Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Selasa, 21 Disember 2010

Lembah Titiwangsa : Tg. Malim Dilanda Musim Sejuk???

Semenjak 2 menjak ini, kesejukan di lembah Titiwangsa ini agak berlainan Seri rasa. Setiap pagi, air paipnya sedingin air di lata dan juga lembah perbukitan Cameron Highland sewaktu musim hujan kerap melanda. Sudah beberapa minggu sering turun kabus hingga di depan rumah Seri yang kebetulan memang duduk di lembah dan banjaran Titiwangsa nampak sangat dekat dan jelas. Terasa seperti di kawasan perbukitan tinggi dan seperti juga berada di luar negara yang kawasannya sentiasa "foggy" apabila pagi menjelma. Aduhai...indahnya Lembah Titiwangsa. Selalu Seri berkata pada diri apabila sendirian melihat fenomena kabus hingga ke pintu rumah Seri begini ; "The beauty of Tanjong Malim yang susah nak dapat di tempat rendah lainnya..."

Maha Suci Tuhan...segala kekuatan dan ketentuan semuanya atas izin Allah. Namun pagi ini seperti pagi-pagi biasa, kesejukan melanda tulang sum-sum. Sudah seminggu dua ini Seri asyik berkelubung dengan selimut tebal ketika tidur, memakai jaket dan baju tebal pada waktu tengah hari dan petang serta semakin tidak melepaskan baju tebal itu apabila malam melabuhkan tirai. Apakah Lembah Titiwangsa khususnya Tg,. Malim ini memang sudah benar-benar dilanda musim sejuk apabila kawasan ini dilimpahi dengan air hujan yang sering melimpah ruah setiap hari dan ketika?

Ya Allah...apa-apa rezeki pemberian-Mu kepada kami...maka kami bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan ini. Sesekali panas hingga ke keting kaki dan sesekali sejuk hingga menggigit tulang sum-sum begini...alangkah berwarna-warninya rezeki Engkau turunkan kepada kami supaya kami menyedari dan beroleh pengetahuan serta sentiasa mengingati bahawa besarnya Kerajaan-Mu ya Allah???

Di luar, suami sedang bermain dengan Tomok, arnab peliharaan kesayangan kami. Suasana masih lembab dan juga dingin. Nampaknya Tomok juga seakan menyenangi suasana dingin begini. Mungkin juga terlepas kerinduannya kepada tempat asal-usulnya dan di mana sepatutnya Tomok berada. Sebab itu dia melompat tinggi di laman rumah sejak suami Seri melepaskannya dari sangkar. Walaupun kabus udah hilang dari laman dan pagar rumah tetapi di puncak-puncak perbukitan titiwangsa di belakang rumah masih ada sisa-sisa awan tebal dan kabus mengepungnya. Alangkah indah ciptaan Allah! Sungguh Seri bersyukur!

Hari ini, hari kedua Seri bercuti...apa planning Seri bersama suami??? Ke mana destinasi kami hari ini? ke KL? atau ke KK? Haha..bukan Kota Kinabalu...tetapi Kuala Kangsar..Seri mahu mencari keris baru untuk rujukan mengajar subjek budaya Seri nantinya. Semoga ketemu lagi dengan pandai besi termahsyur negara hendaknya...

Semoga dingin hari ini seperti dingin2 hari sebelumnya...tidak mendinginkan semangat kami untuk bercuti hari ini.

Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Seri: Terasa seperti di Kobe & Kyoto suatu masa dulu...huhu...Lupa pulak nak amik gambo mase kabus tebal..mungkin terlalu teruja bila bukak pintu rumah...kabus begitu tebal di depan pagar....Seri dan suami menghabiskan dingin pagi itu selepas Subuh hingga kabus mula menghilang...Nanti...kalau ada kabus lagi depan umah..Seri tak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar....hehehe

Dari Dalam Diri....

Salam dan Selamat Sejahtera...Untuk semua yang pernah datang bertandang ke laman Seri, biarpun tidak meninggalkan jejak bertapak tapi seharusnya Seri tahu mungkin ada yang pernah bertandang ke sini bila ianya dibuka tanpa sempadan.

Setelah sekian lama tidak ke sini, dan hampir saja Seri terlupa kata laluan Seri sendiri kerana kekangan masa dan ditimbun dengan sekian banyak kerja dan perkara yang menghambat Seri untuk datang ke sini, Seri kembali hari ini. Ia kerana Seri baru sahaja menghabiskan hari pertama percutian Seri bagi menghabiskan sisa-sisa hari percutian Seri selama 10 hari ini. Walau sudah mengambil cuti selama 10 hari ini, namun, cuti Seri masih berbaki 23 hari lagi. MasyaAllah....baru Seri tersedar...tahun ini Seri cuma bercuti 7 hari sahaja iaitu semasa cuti hari raya.Itupun, sebab Seri beraya di kampung halaman Seri, seberang laut.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.50 pagi. Namun mata Seri masih segar bugar. hari ini hari kedua Seri bercuti. Hari pertama habis begitu sahaja. Petang tadi Seri keluar dgn salah sorang pelajar Seri. Saja membawa dia, kerana teringat dgn janji Seri untuknya beberapa bulan yang lalu. Kami gembira. Dia dan saya. Banyak perkara yang kami lakukan. Destinasi: Rawang. Walaupun nampak macam tidak apa-apa di Rawang tapi jika pandai memanfaatkan segala kemudahan dan tempat yang ada di situ InsyaAllah kita akan gembira berkunjung ke situ. Namun, bukanlah perkara merewang dgn pelajar Seri itu yang mahu Seri utarakan di sini...tetapi Seri mahu bercerita tentang Koc Wanita dalam Tren Komuter KTM.

Bercakap tentang koc wanita komuter, secara ikhlasnya Seri bertuah dan rasa beruntung sekali dilahirkan sebagai wanita. Terima Kasih Allah! Kerana melahirkan Seri sebagai perempuan. Walaupun ada kawan-kawan yang mengatakan kewujudan koc wanita itu menonjolkan kelemahan perempuan, namun Seri tetap menganggap kelemahan itu sebagai medan untuk memberitahu tentang hak dan keistimewaan perempuan. Yang mesti dilindungi dan dekat di hati setiap lelaki yang sedar akan kelebihan mereka yang Tuhan berikan dan kadang-kadang kelebihan itu disalah gunakan.

Menaiki koc wanita tren komuter KTM menyebabkan Seri rasa selesa sepanjang perjalanan walau ke mana sahaja Seri mahu pergi dengan kemudahan pengangkutan awam itu. Berbanding sebelum ini, Seri rasa jengkel apabila terpaksa bersesak-sesak dengan kaum Adam(bukan tidak suka lelaki!)-cuma kurang selesa sebab keadaan bersesak2...apatah lagi terpaksa bersesak dengan pekerja-pekerja asing yang pelbagai bangsa dan berasal dari pelbagai negara. Ia menimbulkan pelbagai rasa :-
1. Terasa macam bukan di negara sendiri kerana tren sentiasa dipenuhi dengan pekerja-pekerja asing dan mendengar pelbagai bahasa yg mereka gunakan
2. Rasa jengkel kerana keadaan tersebut ditambah dengan rasa jengkel bila melihat reaksi mereka melihat perempuan-perempuan tempatan.
3. Terasa sungguh unsecured apabila dipandang begitu oleh mereka kerana kita tidak tahu apa yang bertakuk dlm fikiran mereka(wpun tidak digalakkan prejudis! huhuhu)
4. Rasa ntah apa2...hurmmm...

Tetapi apabila menaiki koc wanita yang ditampal dengan ikon "ladies" berwarna pink rasa secured menaiki dn selesa sepanjang perjalanan terganggu apabila tren yang Seri naiki berhenti di hentian Batang Kali dan Serendah. Apabila tren berhenti dan pintu terbuka, masuklah beberapa orang lelaki yang pada kesimpulan Seri :-
1. mempunyai salah faham tentang jantina sendiri
2. Mempunyai rasa kecelaruan gender
3. Tidak paham bahasa (memang ada ramai warga asing pun sekali join lagi ramai warga Malaysia yang kecelaruan gender)
4. Memang muka tembok
5. Tidak pandai membaca
6. bla..bla..bla...

...masuk tanpa rasa malu. Tanpa rasa segan. Tanpa rasa bersalah. Aduhaiiiiii.....!!!! Apa nak jadi di Malaysia ini....tapi apa nak jadi juga pada anak-anak muda yang dilahirkan sebagai wanita@perempuan, yang tak mahu menaiki koc wanita yang disediakan khas utk mereka kerana sayangkan teman lelaki dan semata-mata mahu mengikut teman lelaki di koc bukan wanita sambil bercengkerama dan berdating dengan boyfren masing2 di dalam koc tren KTM? (utk pengetahuan antara wanita denga boifren atau suami terdapat banyak perbezaan ketara yang dikenalpasti : ini dilihat melalui pengalaman)

Melihat hal ini, timbul pelbagai persoalan dari dalam diri Seri. Kalau laki-bini @ suami-isteri mengapa mesti bercengkerama di khalayak ramai? Rumah sudah tidak selesa? atau rumah terlalu ramai anak menganggu masa2 emas mereka untuk bersama? tetapi mana mungkin anak begitu ramai sedangkan nampaknya kedua pasangan begitu remaja dan muda belia? alahaiiiiii....masyarakat kita sudah kronik rupanya. Jadi? Apa gunanya koc wanita kalau masalah sosial seperti ini masih begini? jadi koc wanita fungsinya apa ya? Ini yang masih bermain dalam fikiran Seri. Hurmmmm....jadi janganlah pula salahkan yang bukan wanita yang masuk ke koc warna merah jambu itu kalau yang dilahirkan sebagai wanita pula ghairah utk masuk ke koc bukan warna merah jambu supaya dapat bercengkerama dengan pasangan masing2???

Entahlah...inilah yang masih bermain dalam fikiran Seri...walaupun Seri tahu bukan semuanya yang dilahirkan wanita dan yang dilahirkan bukan wanita berkelakuan seperti itu. Harap maaf dari Seri kalau anda semua bukan dari golongan yang Sero ceritakan di atas itu tadi. Ini cumalah luahan fikiran Seri. Yang masih bermain-main dalam fikiran Seri hingga saat ini.

Dari TM ke KL Sentral
Seri Panggung
Disember 2010

Selasa, 22 Jun 2010

kenapa ye?

entah kenapa pagi2 begini rasa sengal dan tak ada mood langsung nak buat apa pun...semalam Seri bersemangat sekali bila masuk ke tempat yang dekat dengan kecintaan Seri. Tapi hari ini...segalanya rasa canggung dan rasa tidak bermaya..Apakah sakit Seri datang kembali..menyerang urat saraf dan juga bahagian yang sering sakit itu? Culaskah Seri mengambil ubat yang sepatutnya? Larakah sudah semangat Seri untuk merasa nikmat sihat seperti orag lain...atau apakah kerana seseorang Seri rasa down sekali...hari ini?

Ya ampun...Ya Allah! Sihatkanlah Seri seperti sebulan kebelakangan ini...semangatkanlah Seri untuk melupakan semua lara...banjirkanlah hati Seri dengan rasa kuat untuk menempuh hidup dan menghabiskan sisa hidup ini dengan kegembiraan.

Aja...aja..Fighting!!!

Seri Panggung
Lembah Titiwangsa


Isnin, 21 Jun 2010

Sehari Bersama Siri Neng Buah

Hari ini Seri menghabiskan masa satu hari di Jabatan Warisan Negara, Jalan Conlay KL. Seharian di sana sebab Seri pergi untuk menyelia 2 orang pelajar Seri yang menjalani Latihan Industri (LI) di jabatan tersebut. Bagi Seri, pilihan mereka itu tepat. Mengambil jurusan Pengajian Malaysia dan memilih Jabatan Warisan Negara, begitu banyak sekali kaitan dan relevansi apa yang mereka pelajari di kampus dengan apa yang sedang mereka alami hari ini.

Dan yang lebih menguntungkan, mereka diletakkan di bawah penyeliaan Siri Neng Buah. Satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia kesenian, budaya dan sastera sejarah. Dengan pengalaman En. Siri yang banyak dan pengetahuan yang mendalam dlm bidangnya, kepakaran beliau bukanlah boleh dibuat mainan oleh sesiapa yang baru-baru saja mahu berjinak dlm bidang sosio-budaya, sastera, sejarah dan juga kesenian. Kelebihan beliau bertutur dalam bahasa Melayu standard (wpun beliau berketurunan Siam dan dilahirkan di Terengganu), dialek Kelantan, Terengganu dan berbahasa Thai merupakan satu kelebihan yang tidak patut dipandang ringan dan enteng. Peluang belajar dan berlatih di bawah tunjuk ajar orang seperti En. Siri, sepatutnya menjadi impian bagi pelajar yang mahu membuat LI di jabatan berkenaan. Dengan jawatan sebagai Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara (Intangible Heritage) En. Siri merupakan orang selayaknya untuk duduk di kerusinya hari ini berbekalkan pengalaman dan pengetahuannya dalam seni dan budaya warisan yang tidak ketara ini. Walaupun mempunyai perwatakan yang agak "pelik", dan kadang kala suka bercerita yang "bukan-bukan" (haha!), Seri mahu memberikan 5 bintang kepada En. Siri Neng Buah(yg seri kagumi itu).

Berbual, bersembang dan bertukar-tukar cerita bersama beliau satu hari sememangnya tidak pernah akan cukup. Hal ini demikian kerana banyak sekali pengetahuan dan pengalaman yang berguna boleh dicedok dan dijadikan iktibar dan perkara yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk menaiktarafkan diri untuk digunakan meniti kehidupan ini. Sikapnya yang ramah, berterus terang dan tidak lokek dengan ilmu serta senyuman membuatkan Seri selesa bersembang dengan beliau wpun ada kalanya Seri rasa segan silu juga mendengar cerita dan pengalaman "daringnya" di luar negeri. Namun bagi Seri, itu sekadar halwa telinga, sebagai org yg sudah banyak menempuh asam garam kehidupan (sbg org muda, dengar sajalah! huhu...) cerita sebegitu adalah biasa. Yang penting bagi Seri, Siri Neng Buah memang handal dlm bidangnya, intelek Malaysia yang tidak boleh dipandang remeh dan enteng dengan penglibatan dan pengalamannya yang banyak itu.

Apabila ditugaskan untuk menyelia 2 orang pelajar di Jabatan Warisan Negara, Seri memang teruja sekali. Sebelum itu, Seri dapat membayangkan yang Seri akan mendapat "link" yg cukup baik untuk mencari bahan-bahan kajian dan penyelidikan Seri nantinya. Namun, apa yang Seri dapat...memang lebih dari itu. Pengalaman, pengetahuan, dan keindahan seni budaya warisan benar-benar menjadikan Seri jatuh cinta dengan bidang ini, wpun kecintaan itu memang sudah lama wujud dalam diri Seri sejak dahulu lagi.

Kredit untuk En. Siri Neng Buah yang banyak pengalaman dan pengetahuan itu. Terima kasih juga atas penerangan tentang asal-usul zapin dan sejarah kedatangan zapin di tanah semenanjung itu. Ia membuatkan Seri melakukan kerja 3 dalam 1. Sambil-sambil menyelia pelajar Seri, Seri dapat maklumat untuk penyelidikan Seri yang sedang Seri jalankan sekarang mengenai zapin. Selain itu, Seri juga berjaya mengutip pengalaman dan pengetahuan beliau yang sungguh banyak itu untuk menaik tarafkan pengetahuan Seri tentang bidang yang Seri cintai ini.

Terima kasih banyak-banyak Siri Neng Buah! Teruskan dan jangan putus asa mengajak anak bangsa mencintai warisan bangsa kita!

Seri Panggung: Tak larat senaraikan satu-satu pengalaman dan penglibatan En. Siri dalam bidang sosio-budaya dan warisan kesenian ini. Sesungguhnya terlalu banyak...

Seri Panggung
Lembah Titiwangsa


En. Siri Neng Buah

Ahad, 20 Jun 2010

Ada Sesuatu Yang Berbungkal di Dada Saat ini...

Ada sesuatu yang Seri rasa berbungkal di dada saat ini...namun Seri sendiri tidak pasti yang itu apa...entah..memang ada sesuatu...yang Seri tahu...perasaan ini jadi tidak keruan...atas rasa apa...tiba2 Seri terasa rindu seseorang yang amat sangat...entah dia tahu atau tidak..atau benarkah? atau Seri terfikirkan sesuatu? entah Seri terbayang kenangan lama yang bisa mengugah rasa tenteram saat ini..

Entah...Seri benar-benar tidak tahu..perasaan saat ini...Memang ada sesuatu yang berbungkal di dada Seri saat ini...Apa? Bila? Bagaimana? dan kenapa?

Seri tidak tahu jawapannya...anda? serupa dengan Seri saat ini? atau anda sedang berbahagia? Berbahagialah...sementara saat itu muncul dalam hidup anda...

Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Semalam di Kajang, Bangi dan Kuala Lumpur..Macam-macam ada!

Petang semalam, selepas kembali dari Tapah setelah bermalam 2 hari di rumah kakak Seri, Seri meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur, tujuan: mahu melihat suasana KL setelah 3 tahun berpindah ke TM. Sudah lama suasana itu tidak dirasai. 8 tahun yang lalu, sewaktu Seri menetap di Kajang, suasana riuh Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya setiap malam minggu akan turut dirasai Seri bila Seri berkunjung atau membeli belah di Lot 10, BB Plaza dan lain-lain lagi.Setelah hampir 4 tahun tidak merasai suasana itu, Seri berhajat lantas menekan pedal kereta menuju ke KL. Namun setelah hampir sampai di KL, Seri meukar fikiran, tiba-tiba teringat dengan Sate Kajang yang sudah lama tidak dimakan. Lantas minyak terus ditekan menuju ke Kajang, tempat di mana Seri menetap 8 tahun dulu.

Ternyata apabila tiba di Kajang, segala-galanya tampak berubah. Sate Kajang yang diidamkan oleh Seri pun sudah banyak perubahan. Ada perubahan positif, ada juga perubahan negatif. Tak payahlah Seri nyatakan apa perubahan positif dan negatifnya. Mungkin yang sudah biasa makan Sate Kajang, tahu perubahan-perubahan yang Seri maksudkan itu.

Setelah itu Seri menekan minyak pula ke Bandar Baru Bangi. Di situ Seri disambut dengan Pasar Tamu Komuniti Bangi. Pasar ala-ala pasar malam itu (tetapi tidak jual makanan basah-kecuali jajan)mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada orang ramai mengikut kata seorang peniaga di situ yang datang dari Sabah. Pasar itu dibuka setiap hari bermula daripada pukul 9 malam hingga 4 pagi. Bagi Seri, elok juga diberi peluang kepada peniaga kita menambah pendapatan hingga pukul 4 pagi, tapi persoalannya, siapa yang akan datang membeli belah hngga pukul 4 pagi? Namun, mengikut survey Seri malam tadi, setelah pukul 1.30 pagi, masih ada yang tidak putus datang berkunjung baik bersama keluarga atau kawan-kawan. Nampak gayanya peniaga di situ nampak gembira dengan peluang itu. Seri doakan mereka murah rezeki dan sentiasa jujur dan bermuka manis dalam berurus niaga.







Antara barang-barang yang dijual di Pasar Tamu Komuniti Bangi





Sabtu, 19 Jun 2010

Perjalanan Melestarikan Seni Warisan Bangsa




Setelah Sekian Lama....

Subhanallah! Maha Suci Tuhan...Setelah sekian lama Seri menghilang dari dunia penulisan maya ini..., kini Seri kembali ke sisi dunia yang penuh dengan teknologi tetapi Seri berusaha mahu membawa orang muda semua ke alam warisan dan klasik. InsyaAllah!

Hasrat untuk kembali menulis ini memang sudah agak lama, namun ia terkekang dengan seribu satu alasan yang tidak memungkinkan Seri untuk menulis begini...Namun bak kata pandai Melayu.."hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih.." dan atas semangat pujangga Melayu itu..Seri kembali ke dunia maya ini. Membawa semua Orang Muda hari ini kembali mencintai budaya dan warisan bangsa...menjunjung duli titah raja...menggalas tugas bersama untuk terus memelihara kuntum warisan bangsa agar tiak terus tenggelam dek arus masa.

Namun...setelah agak lama tidak menulis begini, Seri masih terasa agak canggung...namun...kecintaan itu mendukung Seri agar sentiasa bersemangat untuk semua kecintaan Seri pada budaya warisan bangsa.

Untuk semua..selamat bertemu di dunia maya ini. Selamat bertukar-tukar fikiran dan selamat belajar mencintai budaya warisan kita.

"Kalau Bukan Kita...Siapa Lagi Yang Akan Meneruskan Keindahan Kita di Mata Dunia?"

Selamat Berkenalan Untuk Semua...

"Budaya Warisan Bangsa Teras Pembinaan Jati Diri Kita"

Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada