Tak sangka pulak Seri ada ramai yang suka makan puding...ok...kalau mcm tu seperti permintaan beberapa org student Seri, Seri masukkan entry resepi lapis puding kerak bumi ni...hehehe...asalnya puding ni nak buat lapis biasa2 saja, tapi masa membuatnya Seri fikir bosan jugak kalau asik lapis biasa je...x menarik je sbb da ada banyak kek lapis macam2...heheh..kali ni Seri nak buat yg lain dpd lain plak...ermmm... selamatlah mencuba ya utk semua :)
Puding Lapis Kerak Bumi
250gm agar-agar (1 peket)
4 cawan air
½ tin susu krimer
1 ½ cawan gula
8-10 ketul gula batu putih (saiz kecil)
pewarna merah, hijau dan kuning
Untuk Sos Kastard
2 cawan susu segar
3 sudu besar gula
1 ½ sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
1. rendam agar-agar dalam air selama 5-10 minit
2. kemudian masukkan agar-agar dalam air dan campurkan gula dan gula batu putih
3. kacau hingga agar-agar larut dengan api sederhana
4. masukkan 3 senduk agar-agar dalam periuk lain berisi pewarna merah dan masukkan susu krimer-adjust susu kalau macam pekat sangat . Larutkan dengan api perlahan(sgt perlahan)
5. masukkan 3 senduk agar-agar lain ke dalam bekas berisi pewarna hijau. kacau sebati dan biarkan sedikit sejuk
6. ulang langkah 5 dengan pewarna kuning dlm bekas lain
7. setelah warna kuning sejuk dan keras, lenyekkan hingga menjadi sedikit hancur dan masukkan dalam loyang agar-agar.
8. kemudian agar-agar hijau yang sudah sedikit sejuk dan keras masukkan sebagai lapisan kedua dalam loyang agar-agar. biar seketika
9. sementara itu adunan agar-agar warna bandung(pink) tadi dikacau dgn api perlahan dan dan baki agar-agar yg belum ada pewarna tadi masukkan susu krimer. Kacau perlahan-lahan.
10. setelah agar-agar adunan warna hijau hampir keras, masukkan pewarna putih dan agar-agar pink tadi.
11. biarkan sejuk seketika dan masukkan dalam peti sejuk untuk dikeraskan.
Sos Kastard
1. campurkan susu segar, tepung kastard dan gula. kacau hingga sebati dan larutkan dalam periuk atas api sederhana. Elakkan dari berketul.
2. masukkan esen vanilla
3. kacau hingga adunan menjadi pekat perlahan-lahan
4. Bila adunan menjadi pekat padam api dan angkat.
5. Bolehlah dituang atas pudding tadi yang sudah siap dipotong
selamat mencuba :)
tips :1. ketika memotong pudding, gunakan pisau khas pemotong agar-agar dan potong secara ‘gergaji’
2. masak sos kastard bila hanya nak makan puding. elakkan ia jadi keras dan berketul :)
Tanpa Sos Kastard...
Dengan Sos Kastard
Seri Panggung
Lembah Titiwangsa
Sebuah kolum yang membawa anda semua ke dunia Seri...Kecintaan Seri...Catitan Seri...dan segala-galanya tentang Seri...Paling best berkongsi pengalaman, citra hidup, perjalanan serta resepi dengan Seri...berkongsi rasa nikmat rezeki yang Allah beri kepada kita.... :)
Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...
Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.