Wahhh...lama betul Seri x ke sini...utk masukkan entry resepi...semenjak lpz hari raya Seri sibuk betul dgn tesis Seri, kemudian kene serang hendap dgn famili en usband dan student yg nak dtg beraya d umah, kemudian ...dan kemudian....uhuhuhu...ok la...bila semalam Seri masukkan gambo Mee Suah katalbum mkn-mkn dlm pesbuk Seri, ramai yg tertanya2 itu mee apa...tak pernah tgk...rasa apa? rupa apa? ramai jugak yg sangka meehun sup...huhuhu...Seri pikir sesetengah orang Selatan tanah air mesti tahu Mee Suah...mee yang menjadi pengganti selera nasik kekadang pd wktu tengah hari atau juga untuk mkn malam atau minum petang...semuanya boleh..
Seri pandai makan mee suah ni pun bila dah kawin dgn en usband sbb famili dia mmg suka makan mee ini kalau berkumpul waktu2 petang... jadi MIL Seri pun ajarlah mcm mana nak buat mee suah yg sedap ni...tp sayur2 tu, tambahan Seri je la...ngan cili padi sbb Seri suka pedas dan suka sayur serta rasa2 masam tomato...resepi asalnya dpd MIL Seri cumalah ada udang kering, dan bubuh sawi...lain2 tu..sumer Seri pandai-pandai ubah ikut kesukaan...hahaha...masak ni bukanlah rumit sgt, asalkan rajin dan ada kreativiti...jadilah! yang simple2 mcm ni pun boleh jd pembuka selera bila nasi dah tak lalu buat sementara nak masuk ke anak tekak.
ok, lah, Seri nak letak resepi mee suah ni kat sini walaupun asasnya sgtlah mudah...
MEE SUAH BEBOLA SOTONG ISTIMEWA
1 bungkus Mee Suah (mempunyai 2-3 papan mee suah)
1 biji bawang merah (saiz agak besar)
2 ulas bawang putih
sejemput udang kering (optional)
5-6 biji bebola sotong sayur (boleh juga guna bebola ayam) (potong ikut suka)
sekerat kecil lobak merah
2 tangkai sayur sawi
1 biji tomato (saiz sederhana-besar)
3 biji cili padi merah
garam dan sedikit gula
3-4 cawan air
daun sup dan daun bawang
bawang goreng
**boleh tambah apa-apa jenis sayur ikut kesukaan anda
1. Tumis bawang merah dan putih serta cili padi hingga garing
2. masukkan bebola sotong sayur-goreng sampai sedikit kembang
3. masukkan air-biar hingga mendidih
4. masukkan semua sayur-sayuran
5. tambah garam dan sedikit gula
6. masukkan mee suah- kacau seminit
7. padam api, hidang dan hias dgn daun sup, bawang dan bawang goreng
Selamat mencuba!
Seri Panggung
L.Titiwangsa
Mee Suah Bebola Sotong Istimewa...yummmmyyy!!
Sebuah kolum yang membawa anda semua ke dunia Seri...Kecintaan Seri...Catitan Seri...dan segala-galanya tentang Seri...Paling best berkongsi pengalaman, citra hidup, perjalanan serta resepi dengan Seri...berkongsi rasa nikmat rezeki yang Allah beri kepada kita.... :)
Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...
Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.