tutup periuk selama 3 minit, kemudian masukkan susu cair, kiub ayam dan daun pandan, then kacau
6. Tutup periuk lg selama 5 minit
7. bila dah cam nasi kembang cucuk lidi pewarna - sy guna chopstick besi sy...hehehe then tutup periuk lg
8. kacau nasik dan masukkan kismis
9.kacau nasik lagi dan tutup hingga 8-10 minit lg atau sampai nasik masak dengan api kecil...heheh
10. tutup api dan bolehlah makan....hehe [:D]
Ayam Masak Merah (utk makan 2-4 orang)
2-5 potong ayam (sederhana besar dan mana-mana bahagian)-digoreng dgn kunyit dan sedikit garam kemudian ketepikan
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu besar cili kering kisar
2 kuntum bunga lawang
4 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pala
1 1/2 inci kulit kayu manis
1 tin kecil puri tomato
1/2 mangkuk kecil sos tomato
1/2 mangkuk kecil sos cili
1/4 cawan susu krimer
1 labu bawang besar holland
sedikit air
garam & gula secukupnya
1 helai daun pandan-simpulkan
1. tumis bahan rempah penumis- bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pala hingga naik bau
2. masukkan bawang merah, putih dan halia yang ditumbuk dan goreng hingga kekuningan
3. masukkan cili mesin dan puri tomato - tumis hingga garing-masukkan daun pandan sekali utk mewangikan ramuan
4. selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili dan masukkan sedikit air - tumis hinga garing lagi
5. akhirnya masukkan susu krimer sedikit demi sedikit-tumis sampai sedikit pecah minyak
6. masukkan ayam dan bawang holland-kacau hingga sos sebati dengan ayam
7. angkat dan hidangkan bersama nasi hujan panas tadi.
as simple as ABC, kan??hehehe...nanti rojak timun jelatahnya Seri akan upload next entri ya...setakat ini dulu...selamat mencuba utk semua ya?
Seri Panggung
Lembah Titiwangsa :)
Sebuah kolum yang membawa anda semua ke dunia Seri...Kecintaan Seri...Catitan Seri...dan segala-galanya tentang Seri...Paling best berkongsi pengalaman, citra hidup, perjalanan serta resepi dengan Seri...berkongsi rasa nikmat rezeki yang Allah beri kepada kita.... :)
Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...
Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.