Haaa...kali ni yang savoury pulak...tapi memang sesuai untuk dijadikan sajian minum petang bersama yang tercinta atau famili tersayang. Atau juga cuba buat untuk sajian berbuka puasa sempena Ramadhan Al-Mubarak yang menjelma dua hari lagi. Orang kata bulan Ramadhan kita bukan untuk makan, tapi tak salah juga bagi Seri untuk mencuba resepi-resepi yang berbeza khas untuk yang tersayang berbuka puasa. Bukankah kita pun dapat pahala apabila menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa? Lebih-lebih lagi jika untuk santapan yang sedap, kreatif dan berinovasi untuk suami tersayang, atau keluarga tercinta...makin berganda-ganda pula pahalanya kan?
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).
Jadi, apa tunggu lagi? Bagi yang nak merebut pahala menyediakan santapan iftar dan berganda utk suami dan keluarga tercinta, jom kita cuba beberapa resepi yang boleh buat mereka tersenyum kenyang bila berbuka nanti. Tapi ingin Seri nak ingatkan, janganlah sampai membazir pula kan? cukuplah untuk beberapa kepala yang perlu disediakan. Macam Seri kepalanya dan perutnya memang ada dua saja, jd, biasanya memang akan menyediakan saiz yang berkepala dua dan berperut dua sahajalah...hehehe...tak lebih dr itu...kecuali jika ada adik beradik atau ipar duai sampai, barulah Seri akan masak lebih...
Ermmm da tu apa tunggu lagi...meh amik resepi Jala Emas Berlauk Seri ini ya?
RESEPI JALA EMAS BERLAUK
Untuk Inti :
1 bj bawang besar (saiz kecil) dan seulas bawang putih
2 biji kentang -dipotong dadu kecil
1/2 @ 1 keping daging/ayam kisar (Seri guna brand RamLy-ehehe...ni bkn promoter & promotion ye?)
3 batang (errkk?? betul ke penjodoh bilangan nih??? hihi) kacang panjang-dipotong bulat nipis
1 bj bawang besar holland - dipotong dadu
4 batang daun sup -potong halus
1 1/2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar serbuk kari daging
200-400ml air
sedikit serbuk lada sulah
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Tumis bawang merah dan bawang putih
2. Masukkan cili kering kisar. Tumis sampai naik bau dan garing
3. Masukkan serbuk kari daging dan sedikit air. (supaya kari tak hangit)
4. Bila sudah kering kari, masukkan ayam/daging kisar dan kentang.
5. Apabila ayam/daging sudah hampir masak, masukkan air untuk empukkan kentang.
6. Tumis sampai kentang dan daging/ayam empuk dan masak. Pastikan air sudah kering sepenuhnya, barulah masukkan bawang holland dan daun sup.
7. Kacau rata. Masukkan pula serbuk lada sulah sedikit dan garam dan gula secukup rasa. Kacaukan lagi sebentar kemudian tutup api.
Untuk Kulit Jala Emas :
1 bj telur
3 senduk nasi tepung gandum
2 cawan susu segar
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
pewarna kuning
sedikit minyak masak
Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan dalam blender (sekali lg blender khas utk anda buat kuih sj ye? heheh)
2. Blend sampai bahan-bahan sebati dan halus
3. Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam bekas lain dan campurkan dengan seikit pewarna kuning.
4. Masakkan adunan sampai masak atas kuali leper roti jala dengan menggunakan acuan roti jala juga. Sapukan minyak masak ke atas kuali supaya tidak melekat
5. Setelah masak, masukkan satu sudu inti ke dalam kulit jala emas dan lipat :)
Itu sahaja!...selamat mencuba semua ya?
Ermmm...bulan Ramadhan ni, Seri pasti lebih sibuk dengan Tn Hj Tesis Seri. Targetnya hendak habiskan sekurang-kurangnya satu bab. Harap-harap ada istiqamah dan kekuatan dengan keberkatan dan rahmat penghulu segala bulan ini. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan lebih kekuatan, ketabahan, kesihatan, dan juga rezeki yang melimpah ruah dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini. Yakni bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di dunia. Bulan yang menjanjikan seribu satu keindahan dan pahala yang besar kepada kita dalam setiap kebaikan yang akan kita lakukan. Jadi, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan, kutunggu mu dengan penuh keriangan dan tidak sabar untuk meraih sejuta kali gandaan pahala yang kita lakukan. Jadi untuk semua, di kesempatan ini, Seri juga nak ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak ya? Mudah-mudahan Ramadhan ini menjadi platform untuk kita memperbaiki diri selepas itu nanti. Mudah-mudahan kita diberikan kesempatan umur yang panjang untuk berjumpa dengan Ramadhan kali ini dan Ramadhan-ramadhan yang akan datang. Aamin! Dan juga, jgn lp mencuba resepi-resepi yang sudah Seri entrykan dlm blog ini ya? Mudah-mudahan juga selain diberikan pahala memberi makanan kepada orang yang berpuasa, kita juga dilipatgandakan pahalanya kerana memberi makanan kepada keluarga kita yang tercinta! Tapi ingat!!! JANGAN MEMBAZIR ya?????!! dan IKHLASKAN DIRI KETIKA MEMASAK YA? hehe...Bagi sesiapa yang menyambut Ramadhan jauh dr keluarga...janganlah sedih2 ya? Seri doakan anda beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.
heheh...ni la rupanya Jala Emas Berlauk Seri...yummy! :D
Seri Panggung
KMP, TM :)
Sebuah kolum yang membawa anda semua ke dunia Seri...Kecintaan Seri...Catitan Seri...dan segala-galanya tentang Seri...Paling best berkongsi pengalaman, citra hidup, perjalanan serta resepi dengan Seri...berkongsi rasa nikmat rezeki yang Allah beri kepada kita.... :)
Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...
Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.