Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Rabu, 7 Disember 2011

Penangan Drama Korea

Malam-malam begini teringat dengan seorang kawan seri yang pelik dan hairan melihat kegilaan sesetengah masyarakat kita menggilai drama Korea. Sama ada membeli channel di siaran tv berbayar atau mendapatkan dalam bentuk dvd atau vcd. Haha..Seri sendiri peminat setia drama korea. Cakap saja apa dramanya, InsyaAllah dah tonton, milik x milik dvd atau vcd bergantung kepada kedapatan cerita itu di pasaran dan kantung Seri sendiri setiap bulan...hahaha..tapi semenjak dua menjak ini, Seri jd agak ganaz utk mendapatkan dvd drama-drama tersebut, x puas dgn siaran berbayar di kaca tv rumah sendiri, Seri akan ke Speedy utk mencari sebagai koleksi. Suka benar menyimpan sebagai koleksi, mesti carik yang ori, baru kualiti best..mungkin sudah berpuluh dvd / vcd Seri dan ianya merupakan satu kepuasan pada diri Seri melihatnya di dalam rak simpanan. Pelakon-pelakon jgn cakap, hampir semua Seri kenal...hehe..lelaki perempuan..boleh kata Seri cpt cam mereka bila muncul di kaca Tv...

Tapi malam ni bukanlah nak citer ttg drama korea, atau ttg koleksi dvd/vcd Seri yang yang banyak tu. Cerita kali ini adalah kejelekan kawan Seri ttg kegilaan orang Malaysia skrg dgn K-Pop, drama korea dan yang berkaitan. Katanya dalam nada jengkel "sikit2 korea...sikit2 korea...cerita melayu dah tak best atau dah tak boleh menggamit minat masyarakat kita ek?" Seri menjawab..."minat dan kesukaan bukankah subjektif..??? terpulang pada individu nak minat apa...analoginya, mcm seorang lelaki jugak..kalau dah minat kat perempuan yang sama atau perempuan minat lelaki yang sama...katalah ada 10 minat pada lelaki dan perempuan yang sama, nak buat mcm mana? best man/women win la...hahaha..." Jawapan seri membuatkan kawan Seri mencebikkan bibirnya yang sedia ada tebal itu menjadi lebih tebal dan hodoh...hehehe...Seri menambah..."nak kata drama/filem melayu x menguntungkan dan x diminati lagi tipulah! masih ada filem melayu yang box office di pawagam..sekarang demam ombak rindu menggila..ramai yang berhajat nak menonton kecuali Seri...heehe..sebab memang tak minat menonton wayang lagi-lagi menonton cerita melayu...bukan Seri perkecilkan cerita /filem melayu..tetapi bukankah suka dan tidak tadi adalah subjektif? haha...terkebil2 jgak mata kawan Seri menimbang2 kata seri itu...Seri cuma senyum...

Kawan Seri bertanya lagi.."kenapa ko suka sgt tgk citer/drama korea? sbb pelakon2nya comey2 kan?"
hahahhaahaha...ketawa Seri meletus, agak lama...Seri pandang wajah kelat kawan Seri itu...sambil tunjukkan jari-jari montel seri di depan matanya. "Ko nak berapa reasons?" kwn Seri menjegilkan matanya dan mendengus, menambah ketawa Seri yang lemak berkrim itu. Memberi perisa kejengkelan kawan Seri itu bertambah.

1. Betul...pelakonnya cun2, comey2, ensem, manis..sapa tak nak tgk kan? bukankah lumrah manusia di dunia suka tgk yang cantik? indah? ensem, manis, cun-melecun??? Seri ketawa nakal lagi. Kawan Seri masih serius menunggu jawapan lain yang lebih releven lagi mungkin.
2. Sshkan nak pergi sana? kalau kaya dan ada duit bolehlah pergi selalu. Pemandangan dalam drama selalunya cantik2...dan menggamit kita utk ke sana....aku singgah di Korea bila satu hari kapal terbang transit dari Jepun dan mahu ke Vietnam...sehari bukanlah masa yang mencukupi utk mengenali mereka yang sangat berbeza dgn kita. Jadi...dengan menonton drama mereka, sekaligus kita dapat banyak cedok beberapa perkara. "Beberapa perkara? cth??" kawan Seri tak puas hati.
4. Pertama budaya mereka, kita dapat belajar free ttg budaya dan cara hidup mereka melalui drama yang kita tonton. Aku nak tanya ko, ko tau adat orang Korea tak boleh minum secara biasa di depan orang tua yang menuang air di gelas/cawan mereka? Mereka harus memusingkan muka ke tepi dan jauh daripada golongan tua yang mesti dihormati? kita macam tu tak? tidak..walaupun kita melaung-laungkan kitalah masyarakat di dunia yang paling bersopan santun dan menghormati yang tua... Kalau ko minum macam biasa tanpa memalingkan muka, kau akan dianggap berlaku biadap terhadap golongan tua. ko tau? tak tau kan? so dengan menonton drama korea satu hari tu-(x ingat citer apa) aku belajar a pieces of their ettiques and culture. So, kalau ada rezeki pergi ke Korea nanti, tak adalah kene sergah dan sumpah secara free. silap2 kene penampar kapit...hak2...sbb x hormat budaya orang lain...., itu sebahagian adat yang dipelajari, sebenarnya ada banyak lagi.."
5. Keduanya dapat belajar bahasa mereka secara free. hehehe...yang ni bergantung kepada ko dan keinginan ko la...Seri menerangkan lagi pd kawan Seri yang masih tak puas hati itu..."Cth bahasa yang ko tau?" dia mula menduga..."Wahhh...banyak...antaranya, gamsahabnida..kuwusmida....gumowoyo..gumapta...arr byk lagi lah..." heheh Seri tersengih2. Menunggu cabaran lain pula.."Maksudnya?" dia bertanya...semua perkataan tu membawa maksud terima kasih..."Xkan semua?" kawan seri mencebik...Haaa...tu la ko...len kali tgk citer/drama asing..byk kita belajar esp bahasa...memang maksudnya semua terima kasih tetapi digunakan dalam level yang berbeza dengan orang yang dilawan bercakap. Gamsahabnida dan kuwusmida digunakan dengan org yang lebih dihormati dan formal, sementara yg lain digunakan utk kawan-kawan, keluarga atau yang level bukan elit..hahhaa...."kalau mcm tu Bahasa Melayu lagi senang...terima kasih utk semua orang" katanya tak mahu mengalah...Seri senyum..."Memang B.Melayu bahasa paling mudah dipelajari di dunia, ko mesti bangga tu...tetapi bukankah kalau mengetahui bahasa asing lebih unik? Bahasa menunjukkan bangsa kan? banyak kelebihan tahu berbahasa asing...macam Bahasa Inggeris...tau berbhs Ingg senanglah nak berkomunikasi di mana-mana, temuduga khasnya...di syarikat swasata, biasa akan guna BI...tak tau bercakap walaupun ada idea, mati akal la jawabnya...sekurang-kurangnya menonton cerita Inggeris, kita dapat juga belajar bahasa Ingeris secara tak formal...tapi ingat...Cintailah bahasa kebangsaan kita...hehehe" Seri menerangkan panjang lebar kepada kawan Seri yang sudah nampak berfikir dan darjah muka kejengkelannya Seri rasa agak menurun sedikt dgn isu yang kami bualkan ini. hehe..lagaknya seperti memberi kuliah saja di dewan kuliah...hak3...
6. "lagi?" tanyanya..."wahhh..respond baik nampak?" Seri menguji. Dia mencebik bibir lagi...Tapi Seri tahu dia sudah mula menerima alasan Seri sedikit demi sedikit. "Sebenarnya, menonton cerita apa-apa pun, kita sepatutnya bukan saja menonton dengan mata saja, malah harus menontonnya dengan mata hati." "mata hati?" soalnya balik. "Yupszz...mata hati...bukan sekadar suka dgn story linenya, suka dgn pelakonya baru menonton, yang paling penting kita dapat sesuatu atau natijah yang baik dari cerita yang kita tonton. Bagi aku cerita/drama korea banyak menerapkan semangat/perjuangan tak putus asa, sikap positif dan bagaimana mengalahkan watak antagonis dalam hidup kita dengan kesabaran dan usaha. Bukan dengan hasad dengki, iri hati, mandrem sana-sini dan yang paling penting belajar menerima hukum karma..ermm...Kawan Seri mula mengangguk-angguk...Seri menambah..sebenarnya bukan setakat cerita korea tetapi cerita bangsa lain juga, cuma storylinenya membezakan best ke tak best...thrill x thrill citer yang kiter tgk....bagi aku citer korea memang ada kelainannya" Seri memandang sepi meja kosong di kedai tempat kami minum itu.
7. "dah kalau mcm tu...ko ni xde smgt patriotik la kan?" dia masih belum mahu mengalah dan masih mahu menguji Seri. "Lorrr...saper cakap??? aku patriot laa...malah tgk citer korea banyak bawak aku menanam smngt patriotik pada negara kita." "Mcm mane?" dia mendesak. Ko tau org Korea banyak x pandai dan x fasih bertutur dalam BI tak? Dia menopang dagu, mahu mendengar selanjutnya. " Patriot betul diaorg ni mana nak cakap bahasa Inggeris macam kita, sikit pun x, diaorng sgt mengagung2kan bahasa dan budaya tau, wpun dah hidup 500 tahun maju dari kita (Jepun 700 tahun maju dari kita...huhuhu). Itulah keistimewaan kemajuan mereka.... tapi kalau ko di Jepun ko pasti akan tau lebih lanjut...next aku akan cerita xperience kat Jepun plak k? hehehhe...kali ni korea luu...hehehe
8. "lagi? ko nak dengar apa dr aku? banyak reasons aku sbnrya...yang paling aku suka dua. Mempelajari budaya dan cara hidup serta dapat mempelajari bahasa diaorang secara free...itu memang dah dikira unik dan keuntungan menonton drama mereka." Aku senyum..."habis tu x reti2?" kawan Seri tiba-tiba menguji lagi. "Reti apa?" Seri memang tidak mengerti apa-apa maksud pertanyaan kawan Seri itu...huhu
9. "Tak reti nak pinjamkan aku DVD dan VCD ko yang melambak tu larrrr...bia aku test, reason ko tu boleh pakai ke tak?" Dia senyum sinis lagi pada Seri.
10. Hahahahahahahhahahahahahahahaaaaaaa....huarhahahaa....Seri ketawa berdekah-dekah dengan permintan kawan Seri yang jengkel dengan minat Seri itu tadi. Akhirnya..."Takkan cepat sangat terpengaruh kot???" Seri menduga..."Bukan terpengaruhlahh...sekadar mahu melihat kebenaran...benar tak benar...boleh pakai tak boleh pakai alasan ko tadi tuu.." dia tak mahu mengalah. "Ok...nanti aku bagi pinjam..sekali tau...let say kata ko ter'addicted' ko kene beli sendiri pasal aku sayanggg banget kat dvd / vcd koleksi aku tu! maklumlah...regenyer cecah ratus2 kau! hak3..."Seri ketawa berdekah lagi..sementara kawan Seri tadi masih mencebik. Tak puas hati lagi masih bersisa kot. Hehehhehe....
11. Sekarang kawan Seri itulah kaki Korea, cerita terbaru/lama semua dia tengok, sapu...katanya nak qada' tgk yg dulu2 sbb tak minat....pantang cerita baru muncul di pasaran dia lebih dulu dr Seri mendapatkannya. Dalam kete, semua lagu korea malah keadaannya sekarang lebih teruk dari Seri...Risau pulak Seri melihatnya...Sekarang dia dah pun tukar siaran TV berbayar yang ada mengeluarkan satu saluran khas rancangan/drama Korea. Sekarang juga dia lebih hafal nama pelakon-pelakon korea dari Seri...Aigoooooooooo.....Huhuhuhuhuhuuuuuuuuuuuu


SP: Boleh tahan jugak Seri mempengaruhi orang yek? tapi bukankah betul serba sedikit alasan Seri dalam post kali ini? Siapa setuju??? Angkat kaki...heheheheh


Seri Panggung
Lembah Titiwangsa



Sekarang..tgh jatuh cinta dgn mamat ni la plak...hahah...Kim Tae Hyun drama latest beliau Pure Pumpkin Flower(2010) sedang ditayangkan di Channel HD393..hak3....

Selasa, 6 Disember 2011

Mencari Erti Hidup

Apakah erti hidup pada kalian? Kalau kalian tanya Seri, Seri pun tak tahu nak jawab apa...bukanlah maknanya Seri adalah orang yang tak menghargai hidup. Sumpah ini adalah peluang seumur hidup yang Allah bagi pinjam, mestilah Seri menghargainya. Tapi, semenjak dua menjak ini dan semenjak sekian lama ujian Allah bersarang dalam badan Seri...Seri asyik tertanya-tanya kepada diri Seri sendiri. Apakah yang telah Seri lakukan untuk memaknakan kehidupan Seri setakat ini? Bahagiakah bila sudah berjaya mempunyai ijazah, master dan seterusnya PhD? Lengkapkah hidup bila sudah bersuami, suami yang menyayangi walau kadang kala pahat tetap berbunyi walaupun rumah sudah siap dibina? Gembirakah apabila sudah mempunyai pekerjaan yang begitu stabil, gaji yang cukup dan kadang kala lebih makan, namun penuh dengan ujian-ujian yang terpaksa ditempuhi hari demi hari? Cukupkah apabila mempunyai saudara yang ramai dan menyayangi (walaupun jarang-jarang diluahkan kasih sayang itu)?

Entahlah...kadang kadang Seri pun tak berani bercakap apa-apa dengan manusia di sekeliling Seri. Seri mungkin takut dengan bayang-bayang sendiri. Seri bukan manusia yang sempurna untuk bercakap itu ini kepada mereka. Sedangkan hidup sendiri pun masih menjadi teka-teki.

Tapi, bila difikir2kan pula, sekurang-kurangnya tidaklah sia-sia juga hidup ini Allah bagi pinjam. Sekurang-kurangnya dengan ijazah, master dan PhD, pekerjaan dan gaji yang stabil, mendapat suami yang menyayangi akan membuatkan orang tua lega di hati. Tidak risaukan Seri. Hidup penuh terisi dan boleh berdiri di atas kaki sendiri. Mungkin itu pada fikiran ibu bapa kita dan adik beradik. Tapi tak semestinya kita sendiri akan terasa penuh terisi begitu. Saat menyendiri, kadang-kadang Seri bertanya kepada diri sendiri, apakah sumbanganku kepada diri, ibu bapa dan masyarakat sudah cukup dan dapat menjadi benteng untukku bertahan di dunia lainnya nanti? Apakah semua yang aku sudah lakukan benar-benar menyenangkan hati orang tuaku hingga hayat mereka atau kita berakhir? Itu yang sering Seri fikirkan sejak akhir-akhir ini.

Mencari erti hidup bukanlah semudah ABC yang kita belajar sejak tadika dan sekolah rendah darjah satu. Bukan mudah juga untuk kita mahu menghukum orang lain begitu begini, sedangkan kita merasakan diri kita sudah sempurna lebih daripada orang lain? Mencari erti hidup juga bukanlah bermakna selama ini kita tidak menghargai hidup kita sebelum-sebelumnya. Mencari erti hidup adalah perjalanan yang tiada henti sebenarnya tanpa kita sedari. Bukankah pujangga pernah berkata sepanjang hidup kita ini adalah merupakan proses belajar? Mengutip setiap satu pengalaman hidup sendiri dan orang lain agar sekurang-kurangnya hidup kita sedikit terisi dan penuh warna-warni? Juga agar kita mensyukuri apa yang sudah Allah beri kepada kita?

Sejauh dan setakat hari ini, Seri begitu mensyukuri pemberian Allah pada Seri, dalam keadaan alpa dan lalai, Allah masih bagi Seri kebahagiaan, kesenangan dan pengetahuan. Namun, mencari erti hidup tanpa henti akan menjadikan kita manusia yang lebih berfikir setiap hari dan menyedari rahmat Allah itu memang berada di sana-sini untuk kita. Terpulang....untuk kita menyedarinya atau tidak...

Pernahkah kalian mencari erti hidup kalian yang entah bila akan berakhir ini? Pernahkah kalian merasakan hidup ini memang tak bererti apabila sekali sekala dihujani dengan ujian demi ujian daripada Ilahi? Pernahkah kalian mensyukuri nikmat Allah yang diberi dan merasakan betapa berertinya hidup ini pada kalian? Pernahkah kalian merasakan alangkah berertinya hidup orang lain apabila hidup sendiri tidak seindah hidup orang lain yang diharap akan diberi kepada kalian?

Teruslah mencari erti hidup kalian dan janganlah rasa tersisih daripada rahmat Ilahi. Allah akan menguji setiap hambaNya dengan suka-duka, pahit-manis, sedih-gembira, jaya-gagal, sihat-sakit, kaya-miskn dan segala bentuk yang binari lagi.

Sesunguhnya erti hidup hanya kalian sahajalah yang tahu maknanya pada diri kalian. Sejauh mana kalian mahu menunjukkan pada orang lain erti hidup kalian yang untung dan rugi di dunia ini, hanya kalian sahajalah yang mengerti dan mencarinya. Manusia lain hanya akan melihat tanpa dapat berbuat apa-apa tentang erti hidup anda....

Seri Panggung : hari ini mood agak serius... bila ujian Allah menyerang dengan hebat lagi! Bertahanlah dan bertabahlah Seri! Rahmat Allah semua ini dan itulah erti hidupmu yang diuji Ilahi....


Seri Panggung
Lembah Titiwangsa




...Hidup Umpama Lautan...Bergelora Tetapi Indah...Indah Tetapi Bergelora...

Isnin, 5 Disember 2011

Yang Sempoi di Penang...







Seri Panggung : Ni la makanan yang paling sempoi di penang sepanjang Seri dah berulang-alik ke Penang beberapa kali semenjak study di USM. harap-harap ada lagilah tempat makan dan makanan yang lebih sempoi...di tempat lain di sekitar Penang...Seri tak lapaq Pasemboq..sebab tak berapa gemar dengan bahan-bahan yang dicampur banyak-banyak mcm tu...tapi makanan Thai tetap pilihan no.1.... di mana-mana pun Seri pergi..Cubalah kat sini... Nama kedai kalo x silap Seri Bahtera Santai...betul2 berhadapan dengan Selat Melaka dan Jambatan Pulau Pinang yang mendamaikan....berhampiran dengan Queensbay Mall Penang ...masih terasa angin sepoi-sepoi bahasa petang itu bila Seri makan dengan suami....ermm... baaasstaaa!! hehehe....

Menu : Sotong masak pedas, daging masak merah, kangkung goreng biasa, sup cendawan, kerang rebus..hehehe...Sutera Kasih: nanti kita p skali lagi noh! kali ni cheq p dulu...kih3x...


Tapi ada lagi yang paling sempoiii..hahaha...japp ehh upload jap!





taaaraaaa...bus stop a.k.a. jalan raya....bersabung nyawa menunggu bas...ada beraniii???? bus stop sebelum persimpangan masuk ke Jalan Sg.Dua. Bus stop Kg. Batu Uban...Sempoiiiiii...hakk3x...


Seri Panggung : Penang Memang Sempoi! Pemandu-pemandu di situ pun memang sempoi! huhu...

Cerita Hantu USM, Rumah Tetamu, Majlis Akad Sumpah, & Sambutan Hari Jadi ...Part III : Misteri Kereta Savvy Biru & Deringan Telefon Pukul 12.00 malam

Assalam semua, MasyaAllah, sekian lama, barulah Seri dapat kembali ke blog suam-suam kuku Seri ini. Setelah berhempas pulas berhadapan dengan ujian demi ujian Allah. Hari ini baru ada sedikit kesempatan, sudah terlalu lama Seri berhasrat untuk menyambung cerita misteri di rumah tetamu yang terbengkalai sudah hampir 2 bulan lalu, namun sedikit pun Seri tidak lupa tentangnya. Sejauh mana dan setakat mana cerita Seri ya? owhh...sehingga kami kembali ke rumah tetamu itu dari QBM.

Ketika Seri dan kawan menaiki tangga utk ke bilik kami, Seri dan kawan disambut dgn bunyi tangisan kanak-kanak kecil. Seri yang sedia ada takut menoleh pada kawan Seri di belakang dan memandangnya. Kawan Seri mengangkat bahu, matanya juga meliar, memerhati malam yang nampak sangat pekat walaupun malam masih terlalu muda. Barrack nampak tiada penghuni lain, semua bilik gelap menambah ketakutan Seri dan kawan yang tak tahu apa-apa itu..huhuhu

Setelah masuk ke bilik masing-masing, Seri bertambah cuak, terasa-rasa bayang memerhati di mana-mana(sah! memang penakut melampau! huhu) Seri capai handset mahu menghubungi kawan Seri di sebelah, namun belum sempat Seri menekan nombornya, telefon bimbit di tangan Seri berdering dahulu, pemanggilnya: kawan Seri di bilik sebelah...

"Weii..ko buat aper? meh arr masuk bilik aku..meh laa...huhu" itu antara dialog yg Seri masih ingat..
"Huhu, aku baru jek nak call ko tanye leh tak aku g bilik ko...aku kuar skrg lar.." belum sempat kawan Seri menjawab kata-kata Seri, Seri terlebih dahulu menekan punat off. Seri capai beg notebook, kunci bilik, dan dengan telefon masih di tangan Seri terus cabut ke bilik kawan Seri di sebelah. Cisss!!! ni penangan baca ruangan sembang pagi tadi la ni! kalau tak kompom Seri dah mandi dan melabuhkan badan di katil yang nampak empuk belum terusik. (Mcm Seri kata dlm part II hari tu, ni la kali ptama Seri check-in hotel tak rehatkan badan terus ke katil.)

Lebih kurang pukul 10.30 malam suami dan kakak Seri anak beranak sampai dari Tapah. Wah! laju jugak hero tamil Seri memandu...tapi Seri da sedia maklum, akan keterreorran hero tamil Seri memandu di hway...biasa kalau dgn Seri naiklah ketam-ketam di lengannya bila meter cecah angka 160km/j...tanpa Seri...apa lagi...180km/j pun boleh..sbb tu dari tapah pukul 830 malam sampai rumah tetamu USM 10.30 tepat. Cuma 2 jam tepat...pucat-pucat muka kakak dan anak buah Seri bila sampai...Mungkin agaknya bersyukur sampai juga ke destinasi dgn kelajuan yang tinggi disertai dengan hujan lebat berselang seli renyai sepanjang jalan...huhuhu...

Bila mereka semua sampai, parking agak penuh di tempat kawan Seri parkir kereta sebentar tadi. Agak lega Seri, maknanya agak ramailah yang duduk malam tu di situ...jadi Seri cadangkan pada suami supaya parkir di depan cafe, tempatnya nampak dari beranda bilik Seri. Suami seri akur dan ke situ, bila dia sudah parkir di situ, Seri cuba menjenguk, hati semakin lega bila nampak terdapat sebuah kereta ala-ala sport (x perasan jenis apa sbb waktu malam dan agak jauh) parkir di sebelah kiri kereta Seri. Sekurang-kurangnya taklah kereta Seri bersendirian malam ni...hehehe...

Seri sungguh-sungguh lega bila mereka sampai dan Seri mengangkut semula beg dan barang-barang Seri dari bilik kawan ke bilik Seri, tapi kawan Seri awal-awal mengingatkan Seri "weiii...ko tido bilik aku tau malam ni..." sambil matanya terpejam-pejam, mungkin kepenatan setelah seharian memandu dan bershopping...hehehe..."ok...no worries." Seri menjawab sambil keluar dr biliknya. ke bilik Seri di sebelah...

Masuk ke bilik Seri sendiri, rasa lega ya amat kerana korum menjadi ramai dgn kehadiran anak-anak buah Seri, suasana menjadi agak bising...bermain dan bercakap...dek kerana suami belum makan, Seri mengajak suami dan abang ipar (sekali nak ikut) keluar mencari makanan. Lebih kurang pukul 11 malam kami keluar dan pergi tak jauh pun, cuma ke gerai tomyam tepi jalan melalui Gate Sg. Dua. Sampai di tempat parkir nampaklah kereta sport tadi seperti berkilat dan nampak sangat cantik di disuluh lampu jalan yang terletak 50 meter dari tempat parkir. Dalam hati Seri terdetik...pemiliknya mesti seorang yang ranggi dan maskuline...hahah... :-p

Macam biasa, malam di Penang masih muda dan meriah jam 11 malam. kereta masih bersimpang siur, jalan walaupun tak sesesak waktu puncak petang tadi, tapi masih memenuhi sebahagian jalan. Humm...Seri mula merindui lembah Titiwangsa yang baru beberapa jam ditinggalkan..alangkah damainya di sana..pasti sejuk2 begini, bukit berhadapan dgn rumah Seri akan dilitupi kabus tebal...alangkah nyaman dan dinginnya suasana itu berbanding dengan suasana yang Seri lihat sekarang...kami bertiga disertai oleh anak buah Seri yang bakal menyambut hari jadinya yang ke 8 esok pagi...dan nampak gayanya dia sudah mula mengantuk...asalnya dia tak mahu mengikut, tapi Seri dan kakak Seri berkeras konon2nya boleh melihat-lihat tempat orang waktu malam (esp. jambatan yang nampak cantik waktu malam dilimpahi cahaya). Akhirnya dia akur dan pergi bersama Seri, suami dan ayahnya(abang ipar Seri)
entah macam mana tidaklah diketahui, rupa-rupanya USM ni telah menutup kesemua gate utamanya apabila jam sudah pukul 12 malam. kami cuma terlewat 15 minit sahaja, sampai di gate Sg. Dua kami dapati pak guard telah menutup rapat gate besar itu dan sesekali enggan membukanya semula waima utk meloloskan sebiji kereta kecil Seri masuk..apa daaa...tu pun nak berkira ke kao Ramleeee!!! huhuhu...katanya gate Bukit Gambir adalah satu-satunya gate yang akan dibuka 24 jam. Yang menyakitkan hati, pak guard buat kami seolah-olah sudah terbiasa dengan USM dan menunjukkan dengan sambilewa sahaja arah gate Bukit Gambir. Mungkin dia terlepas dengar bila suami kata kami nak masuk ke rumah tetamu...haruslah yang datang ke situ adalah tetamu...adoyaiiii..pak guard oh pak guard! mana-mana tempat pun sama je.... tapi maafkanlah dia sbb dia pak guard, mungkin salah hero tamil Seri jugak sebab tak bertanya dengan bersungguh-sungguh...huhu

Rupa-rupanya malam yang muda itu bertukar menjadi malam yang tua bila dengan lawaknya kami tersesat beberapa kali mengelilingi USM yang permai itu dan tak berjumpa dengan jalan ke Bukit Gambir...setelah cukup tawaf 7 kali sebagai rukun sesat huuhuuu...Seri mencadangkan kami kembali kepada pak guard Sg Dua..kali ini barulah dia memberi panduan dengan bersungguh bila Seri dan suami bertanya bersungguh.. lepas tu Seri, suami dan abang ipar ketawa berdekah-dekah bila teringat muka kelat dan mengantuk pak guard tadi terkejut dengan sergahan lembut berbahasa utara ala-ala Siam Seri...hadoyaiii...Rupa2nya ketawa kami yang pecah saat itu tidak disenangi anak buah Seri yang ikut serta tadi...dalam Seri tak sedar rupanya dia da menitiskan air mata dan Seri memang betul2 tak perasan, sedangkan dia duduk di sebelah Seri malah Seri peluk bahunya sekali. Bila jmpa je gate Bukit Gambir, ketawa kami kian kuat sebab, memikirkan sudah berkali-kali pusing keliling kat situ tadi, rupanya tempat yang sama...orang Penang kata...pi mai pi mai tang tu jugak! cuma hijab belum dibuka Allah utk bertemu gatenya...hahaha....kapla jingga betuiii arrr...kah1000x kami ketawa mengenangkan diri kami yang sesat di USM..lawak sungguh noh!

masuk ke kampus ketawa kami bersisa, tanpa menyedari anak buah Seri telah menangis mungkin takut kerana telah tersesat tadi...suasana kembali sepi di celah jalan dan lorong kampus yang di kelilingi pokok-pokok besar dan agak menyeramkan itu..Seri teringat semula kisah cerita hantu USM yang dibaca lewat ruang sembang di intenet pagi tadi. Bulu roma tiba-tiba meremang balik. Suami Seri juga kembali parkir di tepi kereta sport biru tadi yang tampak berkilat disimbah cahaya neon berdekatan parkir. Tanpa diduga, anak buah seri terus keluar dari kereta dan tanpa menoleh terus berlari laju ke barrack seberang jalan yang menempatkan bilik Seri tadi. Dengan suara tangisan yang agak kuat kami jadi sangat terkejut dengan tindakannya yang sungguh berani malam itu (anak buah Seri sebenarnya penakut sangat!) dan bersama tangisannya, dia mengetuk bilik Seri dan membuatkan kakak Seri yang baru terlelap bersama anak kecilnya terkejut apabila mendengar bunyi tangisan budak kecil sambil mendengar ketukan kuat bertalu-talu dari luar bilik. Seri, suami dan abang ipar masih termangu-mangu dan kaget dengan tindakan anak buah Seri itu. nasib baiklah bilik yang diketuknya itu betul bilik Seri tadi....dibuatnya bilik orang lain atau "disorok" oleh mana-mana makhluk...tak ke haru!. kakak Seri pucat lesi dan tertanya-tertanya dengan tindakan anaknya itu. Kami pun sama! Mengapa tiba-tiba dia begitu? apa yang sudah dilihatnya? didengarnya? huhu...sampai hari ini bila ditanya, anak buah Seri itu jadi meradang dan marah-marah dan tak mahu memberitahu.

Bila kembali ke bilik dan sedang kami makan, kakak Seri memberitahu Seri mungkin tadi kawan seri di bilik sebelah menelefon Seri. Bunyi deringan telefon tepat jam 12 malam di bilik Seri benar-benar mengejutkan kakak Seri. Mungkin kawan Seri di sebelah fikirnya sedang mencari Seri. Yang paling membuat hot ketakutan Seri bila selepas itu, seri kembali ke bilik kawan seri dan bertanya kepada kawan seri, dia menggelengkan kepala tanda tidak membuat sebarang panggilan telefon dan katanya baru tersedar dari tidur sejurus Seri membuka kunci bilik.

Ditambah dengan peristiwa sebentar tadi dan teringat dengan bunyi deringan telefon yang kakak Seri cerita, sudah cukup membuatkan Seri hanya tertidur pukul 5 pagi. Semalaman Seri terkuap-kuap di katil sambil memandang sekeliling bilik yang cerah terang benderang dengan lampu. Seri tidak dapat tidur sama sekali.

Esok pagi selesai upacara akad sumpah Seri dan kawan ke QBM dan kami menyambut hari jadi anak buah Seri di Nandos QBM. Terbukaklah cerita tentang peristiwa yang pelik malam tadi, bunyi deringan telefon pukul 12 malam, dan yang paling menarik kereta sport yang parkir di sebelah kereta seri itu, hanyalah kereta savvy yang diubahsuai seperti kereta sport talaan IMPUL. Dan yang paling menariknya kereta tersebut bukanlah kereta baru, berkilat dan cantik bila dilihat pada sebelah malam. badan-badannya sudah agak rosak, sport rimnya juga sudah berkarat, daun-daun kering gugur dari pokok di tepi jalan bertaburan di atasnya, wiper telah rosak dan pendek kata kereta itu nampak sudah tidak berjalan sekian lama. road taxnya mati hampir setahun lalu dan mempunyai beberapa keping kad identiti pekerja di dalamnya. Kereta juga tidak berkunci dan nampak sudah rosak keadaan di dalamnya di sana-sini. Seri jadi bingung pula, bila kawan seri kata dia juga melihat kereta itu sudah ada parkir di situ tatkala kami mula-mula sampai. Setahu Seri, Seri tidak melihat ada mana-mana kereta terletak di parkir ketika kami sampai melainkan kereta kawan Seri sahaja. Tak mungkin Seri sudah hilang ingatan sampai begitu sekali. kenapa yang lain-lainnya Seri tidak lupa? uhhhuhuhu....

Persoalannya...
1. Mengapa anak buah Seri tiba-tiba berkelakuan pelik malam tadi?
2. Siapakah yang membuat panggilan telefon tengah-tengah malam buta pukul 12 malam di bilik Seri (receptionist rumah tetamu tutup pukul 8 malam dan tiada housekeeper pada waktu malam!)
3. Mengapa kereta savvy biru itu nampak sangat cantik waktu malam? (mungkinkah pandangan mata telah tertipu kerana limpahan cahaya neon yang berdekatan? Tapi mengapakah berkemungkinan daun-daun kering di atasnya dan tayar kempisnya tidak nampak pada waktu malam kerana pandangan terhad? - Tidak mungkin juga kerana kereta Seri parkir betul-betul bersebelahan dengan kereta tersebut dan jaraknya sangatlah dekat!)-dan kereta tersebut memang nampak sangat cantik dan terjaga rapi!
4. Mengapa kawan Seri nampak kereta itu pada awal sampai tetapi Seri tidak nampak langsung??? (apakah Seri sudah mengalami gejala - gejala kenyanyukan melampau???) huhuhu....

Semuanya mendatangkan misteri dan persoalan di benak Seri. Hingga hari ini. Sehingga Seri menjadi tetamu di rumah tersebut untuk kali kedua beberapa hari lalu- dengan pengalaman yang lain pula...

Bersambung Part IV...

Seri Panggung: hampir nak pitam bila diganggu dengan bunyi salakan anak anjing di depan pintu bilik serta deringan telefon sekali lagi untuk kali kedua pukul 430 pagi....


Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Jumaat, 21 Oktober 2011

Cerita Hantu USM, Rumah Tetamu, Majlis Akad Sumpah, & Sambutan Hari Jadi ...Part II : Misteri Kereta Savvy Biru & Deringan Telefon Pukul 12.00 malam

Hari ini genap seminggu Seri pulang daripada Majlis Akad Sumpah pelajar pascasiswazah sesi baru di USM. Untuk menghadiri majlis itu, Seri dan seorang kawan yang sama-sama baru jadi pelajar USM menetap di Rumah Tetamu USM yang katanya melalui cerita ceriti itu berpenunggu. Majlis Akad Sumpah berjalan dengan sangat tepat...salute la kat depa semua kat USM(Institute Post Graduate)yang dapat menganjurkan majlis dengan sangat licin, ringkas(amik masa 1 jam tepat selesai) dan tepat pada waktunya (paling Seri suka sbb Seri suka orang punctual!). Tepat jam 10 pagi, pintu dewan Tun Syed Nasir telah ditutup rapat kerana majlis telah bermula. Sesiapa yang masuk selepas itu akan menjadi santapan hampir 3000 pasang mata yang telah mengambil tempat duduk masing-masing di dalam dewan termasuk Dato' Naib Canselor. Majlis dimulakan dengan perarakan akademik Naib Canselor dan anak-anak buahnya. Terasa seperti sudah mahu berkonvo pula apabila melihat perarakan akademik dengan gown akademik masing-masing. Cuma tidak dipakai mortar board dan topi beefeater PhD sahaja..kalau tidak sah-sahlah jadi istiadat konvo...owhhh..melalut pula Seri...cuma rasa kagum dengan pendekatan canselori, dan ips untuk mendekati pelajar pasca.

Oh Ya! sambutan hari jadi untuk dua orang puteri kakak Seri juga berjalan dengan lancar. Sambutan kecil-kecilan tetapi mengundang rasa gembira itu diadakan di Nandos, Queensbay Mall. Kawan Seri ikut serta, menambah kemeriahan.

Nilah puteri-puteri kakak Seri yang sambut besday minggu lepas...

Berbalik kepada misteri rumah tetamu tempat Seri, kawan Seri dan kakak Seri tinggal malam itu. Sesampai sahaja Seri dan kawan di USM, kami terus mengikut papan tanda ke rumah tetamu dan akhirnya nampak sebuah rumah ala-ala British tetapi agak lama pemandangannya dan nampak agak "dingin" dilihat mata. Keadaan senyap, sunyi walaupun jam menunjukkan pukul 2.15ptg. Seri dan kawan yang menjadi pemandu hari itu, meneruskan perjalanan dan sepanjang perjalanan ke rumah tetamu, pemandangan hanya dihiasi rumah-rumah banglo yang agak menyeramkan zaman British dahulu. hati Seri berdegup kencang apatah lagi apabila mengingatkan ruang sembang yang Seri baca pagi sebelum berangkat ke USM itu. Namun, Seri berdiam diri, Seri tidak mahu memberitahu kawan Seri yang mungkin juga sedia ada takut itu.

Apabila sampai ke satu rumah banglo yang bentuknya hampir sama terletak di bawah sepohon pokok kayu yang sangat besar, kawan Seri memberhentikan kereta. Fikir kami itulah rumah tetamunya, memandangkan kami terbaca di papan tanda depannya ayat tersebut tanpa melihat ada perkataan lain di hadapannya iaitu "cafe". Parkir kereta kosong. Tiada sebuah kereta pun yang nampak parkir di situ.Menghampiri cafe itu sahaja Seri sudah merasa meremang-remang bulu roma walaupun jam pukul 2.30 ptg. Mungkin sudah ada mind-set. Ciss!!! Menyesal betul baca ruang sembang itu pagi tadi. Kalau tidak tak adalah Seri rasa begini.

Masuk ke kawasan Cafe nampak pekerja-pekerja asing sedang memotong rumput, mencantas dahan-dahan pokok bunga sambil memerhatikan dengan pelik Seri dan kawan Seri sedang menuju ke pintu cafe. Seri tidak hairan...biasalah pekerja asing...suka perhati wanita local yang cun-cun(mode: perasan jap! hak3...)Seri tidak endahkan pandangan mereka...kami menuju terus dalam keadaan yang agak ragu-ragu jugak. Nampak bekas-bekas makanan yang masih berisi lauk-pauk di depan cafe cuma terusik sebahagiannya, sebahgaian lagi banyak namun seorang pekerja atau cafe(pelayan) dan pelanggan pun Seri tidak nampak. Kerongkong terasa kering apabila melihat sesusuk tubuh sedang duduk di meja penyambut sambil memerhati kami masuk dengan muka serius. Dan wajahnya memang nampak sangatttt...erkkk...tak tahu Seri nak describe macam mana...Seri memberanikan diri memberi salam. Alhamdulillah!....lelaki itu menjawab walaupun masih serius. Seri lega sbb Seri fikir kalau hantu mesti tak jawab salam. Huhuhu....sampai mcm itu Seri fikir.

Seri memberanikan diri lagi untuk bertanya ttg bilik dan tempahan Seri. Dengan wajah yang serius juga, lelaki itu mengatakan itu adalah cafe dan meja penyambut tetamu untuk check-in hanya terletak di sebuah rumah banglo lain selang sebuah rumah seperti itu. Menyedari kami tersilap, Seri dan kawan meminta maaf kepada lelaki itu dan mengucapkan terima kasih sambil berlalu pergi. Suasana masih henaing, Seri dan kawan masing-masing tidak bersuara sambil menuju ke kereta. Parkir masih lagi kosong. Cuma ada kereta kawan seri di situ. Apabila kami hendak berlalu barulah datang sebuah Perdana V6 hitam dan pemandunya wanita lalu parkir di sebelah kereta kawan Seri. Kemudian kami berlalu dan terus ke tempat yang ditunjukkan.

Setelah parkir dan masuk kami berjumpa dengan penyambut tetamu; seorang gadis India yang agak peramah. Memberi penerangan pada kami dengan dialek Pulau Pinang yang agak fasih dan pekat. Kunci bertukar tangan. Seri semakin gelisah. kami menuju ke barrack yang menempatkan bilik masing-masing. Agak jauh daripada rumah receptionist tadi dan parkir kereta tetapi sebenarnya terletak di sebelah cafe kami mula-mula sampai sahaja tadi. Lorrr!!! kawan Seri yang tak tau apa-apa itu mengeluh...sebelah jer...ujarnya...Seri masih diam. Membisu seribu bahasa. Menenangkan fikiran...waktu itu Seri baru sedar...penakuttttnyaaa...akuuu!!! hak3....

Membuka pintu bilik, Seri memberi salam panjang lebar sambil menjengukkan kepala ke dalam, separuh badan di luar lagi. Setelah rasa agak yakin, baru Seri melangkah, dengan kaki kanan semestinya! huhuhu.... melihat-lihat bilik yang nampak agak selesa itu, Seri perasan air-cond di bilik itu sudah sedia ada terpasang dan suasana sangat sejuk serta nyaman. Pelik juga Seri. Jarang-jarang pula air-cond sedia terpasang bila Seri check-in mana-mana hotel kat seluruh dunia ini melainkan apabila penghuninya sudah masuk ke dalam bilik. Mungkin housekeeper lupa nak tutup agaknya. Seri persetankan saja! Malas mahu meracuni fikiran dengan fikiran karut yang sudah ada sedia teracun ini...hehehhe...

Tak sampai 3 minit, Seri keluar semula dan menguncinya. Mengetuk bilik kawan. Seri ajak keluar makan. Takut benar rasanya nak duduk berehat2...Seingat Seri inilah kali pertama Seri check in tak rebahkan terus tubuh kepenatan di katil. Seri benar2 rasa takut! huhuhu

Kami keluar. Destinasi Queensbay Mall(QBM) Bayan Lepas. Sampai je di situ, Seri dan kawan terus mencari tempat makan sebab sudah dari pagi perut ini tak diisi dengan apa-apa. Cuma "makanan ruji" Seri sahaja dan air kosong. Seri lupa seketika ttg keseraman Rumah Tetamu. Diganti dengan keseronokan cuci mata dan shopping 1-2 barang di QBM. Berjalan-jalan, Seri dan kawan tidak sedar matahari sudah hampir benar terbenam. Pemandangan jambatan terpanjang di Asia di seberang juga sudah nampak benar kaburnya kerana kemalapan suasana petang ditambanh dengan agak berjerebu sikit. Sebab sedang "bercuti" keduanya, Seri dan kawan Seri ambik keputusan duduk lepak-lepak di tepi benteng Selat Melaka yang ditiup angin sepoi2 bahasa itu. Walaupun terpaksa berpusing dua kali mencari parking, kami tetap gagah untuk duduk di bangku tepi selat itu sambil makan rojak sotong (yang sedap!). Selebihnya, Seri memang takut nak balik ke rumah tetamu waktu-waktu senja begini...

Akhirnya...malam menjelma juga. Suasana semakin gelap dan hati Seri betul-betul celaru, mengharap suami dan kakak anak beranak sampai cpt ke situ. Malangnya, suami Seri kata TM hujan lebat hingga ke Tapah, membuatkan pjalanan semakin perlahan. Mereka hanya dapat bertolak ke Penang malam itu pada pukul 845 malam....Seri mencongak2 sendirian, waktu mereka akan sampai ke USM...

Perjalanan ke USM dari QBM ambil masa 30 minit tetapi campur sesat larat, carik pintu USM(yang sangat banyak dan jauh-jauh itu) makan juga 1 jam lebih...ditambah dengan kesesakan trafik yang hampir sama dengan KL. Kalau dah tersalah masuk jalan, habislah. Akhirnya setelah berkenalan dengan mamat motor besar di Caltex, Seri dan kawan terus memecut kereta menuju ke USM. Sampai di Jalan Sultan Azlan Shah, trafik menjadi sangat teruk. Kereta berjalan mcm siput sedut sewaktu sungai surut...huhuhu....

Akhirnya tepat azan Isyak berkumandang, Seri dan kawan sampai ke parkir rumah tetamu petang tadi. Bila malam, suasana semakin nampak menyeramkan. Ditambah dengan pokok-pokok besar keliling rumah-rumah banglo dan barrack yang menempatkan bilik kami. Limpahan cahaya meriah dari kejauhan di Jambatan Pulau Pinang tidak dapat menenangkan hati Seri dan suasana pekat malam di sekitar rumah tamu itu. Sayup-sayup bunyi azan diselangi dengan bunyi salakan anjing menyebabkan bulu roma Seri terus meremang hingga ke kepala...namun ketakutan itu Seri masih sembunyikan daripada kawan Seri yang sedang berjalan di belakang membawa barang-barang dan beg pakaiannya...Macam-macam berlingkar dan melayang dalam fikiran Seri...Parkir kereta depan cafe tadi nampak agak jelas melalui jalan berbumbung tempat kami lalu...dan parkir masih lagi kosong...macam siang tadi...

BERSAMBUNG...hehehe...(unsur saspen)

Seri Panggung: Menulis cerita ini siang hari pun boleh buat Seri meremang bulu roma dan asyik menoleh ke belakang berpuluh-puluh kali...huhuhu...penakutttttnya Seri!!! hahaha...


Rumah Tetamu USM (nampak Scary-mary tak? terima kasih pada photograper ni ambil gambo cantik dan seram macam ni...ni bukan Seri ambik gambo ni...tak sanggup nyah! nak kuar memalam ambik gambor mcm ni...hahaha!!!)

Ahad, 16 Oktober 2011

Cerita Hantu USM Yang Belum Selesai..Aziz Bari Lebih Mengujakan!

Seri belum habis bercerita tentang pengalaman Seri bermalam di Rumah Tetamu USM hujung minggu ini kerana menghadiri majlis akad sumpah pelajar pascasiswazah baru sesi 2011/12, tetapi Seri lebih teruja dengan cerita Aziz Bari mempertikaikan(ini perkataan yang banyak digunakan untuk menerangkan kenyataan beliau) titah baginda Sultan Selangor...

Agaknya beliau sudah hilang idea kottt...Seri cuma senyum sinis sahaja membaca dan mendengar berita tentang pakar perlembagaan ini...

Anda bagaimana???? Seri tidak mahu mengulas panjang...Yang penting Seri rasa pakar perlembagaan itu seharusnya ingat-ingat juga ideologi kebangsaan baris kedua selain mengakui kuasa sultan dan raja-raja Melayu tentang hal ehwal Islam...dalam perlembagaan. Kita yang lain-lain juga pun jangan lupa ok?

Seri Panggung: Bukan Pakar Perlembagaan tetapi ingat "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara"...

P/S: Malam ini tiba-tiba jadi patriotik sikit sebelum menyambung tentang Cerita Hantu USM, Rumah Tetamu, Majlis Akad sumpah dan Sambutan Hari Jadi.... hak3....jangan marah noh!!!Ngeeee...;p



Negaraku....

Jumaat, 14 Oktober 2011

Cerita Hantu USM, Rumah Tetamu, Majlis Akad Sumpah, & Sambutan Hari Jadi ...Part 1

Sementara menunggu kawan Seri menjemput Seri untuk sama-sama ke USM Penang bagi menghadiri majlis akad sumpah pelajar pascasiswazah baru sesi ini, Seri mahu nukilkan sesuatu di sini. Awal pagi tadi, Seri telah mencari laman web yang ada memaparkan foto Rumah Tetamu USM kerana Seri dan kawan dijangkakan akan bermalam di situ untuk malam ini. Suami Seri mendesak Seri untuk mencari gambar-gambar bilik yang disediakan takut agak kecil kerana malam ini suami dan kakak Seri anak beranaknya akan turut sama menyertai Seri di rumah tetamu itu untuk menyambut hari jadi kedua-dua anak perempuannya yang jatuh pada 14 dan 15 Oktober...hari ini la...asalnya kakak Seri mahu mengajak Seri dan suami ke Bukit Fraser untuk sambutan itu tetapi disebabkan Seri terpaksa menghadiri majlis akad sumpah di USM (kata WAJIB-da tua-tua pun kene paksa lagi! huhu)pada esok hari, maka planning bertukar ke Penang sahaja. Mereka akan bertolak malam ini.

Nak dijadikan cerita, carik punya carik laman web gambar rumah tetamu itu, Seri terlihat satu ruangan sembang bertajuk "USM Ghost Stories"..mulanya tangan ni agak gatal nak click tetapi akhirnya tak jadi..sebab takut nanti akan menakutkan diri sendiri yang sedia ada takut ini...huhuhu....Seri pejamkan mata dan terus mencari apa yang dihajati... tetapi dari satu laman ke laman Seri meng"google"kan pencarian, tajuk di atas tadi itu tetap ada...tentang cerita hantu USM maka, Seri terus memberanikan diri dan meng"click"kan mouse ke laman tersebut. Nahhh!!!! sikit punya banyak laaa cerita ceriti yang berkenaan...antara yang lain yang menyentak urat saraf Seri adalah ayat berbunyi begini :-
"kalau nak lagi rasa advanterous silalah bermalam di guest house..."

Errrkkk....terus Seri telan liur...bukanlah takut sangat....tapi takut jerrrrr....hak3....mula terbayang-bayang Seri tempat yang akan menjadi tempat penginapan kami malam ini.... Doanya semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan tenang saja...Antunya tidak keluar malah tak mahu keluar....huhuhuhu....Seri tak mahu cakap besar tentang hal-hal begini..Malah percaya "mereka" ini wujud...sebab mereka ini juga wujud dengan adanya kuasa ALLAH SWT yang maha pencipta dan maha agung! Macam kita juga, makhluk Allah yang lemah...cuma kdg-kdg kita ni lebih lemah sikit dari "mereka" sebab selalu takut pada mereka itu. Ini fitrah Seri rasa...siapa yang tak seram sejuk kalau berlaku sesuatu yang pelik pada diri masing-masing pada saat orang lain tak rasa pelik pula....huhuh...

Owhh..alamak! hon kereta kawan Seri laa rasanya tu...Seri permisi dulu....Harap-harap dan doa Seri semoga segalanya berjalan dengan lancar dan tidak ada apa-apa. seri ambil keputusan untuk tidak bagitahu kawan seri, takut menakutkan dia yang sedia ada takut jugak itu...sebab dia akan tidur seorang malam ini...huhuhu...biarlah...jangan difikirkan sangat! Tetapi yang Seri pasti...laman web ini agak menganggu seri yang sebelum ini tak tahu apa-apa....

Seri permisi dulu! Nantikan part II pulak ekkk???!!!...Apa jadi pada Seri, kawan dan juga famili Seri...hehehe...

Suspens la plakkk kan??? heheheh

Ok22...japppp...aku dtg! kawan Seri da bunyi hon banyak kali..hak3...
Bye all!

Seri Panggung: Berdebar...tik...tokk...tik...tok... :/

Rabu, 12 Oktober 2011

Terima Kasih Buku Blog Che Det, Lilin Hitam & KTM Komuter...

Semalam seri berpeluang bertemu dengan rakan sekolah yang duduk di Shah Alam sekarang, setelah beberapa bulan tidak ketemu. Setelah berbalas-balas mesej dengan sahabat saya itu ; Lilin Hitam- ini namanya di pesbuk @ mukabuku...(jgn tanya saya knp namanya Lilin Hitam wpun orangnya putih; hanya dia sahaja yang mengerti)kami terus mengambil keputusan tanpa merancang utk bertemu..tempat biasa kami KL Sentral..knp KL Sentral?? Tak ada ke tempat lagi di KL tu yg lagi best?? - Banyak tanya la korang ni...suka ati kitaorang la kan...dah namanya Sentral-pusat, pertengahan..so Seri dan dia suka bertemu di situ. Naik sahaja KTM Komuter dari tempat masing-masing, kami tak payah nak pening-pening carik tempat melepak sambil makan-makan dengan selesa...Semua jenis restoren pun ada kat situ...so pilih sahaja....dan duduk berjam-jam lamanya menyembang macam esok sudah tiada! hahaha...begitulah seri dengan Lilin Hitam selalu bertemu, kami tak perlukan tempat-tempat eksklusif sbb kami bertemu memang untuk menyembang...kumpul 3-4 bulan story, then kami bertemu-biasanya tanpa perancangan...kalau rancang misti tak jadi...hahaa...

Sepanjang perjalanan naik KTM komuter dari TM ke KL Sentral, Seri rasa sangat selesa, apatah lagi dapat bersenang lenang dengan gaya bebas(heheh...mcm berenang la plak kan?)dalam coach khas wanita-coach warne pink!..sambil-sambil duduk selesa Seri membuka buku yang dibawa-bertajuk : Chedet.Com Blog Merentas Halangan @ dalam bahasa Inggerisnya bertajuk Chedet.Com Blogging to Unblock yang ditulis oleh negarawan yang Seri kagumi selama ini; Tun Dr Mahathir Mohamad. Buku ini berkisar dan menyalin semula tulisan-tulisan beliau yang selama ini ditulis dalam laman maya; wah! beliau juga seorang blogger macam Seri! hahaha...cuma Seri blogger tenggelam timbul dan menggunakan blog ini untuk lepas gian menulis apa-apa sahaja...bukan untuk berserius-seriusan...:-D hehe...

Membaca tulisan beliau, Seri menempelkan dengan lebih banyak kekaguman pada negarawan yang seorang ini. Selama ini pun memang Seri kagum dengan cara beliau berfikir. Tun tidak berfikir untuk 1-2 hari apa yang akan terjadi kepada dirinya dan kita -mcm kita selalu buat sekurang-kurangnya kita berfikir untuk jangka masa seminggu apa akan berlaku tetapi lepas tu; "Ah! lantaklah nak jadi apa pun!". Akan tetapi cara Tun berfikir sangat ke hadapan, serius dan selari dengan usaha yang dibuatnya. Paling tidak pun selepas persaraannya menjadi PM kita beliau masih lagi menyumbang buah fikiran untuk membantu mana-mana yang patut tetapi ramai orang tidak suka. Tetapi Tun cekal dan kekal bersuara walaupun orang dah tak mahu dengar suaranya atau perkataannya. Niatnya hanya untuk membantu selagi terdaya!

Ternyata membaca dalam bentuk bercetak selalunya bagi Seri akan mendapat lebih kepuasan-apatah lagi membaca dalam coach tak sesak, nyaman berhawa dingin serta goyangan tren atas landasan sememangnya mengkhayalkan Seri. Walaupun sudah membaca apa yang Tun tulis dalam buku tersebut dalam bentuk maya, tetapi ternyata apabila mendapatnya secara bercetak Seri bertambah-tambah faham dan kagum bagaimana Tun mentadbir dan mengurus negara selama 22 tahun itu. Banyak pengalamannya yang dicurahkan kepada pembaca secara tidak langsung. Pembaca akan dapat menilai cara Tun berfikir dan bekerja apabila membaca dengan penuh penghayatan dan pemahaman. Wah! nampak gayanya ada nilai estetika di situ- mengetahui dan menyedari sesuatu itu indah mesti dipenuhi dengan penghayatan dan pemahaman yang tinggi-kalau tidak, kita tak mungkin akan dapat membaca falsafah di sebalik sesuatu yang zahir yang terpamer di depan mata kita. Wah! teringat teori estetika yang Seri selalu sebut kepada pelajar di dalam kuliah. Rupanya membaca hasil tulisan Che Det @Tun M ini juga perlu aplikasi estetika. kalau tidak kita akan datang dengan pendapat-pendapat zahiriah dan tidak matang sahaja- suka-tak suka-gembira-benci-menyampah-kagum-dan sebagainya tanpa penelitian dan konotasi.

Antara tulisan yang Seri suka baca adalah tentang isu pluralistik di Malaysia. Antara yang tertulis ialah tentang isu ketuanan Melayu, kontrak sosial dan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia. banyak benda yang Seri rasa benar berlaku di sekeliling kita-releven sangat dengan tulisan Tun. Antara yang Seri rasa benar tentang rasa ketuanan melayu. Kata Tun lagi, kalau nak jadi "tuan" di tempat sendiri kenelah berusaha majukan diri. Berani menghadapi cabaran dunia dengan acuan kita sendiri. selebihnya, kamu bacalah sendiri buku Tun ini ya! Seri tak mahu mengulas panjang-panjang, nanti takut ada orang kene getah lepas makan nangka. Biarlah makan nangka cara baru. Beli di supermarket yang telah dibersihkan dan dibungkuskan dengan kaedah baru. Terasa juga nangkanya, tapi tak kene sikitpun getah. Malah nangka itu sedap dan harum pula rasanya dan baunya... hehehe :-p

Kiranya banyak lagilah apa yang tertera dalam buku ini yang memberi input-input baru dan lama kepada Seri. Lama bukan sebab apa, Seri dah tahu isunya cuma pendetailannya tak la lengkap sebab Seri selalu malas ambil pusing tentang isu-isu berat apatah lagi yang berkaitan dengan politik negara.. ;-/

Setelah balik daripada bertemu dengan Lilin Hitam, Seri pun kembali ke TM menaiki tren komuter juga. Terasa benar dan berasas sekali apa yang digagaskan oleh Tun lebih satu dasawarsa dulu untuk mewujudkan pengangkutan awam seperti ini. Kata Tun bukan untuk keperluan hari ini, tetapi kita harus memikirkan pertumbuhan dan pembangunan penduduk dan negara pada masa depan nanti. Bukan membazir atau apa-apa! Nah! natijahnya Seri sendiri melekat menjadi sardin cap #@^%*& semalam apabila balik semula ke TM daripada Kl Sentral. Bayangkanlah kalau komuter tak wujud, manusia masih sesak berjejal-jejal di jalan raya dengan kereta (sbb peningkatan penjualan kereta yang berdaftar setiap tahun hampir setengah juta)..entah agaknya bila nak sampai ke rumah...mcm tu juga kalau tak ada jaringan jalan raya yang baik-lebuh2 raya yang menyambung destinasi...mcm mana kita nak balik ke kampung terutama pabila hujung bulan dan dalam musim-musim perayaan dengan selamat dan cepat? Semuanya itu bukan membazir! sungguhla bukan pembaziran tetapi untuk keperluan rakyat dalam jangka masa yang panjang. oh ya! kembali kepada isu Seri menjadi sardin dalam KTM...itu sudah cukup membuktikan rakyat sekarang atau masa depan memang memerlukan pengangkutan awam begitu untuk ke tempat kerja dan kediaman masing-masing. Bukankah pergi bekerja juga sudah dikatakan sebahagian usaha untuk membangunkan negara? Seri sendiri tidak tahan diasak dengan manusia-manusia yang memerlukan pengangkutan ini setiap hari dan masa. Huh! tobat dah tak mahu naik tren pada waktu puncak. Nasib baik Seri tebal orangnya..kalau tak sah-sah sampai TM jadi lempeng! hahaha....sebab kene penyet dengan wanita-wanita ganas dan memerlukan dalam tren komuter smalam. apa-apa pun terima kasih jugak kepada KTM Komuter klerana menyedia coach khas kaler pink. Seri tak boleh bayangkan kalau saat waktu puncak begitu, bercampur dengan lain jantina, maka ramai jugak yg jadi mangsa (&&^%$#$@ kottt...huhuhu (bukan bias gender tau!-juz mengatakan kebarangkalian sahaja!)

Sampai di stesen peralihan Rawang, barulah Seri kembali bernafas dan merasa seleganya di dalam coach kaler pink lagi, sebab tren komuter menghala TM tidak sesesak dari Sentral ke Rawang(Seri berdiri dari KL Sentral ke Rawang...huhuhu dalam keadaan "menyadinkan" diri..hehe) Mengambil kesempatan lega itu, sekali lagi Seri tidak mahu membuang masa dengan termenung begitu sahaja di dalam tren. Buku Che det.Com Seri belek dan baca lagi. Banyak sekali pengetahuan yang Seri cedok daripadanya. Anda semua haruslah membacanya juga...hehehe....pendek kata perjalanan satu hari dengan ktm komuter, Seri boleh habiskan satu buku berjumlah 170 muka surat itu. Tak panjang...sikit jer...dalam masa yang sama macam2-jenis manusia yang Seri nampak dan perhati sepanjang perjalanan mahu berjumpa dengan Lilin Hitam.

Apapun, terima kasih kepada Buku Che Det. Com, Lilin Hitam dan KTM Komuter kerana memberikan warna -warni dalam hidup Seri semalam. Sampai di Stesen TM Seri pelik bila terasa badan lenguh-lenguh semacam dan kaki rasa macam bengkak pijak paku, kepala macam nak jadi macam gasing-tetapi lepas itu Seri tersenyum : oh! teringat kena asak dan dipenyek menjadi lempeng sardin dalam tren komuter dari KL Sentral sebentar tadi. Kepala jadi pusing sebab sesekali banyak siku-siku yang singgah dan hinggap ke kepala Seri masa berusaha untuk meloloskan diri di perhentian yang mereka hendak turun. Lagi satu...kepala pusing pun rasa-rasanya sbb tercium macam-macam bau yang keluar daripada bahagian bawah lengan macam-macam orang dalam keadaan sardin cap #%^^&$@_*& tadi. Huhuhu....syukur pada Allah kerana memberikan Seri kesihatan yang agak baik dan memberangsangkan semenjak dua menjak ini untuk merasa pengalaman seperti semalam. Terima kasih juga Lilin Hitam yang menjadi sebab Seri ke KL semalam...terima kasih juga bantu Seri dengan citarasa Malaysia yang tak habis-habis itu! hak3...Suami Seri juga puji citarasa itu...kih3....

Seri Panggung:Ada banyak benda dalam dunia yang memberikan warna-warni kehidupan kita, jadi berfikirlah selalau bahawa bukan semua benda dalam dunia adalah menyedihkan...hurmmm....

Isnin, 3 Oktober 2011

Lara Rasa



Hatiku kau luka lagi
Mengapa begini
Apa salahku kau buatku lagi
Jangan kau hancurkan hatiku lagi saat ini
Kerana kau mungkin tidak akan bertemu lagi denganku
Seperti selalu selepas ini

Goreskan luka bernanah di dadaku
Kau mungkin juga akan berdarah
Kerna kita saling memendam rasa yang satu itu
Di garis sempadan batas waktu dan keadaan

~Seri Panggung~
Lembah Titiwangsa

Kau Yang Hilang...



Kala bulan tergantung di dada malam kelam
Aku menyentuh bibir pucatku
Yang masih menyebut namamu
Walau sejak sekian lama
Kau menghilang di balik gumpalan awan lara dalam hidupku

Kala malam masih menahan sendu sinar rembulan suram
Cahayanya hampir hilang
Di ufuk langit kirmizi
Aku menyentuh wajah pucatku
Yang masih mendambakan kehangatan
Sentuhan jemarimu
Mengusap rasa kecintaan
Ketika janji kau tebarkan suatu waktu dulu padaku

Kini tinggal kenangan
Tiada lagi harapan
Kini hanya ingatan
Tiada lagi kenyataan
Engkau sudah terlalu jauh
Meninggalkan aku di denai percintaan ini
Bersendirian
Tiada belas lagi
Darimu
Yang begitu membenciku kala ini

~Seri Panggung~
Lembah Titiwangsa

Gelisah Diri



Gelisah diri
Mencari makna sebuah mimpi
Terurai rindu di persada waktu
Aku menatap pilu
Pada bingkai sebuah janji palsu
Aku menangis hiba
Pada sebuah janji tak dikota
Titis air mata
Sudah tidak tertahan jua
Pada sebuah pembohongan
Atas nama kasih sayang
Yang kau utarakan


~Seri Panggung~
Lembah Titiwangsa

Mengapa Seri? Jangan bertanya dan tertanya-tanya...

Ramai kawan-kawan yang terjumpa dengan blog Seri ini secara tidak sengaja mengajukan beberapa pertanyaan dengan Seri. Ada yang seri jawab bersungguh-sungguh, ada yang sambil ketawa sinis dan tak kurang juga ada yang Seri jawab dengan bersahaja. Entah kenapa ramai yang bertanya kepada Seri kenapa Seri hilangkan bakat Seri menulis puisi? Seri jawab, bukan hilangkan mungkin tidak cukup masa untuk mengarangnya. Ada juga yang bertanya Seri, mengapa blog kau tak catatkan aktiviti-aktiviti seni yang pernah kau libatkan dulu? atau tidak ada artikel tentang kecintaan kau pada seni dan warisan? Seri menjawab, Blog ini cumalah sebagai tempat untuk menghilangkan gian sekali sekala, Bukan tak mahu letakkan gambar dan catatkan aktiviti dulu, tapi semua itu sudah berlalu, aku hendak hidup dalam kenyataan aku pada hari ini dalam blog aku ini. Artikel? Aku tidak mahu mengundang kontroversi. Artikel bernada akademik tempatnya di halaman akademik juga. Lagi satu aku hendak elakkan plagiat. Jadi mana originalnya karya aku? Aku cuma mahu bersantai-santai sahaja di laman maya ini. Aku akan menulis apa-apa sahaja yang aku suka mengikut apa yang aku alami...Puisi? akan ada sekali sekala. Tapi itulah...originalnya nanti mungkin boleh dipersoalkan kalau-kalau ada tangan berkudis buta atau kusta yang mencuri-curi "mengkopipastekan" dr laman ini. Tak apalah....Allah maha mengetahui. Tapi artikel ilmiah aku memang jaga. Payah nak menulisnya. Bukan semudah menulis puisi atau seperti sesetengah orang lain mudah mengkopipastekan dr laman aku ini.

Itu jawapan Seri pd kawan-kawan atau sesiapa shj yang bertanya dan tertanya-tanya dengan blog Seri ini. Terpulang nak setuju atau tak dgn jawapan Seri. Tak ada segmen vote pun di blog Seri nak tau setuju ke tak dengan Seri dan tulisan-tulisan Seri. Blog ini cuma pelepas rasa dan gian menulis kreatif sekali sekala.

Jadi, untuk anak-anak didik yang juga mungkin followers blog saya ini, atau sesiapa sahaja, jgn mengharap Seri akan letakkan artikel agak ilmiah atau peristiwa silam yang mengingatkan resah dalam blog Seri ini. Jangan tertanya-tanya kenapa saya tidak meletakkan artikel-artikel saya di sini, bagi saya di sini bukan tempatnya. Seri sudah penat dengan ilmiah di sana sini dalam hidup Seri, maka di sini biarkanlah Seri tenggelam dengan dunia Seri sendiri dan mencoret apa sahaja yang Seri mahu.

Blog ini cuma untuk merehatkan minda dan Seri akan menulis apa yang Seri suka sahaja. Melawat blog ini juga Seri buat sekali sekala. Jadi jangan tanya apa-apa, mana? siapa? kenapa?

Seri Panggung : susahkan nak faham Seri kalau mcm tu? Biarlah...memang ramai kawan-kawan kata Seri memang pelik dan susah hendak dijangka. Alasan dan pendapat orang sangat subjektif...usah dihiraukan..sebab itu Allah bagi manusia akal, tujuannya untuk manusia berfikir.. :-)hehe Bagi kawan-kawan yang terjumpa dengan blog ini dan tertanya-tanya mana peginya bakat Seri menulis puisi macam dulu, hari ini Seri rasa mahu berpuisi...Tapi tak taulah bakat itu masih macam dulu atau tidak. Terpulanglah kepada kamu semua yang menilainya. Penilaian manusia memang subjektif! jadi usah hiraukan! Hahaha....


Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Bulan...Bisikkan Padaku Tentang Itu...



Bulan..
Bisikkan padaku tentang teman yang seorang itu
Katakan padaku dia juga merinduiku
Sampaikan juga desir angin kenanganku
Saat-saat kami sama mencipta memori suka duka

Bulan..
Mari kubisikkan padamu pula
Harapanku padamu...
Kembalikan temanku
Kembalikan sayangku
Kembalikan kekasihku

Agar aku dapat menghirup kembali
Wanginya cinta kami
Harumnya kasturi kasih sayang kami
Seperti suatu waktu dulu

Bulan..
Bisikkan padaku
Yang engkau sudah menemukan dia
Bisikkan padaku juga dia akan kembali padaku
Sebelum saat-saat aku sudah kabur
Melihat sinar terangmu
Menerangi maya yang diselaput kelam malam itu..

Bulan...
Bisikkan Padaku Tentang Itu...

Seri Panggung
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
Tg. Malim, Perak

Untuk teman-teman yang mengerti....
Kuhargai kasih sayang kalian semua..
Terima kasih kerana menjadi sebahagian memoriku
Yang bakal kutinggalkan entah untuk beberapa detik waktu lagi...

Isnin, 29 Ogos 2011

Ramadhan Yang Penuh Rahmat Buat Seri...Berjumpakah Lagi Kami Berdua Tahun Depan?

Ramadhan hampir berlalu pergi...tinggal hari ini sahaja seluruh umat Islam sepatutnya berebut dengan keberkatan dan akan merindui kedatangan Ramadhan tahun depan. Tetapi Seri nampak umat Islam semakin hampir Ramadhan pergi semakin galak ke shopping complex untuk mebuat persiapan hari raya. Malam-malam terawih terakhir yang penuh dengan rahmat Allah sudah sunyi. Masjid dan musolla bukan lagi tempat pilihan, tetapi sana...pusat beli belah sesak dengan manusia terutamanya umat Islam bagi menyambut persiapan raya. Tempat meletak kereta sudah penuh semuanya di kesemua pusat dan gedung beli belah hingga ada antara mereka meletak kereta di tepi2 jalan besar yang akhirnya akan menggandakan lagi kesesakan jalan raya yang sedia ada. Masa diperuntukkan lebih kurang 1 jam setengah hanya berlegar-legar untuk mencari tempat letak kereta. Jalan-jalan penuh dengan kereta kecil, besar, motosikal, lori dan sebagainya dengan urusan masing-masing. MasyaAllah keadaan ini menyebabkan Seri cuma balik dengan sehelai baju raya dan tanpa apa-apa. Benar..tanpa apa-apa...Seri macam nak termuntah hijau melihat keadaan yang lazimnya luar biasa sesak menjelang musim-musim perayaan begini.

Kita memang digalakkan untuk menyediakan kelengkapan beraya seperti yang disunatkan agama, tetapi Seri ingat tak perlulah berlebihan dan membazir. Seri lihat umat Islam sekarang (terutamanya menjelang 3-4 hari sebelum raya) berlumba-lumba memilih keperluan, di tangan beg-beg kertas dan plastik mungkin sudah penuh tetapi sebelah tangan lagi masih leka memilih barangan berjenama yang mempunyai potongan harga hingga 80%. Bersesak-sesak antara satu sama lain di kaunter pembayaran dan rak-rak kasut, baju, beg tangan, dan seumpamanya. Pendek kata semua tempat sesak! Sungguhlah Seri tidak teruja langsung untuk semuanya ini dan akhirnya mengajak suami balik ke rumah dengan sehelai baju biasa sahaja. (Itupun setelah Seri berhempas pulas bersesak ketika memilih di butik pakaian tersebut.

Sungguhpun demikian, hati Seri semakin sayu apabila Ramadhan bakal berlalu pergi. Hari ini terakhir, ya..hari ini yang terakhir. Dalam keseronokan umat Islam mahu menyambut hari lebaran, Seri mahu melimpahkan kesyukuran dan bersujud kepada Allah Swt atas kurnia dan rahmatNya terhadap Seri dalam bulan seribu bulan ini. Seri bersyukur kerana kedatangan Ramadhan kali ini benar2 membawa erti kepada Seri. Tak payahlah Seri senaraikan di sini apa yang Seri sudah lalui pada Ramadhan kali ini, tetapi secara serius Seri begitu mensyukuriNya. Ya Allah tambahkanlah rahmatMu kepada kami hamba2Mu yang kerdil ini. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemurah, Pemberi dan Maha Menentukan. Ada banyak sebab yang kami tidak tahu apabila Engkau berikan sesuatu kepada kami. Tambahkanlah ketaqwaan kami padaMu Ya Allah!

Seri berdoa semoga ada lagi rahmat dan keizinanMu untuk ku kembali mengecap nikmat dan rahmat di bulan yang penuh dengan barakah ini. Bulan yang segala amalannya digandakan beribu kali daripada biasa. Semoga Seri dan insan-insan yang Seri cintai akan dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan pada tahun depan dan hari-hari seterusnya. Seri benar-benar berdoa untuk itu. Berilah kesempatan kepada kami ya Rabb! Akan kami laluinya dengan ketaqwaan dan keimanan yang berganda juag, dengan izinMu ya Allah!

Amin yarabbal Alamin.

Salam Lebaran Aidil Fitri untuk semua yang mengenali Seri serta mohon maaf zahir dan batin. Bagi para pelajar yang ada di sini, jemputlah datang ke rumah nanti. :)

Seri Panggung
Alor Gajah, Melaka

Selasa, 9 Ogos 2011

Biarkan Aku Di Situ....

Degup atma
Menyingkap tirai cinta
Mengolek secebis rasa
Antara kasih dan mesra
Dua manusia

Izinkan daku
Menganyam tali rindu
Yang berpanjangan buatmu

Layakkah aku
Untuk terus memintal benang sayang
Andai kelibut rembang malam
Tidak bisa menahan sabar
Melabuh tirai perpisahan

Kulakar lukisan cinta
Di kanvas sore sepi
Kuhiasi dengan sejuta warna indah
Biar dinding merekah
Memungkah bingkai enggan dipamerkan ke dadanya

Biarkan aku
Berteman sepi puing-puing rindu
Biarkan aku
Bersaksikan rembulan muram malam
Biarkan aku
Bergelangkan cerita lara darimu
Biarkan aku
Menongkat cinta biar pokok kesetiaanmu
Sudah rebah memamah rumput kasih
Di lubuk hatiku

Akulah pencinta setia itu
Duduk di bangku waktu
Membilang hari-hari duka
Mengharap ia bertukar menjadi manis tawa
Walau aku tahu
Tidak mungkin cinta kita bersatu!

~Seri Panggung~
Lembah Titiwangsa




Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan Datang Lagi....Ramadhan yang Penuh Cabaran....Semoga Ada Kekuatan yang Berganda Kali Ini...

Salam kepada semua yang sudi mengikuti perjalanan suam2 kuku Seri di sini. Terima kasih ya atas support anda semua untuk menjadikan Seri tidak langsung melupakan blog Seri yang memang nak kata suam2 kuku pun tak la memberangsangkan sangat... yang benarnya, Seri hanya menitipkan ayat di sini jika benar2 berlapangan ataupun jika Seri rasa benar-benar perlu wpun tidak berlapangan....macam hari ini...Kedatangan Ramadhan Al- Mubarak menggamit sayu di hati Seri...juga penuh dengan rasa kesyukuran kerana sekali lagi dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT untuk merasai nikmat sebagai makhluk-Nya untuk berpuasa. Alhamdulillah....itulah yang dapat Seri panjatkan dan haruslah kita semua di sini mempunyai rasa ini.

Ramadhan kali ini merupakan antara Ramadhan yang paling mencabar buat Seri. Apa tidaknya dengan pengambilan ubatan-ubatan yang masih banyak hendak kena telan sepanjang hari, Seri jadi buntu...dan Seri sangat mengharapkan semoga dgn kedatangan Ramadhan kali ini, Seri akan menjadi bertambah kuat dan tidak lagi bergantung dengan ubat-ubatan begini. MasyaAllah...takut Seri mengenangkan siapalah Seri tanpa "makanan ruji" Seri itu.

Ramadhan kali ini juga begitu mencabar apabila sesi penyeliaan pelajar yang membuat latihan mengajar di sekolah-sekolah belum selesai dan pusingan ke-3 atau pusingan terakhir perlu diselesaikan sebelum 26hb Ogos. Seri jadi buntu lagi...Hanya Allah sahajalah pembekal kekuatan untuk Seri untuk memandu ke tempat-tempat penyeliaan Seri di mana sekolah pelajar Seri menjalani latihan. Port Dickson, Linggi, Kuala Pilah, Masjid Tanah, Ayer Keroh, Batu Berendam adalah tempat-tempatnya. Mungkin agak ringan di kawasan sekitar Melaka tetapi agak tidak begitu jika kawasan Kuala Pilah, Port Dickson dan Linggi. Semuanya memakan perbatuan yang di atas 100km ke atas. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan Seri itu nanti.

Ramadhan kali ini juga adalah Ramadhan yang mencabar bila Seri mesti ke tempat penyelidikan untuk kertas cadangan kedoktoran Seri. Berhadapan dengan masyarakat peribumi dalam bulan yang penuh barakah ini, rasanya mungkin bukan senang. Berdebar-debar hati Seri mengenangkan mampukah Seri ke kawasan penyelidikan bagi menyiapkan kertas cadangan kedoktoran Seri. Perlu ke situ, walau apa pun cabarannya bulan ini, walaupun bulan Ramadhan dan walaupun hanya sekali. Seri perlu pengesahan sama ada mereka menerima kedatangan Seri untuk 3 tahun ini ke tempat mereka. Berulang alik selama 3 tahun nanti.

Apakah makna Ramadhan tanpa cabaran? Apakah makna Ramadhan tanpa kekuatan jiwa? Apakah makna Ramadhan jika tanpa rahmat Allah SWT? Bukankah cabaran Ramadhan adalah makna rahmat Allah sentiasa mengiringi kita? Bukankah cabaran Ramadhan bermakna Allah sentiasa ingat akan kita? Kerana bila berdepan dgn seribu cabaran dalam bulan Ramadhan, juga bermakna pahala itu juga berganda untuk kita dalam Penghulu segala bulan ini? Barakah pada setiap detik dan saat dalam harinya? Amin...InsyaAllah...

Kesuma Jiwaku....Bertabahlah duhai dikau!

RENUNGAN :

"Sesungguhnya, di samping kesukaran ada kemudahan, sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan; Apabila engkau selesai (mengerjakan suatu pekerjaan) , maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain pula); Dan kepada Tuhanmu, berharaplah."

~Surah Al-Insyirah : Ayat 5-8~
Moral of the story : Tiada seorang hamba Allah pun yang terlepas daripada ujian demi ujian dalam hidupnya. Bertawakallah dan berusahalah..sesungguhnya kejayaan selalu menjadi milik orang yang tidak selalu putus asa ^____^


Peringatan untuk Seri dan kamu....



Seri Panggung
Alor Gajah,
Melaka



Jumaat, 29 Julai 2011

Jika Aku Mahu...

Jika aku mahu
inginku menjadi bulan
yang setia tergantung di dada langit malam
menyuluh sang pungguk bercerita lara

Jika aku mahu
inginku menjadi bintang
yang akur menghias bulan
pada langit kelam

jika aku mahu
inginku terus mencintaimu
walau taufan dugaannya
Merusuh jiwa menjadi gelora

jika aku mahu
inginku terus di sisimu
membisikkan keramat kasih
biar sayangmu telah ditelan waktu

jika aku mahu
inginku terus menganyam jalinan rindu
dan kuhampar seluasnya di dada hangatmu
meski cerita rindu itu sudah menjadi dendamku padamu

jika aku mahu….Tapi aku benar-benar sudah tidak ingin mahu
berbuat semua itu untukmu!

Seri Panggung
Lembah Titiwangsa
Tg. Malim
Mei 2011



Selasa, 5 Julai 2011

Pemimpin, Memimpin dan Terpimpin & Kepemimpinan

Kali ini Seri kembali dalam keadaan kesibukan yang melanda Seri dengan kerja-kerja pentadbiran, kuliah semester khas dan yg paling hot menyelia pelajar Seri yang sedang berpraktikum di serata tempat di selatan tanah air. Esok akan ke Linggi, tapi akan kembali ke Tg. Malim, sebab di situ terlalu kampung fasilitasnya, dan tidak ada hotel untuk disewa. Hotel agak jauh lebih kurang 45 kilometer, letaknya di PD. Dah alang2, balik sajalah ke TM jawabnya...PD ke TM lebih kurang mengambil masa 1 jam 45 minit jadi..terus sahaja balik daripada menghabis duit sewa hotel.

Oh ya! sebenarnya bukan ttg menyelia praktikum yg Seri nak coret kat sini. Walaupun memang ada banyak kalao nak menulis, ttg pengalaman-pengalaman Seri pergi menyelia. Namun hari ini Seri mahu bercakap ttg sesuatu yg lain, berbeza daripada intro Seri di atas. Seri mahu bercakap tentang hal pemimpin, memimpin, terpimpin dan kepemimpinan. Sebenarnya, sejak azali kalau nak dikatakan bahawa seorang pemimpin ini memang ada bakat untuk jadi pemimpin dengan ciri-ciri kepemimpinannya. Seri sikit2 mengakuinya wpun pada pandangan Seri juga sebahagiannya, hal kepemimpinan ini sebenarnya lahir dari minat dan juga guna comman sense. Terpulang pada anda semua untuk menilai kata-kata Seri. Seri langsung tidak memaksa anda semua untuk percaya dan ikut kata-akata Seri. Cuma itu yang Seri rasa.

Seorang yang telah jadi pemimpin, wpun tidak ada bakat tetapi jika sudah diberikan amanah memimpin itu, haruslah menanam bakat itu perlahan-lahan. dan menyuburkan bakat yang ditanam itu secara perlahan-lahan dengan kepercayaan yang diberikan oleh orang yang dipimpin itu tadi terhadapnya. Caranya cukup common sense. Seorang pemimpin harus berada dalam keadaan siaga dalam segala hal, menaungi orang-orang yang dipimpinnya, percaya kepada kebolehan anak-anak pimpinannya, dan memberikan komitmennya dahulu seratus peratus dalam segala hal sebelum menagih komitmen orang yang dipimpinnya. Semua itu, semuapun tahu nak cakap tapi tak semua orang yang boleh lakukan dgn baik. Sebab itu tadi, pemimpin yang mahu memimpin atau yang ada hati nak memimpin haruslah ada bakat juga bagaimana mahu mempengaruhi orang yang dipimpinnya supaya semua orang itu nampak lebih terpimpin, hasil daya kepimpinanannya.

Hahahhaa.... banyak perkataan yang hampir sama di sini hingga tak tahu nak beza maknanya kalo x baca betul2...haha dan ini bukan merapu sebenarnya, malah yang lahir di sini adalah inspirasi dari pengalaman yang terjadi di depan mata Seri. Bagaimana seorang pemimpin, gagal dalam memimpin orang yang dipimpinnya hingga menyebabkan orang yang dipimpin itu merasa jelak, jemu dan meradang dengan sikap tidak common sense beliau. Beliau memang orang yang sememangnya tidak dilahirkan dengan daya kepemimpinan sejak azali dan langsung tidak ada daya dan usaha untuk memimpin dgn baik anak-anak buahnya. Sepanjang beliau mengambil alih pucuk kepimpinan dua semester lepas Seri rasa ada batu penghalang untuk dia menunjukkan daya kepimpinan yang terpimpin dari beliau. Entah apa jenisnya Seri pun belum mengkajinya.

Perkara paling buruk yg baru lpz beliau buat yg menyebabkan org yang dipimpinnya rasa jelak, adalah mengemel sesuatu kepada rakyat yang dipimpinannya dan menyalin emel berupa "cercaan" itu kepada pucuk pimpinan teratas agar orang di paling atas tahu dia telah menjalankan tugas (signature dalam emel itu pun diakhiri dengan kata-kata "yang menjalankan tugas") dengan baik. Bagi Seri seorang pemimpin yang yang terpimpin dan ada daya kepimpinan yang baik harus berhemah jika mahu menegur anak yang dipimpin. Undang-undang pun ada bacaan kali pertama dan kedua dan kali ketiga dan bla...bla...inikan pula hanya secebis teguran dari seorang pemimpin. Jika Seri mahu ikut langkah adat dan resam serta budaya orang Melayu pula (maklumlah...Seri kan org yang penuh dgn budaya! hak3...) juga penuh dgn tertib dan susilanya untuk memberi teguran. Malah lokal genius manusia Melayu digambarkan dengan daya keintelektualan mereka mencipta pantun dan berpantun untuk menegur kesalahan yang orang lain buat. (mungkin beliau merasakan zaman moden yang pantas dan cepat ini pantun dah tak sesuai lagi kot!) maka selantasnya emel yang berupa "cercaan" itu cepat tersebar dan debu dabanya menghasilkan debu daba kebencian dalam setiap hati manusia yang dipimpinnya.

Aiseyyman! kok ye pon nak kata pantun dah tak sesuai, tapi cuba-cubalah menghormati keintelektualan dan lokal genius datuk nenek dulu yg penat-penat memerah pemikiran untuk mencipta pantun, gurindam, seloka untuk menegur. Dan sekurang-kurangnya kalau beliau tak pandai nak mencipta pantun, seloka dan gurindam...Seri boleh tolong buatkan (hehehee...Seri pun sebahagian daripada warisan kepakaran lokal genius manusia Melayu dulu!)

Akhirnya pemimpin yang tidak ada daya kepimpinan gagal melahirkan anak pimpinan yang terpimpin dan bukan dihormati malah dibenci, dijelaki(huuhh!! ada ke ayat gini? nanti Seri check kt kamus dewan edisi 4...)-ayat ni lahir sebab dah tak tahu nak oyak lagu mana dop(versi kelantan siam!) rasa jelek dgn daya kepimpinan sebegitu- hurmmm...akhirnya jadilah seumur hidupnya , hidup dgn makan sumpah dan cercaan orang lain balik...haiii...itulah bahaya menjadi pemimpin yang tidak ada daya kepimpinan atau kurang berusaha untuk memimpin dengan menunjukkan teladan diri sendiri, malah hanya pandai mengarah sana, situ, sini, esok, lusa, kelmarin, tulat, tupit..semua nak ada di depan mata tanpa memikirkan perasaan dan hati orang lain...

Seri da penat menaip. Idea banyak dan bercambah lagi..tapi Seri biarkan orang lain menilai beliau pula...takkan la Seri nak amik sumer kan..??? hahaha....fikir2kanlah....

Seri: ~~~Pemimpin sejati, adalah pemimpin yang memberi contoh teladan sikap dan perbuatan kepada anak yang dipimpinnya sebelum mengeluarkan arahan yang sama terhadap mereka untuk mengikut telunjuknya. Kata-kata hanya mimpi...di siang hari...jika kita sendiri gagal untuk memimpin diri sendiri...~~~

Adios Amigos!
Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Khamis, 26 Mei 2011

Keletihan....



Asalnya mahu menulis panjang malam ini ttg beberapa perkara yg berlaku sehari dua ini terhadap Seri. Namun apabila melalui beberapa kesukaran untuk membuka akaun google ini kerana akaun tidak diverifykn, Seri jadi malas dan keletihan. Tapi Seri berusaha juga untuk menghabiskan sesi mengverifykn akaun google ini kerana Seri tidak mahu berputusan untuk masuk ke laman blog Seri yang suam-suam kuku ini. Sekurang-kurangnya bila dah tension sgt Seri ada tempat untuk melarikan apa yg terpendam dan terbuku dalam dada Seri selama ini.

Hurmmm esok lusa sahajalah Seri meng"update"kan laman blog Seri yg suam-suam kuku ini. Seri terasa ntah apa-apa malam ini.

Jadi Seri permisi dulu! Jumpa lagi!

Seri Panggung : Rasa jengkel dgn seseorang di sini...Perasaan ini membuatkan Seri semakin rasa nak muntah untuk menulis banyak2 di sini. Cukup. Noktah!

~Seri Panggung~

^___^
// \\
( )
(i i )~~~

Khamis, 19 Mei 2011

Ku ke Udara Lagi! Dari Seoul~Osaka~dan Bumi Bertuah...Puncak Minden...

Salam Sejahtera untuk pengunjung dan pembaca blog Seri yang suam-suam kuku ini...hahaha....Seri kembali untuk menajamkan mata fikir dan hati melalui penulisan yang macam biskut ini. sekejap ada! sekejap tak ada! Meskipun memang sangat banyak perkara yang mahu Seri kongsikan di sini, namun dengan kekangan kerja dan masa, Seri jadi pelupa dengan minat serta kecintaan Seri ini. Kelupaan ini memang bukan disengajakan...namun, demi tugas dan tanggungjawab terhadap apa yang Seri hadapi untuk anak-anak pertiwi, Seri korbankan rasa kecintaan ini. Namun setelah hampir habis satu minggu cuti Seri, Seri kembali merakam bait-bait huruf di sini sepanjang ketiadaan Seri ke sini.

Cuti hampir 3 minggu Seri pohon, haruslah ada sebabnya. Bukan sebab mahu berehat semata, namun agenda seterusnya adalah untuk mencari gali apa yang dapat meningkatkan ilmu Seri. InsyaAllah jika tiada aral melintang, Seri akan bercuti belajar selama 3 tahun September ini. Namun di sebalik dapat berehat dari memikirkan kerja-kerja yang mengekang Seri selama ini, Seri agak ketakutan. Bermain-main dalam fikiran Seri pertanyaan demi pertanyaan...mampukah Seri menatap 3-4 jam buku yang Seri baca seperti lewat 10 tahun lalu? Mampukah Seri untuk menulis panjang setelah sekian lama agak terperap idea dan ilham untuk melakukan sedemikian? Mahu menulis titipan di blog pun Seri kacau! Inikan pula untuk menulis menjadi satu tesis panjang yang tebalnya menjangkau 300-400 halaman. MasyaAllah! Di mana kekuatan itu yang selalu Seri pinjamkan dan lontarkan kepada para pelajar Seri selama ini? Yang hati mereka kacau dalam melangsaikan latihan ilmiah cuma antara 80-100 mukasurat itu? Aduhai! Seri mohon padamu Ya Allah! Kurniakanlah kekuatan itu kepada Seri dalam menghadapi gelombang untuk mencari setitis lagi ilmu-Mu di muka bumi ini. Permudahkanlah segala jalanku ini Ya Allah! Berilah kesihatan yang baik dan memuaskan sepanjang Seri berada dalam gelanggang pencarian ilmu-Mu ini Ya Allah! Amin...Ya rabbal'alamin....

Akhirnya setelah banyak hari dipertimbang, dan banyak kali juga diteliti sebab dan akibatnya, cabarannya, akhirnya Seri mengambil keputusan untuk menghabiskan pengajian peringkat tertinggi Seri ini di bumi bertuah sahaja! Mengapa pula ya? Sedangkan selama ini Seri memang berhajat benar untuk ke negara matahari terbit seperti jepun, Korea atau China bagi menyambung pengajian Seri di peringkat kedoktoran. Jawapannya ada begini :

1. Pertama: permohonan Seri ke Universiti Osaka, Jepun, telah diterima. Seri ditawarkan untuk mengikuti pengajian di peringkat kedoktoran di antara universiti terkemuka di negara itu, tanpa siapa yang tahu. Sungguh mudah jalannya untuk ke situ, fikir Seri. Namun, tiada siapa yang dapat menduga, takdir Allah menurunkan gempa dan tsunami di negara matahari terbit itu seolah telah mengikat kemahuan Seri untuk terbang sekali lagi ke negara tersebut.(setelah ke situ 14 tahun yang lalu melalui program pertukaran pelajar ke Kyoto)benar...segalanya dalam percaturan dan ketetapan Allah...kita hanya merancang...Dia jugalah yang menentukan. nasib baiklah ibu dan suami seri belum tahu, kalau mereka sudah tahu agaknya ibu Seri akan sekali lagi menangis tersedu-sedu untuk menahan Seri daripada melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit itu selagaknya beliau mennagis menahan Seri daripada melanjutkan pelajaran ke Seoul akhir tahun lepas, negara beriklim kebenuaan lembap atau subtropika lembap itu.

2. kegagalan ke seoul: bukanlah disebabkan oleh apa-apa, namun kerana cair hati Seri apabila mendengar suara tangisan ibu Seri di hujung talian. Ibu Seri tidak berupaya untuk berjalan lagi seperti dulu, bukan kerana faktor usia, namun ia terjadi disebabkan oleh serangan strok tiba-tiba lewat 2 tahun yang lalu. Seri masih ingat....kejadian adalah seminggu sebelum majlis perkiahwinan kakak sulong Seri berlangsung! Ibu seri menangis tersedu-sedu apabila mendengar Seri mahu terbang ke negara sub tropika lembap itu untuk menghabiskan tahap pengajian Seri. masih seri ingat lagi kata-katanya :..."jangan terlalu jauh, belajarlah di sini, sama saja, ilmu juga yang dapat, nanti kalau jadi apa-apa pada mak, kau tak boleh balik ke sini sejam dua jumpa dgn mak."...seri terus "mencair' apabila mendengar bait-bait dari suara di hujung talian. suara yang terakam berselang seli dengan bunyi sedu sedan tangisan. hati seri gundah..lantas Seri bermunajat kepada Allah malam itu juga. Mohon diberikan petunjuknya. Akhirnya Allah membuka ruang dan petunjuk...memang benar sekali, jika kita ikhlas memohon petunjuk-Nya dan juga ikhlas dengan tujuan kita memohon, pasti Allah akan mendatangkan petunjuk itu dengan apa cara sekalipun kepada kita. setelah beristikharah, malam itu seri didatangi mimpi...Mimpi seri bergraduasi daripada universiti di dalam negara kita sendiri...uni yang terletak di Puncak Minden...di utara tanah air. Begitulah...Seri membuat keputusan...atas dorongan Allah Yang Maha pengasih lagi Maha penyayang. Maha Penunjuk dan Pemberi! Sekarang ini, seri dalam usaha untuk ke situ...para pembaca semua...doakan dipermudahkan jalan Seri untuk mendapat tingkat ilmu tertinggi itu...dengan doa dari ibu Seri juga yang ternyata gembira dengan keputusan seri! dapat seri dengar kecergasan suaranya di hujung talian apabila menmdengar keputusan Seri untuk menyambung di dalam negara..Bonda..doakan kejayaan anakmu ini selalu!

Begitulah...mengapa akhirnya Seri ke Puncak Minden di utara negara kita pada September nanti...InsyaAllah...jika tiada halangan dan rintangan yang melintang di depan seri. Akan seri laksanakan amat arwah ayah, permintaan ibu yang mahukan anak-anaknya berjaya..dan mengejar ilmu setinggi mungkin...kerana Seri masih ingat lagi pesanan arwah ayah seri sebelum beliau pergi meninggalkan kami buat selamanya..."hanya ilmulah harta yang ayah boleh bagi pada kamu semua...itupun terpulanglah pada kamu semua bagaimana untuk mencarinya...ayah cuma mampu berdoa walau di mana pun ayah berada..."

Pilu pula hati seri petang-petang begini mengingatkan ayah yang sudah hampir 20 tahun meninggalkan kami...mengenagkan ibu yang sudah tidak mampu berjalan lagi seperti selalu dan sering jatuh sakit....Cuma satu janji seri : Seri akan julang impian mak dan ayah....walau apa pun halangan di depan...akan seri kabulkan cita-cita mak dan ayah...walau getir denai yang dilalui..itu janji Seri mak..ayah...

seri mahu berhenti...mutiara sudah berladung di kolam mata...Jika Seri menyambung titipan ini, akan ada hujan yang akan membasuh lencun kerinduan Seri pada mereka berdua.

Seri : Ya Allah...ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku...dan kasihilah kedua ibu bapaku...seperti mana mereka mengasihi aku semenjak kecil...Amin...ya rabbal'alamin...

Al-fatihah untuk arwah ayah Seri....Semadikanlah arwah ayah Seri dengan tenang dan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Mu selalu ya Allah...serta berilah kesihatan yang sempurna kepada ibu Seri, jauhilah ibu Seri dari sebarang penderitaan kesakitan dan keperitan setelah apa yang beliau telah lalui dalam membesarkan kami semua Ya Allah!

MODE : Pilu dan terlalu rindukan ibu dan ayah Seri saat dan ketika ini....

Ahad, 27 Februari 2011

Ikutlah Kata Hati...Jangan Terikut-ikut Dengan Kata Hati...

Bercampur baur perasaan Seri hari ini. Sejujurnya sejak 3 hari yang lepas perasaan ini begini. Jangan ikut kata hati...pesan seorang sahabat...sahabat yang mengerti...apa yang bersarang dalam hati ini...sejak sekian lama.

Tak mengapalah...Seri cuma mengikut kata hati....kata hati yang malas untuk melayan manusia yang tak mengenang budi...manusia yang lupa daratan dan lautan...manusia yang penuh kepuraan menyatakan kasih sayang yang hanya di mulut...kasih sayang yang bukan dari hati...kata hati Seri yang mendesak Seri untuk melupakan manusia jenis begitu...kata hati yang menyuruh Seri fokus kepada yang sepatutnya Seri buat berbanding daripada mengingati manusia jenis lupa daratan dan lautan begitu...

Seri bukan terikut-ikut kata hati....terikut-ikut kata hati ni ialah tak pasti dengan apa yang kita rasa tetapi lepas itu ambil keputusan semberono atau arbitrari untuk buat apa yang kata hati desak. Seri bukan terikut-ikut dengan kata hati untuk melupakan manusia jenis lupa daratan dan lautan...bukan juga terikut-ikut kata hati untuk membenci manusia bersikap macam musim durian atau banjir....tapi itulah kata hati Seri yang Seri rasa Seri memang tekad mahu lakukan....fokus untuk melupakan mereka dan membenci mereka : iaitu mereka yang hatinya plastik! Berpura-pura menumpahkan kasih sayang dari hati...tetapi cuma di bibir sahaja bila kita tak diperlukan...

Kata hati Seri : Seri memang benci manusia yang bersikap begitu dan Seri memang mahu ikut kata hati Seri itu...bukan terikut-ikut dengan kata hati Seri...hahaha...berapa banyak hati daaaa.....tak apa... yang penting hati Seri memang bukan plastik!

~Seri Panggung~
Lembah Titiwangsa


Ikutlah Kata Hati....Jangan Terikut-ikut Dengan Kata Hati....

Ahad, 20 Februari 2011

Aku...Shower Foam... PR Kampus.... & Pilihan Hidup

Seri cuba mencari ruang dan luang utk kembali ke blog Seri yang suam-suam kuku ini. Hari ini sementara merenggangkan otak dengan memikirkan kerja-kerja yang menimbun kepala, tesis student, proposal PhD...Seri mencuri ruang itu...dan akhirnya...ke sini..meluahkan sebahagian daripada apa yang terlalu banyak yang Seri hendak tulis banyak hari tapi tak sempat-sempat ini...ada 3 cerita yang Seri hendak kongsi kali ini.

1. Cerita Satu : Shower Foam & Aku

Satu perangai Seri yang agak pelik (ikut kt seorang kawan) ialah mandi dengan menggunakan banyak jenis shower foam. Macam2 ada...kawan Seri yang kebetulan waktu itu menumpang tidur di rumah Seri setelah sekian lama tak berjumpa(Seri jemput dia tidur di rumah sbb x puas bjumpa di luar...dia ni kawan Seri daripada sekolah rendah!) mandi pula di bilik mandi Seri. Seri hairan padanya kerana setelah selesai sahaja mandi dan keluar dari bilik mandi dia tersengih-sengih pada Seri...Sambil-sambil tu dia dok tersengih2 memandang Seri...Hairan Seri mengundang pertanyaan padanya. Beginilah lebih kurang dialog Seri dgn kawan Seri itu :-

Seri : Kenapa kau? ada apa yg xkene ke di bilik mandi aku tu?
Mis X: xlah...xde ape...cuma aku rs agak pelik dgn ko...wpun aku tau dr dulu lg ko ni mmg pelik orgnya...
Seri: maksud ko?
Mis X: ermm...aku pelik laaa...
Seri terus potong...Seri : ye laa..mmg la aku ni pelik tapi ape plak yang ko pelik kat aku kuar2 dr bilik air ni..
Mis X: knp ko mandi guna banyak jenis shower foam??? (dia senyum sinis lagi sambil kerut dahi)...dah banyak sgt duit ke? kee..bdn ko busuk giler????
Seri : hahahahahhahahahhahahahahahahhahahhaha....Seri tergelak panjang dengan andaiannya....(mmg shower foam Seri ada banyak pilihan...lebih dr 5 pilihan)
Mis X: (kerut dahi lagi)...x paham...
Seri: hurmm...kau nak tau nape?
Mis X: yelahh...aku pelik ni...dia tergelak kecil lagi sambil geleng2 kepala memandang Seri
Seri: macam ni la...sebenarnya...aku ni manusia berlambang...heheheh...Seri gelak lagi..menambah rasa curios pd kawan Seri tadi...
Mis X: maksud ko manusia berlambang? (sah mmg dia x paham..)
Seri: (sambil tarik nafas kuat) sebenarnya...setiap benda dlm dunia ni...atau apa yg aku buat...mst ada sebabnya...maknanya...simbolnya...
Mis X: wah...mcm falsafah ek?
Seri: yupsss.... kenapa aku mandi guna banyak jenis shower foam...sebab...aku menganggap dalam dunia ni kita ada banyak pilihan...aku mandi guna shower foam tu ikut mood aku ari tu...
Mis X : menjegilkan matanya yang sedia ada besar itu...
Seri: hahahaha(ketawa pjg lagi)...aku pelik kenapalah manusia sering mengongkong hidupnya dengan satu pilihan sahaja sedangkan dalam dunia ni ada banyak pilihan kan? kita bebas memilih apa yang kita mahukan...mengikut kehendak kita..asalkan apa yang kita pilih itu tidak mendatangkan masalah pada kita...memberi keuntungan pada kita...malah mewangikan kita seperti mana shower foam itu mewangikan badan kita dengan haruman yang seperti kita mahukan! Jangan paksa diri kita utk menerima apa yang kita tidak mahu sebab pilihan di luar sana lebih banyak untuk kita buat apa yang kita mahukan..betul x?
Miss X: (melopong mendengar kata Seri)...Errrr...ahhh la kan? kenapa harus kita tidak memilih benda yang kita mahu, suka dan yang membahagiakan kita? (Dia mengangguk2kan kepala lagi ..lagaknya seperti belatuk baru bertemu dahan kayu yang besar)
Seri: Sekarang ko da tau kenapa aku manusia berlambang? (Seri senyum sinis pula pada dia lalu bangun dr kerusi menuju ke kuali yang sedang penuh dengan cekodok bilis yang hampir masak)
Miss X: aku pun nak jd manusia berlambanglah macam engkau....(sambil bangun menuju ke bilik- menyikat rambut agaknya, sbb td x sempat krn mendengar keterangan daripada manusia berlambang!) hahahaha....

Seri: hurmmm... konklusinya..hidup manusia memang penuh dengan maksud simbol atau perlambangan...walau apa pun yg kita buat...hidup haruslah mempunyai erti..cerita ini Seri ceritakan semula semalam kepada student2 Seri yang sedang menerima pembetulan draft latihan ilmiah mereka...bila ada yang keliru dengan teori perlambangan...anak muda...penuhi hidup anda dengan makna!



2. Cerita 2 : Pilihan Raya Kampus

Isnin ini akan dapat menyaksikan siapakah akan menerajui majlis perwakilan pelajar utk Sesi baru di kampus tempat aku mengajar. Sejak Khamis lepas (hari penamaan calon), Jumaat hingga hari Ahad hari bermanifesto dan esok (Isnin) maka akan adalah keputusannya... sebenarnya Seri x berapa minat sgt dengan politik lagi-lagi pula politik kampus...wpun dulu Seri juga pernah memegang jawatan politik kampus semasa Seri belajar dulu...so sekarang ni da penat dgn semua tu...dan semestinyalah da penat dengan dunia politikus kampus sebab ada org2 tertentu akan menjadi politiking dalam dunia politik itu sendiri...ramai pula anak2 didik Seri yang ikut bertanding ..mungkin dengan pelbagai sebab yang hanya dia dengan Allah saja yang tahu....

Tapi apa yang Seri nak kata di sini adalah tentang pilihan lagi...ada lebih kurang 29 kerusi akan dipertandingkan (mengikut info dr kawan Seri) jadi semestinya ada lebih dr itu pilihan...saya cuma mengharapkan para pelajar di kampus itu bijak dalam membuat pilihan....pilihlah ketua dan wakil yang dapat membantu mereka kerana pilihan yang dilakukan dengan bijak akan memberikan kepuasan dan kesenangan hati bukan shj pd diri bahkan kepada orang lain juga...

Seri: selamat bertanding kepada pelajar-pelajar di kampusku...hanya kamu dan Allah sahaja tahu apa yang sedang kamu usahakan...jadilah diri sendiri yang bakal menjadi pilihan orang lain pula..jadilah pilihan yang bijak! semoga berjaya!


Cerita 3 : Pilihlah...Jadilah...Pilihan Hidup...

Jadi inilah yang Seri mahu cakap...manusia berlambang...hidup penuh makna...dan pilihlah dengan bijak...dan jadilah pilihan yang bijak...

Selamat memilih untuk semua....

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada