Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Ahad, 23 Jun 2013

Bersiaran Dari Pasar Malam Terpanjang di Malaysia

Minggu lepas Ateh (kakak) Seri datang bermeeting di Putrajaya. Selesai meting Ateh balik ke rumah Seri di Tg Malim. Hari Sabtu kami bercadang untuk ke Setia Alam iaitu tempat yang katanya Pasar Malam Terpanjang di Malaysia. Maka kami pun ke sana kerana ingin melihata bagaimana agaknya makanan, barang-barang, minuman yang di jual sepanjang 2.4km sehala perjalanan. Maknanya jika berpusing balik ke tempat permulaan anda telah berjalan sepanjang 4.8km...ya...hampir 5km! wahhh!

Oklah, tak mahu cerita panjang, kat bawah ni Seri tunjuk gambar-gambar yang Seri sempat captured sepanjang berasak2 dalam gelombang manusia Sabtu lepas...ehehhe

ini permulaan jalan kami untuk menyusuri gelombang manusia ya?

cakoi yang banyak ... arnab pun ada...huhu

Aneka jenis mee goreng, apam balik dan Dorayaki...hurmmmm...tengok tu, berwarna warni dorayaki dia...mcm berselera jek tgk kan? huhuuu...

haa...ni Apam balik lagi, samosa pun ada, keropok lekor dan rangka ayam pun ada...hehe

:)
ini sebahagian yang ada di sana...bahagian tgh pasar kebanyakan peniaga cina mengambil tempat...pelbagai jenis masakan dan makanan cina boleh dilihat...heheh...

Tapi.. ada satu gambar yang tak sedap kita nak tengok...tapi nak tunjuk juga supaya kita ada kesedaran ..haaa tgk nih...huhuhu...adoyaiii...pasar ni pjg sangat la kot buat org sumer rasa dahaga..huhu...tp tgklah akibatnya...ermmm...tak syok pula tgk keadaan mcm ni...kenelah bertanggungjawab sikit...huhu

haaaaaaaa...kami dah sampai di penghujung jalan pasar malam ni...adoyaiii mcm nak putus urat kaki dan urat kentut...ahahahhaaha...bdn pun berpeluh mcm keluar dr gym...hehehe...maknanya kami dah jalan 2.4km huhu..blum patah balik lagi :p

lagiiiii...heeee....

dalam perjalanan berpatah balik sepanjang 2.4km tu, kami (Seri, En.Asben & Ateh) singgah pekena teh tarik di sebuah restoran mamak di sepanjang jalan pasar malam tu...huhuhuu...melepas penat dan dahaga...nama restoran tu Suria Teh Tarik...memang kawwww la teh ais dia...perghhhh...tgk gambor nih...hehe

hampir ke penghujung jalan berpatah balik tu, kami berjumpa dgn replika nih...hehehhe...ermmm..apa lagi klak klik lar amik gambor kat replika ni, bkn senang nak dtg sini kalau tak betul2...dan malasnyaaa la nak kembali mengenangkan lautan manusia yang perlu ditempuh dan dirempuh...ahaks!

so, bagi sesapa yg teringin nak ke pasar malam yg betul panjang nih...silakanlah tapi kenelah kuat fizikal dan mental nak berdepan dengan semua tempat penuh dgn manusia...huhuhu...

cuma agak banggalah dgn kepelbagaian bangsa kita, di pasar malam yg panjang itulah kita boleh nampak kesatuan dan perpaduan...semua bangsa ada di situ membeli belah tanpa sebarang prejudis...ahaaa..

kepada yg belum sampai lg di sini, dtglah awal...makanan meriah lagi dan akan rasa mcm mana waktu puncaknya

Selamat Memeriahkan Suasana!

Seri Panggung
Lembah Titiwangsa





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada