Semalam Seri masak 3 jenis mee kepada suami untuk berbuka..tapi Seri masak dalam kuantiti yg sedikit la...cukup utk mkn berdua dgn beliau...salah satunya pan mee home made. Seri buat sendiri setelah teruja melihat satu dokumentari ttg Korean Cuisine di Channel KBS semalam..Asalnya mmg dah lama nak cuba mee Sejuk Korea...sejenis mee yg dimakan org Korea pd musim panas...Tapi kalau dah Melayu memang tak boleh nak terima yg sejuk...hahha..jd meenya Seri rendam dgn air batu saja...supnya tetap panas..heheh..asalnya juga mee ini disimpan dalam peti sejuk dan rasanya seperti sejuk air dalam peti tuu...heheh. Walau bagaimanapun, rasanya tetap best sbb guna daging yg fresh...whoaa...heheh..bersambung lakk....
Haaa...ya ampunnn...dek kesibukan menulis tn hj tesis Seri, dicampur lg dgn membuat biskut dan kek spt permintaan mak mentua Seri, kelam kabut jdnya...dan nak update entry kat blog pun kene bersambung...bukan sambung sehari dua...sambung seminggu dua...hahahaha...x apalah yg penting bersambung la kan? heheh..
oklah, x nak merapu panjang, kat bawah ni, Seri turunkan resepi Mee Sejuk Korea ni...tp mee sejuk ni version Seri buat...no telur rebus, no ice batu, no radish...hak3 sbb semua tu xleh masuk ikut tekak Melayu Seri...seri buat combined dgn resepi dr channel KBS yg Seri tonton hari tersebut...lp plak nama mee tu ape...tp yg pasti cara buatnya mcm ni...dan yg pasti Seri buat Kimchi bayam Seri sendiri...boleh tahan jugak rasanya...kalau org KOrea buat kimchi letak cili paste yg mentah tu, Seri pula tumis cili paste sbb x lalu nk mkn yg mentah dn dijeruk mcm kimchi tu...hehhee..pelik kan? nk mkn yg Korea sangat! tp tak nak ikut resepi diaorg...pengaruh betul!!! hak3...asalkan mcm korea sikit cukuplah...heheh...
nah! skrg amik resepi mee kimchi bayam nih k?
Mee Kimchi Bayam Korea Sejuk
1/2 bungkus mee beras putih (yg ni ada halalan toyyiba..haha)
300gm daging segar
4-5 tangkai sayur bayam
1/4 lobak merah
1/4 timun
2 tangkai daun bawang
2 tangkai daun sup
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu pes cili kering(cili kering kisar)
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk garam bwg putih
1 sudu teh serbuk lada hitam dan lada putih
1/2 kiub ayam Knorr
sejemput bijan (sangai dulu)
garam dn gula secukup rasa
cara membuatnya:
1. rebus daging hingga empuk dgn serbuk lada hitam dan putih juga serbuk garam bwg putih (jgn potong daging dulu)
2. setelah daging empuk, angkat daging, ketepikan dan teruskan mereneh stok dgn api kecil
3. masukan bawang putih, halia dalam stok daging utk dijadikan sup daging. tambah sedikit air.(ikut suka nak berapa banyak) perisakan dgn setengah kiub ayam knorr, garam dan gula secukupnya.
4. potong timun, lobak merah panjang-panjang dan halus-halus
5. bersihkan sayur bayam, celur dgn minyak mendidih dan dicampur dgn sedikit minyak dn garam. Kemudian angkat bila sedikit layu
6. tumis pes cili kering, masukkan sedikit serbuk garam bawang putih. tumis hingga garing. kemudian masukkan timun dan lobak. kacau hingga sebati.
7. Rebus mee putih dalam air mendidih yg sudah dicampur sedikit minyak dn garam. Angkat bila sudah lembut dan basuhkan dengan air. kemudian rendam seketika dlm air sejuk ais. (dlm 3 minit)
8. potong daging nipis-nipis dan gaulkan bayam celur tadi dengan pes cili yg sudah ditumis tadi.
9. angkat mee dr rendaman air sejuk dan tapis. masukkan dalam mangkuk hidang.
10.letak kimchi bayam, dan hias dgn daging potong nipis tadi dan baki lobak dan timun. taburkan dgn bijan dan daun bawang dan daun sup. tuang air sup di keliling mee.
11. sedia dimakan..
heeee...selamat mencuba...
Mee Sejuk Korea Yang Tak Sejuk...eheheh...nama sebenar Mee Kimchi Bayam
SP
Lembah Titiwangsa
Sebuah kolum yang membawa anda semua ke dunia Seri...Kecintaan Seri...Catitan Seri...dan segala-galanya tentang Seri...Paling best berkongsi pengalaman, citra hidup, perjalanan serta resepi dengan Seri...berkongsi rasa nikmat rezeki yang Allah beri kepada kita.... :)
Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...
Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.