Mee Wantan Kicap dan Kuah Cili
4 gulung mee wantan kering
sedikit serbuk lada putih
minyak bijan (kalau tak ada boleh gantikan dengan minyak sayur)
5 batang sayur sawi atau pak choy
2 ketul bahagian dada ayam (bahagian lain boleh juga, Seri guna bahagian tie)
1 biji bawang merah (sederhana besar)
8 ulas bawang putih
5 biji cili merah segar
1 ketul kiub ayam knorr
2 bj buah pala
1 batang kayu manis
3 tangkai bunga cengkih
I kuntum bunga lawang
kicap manis saus ABC (recommended)
sos cili dan tomato
garam, gula, cuka secukupnya
1. tumbuk bawang merah dan 3 ulas bawang putih dan tumis sekali dgn rempah tumisan hingga naik bau
2. masukkan ayam dan gaul sebati dgn rempah tadi hingga separuh masak, angkat dan kemudian gaul ayam dengan kicap manis saus ABC dan sedikit serbuk lada sulah. ketepikan.
3. masukkan air, kiub ayam knorr, tambah garam dn sedikit gula dlm sup.
4. reneh sup hingga mendidih dan padam api.
5. rebus mee wantan kering dan kemudian tos.
6. celurkan mee dengan air sejuk sebentar. (Seri guna air masak). Angkat dan toskan.
7. kemudian gaulkan mee dengan kicap manis saus ABC, serbuk lada sulah dan minyak bijan/minyak sayur. ketepikan atau masuk dlm pinggan.
8. goreng ayam hingga masak.
9. celur sayur sawi dalam air mendidih dicampur dengan sedikt minyak. ketepikan.
10. untuk kuah cili, kisar cili merah segar dan 5 ulas bawang putih, garam, gula dan cuka secukupnya. kemudian tambah dgn sos tomato dan sos cili
11. hidangkan mee dengan sayur sawi, ayam, sup dan kuah cili segar
selamat mencuba :)
Makan dengan sup dan kuah cili ni...sedap wooo...hehe
Seri Panggung
Lembah Titiwangsa
sedap nya mee wantan, lama dah cari nak beli kat mana tak tahu la plak... nie ada resepi bole cuba sendiri...
BalasPadamwww.mnmforlife.blogspot.com
bila bc komen awak, tetiba Seri pun teringat nak buat lagi mee wantan ni...alahaiiii...sedapnya bila mengenangnya dlm suasana sejuk mcm ni...sup panas dan kuah cili segar yg kaw! ahaks! :)
PadamSeri tak paham kenapa ada org kata Seri gunakan bahasa yang rosak utk tulis resepi ni hingga susah nak paham...mana yg rosak??? apa yang rosak??? rasanya ini bahasa Melayu kita...rsnya agak jelas....ermmmm...sila terangkan pd Seri kalau-kalau boleh diubah....
BalasPadam