Cerita 1 : Perginya Seekor "TOMOK" Mengadap Sang Pencipta...Rindunya Pada Sang Tomok...huhuhu
Seri ada seekor arnab jenis Netherland Dwarf...sangat comel...suami Seri membelinya dulu kerana Seri tidak sihat dan selepas menjalani pembedahan membuang sel dan lapisan dlm dinding rahim yg tebal yg menurut dktr jika tidak dibasmi sejak awal boleh menyebabkan kanser endometrium...waktu itu seri kelihatan tidak sihat selalu, bdn pun susut mendadak...dan terdapat beberapa gejala lagi yg lain yg menyebabkan rasa tidak sihat itu bertandang...sebab itu atas nasihat dktr pakar kpd suami utk mengelakkan Seri menjadi stress, cuba bela apa-apa jenis pet atau binatang kesayangan agar masa terluang dipenuhi.
Jadi kami sepakat membeli seekor arnab Netherland Dwarf...sangat comey semenjak kecil hingga dewasa. sehingga saat2 kematiannya yg tragis...Seri namakannya Tomok...ntah knp nama itu timbul, mungkin masa tu Tomok agak popular kot...jd bila dah terbiasa memanggil Tomok, ia melekat pula...badannya kembang dan sangat gebu...pendek kata Seri dan suami jaga macam anak pula...mkn minum, kesihatan dan kandang - sangkar mmg slalu dibersihkan...Tomok pula seekor arnab yg sangat cerdik, faham kata2 dan arahan Seri, pandai merajuk bila dimarah, dan tak pernah membuang isi perutnya atau kencingnya di dalam rumah bila dilepaskan bermain seharian di dalam rumah...
Setelah bersama Tomok selama 4 tahun, dia sebahagian daripada Seri dan suami...kalau nak berpergian jauh2 dia dihantar ke hotel binatang atau paling2 pun dihantar balik ke kampung suami, ipar dn mak mentua akn jaga sementara dn mereka pun sayang betul dekat Tomok.
Tomok mula sakit pada penghujung Mac...Mula2 sebelah kaki lumpuh..kaki kiri..Seri perasan bila tgk dia x byk bergerak dlm sangkar. Huhuhu...Seri dn suami bawak dia pegi jumpa vet, tp vet ni vet bukan pakar haiwan eksotik, jd ubt yg diberi biasa2 saja, dan menurut vet, kakinya tak serius...Seri sedih bila vet kata begitu krn Seri tgk kelumpuhan berlaku pada Tomok agak serius. Seri tak putus asa, Seri buat apmt ke Hospital Pakar Serdang, namun tak sempat Seri bawak dia ke situ, Tomok telah pergi mengadap Pencipta terlebih dahulu. Ia berlaku bila sebelah kaki kanan pula lumpuh. Dia langsung dah tak dapat bergerak.mkn minum pun kurang mahu...dia tak akan minum dan makan kalau tak disuapkan...macam budak2 pula...tetapi Seri dan suami tak putus asa, jaga dia macam budak2 kecil, bg mkn ubt, mkn, dan akhir hayatnya Tomok berselera disuapkan baby carrot...kerana sepanjang hayatnya Tomok enggan menjamah carrot...kalau diberipun dia hanya mkn kulit carrot yg telah dikupas...Isi carot...jangan harap! hahah...tabiatnya mcam tuannya jugak...Seri mmg tak mkn carrot! huhu...x tau atas sebab apa...namun setelah balik dari Terengganu, Tomok telah kembali kepada Tuhannya....
Seri sgt sedih...sedih yg teramat sangat...hingga hari ini Tomok sangat2 dirindui...dan jarang2 Seri belek2 lg gambar2 Tomok kerana takut menangis seperti hari tu...tapi kali ini Seri akn masukkan gambar Tomok sbg tanda ingatan dan rindu Seri terhadap keletah2 comelnya sepanjang dia bersama Seri dan suami..


siapa2 pun yg tgk dia mst geram...stdnt2 Seri yg slalu berkunjung ke rumah pun geram...selalu dukung Tomok mcm budak mcm kat gambar atas tu...yg tu gambar anak saudara Seri tgh dukung dia...huhuhu...kenangan je semua tu!
Seri selalu main2 ngan dia macam ni...mcm2 Seri buat, masukkan dia dlm kotak dan sbgnya...hehehe....
yang ni plak ubat2 dia yg vet tu bg...seksa nak bg dia mkn ubt...mcm bg kt bdk2...hehe
dan inilah gambar terkahir Tomok disnap semasa dia sihat lagi...dia tengah main2 kat taman bunga depan rumah Seri...tempat kegemarannya bawah pokok bunga ini...huhu. Semingu lepas gambar ni diambil, Tomok terus mengalami kelumpuhan...
sekarang Tomok dah tak ada...Seri benar2 merindui keletah manjanya yg suka berkeliling di kaki kalau duduk kat kerusi dan ketika kami makan di meja makan...
Oh Tomok! Bogoshipta! Semoga engkau hidup baik2 saja di dunia sana....huhu
Cerita 2 : Trip ke Terengganu~ Negeri cantik budaya menarik!
Terengganu negeri pantai timur di Semenanjung Malaysia yg kaya dengan pantai dan laut, budaya dan warisan yg unik serta terkenal dgn gelaran bumi penyu...berkunjung kali ke 3 selepas 8 tahun lalu mengimbau memori pahit manis di situ dan kali ini Seri pergi bersama suami yg tersayang. Jadi feelnya agak berbeza...hahaha... Sebenarnya setelah sebulan diserang rasa tidak sihat dan asyik demam, trip ke Terengganu ini juga dibuat atas nasihat doktor pakar yg merawat sy juga...katanya cubalah pergi bercuti jauh dr tempat sekarang...ambil angin segar dan tempat baru...mana tahu boleh hilangkan rs tidak sihat Seri...dan saya serta suami akur dgn cdgan dktr sekali lagi...jd kami berputusan utk ke Terengganu Darul Iman...
keindahan Terengganu tak payah cerita banyak-banyak...meh kita tgk gambar2 ni terus. Hehe...
Ini Pantai Kemasik...Dari Kemamam ke KT akan melalui jalan ke pantai ini...pantainya sgt indah, cantik hingga Seri rasa berada di Mauritius pula...airnya warna aqua...oh indah sekali....hehe
ini juga keindahan yg sempat dirakam di pantai ini
ini pula masjid kristal...tak lengkap melawat Terengganu jika tidak ke sini...kami sempat menunaikan solat Maghrib di masjid ini...tapi kecewanya bila time kami ke sini, masjid ni tak bukak pula lampu2 warna warninya yg dikatakan sgt cantik tu..huhu
Inilah Terengganu...haaaa
yg ini diambil atas batu di Pantai Pandak...namanya menurut stdnt2 Seri org lokal di sini...katanya juga cerita Merong Mahawangsa yg canggih tu dirakam di pantai ini...wallahualam...haaa... yg ramai2 tu tourist guide Seri a.k.a. stdnt Seri dr Terengganu...diaorg sukarelawan dan dgn bangga memperkenalkan negeri mereka kepada Seri dn suami...heeee :)
yg ni plak muzium negeri...mmg sgt besar laa...tak habis jalan pun hehe
yg ni keindahan Tganu gak ke??? hahahha sbb Seri dtg ke sini pd waktu kempen pilihanraya umum ke 13 sdg blangsung, inilah antara pmdgan yg disajikan utk mjamu mata Seri dan suami bila masuk sj sempadan negeri ini....ada byk lg gmbr lain tp cukuplah dua ini Seri masukkan, nnt byk2, blog seri da jd blog kempen politik plak kan? penuh dgn gambar bendera parti2 politik yg bertanding..apa2pun pilihanraya dah pun habis tapi walau rumah dah siap, pahatnya masih galak berbunyi...malas pula Seri nk komen pjg2 pasal politik ni...biarlah rahsia utk Seri...Seri ada pdgan tersendiri ttg senario politik di Malaysia...hurmmmm
haaaaaaaaaaaa...yg ni serius Seri jumpa kat Terengganu saja...blum tmpt lain..bagus dan Seri suka kempen mcm ni...kita baca pun terfikir2 nk buang smph dr kereta bila teringat kat signboard ni...hehehe
haaa inilah sbhgan Terengganu yg sempat di snap...ada byk gmbr lain tp gmbr muka2 comey Seri je laa...blatar belakangkn negeri ini...kannn??? negerinya mmg cantik, budaya pun menarik serta org2nya pun baik...terima kasih buat anak2 didik yg sudi bwk Seri dn suami pusing2 Kuala Terengganu hari tu...Allah sj yg membalasnya...
senyum :)
Seri Panggung
Lembah Titiwangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.