Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Jumaat, 10 Ogos 2012

Tahniah Pandelela Rinong & Dato' Lee Chong Wei...Wira & Wirawati Malaysia

Hari ini dapur Seri berkepul-kepul keluar asap lain dr kebiasaan..hahah...bukan apa dek sebab terlalu leka dgn berita kemenangan wirawati kita Pandelela Rinong menyumbangkan satu lagi pingat kepada Malaysia dalam sukan berprestij Sukan Olimpik di London menerusi acara Terjun 10m Platform. Haa..hari ini entry Seri lain dr resepi...nadanya patriotik sikit! kikiki...First n foremost, Seri nak ucapkan TAHNIAH BESAR-BESAR UNTUK ANAK MUDA MALAYSIA itu...malah paling mengagumkan dan membanggakan Seri lagi beliau SARAWAKIAN sama macam Seri...hehehe...walau bagaimanapun jgnlah ada pembaca yg baca blog Seri ini kata Seri kenegerian pulak bila menulis macam ni...sebab apa-apa pun Pandelela tetap gunakan jersi bertulis MALAYSIA di belakangnya dan tetap mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda bangganya menyumbang bakti pada negara. Juga tetap membawa visi untuk mengharumkan nama MALAYSIA.
Biarpun mendapat pingat GANGSA, tapi prestasinya sangatlah MEMBANGGAKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA kerana mencipta sejarah sebagai atlet pertama selain badminton meraih pingat di Sukan Olimpik yang berprestij itu dan juga ATLET WANITA PERTAMA MERAIH PINGAT DI SUKAN OLIMPIK. wahhhh!!! TAHNIAH lagi sekali tau! Bangganya dengan beliau. Seri sampai menitis tears of joy bila melihat aksi beliau bila nak confirmed dapat pingat semalam. Juga ketika beliau naik ke platform menerima pingatnya...setiap kali beliau hendak melakukan terjunan, Seri turut rasa berdebar-debar...hak3...patriot kan???
Tapi janganlah ada pulak desas-desus kata-kata menyakitkan untuk wirawati kita ini macam yang dilakukan terhadap Dato' Lee Chong Wei kita. Sungguh kurang sopan kann??? Patriotlah sikit...sekurang-kurangnya org tu dah bagi sumbangan besar pada negara kita...tapi kitaaaa?????? Dah sumbangkan apa untuk negara malaysia tercinta ini??? Cukuplah sekadar kita tanam rasa bersyukur sebab duduk dalam Malaysia yang tak berperang, makan pakai cukup sampai kita sakit2 sebab makan, bukan sakit sebab tak makan...cukuplah jugak kita sokong mana-mana individu yang sudah membuatkan seluruh warganegara berbangga dengan pencapaiannya kerana mengharumkan nama negara tercinta ini di mata dunia...Hurmm....sekarang ini Malaysia sedang dalam proses untuk membangunkan dan memakmurkan buminya..siapakah yang perlu bertindak untuk semua tu? KALAU BUKAN KITA???

Seri juga nak amik kesempatan ini nak ucapkan TAHNIAH JUGAK PADA DATO' LEE TEMPOH HARI YANG MENDAPAT PINGAT PERAK DI SUKAN OLIMPIK LONDON. sesungguhnya kami bangga dengan Dato' Lee dan Pandelela.

Malaysia BOLEH!!!

Seri Panggung: Jaga-jaga! Seri MEMANG PATRIOTIK ORANGNYA! hak3....MESTI BANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG AMAN DAN MAKMUR INI YA!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada