Assalam semua, MasyaAllah, sekian lama, barulah Seri dapat kembali ke blog suam-suam kuku Seri ini. Setelah berhempas pulas berhadapan dengan ujian demi ujian Allah. Hari ini baru ada sedikit kesempatan, sudah terlalu lama Seri berhasrat untuk menyambung cerita misteri di rumah tetamu yang terbengkalai sudah hampir 2 bulan lalu, namun sedikit pun Seri tidak lupa tentangnya. Sejauh mana dan setakat mana cerita Seri ya? owhh...sehingga kami kembali ke rumah tetamu itu dari QBM.
Ketika Seri dan kawan menaiki tangga utk ke bilik kami, Seri dan kawan disambut dgn bunyi tangisan kanak-kanak kecil. Seri yang sedia ada takut menoleh pada kawan Seri di belakang dan memandangnya. Kawan Seri mengangkat bahu, matanya juga meliar, memerhati malam yang nampak sangat pekat walaupun malam masih terlalu muda. Barrack nampak tiada penghuni lain, semua bilik gelap menambah ketakutan Seri dan kawan yang tak tahu apa-apa itu..huhuhu
Setelah masuk ke bilik masing-masing, Seri bertambah cuak, terasa-rasa bayang memerhati di mana-mana(sah! memang penakut melampau! huhu) Seri capai handset mahu menghubungi kawan Seri di sebelah, namun belum sempat Seri menekan nombornya, telefon bimbit di tangan Seri berdering dahulu, pemanggilnya: kawan Seri di bilik sebelah...
"Weii..ko buat aper? meh arr masuk bilik aku..meh laa...huhu" itu antara dialog yg Seri masih ingat..
"Huhu, aku baru jek nak call ko tanye leh tak aku g bilik ko...aku kuar skrg lar.." belum sempat kawan Seri menjawab kata-kata Seri, Seri terlebih dahulu menekan punat off. Seri capai beg notebook, kunci bilik, dan dengan telefon masih di tangan Seri terus cabut ke bilik kawan Seri di sebelah. Cisss!!! ni penangan baca ruangan sembang pagi tadi la ni! kalau tak kompom Seri dah mandi dan melabuhkan badan di katil yang nampak empuk belum terusik. (Mcm Seri kata dlm part II hari tu, ni la kali ptama Seri check-in hotel tak rehatkan badan terus ke katil.)
Lebih kurang pukul 10.30 malam suami dan kakak Seri anak beranak sampai dari Tapah. Wah! laju jugak hero tamil Seri memandu...tapi Seri da sedia maklum, akan keterreorran hero tamil Seri memandu di hway...biasa kalau dgn Seri naiklah ketam-ketam di lengannya bila meter cecah angka 160km/j...tanpa Seri...apa lagi...180km/j pun boleh..sbb tu dari tapah pukul 830 malam sampai rumah tetamu USM 10.30 tepat. Cuma 2 jam tepat...pucat-pucat muka kakak dan anak buah Seri bila sampai...Mungkin agaknya bersyukur sampai juga ke destinasi dgn kelajuan yang tinggi disertai dengan hujan lebat berselang seli renyai sepanjang jalan...huhuhu...
Bila mereka semua sampai, parking agak penuh di tempat kawan Seri parkir kereta sebentar tadi. Agak lega Seri, maknanya agak ramailah yang duduk malam tu di situ...jadi Seri cadangkan pada suami supaya parkir di depan cafe, tempatnya nampak dari beranda bilik Seri. Suami seri akur dan ke situ, bila dia sudah parkir di situ, Seri cuba menjenguk, hati semakin lega bila nampak terdapat sebuah kereta ala-ala sport (x perasan jenis apa sbb waktu malam dan agak jauh) parkir di sebelah kiri kereta Seri. Sekurang-kurangnya taklah kereta Seri bersendirian malam ni...hehehe...
Seri sungguh-sungguh lega bila mereka sampai dan Seri mengangkut semula beg dan barang-barang Seri dari bilik kawan ke bilik Seri, tapi kawan Seri awal-awal mengingatkan Seri "weiii...ko tido bilik aku tau malam ni..." sambil matanya terpejam-pejam, mungkin kepenatan setelah seharian memandu dan bershopping...hehehe..."ok...no worries." Seri menjawab sambil keluar dr biliknya. ke bilik Seri di sebelah...
Masuk ke bilik Seri sendiri, rasa lega ya amat kerana korum menjadi ramai dgn kehadiran anak-anak buah Seri, suasana menjadi agak bising...bermain dan bercakap...dek kerana suami belum makan, Seri mengajak suami dan abang ipar (sekali nak ikut) keluar mencari makanan. Lebih kurang pukul 11 malam kami keluar dan pergi tak jauh pun, cuma ke gerai tomyam tepi jalan melalui Gate Sg. Dua. Sampai di tempat parkir nampaklah kereta sport tadi seperti berkilat dan nampak sangat cantik di disuluh lampu jalan yang terletak 50 meter dari tempat parkir. Dalam hati Seri terdetik...pemiliknya mesti seorang yang ranggi dan maskuline...hahah... :-p
Macam biasa, malam di Penang masih muda dan meriah jam 11 malam. kereta masih bersimpang siur, jalan walaupun tak sesesak waktu puncak petang tadi, tapi masih memenuhi sebahagian jalan. Humm...Seri mula merindui lembah Titiwangsa yang baru beberapa jam ditinggalkan..alangkah damainya di sana..pasti sejuk2 begini, bukit berhadapan dgn rumah Seri akan dilitupi kabus tebal...alangkah nyaman dan dinginnya suasana itu berbanding dengan suasana yang Seri lihat sekarang...kami bertiga disertai oleh anak buah Seri yang bakal menyambut hari jadinya yang ke 8 esok pagi...dan nampak gayanya dia sudah mula mengantuk...asalnya dia tak mahu mengikut, tapi Seri dan kakak Seri berkeras konon2nya boleh melihat-lihat tempat orang waktu malam (esp. jambatan yang nampak cantik waktu malam dilimpahi cahaya). Akhirnya dia akur dan pergi bersama Seri, suami dan ayahnya(abang ipar Seri)
entah macam mana tidaklah diketahui, rupa-rupanya USM ni telah menutup kesemua gate utamanya apabila jam sudah pukul 12 malam. kami cuma terlewat 15 minit sahaja, sampai di gate Sg. Dua kami dapati pak guard telah menutup rapat gate besar itu dan sesekali enggan membukanya semula waima utk meloloskan sebiji kereta kecil Seri masuk..apa daaa...tu pun nak berkira ke kao Ramleeee!!! huhuhu...katanya gate Bukit Gambir adalah satu-satunya gate yang akan dibuka 24 jam. Yang menyakitkan hati, pak guard buat kami seolah-olah sudah terbiasa dengan USM dan menunjukkan dengan sambilewa sahaja arah gate Bukit Gambir. Mungkin dia terlepas dengar bila suami kata kami nak masuk ke rumah tetamu...haruslah yang datang ke situ adalah tetamu...adoyaiiii..pak guard oh pak guard! mana-mana tempat pun sama je.... tapi maafkanlah dia sbb dia pak guard, mungkin salah hero tamil Seri jugak sebab tak bertanya dengan bersungguh-sungguh...huhu
Rupa-rupanya malam yang muda itu bertukar menjadi malam yang tua bila dengan lawaknya kami tersesat beberapa kali mengelilingi USM yang permai itu dan tak berjumpa dengan jalan ke Bukit Gambir...setelah cukup tawaf 7 kali sebagai rukun sesat huuhuuu...Seri mencadangkan kami kembali kepada pak guard Sg Dua..kali ini barulah dia memberi panduan dengan bersungguh bila Seri dan suami bertanya bersungguh.. lepas tu Seri, suami dan abang ipar ketawa berdekah-dekah bila teringat muka kelat dan mengantuk pak guard tadi terkejut dengan sergahan lembut berbahasa utara ala-ala Siam Seri...hadoyaiii...Rupa2nya ketawa kami yang pecah saat itu tidak disenangi anak buah Seri yang ikut serta tadi...dalam Seri tak sedar rupanya dia da menitiskan air mata dan Seri memang betul2 tak perasan, sedangkan dia duduk di sebelah Seri malah Seri peluk bahunya sekali. Bila jmpa je gate Bukit Gambir, ketawa kami kian kuat sebab, memikirkan sudah berkali-kali pusing keliling kat situ tadi, rupanya tempat yang sama...orang Penang kata...pi mai pi mai tang tu jugak! cuma hijab belum dibuka Allah utk bertemu gatenya...hahaha....kapla jingga betuiii arrr...kah1000x kami ketawa mengenangkan diri kami yang sesat di USM..lawak sungguh noh!
masuk ke kampus ketawa kami bersisa, tanpa menyedari anak buah Seri telah menangis mungkin takut kerana telah tersesat tadi...suasana kembali sepi di celah jalan dan lorong kampus yang di kelilingi pokok-pokok besar dan agak menyeramkan itu..Seri teringat semula kisah cerita hantu USM yang dibaca lewat ruang sembang di intenet pagi tadi. Bulu roma tiba-tiba meremang balik. Suami Seri juga kembali parkir di tepi kereta sport biru tadi yang tampak berkilat disimbah cahaya neon berdekatan parkir. Tanpa diduga, anak buah seri terus keluar dari kereta dan tanpa menoleh terus berlari laju ke barrack seberang jalan yang menempatkan bilik Seri tadi. Dengan suara tangisan yang agak kuat kami jadi sangat terkejut dengan tindakannya yang sungguh berani malam itu (anak buah Seri sebenarnya penakut sangat!) dan bersama tangisannya, dia mengetuk bilik Seri dan membuatkan kakak Seri yang baru terlelap bersama anak kecilnya terkejut apabila mendengar bunyi tangisan budak kecil sambil mendengar ketukan kuat bertalu-talu dari luar bilik. Seri, suami dan abang ipar masih termangu-mangu dan kaget dengan tindakan anak buah Seri itu. nasib baiklah bilik yang diketuknya itu betul bilik Seri tadi....dibuatnya bilik orang lain atau "disorok" oleh mana-mana makhluk...tak ke haru!. kakak Seri pucat lesi dan tertanya-tertanya dengan tindakan anaknya itu. Kami pun sama! Mengapa tiba-tiba dia begitu? apa yang sudah dilihatnya? didengarnya? huhu...sampai hari ini bila ditanya, anak buah Seri itu jadi meradang dan marah-marah dan tak mahu memberitahu.
Bila kembali ke bilik dan sedang kami makan, kakak Seri memberitahu Seri mungkin tadi kawan seri di bilik sebelah menelefon Seri. Bunyi deringan telefon tepat jam 12 malam di bilik Seri benar-benar mengejutkan kakak Seri. Mungkin kawan Seri di sebelah fikirnya sedang mencari Seri. Yang paling membuat hot ketakutan Seri bila selepas itu, seri kembali ke bilik kawan seri dan bertanya kepada kawan seri, dia menggelengkan kepala tanda tidak membuat sebarang panggilan telefon dan katanya baru tersedar dari tidur sejurus Seri membuka kunci bilik.
Ditambah dengan peristiwa sebentar tadi dan teringat dengan bunyi deringan telefon yang kakak Seri cerita, sudah cukup membuatkan Seri hanya tertidur pukul 5 pagi. Semalaman Seri terkuap-kuap di katil sambil memandang sekeliling bilik yang cerah terang benderang dengan lampu. Seri tidak dapat tidur sama sekali.
Esok pagi selesai upacara akad sumpah Seri dan kawan ke QBM dan kami menyambut hari jadi anak buah Seri di Nandos QBM. Terbukaklah cerita tentang peristiwa yang pelik malam tadi, bunyi deringan telefon pukul 12 malam, dan yang paling menarik kereta sport yang parkir di sebelah kereta seri itu, hanyalah kereta savvy yang diubahsuai seperti kereta sport talaan IMPUL. Dan yang paling menariknya kereta tersebut bukanlah kereta baru, berkilat dan cantik bila dilihat pada sebelah malam. badan-badannya sudah agak rosak, sport rimnya juga sudah berkarat, daun-daun kering gugur dari pokok di tepi jalan bertaburan di atasnya, wiper telah rosak dan pendek kata kereta itu nampak sudah tidak berjalan sekian lama. road taxnya mati hampir setahun lalu dan mempunyai beberapa keping kad identiti pekerja di dalamnya. Kereta juga tidak berkunci dan nampak sudah rosak keadaan di dalamnya di sana-sini. Seri jadi bingung pula, bila kawan seri kata dia juga melihat kereta itu sudah ada parkir di situ tatkala kami mula-mula sampai. Setahu Seri, Seri tidak melihat ada mana-mana kereta terletak di parkir ketika kami sampai melainkan kereta kawan Seri sahaja. Tak mungkin Seri sudah hilang ingatan sampai begitu sekali. kenapa yang lain-lainnya Seri tidak lupa? uhhhuhuhu....
Persoalannya...
1. Mengapa anak buah Seri tiba-tiba berkelakuan pelik malam tadi?
2. Siapakah yang membuat panggilan telefon tengah-tengah malam buta pukul 12 malam di bilik Seri (receptionist rumah tetamu tutup pukul 8 malam dan tiada housekeeper pada waktu malam!)
3. Mengapa kereta savvy biru itu nampak sangat cantik waktu malam? (mungkinkah pandangan mata telah tertipu kerana limpahan cahaya neon yang berdekatan? Tapi mengapakah berkemungkinan daun-daun kering di atasnya dan tayar kempisnya tidak nampak pada waktu malam kerana pandangan terhad? - Tidak mungkin juga kerana kereta Seri parkir betul-betul bersebelahan dengan kereta tersebut dan jaraknya sangatlah dekat!)-dan kereta tersebut memang nampak sangat cantik dan terjaga rapi!
4. Mengapa kawan Seri nampak kereta itu pada awal sampai tetapi Seri tidak nampak langsung??? (apakah Seri sudah mengalami gejala - gejala kenyanyukan melampau???) huhuhu....
Semuanya mendatangkan misteri dan persoalan di benak Seri. Hingga hari ini. Sehingga Seri menjadi tetamu di rumah tersebut untuk kali kedua beberapa hari lalu- dengan pengalaman yang lain pula...
Bersambung Part IV...
Seri Panggung: hampir nak pitam bila diganggu dengan bunyi salakan anak anjing di depan pintu bilik serta deringan telefon sekali lagi untuk kali kedua pukul 430 pagi....
Seri Panggung
Lembah Titiwangsa
Sebuah kolum yang membawa anda semua ke dunia Seri...Kecintaan Seri...Catitan Seri...dan segala-galanya tentang Seri...Paling best berkongsi pengalaman, citra hidup, perjalanan serta resepi dengan Seri...berkongsi rasa nikmat rezeki yang Allah beri kepada kita.... :)
Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...
Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.