Hari ini genap seminggu Seri pulang daripada Majlis Akad Sumpah pelajar pascasiswazah sesi baru di USM. Untuk menghadiri majlis itu, Seri dan seorang kawan yang sama-sama baru jadi pelajar USM menetap di Rumah Tetamu USM yang katanya melalui cerita ceriti itu berpenunggu. Majlis Akad Sumpah berjalan dengan sangat tepat...salute la kat depa semua kat USM(Institute Post Graduate)yang dapat menganjurkan majlis dengan sangat licin, ringkas(amik masa 1 jam tepat selesai) dan tepat pada waktunya (paling Seri suka sbb Seri suka orang punctual!). Tepat jam 10 pagi, pintu dewan Tun Syed Nasir telah ditutup rapat kerana majlis telah bermula. Sesiapa yang masuk selepas itu akan menjadi santapan hampir 3000 pasang mata yang telah mengambil tempat duduk masing-masing di dalam dewan termasuk Dato' Naib Canselor. Majlis dimulakan dengan perarakan akademik Naib Canselor dan anak-anak buahnya. Terasa seperti sudah mahu berkonvo pula apabila melihat perarakan akademik dengan gown akademik masing-masing. Cuma tidak dipakai mortar board dan topi beefeater PhD sahaja..kalau tidak sah-sahlah jadi istiadat konvo...owhhh..melalut pula Seri...cuma rasa kagum dengan pendekatan canselori, dan ips untuk mendekati pelajar pasca.
Oh Ya! sambutan hari jadi untuk dua orang puteri kakak Seri juga berjalan dengan lancar. Sambutan kecil-kecilan tetapi mengundang rasa gembira itu diadakan di Nandos, Queensbay Mall. Kawan Seri ikut serta, menambah kemeriahan.
Nilah puteri-puteri kakak Seri yang sambut besday minggu lepas...
Berbalik kepada misteri rumah tetamu tempat Seri, kawan Seri dan kakak Seri tinggal malam itu. Sesampai sahaja Seri dan kawan di USM, kami terus mengikut papan tanda ke rumah tetamu dan akhirnya nampak sebuah rumah ala-ala British tetapi agak lama pemandangannya dan nampak agak "dingin" dilihat mata. Keadaan senyap, sunyi walaupun jam menunjukkan pukul 2.15ptg. Seri dan kawan yang menjadi pemandu hari itu, meneruskan perjalanan dan sepanjang perjalanan ke rumah tetamu, pemandangan hanya dihiasi rumah-rumah banglo yang agak menyeramkan zaman British dahulu. hati Seri berdegup kencang apatah lagi apabila mengingatkan ruang sembang yang Seri baca pagi sebelum berangkat ke USM itu. Namun, Seri berdiam diri, Seri tidak mahu memberitahu kawan Seri yang mungkin juga sedia ada takut itu.
Apabila sampai ke satu rumah banglo yang bentuknya hampir sama terletak di bawah sepohon pokok kayu yang sangat besar, kawan Seri memberhentikan kereta. Fikir kami itulah rumah tetamunya, memandangkan kami terbaca di papan tanda depannya ayat tersebut tanpa melihat ada perkataan lain di hadapannya iaitu "cafe". Parkir kereta kosong. Tiada sebuah kereta pun yang nampak parkir di situ.Menghampiri cafe itu sahaja Seri sudah merasa meremang-remang bulu roma walaupun jam pukul 2.30 ptg. Mungkin sudah ada mind-set. Ciss!!! Menyesal betul baca ruang sembang itu pagi tadi. Kalau tidak tak adalah Seri rasa begini.
Masuk ke kawasan Cafe nampak pekerja-pekerja asing sedang memotong rumput, mencantas dahan-dahan pokok bunga sambil memerhatikan dengan pelik Seri dan kawan Seri sedang menuju ke pintu cafe. Seri tidak hairan...biasalah pekerja asing...suka perhati wanita local yang cun-cun(mode: perasan jap! hak3...)Seri tidak endahkan pandangan mereka...kami menuju terus dalam keadaan yang agak ragu-ragu jugak. Nampak bekas-bekas makanan yang masih berisi lauk-pauk di depan cafe cuma terusik sebahagiannya, sebahgaian lagi banyak namun seorang pekerja atau cafe(pelayan) dan pelanggan pun Seri tidak nampak. Kerongkong terasa kering apabila melihat sesusuk tubuh sedang duduk di meja penyambut sambil memerhati kami masuk dengan muka serius. Dan wajahnya memang nampak sangatttt...erkkk...tak tahu Seri nak describe macam mana...Seri memberanikan diri memberi salam. Alhamdulillah!....lelaki itu menjawab walaupun masih serius. Seri lega sbb Seri fikir kalau hantu mesti tak jawab salam. Huhuhu....sampai mcm itu Seri fikir.
Seri memberanikan diri lagi untuk bertanya ttg bilik dan tempahan Seri. Dengan wajah yang serius juga, lelaki itu mengatakan itu adalah cafe dan meja penyambut tetamu untuk check-in hanya terletak di sebuah rumah banglo lain selang sebuah rumah seperti itu. Menyedari kami tersilap, Seri dan kawan meminta maaf kepada lelaki itu dan mengucapkan terima kasih sambil berlalu pergi. Suasana masih henaing, Seri dan kawan masing-masing tidak bersuara sambil menuju ke kereta. Parkir masih lagi kosong. Cuma ada kereta kawan seri di situ. Apabila kami hendak berlalu barulah datang sebuah Perdana V6 hitam dan pemandunya wanita lalu parkir di sebelah kereta kawan Seri. Kemudian kami berlalu dan terus ke tempat yang ditunjukkan.
Setelah parkir dan masuk kami berjumpa dengan penyambut tetamu; seorang gadis India yang agak peramah. Memberi penerangan pada kami dengan dialek Pulau Pinang yang agak fasih dan pekat. Kunci bertukar tangan. Seri semakin gelisah. kami menuju ke barrack yang menempatkan bilik masing-masing. Agak jauh daripada rumah receptionist tadi dan parkir kereta tetapi sebenarnya terletak di sebelah cafe kami mula-mula sampai sahaja tadi. Lorrr!!! kawan Seri yang tak tau apa-apa itu mengeluh...sebelah jer...ujarnya...Seri masih diam. Membisu seribu bahasa. Menenangkan fikiran...waktu itu Seri baru sedar...penakuttttnyaaa...akuuu!!! hak3....
Membuka pintu bilik, Seri memberi salam panjang lebar sambil menjengukkan kepala ke dalam, separuh badan di luar lagi. Setelah rasa agak yakin, baru Seri melangkah, dengan kaki kanan semestinya! huhuhu.... melihat-lihat bilik yang nampak agak selesa itu, Seri perasan air-cond di bilik itu sudah sedia ada terpasang dan suasana sangat sejuk serta nyaman. Pelik juga Seri. Jarang-jarang pula air-cond sedia terpasang bila Seri check-in mana-mana hotel kat seluruh dunia ini melainkan apabila penghuninya sudah masuk ke dalam bilik. Mungkin housekeeper lupa nak tutup agaknya. Seri persetankan saja! Malas mahu meracuni fikiran dengan fikiran karut yang sudah ada sedia teracun ini...hehehhe...
Tak sampai 3 minit, Seri keluar semula dan menguncinya. Mengetuk bilik kawan. Seri ajak keluar makan. Takut benar rasanya nak duduk berehat2...Seingat Seri inilah kali pertama Seri check in tak rebahkan terus tubuh kepenatan di katil. Seri benar2 rasa takut! huhuhu
Kami keluar. Destinasi Queensbay Mall(QBM) Bayan Lepas. Sampai je di situ, Seri dan kawan terus mencari tempat makan sebab sudah dari pagi perut ini tak diisi dengan apa-apa. Cuma "makanan ruji" Seri sahaja dan air kosong. Seri lupa seketika ttg keseraman Rumah Tetamu. Diganti dengan keseronokan cuci mata dan shopping 1-2 barang di QBM. Berjalan-jalan, Seri dan kawan tidak sedar matahari sudah hampir benar terbenam. Pemandangan jambatan terpanjang di Asia di seberang juga sudah nampak benar kaburnya kerana kemalapan suasana petang ditambanh dengan agak berjerebu sikit. Sebab sedang "bercuti" keduanya, Seri dan kawan Seri ambik keputusan duduk lepak-lepak di tepi benteng Selat Melaka yang ditiup angin sepoi2 bahasa itu. Walaupun terpaksa berpusing dua kali mencari parking, kami tetap gagah untuk duduk di bangku tepi selat itu sambil makan rojak sotong (yang sedap!). Selebihnya, Seri memang takut nak balik ke rumah tetamu waktu-waktu senja begini...
Akhirnya...malam menjelma juga. Suasana semakin gelap dan hati Seri betul-betul celaru, mengharap suami dan kakak anak beranak sampai cpt ke situ. Malangnya, suami Seri kata TM hujan lebat hingga ke Tapah, membuatkan pjalanan semakin perlahan. Mereka hanya dapat bertolak ke Penang malam itu pada pukul 845 malam....Seri mencongak2 sendirian, waktu mereka akan sampai ke USM...
Perjalanan ke USM dari QBM ambil masa 30 minit tetapi campur sesat larat, carik pintu USM(yang sangat banyak dan jauh-jauh itu) makan juga 1 jam lebih...ditambah dengan kesesakan trafik yang hampir sama dengan KL. Kalau dah tersalah masuk jalan, habislah. Akhirnya setelah berkenalan dengan mamat motor besar di Caltex, Seri dan kawan terus memecut kereta menuju ke USM. Sampai di Jalan Sultan Azlan Shah, trafik menjadi sangat teruk. Kereta berjalan mcm siput sedut sewaktu sungai surut...huhuhu....
Akhirnya tepat azan Isyak berkumandang, Seri dan kawan sampai ke parkir rumah tetamu petang tadi. Bila malam, suasana semakin nampak menyeramkan. Ditambah dengan pokok-pokok besar keliling rumah-rumah banglo dan barrack yang menempatkan bilik kami. Limpahan cahaya meriah dari kejauhan di Jambatan Pulau Pinang tidak dapat menenangkan hati Seri dan suasana pekat malam di sekitar rumah tamu itu. Sayup-sayup bunyi azan diselangi dengan bunyi salakan anjing menyebabkan bulu roma Seri terus meremang hingga ke kepala...namun ketakutan itu Seri masih sembunyikan daripada kawan Seri yang sedang berjalan di belakang membawa barang-barang dan beg pakaiannya...Macam-macam berlingkar dan melayang dalam fikiran Seri...Parkir kereta depan cafe tadi nampak agak jelas melalui jalan berbumbung tempat kami lalu...dan parkir masih lagi kosong...macam siang tadi...
BERSAMBUNG...hehehe...(unsur saspen)
Seri Panggung: Menulis cerita ini siang hari pun boleh buat Seri meremang bulu roma dan asyik menoleh ke belakang berpuluh-puluh kali...huhuhu...penakutttttnya Seri!!! hahaha...
Rumah Tetamu USM (nampak Scary-mary tak? terima kasih pada photograper ni ambil gambo cantik dan seram macam ni...ni bukan Seri ambik gambo ni...tak sanggup nyah! nak kuar memalam ambik gambor mcm ni...hahaha!!!)
Sebuah kolum yang membawa anda semua ke dunia Seri...Kecintaan Seri...Catitan Seri...dan segala-galanya tentang Seri...Paling best berkongsi pengalaman, citra hidup, perjalanan serta resepi dengan Seri...berkongsi rasa nikmat rezeki yang Allah beri kepada kita.... :)
Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...
Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.