Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Khamis, 9 Ogos 2012

Kalau Roboh Kota Melaka...Mee Jawa Kita Masakkan..haha

Wahh...berpantun pula Seri hari ini...tapi ni pantun dah "diperkosa" namanya...huhuhu...jangann buat ya...Sebagai pencinta seni dan budaya warisan, Seri pantang tgk pantun-pantun lama dirosakkan atau istilah Seri selalu guna kepada student "diperkosa"...huhu...istilah pun dah menunjukkan kerosakan yang sgt dahsyat..tajuk Seri tu...hanya gurauan semata-mata...tobat lpz ni Seri x mo dah rosak2kan warisan bangsa...huhuhu..

Haahhh!! Salammmm semuaa...entry kali ni Seri nak letak resepi Mee Jawa...My MIL Secret Recipe..haaa...dr mother in low Serilah Seri banyak blajar masak...maklumlah...en hubby sebelum kahwin, hanya makan masakan omak dio eh...x makan doh masakan2 luo ni...huhu...so MIL Seri banyak bg tunjuk ajar mcm mana masak cara dia supaya anak dia selalu kenyang perut dengan Seri...Time kasihhh banyak makkkkk!!! hehehe...nnt kita sopping raye lg ya??? hehe

beklah untuk yang menunggu dah lama dan dah lama mintak, silalah cuba resepi Mee Jawa MIL Seri ni ya?


Mee Jawa Mak Mentua
500gm mee kuning (recommended: mee kuning cap Laksamana..mee dia elok x benyek bila direbus)
2 tangkai sayur sawi
300gm taugeh
1-2 keping tauhu-goreng dahulu dan potong 2
cili merah dan hijau segar(bg yg suka pedas boleh guna juga cili padi)
daun sup
bawang goreng
telur(ikut suka anda dan direbus)

Resepi Kuah:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kering kisar(bg yg suke pedas boleh tambah jd 3 sudu)
2 sudu serbuk kari daging
2 sudu taucu
1 1/2 jemput udang kering
4 biji kentang
4 biji keledek merah
3 keping kek ikan
1 kilo kerang segar-direbus dahulu dan dibuang kulitnya serta diketepikan dahulu
garam dan gula secukupnya

1. Rebus kentang dan keledek bersama dan kisar dgn air masak bila sudah empuk- ketepikan
2. tumbuk bawang merah dan putih-ketepikan
3. tumbuk taucu bersama udang kering -jangan lumat sangat dan ketepikan
4. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau
5. kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak atau garing
6. bila sudah garing masukkan serbuk kari yang sudah dicampur dengan sedikit air
7. masukkan pula udang kering dan taucu yang ditumbuk bersama tadi. kacau hingga semua bahan sebati dan masak garing
8. masukkan kentang dan keledek yang telah dikisar dan campurkan dengan air(ikut banyak mana nak buat kuah atau tgk kepekatan kuah bila dicampur kentang dan keledek-jgn pekat sangat)
9.masukkan garam dan gula secukupnya**
10. reneh kuah hingga mendidih dan masukkan kek ikan-biakan mendidih sekali lagi
11. Barulah masukkan kerang segar dan biar mendidih lg sekali
12. Padam api dan biarkan kuah sejuk.

sementara menunggu kuah masak bolehlah disediakan bahan-bahan lain yang hendak dimakan bersama dengan mee jawa ini

1. rebus telur**
2. potong sawi dan siang taugeh serta celurkan dalam air mendidih yang dicampur dgn sedikit minyak masak
3. hiris cili nipis-nipis
4. potong 2 dan nipis-nipis tauhu yang telah digoreng tadi
5. potong daun sup
6. celurkan mee kuning

setelah kuah masak dan me siap dicelur bolehlah dihidangkan dengan bahan-bahan di atas ni ikut citarasa masing-masing. hiaskan dengan bawang goreng.

Info:- **mee jawa ini rasanya pedas-pedas manis
**telur adalah satu bahan yang mesti ada dlm mee jawa..tanpa telur apalah mee jawa...hak3... ;p


selamat mencuba ya? Tapi banyaklah bersabar untuk sediakan hidangan ini ya...senyum selalu :) saya yakin ahli keluarga pasti tersenyum merasa hidangan ini..terutama en suami yang suka rasa-rasa manis pedas ini...;p

Seri Panggung
L. Titiwangsa


Mee Jawa yang sudah dikuahkan...yummmyyy!!!hehehe... ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada