Ada permintaan pula untuk resepi ni dpd student Seri..wpun tak makan ketam, Seri perlu tahu masak masakan ini sbb dikelilingi oleh org yang makan gulai ini; suami dan keluarganya. lagi-lagi bila mereka org melaka bersempadan dengan negeri 9. (Naning-suami Seri keturunan Minang gak)...memang kene pandai masaklah...ini hidangan yg selalu ada bila berkumpul ramai-ramai bila balik bercuti di kampung...baiklah...malam pun da larut mata Seri pun mcm da tak berdaya nak bukak...so entry kali ni ketam masak lemak cili api...gambar awal-awal cakap bukan gambar real Seri kerana Seri belum buat setakat ini-actually da lama x buat...tetapi kredit untuk http://secretgarden2u.blogspot.com-gambar dia pun nampak menarik...pinjam ya...hehe...jd ni la resepi masakan ni...harap yg mintanya mencubolah yo??? :)
Ketam Masak Lemak Cili Api
3 ekor ketam
segenggam cili padi kampung (kalau x tahan pedas kurangkan ye!)
2 batang serai dititik
kunyit hidup sebesar ibu jari
2 cawan santan pekat
½ cawan santan pekat dicampur dengan 1 cawan air masak
2 helai daun kunyit
4-5 biji limau kasturi
1. tumbuk / kisar cili padi dengan kunyit hidup
2. titikkan serai
3. masukkan semua bahan tersebut di dalam periuk dan tambah ½ cawan santan yang telah dicampur dengan 1 cawan air masak tadi
4. gaul sebati bahan tadi dan didih atas periuk. tambah garam dan sedikit gula secukup rasa
5. bila kuah mendidih masukkan ketam dan santan pekat tadi. santan haruslah dimasukkan secara sedikit demi sedikit. kacau perlahan dengan cara timba dan buang supaya santan tidak bergentel
6. masukkan perahan air asam limau mengikut kesesuaian rasa masam dan masukkan daun kunyit yg telah dibuang tulangnya dan dicarik kasar.
7. padam api dan angkat
tips: 1. jgn angkat senduk dr periuk jika mahu kuah nampak cantik
2. jika masak gulai bersantan selalulah “timba-buang” kuahnya agar santan x bergentel.
3. jika boleh gunalah limau kasturi utk rasa masam sedikit dpd rasa asam keeping (lebih sedap)
selamat mencuba
:)
Seri Panggung
Sebuah kolum yang membawa anda semua ke dunia Seri...Kecintaan Seri...Catitan Seri...dan segala-galanya tentang Seri...Paling best berkongsi pengalaman, citra hidup, perjalanan serta resepi dengan Seri...berkongsi rasa nikmat rezeki yang Allah beri kepada kita.... :)
Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...
Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.