Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan Datang Lagi....Ramadhan yang Penuh Cabaran....Semoga Ada Kekuatan yang Berganda Kali Ini...

Salam kepada semua yang sudi mengikuti perjalanan suam2 kuku Seri di sini. Terima kasih ya atas support anda semua untuk menjadikan Seri tidak langsung melupakan blog Seri yang memang nak kata suam2 kuku pun tak la memberangsangkan sangat... yang benarnya, Seri hanya menitipkan ayat di sini jika benar2 berlapangan ataupun jika Seri rasa benar-benar perlu wpun tidak berlapangan....macam hari ini...Kedatangan Ramadhan Al- Mubarak menggamit sayu di hati Seri...juga penuh dengan rasa kesyukuran kerana sekali lagi dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT untuk merasai nikmat sebagai makhluk-Nya untuk berpuasa. Alhamdulillah....itulah yang dapat Seri panjatkan dan haruslah kita semua di sini mempunyai rasa ini.

Ramadhan kali ini merupakan antara Ramadhan yang paling mencabar buat Seri. Apa tidaknya dengan pengambilan ubatan-ubatan yang masih banyak hendak kena telan sepanjang hari, Seri jadi buntu...dan Seri sangat mengharapkan semoga dgn kedatangan Ramadhan kali ini, Seri akan menjadi bertambah kuat dan tidak lagi bergantung dengan ubat-ubatan begini. MasyaAllah...takut Seri mengenangkan siapalah Seri tanpa "makanan ruji" Seri itu.

Ramadhan kali ini juga begitu mencabar apabila sesi penyeliaan pelajar yang membuat latihan mengajar di sekolah-sekolah belum selesai dan pusingan ke-3 atau pusingan terakhir perlu diselesaikan sebelum 26hb Ogos. Seri jadi buntu lagi...Hanya Allah sahajalah pembekal kekuatan untuk Seri untuk memandu ke tempat-tempat penyeliaan Seri di mana sekolah pelajar Seri menjalani latihan. Port Dickson, Linggi, Kuala Pilah, Masjid Tanah, Ayer Keroh, Batu Berendam adalah tempat-tempatnya. Mungkin agak ringan di kawasan sekitar Melaka tetapi agak tidak begitu jika kawasan Kuala Pilah, Port Dickson dan Linggi. Semuanya memakan perbatuan yang di atas 100km ke atas. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan Seri itu nanti.

Ramadhan kali ini juga adalah Ramadhan yang mencabar bila Seri mesti ke tempat penyelidikan untuk kertas cadangan kedoktoran Seri. Berhadapan dengan masyarakat peribumi dalam bulan yang penuh barakah ini, rasanya mungkin bukan senang. Berdebar-debar hati Seri mengenangkan mampukah Seri ke kawasan penyelidikan bagi menyiapkan kertas cadangan kedoktoran Seri. Perlu ke situ, walau apa pun cabarannya bulan ini, walaupun bulan Ramadhan dan walaupun hanya sekali. Seri perlu pengesahan sama ada mereka menerima kedatangan Seri untuk 3 tahun ini ke tempat mereka. Berulang alik selama 3 tahun nanti.

Apakah makna Ramadhan tanpa cabaran? Apakah makna Ramadhan tanpa kekuatan jiwa? Apakah makna Ramadhan jika tanpa rahmat Allah SWT? Bukankah cabaran Ramadhan adalah makna rahmat Allah sentiasa mengiringi kita? Bukankah cabaran Ramadhan bermakna Allah sentiasa ingat akan kita? Kerana bila berdepan dgn seribu cabaran dalam bulan Ramadhan, juga bermakna pahala itu juga berganda untuk kita dalam Penghulu segala bulan ini? Barakah pada setiap detik dan saat dalam harinya? Amin...InsyaAllah...

Kesuma Jiwaku....Bertabahlah duhai dikau!

RENUNGAN :

"Sesungguhnya, di samping kesukaran ada kemudahan, sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan; Apabila engkau selesai (mengerjakan suatu pekerjaan) , maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain pula); Dan kepada Tuhanmu, berharaplah."

~Surah Al-Insyirah : Ayat 5-8~
Moral of the story : Tiada seorang hamba Allah pun yang terlepas daripada ujian demi ujian dalam hidupnya. Bertawakallah dan berusahalah..sesungguhnya kejayaan selalu menjadi milik orang yang tidak selalu putus asa ^____^


Peringatan untuk Seri dan kamu....



Seri Panggung
Alor Gajah,
Melaka



Jumaat, 29 Julai 2011

Jika Aku Mahu...

Jika aku mahu
inginku menjadi bulan
yang setia tergantung di dada langit malam
menyuluh sang pungguk bercerita lara

Jika aku mahu
inginku menjadi bintang
yang akur menghias bulan
pada langit kelam

jika aku mahu
inginku terus mencintaimu
walau taufan dugaannya
Merusuh jiwa menjadi gelora

jika aku mahu
inginku terus di sisimu
membisikkan keramat kasih
biar sayangmu telah ditelan waktu

jika aku mahu
inginku terus menganyam jalinan rindu
dan kuhampar seluasnya di dada hangatmu
meski cerita rindu itu sudah menjadi dendamku padamu

jika aku mahu….Tapi aku benar-benar sudah tidak ingin mahu
berbuat semua itu untukmu!

Seri Panggung
Lembah Titiwangsa
Tg. Malim
Mei 2011



Selasa, 5 Julai 2011

Pemimpin, Memimpin dan Terpimpin & Kepemimpinan

Kali ini Seri kembali dalam keadaan kesibukan yang melanda Seri dengan kerja-kerja pentadbiran, kuliah semester khas dan yg paling hot menyelia pelajar Seri yang sedang berpraktikum di serata tempat di selatan tanah air. Esok akan ke Linggi, tapi akan kembali ke Tg. Malim, sebab di situ terlalu kampung fasilitasnya, dan tidak ada hotel untuk disewa. Hotel agak jauh lebih kurang 45 kilometer, letaknya di PD. Dah alang2, balik sajalah ke TM jawabnya...PD ke TM lebih kurang mengambil masa 1 jam 45 minit jadi..terus sahaja balik daripada menghabis duit sewa hotel.

Oh ya! sebenarnya bukan ttg menyelia praktikum yg Seri nak coret kat sini. Walaupun memang ada banyak kalao nak menulis, ttg pengalaman-pengalaman Seri pergi menyelia. Namun hari ini Seri mahu bercakap ttg sesuatu yg lain, berbeza daripada intro Seri di atas. Seri mahu bercakap tentang hal pemimpin, memimpin, terpimpin dan kepemimpinan. Sebenarnya, sejak azali kalau nak dikatakan bahawa seorang pemimpin ini memang ada bakat untuk jadi pemimpin dengan ciri-ciri kepemimpinannya. Seri sikit2 mengakuinya wpun pada pandangan Seri juga sebahagiannya, hal kepemimpinan ini sebenarnya lahir dari minat dan juga guna comman sense. Terpulang pada anda semua untuk menilai kata-kata Seri. Seri langsung tidak memaksa anda semua untuk percaya dan ikut kata-akata Seri. Cuma itu yang Seri rasa.

Seorang yang telah jadi pemimpin, wpun tidak ada bakat tetapi jika sudah diberikan amanah memimpin itu, haruslah menanam bakat itu perlahan-lahan. dan menyuburkan bakat yang ditanam itu secara perlahan-lahan dengan kepercayaan yang diberikan oleh orang yang dipimpin itu tadi terhadapnya. Caranya cukup common sense. Seorang pemimpin harus berada dalam keadaan siaga dalam segala hal, menaungi orang-orang yang dipimpinnya, percaya kepada kebolehan anak-anak pimpinannya, dan memberikan komitmennya dahulu seratus peratus dalam segala hal sebelum menagih komitmen orang yang dipimpinnya. Semua itu, semuapun tahu nak cakap tapi tak semua orang yang boleh lakukan dgn baik. Sebab itu tadi, pemimpin yang mahu memimpin atau yang ada hati nak memimpin haruslah ada bakat juga bagaimana mahu mempengaruhi orang yang dipimpinnya supaya semua orang itu nampak lebih terpimpin, hasil daya kepimpinanannya.

Hahahhaa.... banyak perkataan yang hampir sama di sini hingga tak tahu nak beza maknanya kalo x baca betul2...haha dan ini bukan merapu sebenarnya, malah yang lahir di sini adalah inspirasi dari pengalaman yang terjadi di depan mata Seri. Bagaimana seorang pemimpin, gagal dalam memimpin orang yang dipimpinnya hingga menyebabkan orang yang dipimpin itu merasa jelak, jemu dan meradang dengan sikap tidak common sense beliau. Beliau memang orang yang sememangnya tidak dilahirkan dengan daya kepemimpinan sejak azali dan langsung tidak ada daya dan usaha untuk memimpin dgn baik anak-anak buahnya. Sepanjang beliau mengambil alih pucuk kepimpinan dua semester lepas Seri rasa ada batu penghalang untuk dia menunjukkan daya kepimpinan yang terpimpin dari beliau. Entah apa jenisnya Seri pun belum mengkajinya.

Perkara paling buruk yg baru lpz beliau buat yg menyebabkan org yang dipimpinnya rasa jelak, adalah mengemel sesuatu kepada rakyat yang dipimpinannya dan menyalin emel berupa "cercaan" itu kepada pucuk pimpinan teratas agar orang di paling atas tahu dia telah menjalankan tugas (signature dalam emel itu pun diakhiri dengan kata-kata "yang menjalankan tugas") dengan baik. Bagi Seri seorang pemimpin yang yang terpimpin dan ada daya kepimpinan yang baik harus berhemah jika mahu menegur anak yang dipimpin. Undang-undang pun ada bacaan kali pertama dan kedua dan kali ketiga dan bla...bla...inikan pula hanya secebis teguran dari seorang pemimpin. Jika Seri mahu ikut langkah adat dan resam serta budaya orang Melayu pula (maklumlah...Seri kan org yang penuh dgn budaya! hak3...) juga penuh dgn tertib dan susilanya untuk memberi teguran. Malah lokal genius manusia Melayu digambarkan dengan daya keintelektualan mereka mencipta pantun dan berpantun untuk menegur kesalahan yang orang lain buat. (mungkin beliau merasakan zaman moden yang pantas dan cepat ini pantun dah tak sesuai lagi kot!) maka selantasnya emel yang berupa "cercaan" itu cepat tersebar dan debu dabanya menghasilkan debu daba kebencian dalam setiap hati manusia yang dipimpinnya.

Aiseyyman! kok ye pon nak kata pantun dah tak sesuai, tapi cuba-cubalah menghormati keintelektualan dan lokal genius datuk nenek dulu yg penat-penat memerah pemikiran untuk mencipta pantun, gurindam, seloka untuk menegur. Dan sekurang-kurangnya kalau beliau tak pandai nak mencipta pantun, seloka dan gurindam...Seri boleh tolong buatkan (hehehee...Seri pun sebahagian daripada warisan kepakaran lokal genius manusia Melayu dulu!)

Akhirnya pemimpin yang tidak ada daya kepimpinan gagal melahirkan anak pimpinan yang terpimpin dan bukan dihormati malah dibenci, dijelaki(huuhh!! ada ke ayat gini? nanti Seri check kt kamus dewan edisi 4...)-ayat ni lahir sebab dah tak tahu nak oyak lagu mana dop(versi kelantan siam!) rasa jelek dgn daya kepimpinan sebegitu- hurmmm...akhirnya jadilah seumur hidupnya , hidup dgn makan sumpah dan cercaan orang lain balik...haiii...itulah bahaya menjadi pemimpin yang tidak ada daya kepimpinan atau kurang berusaha untuk memimpin dengan menunjukkan teladan diri sendiri, malah hanya pandai mengarah sana, situ, sini, esok, lusa, kelmarin, tulat, tupit..semua nak ada di depan mata tanpa memikirkan perasaan dan hati orang lain...

Seri da penat menaip. Idea banyak dan bercambah lagi..tapi Seri biarkan orang lain menilai beliau pula...takkan la Seri nak amik sumer kan..??? hahaha....fikir2kanlah....

Seri: ~~~Pemimpin sejati, adalah pemimpin yang memberi contoh teladan sikap dan perbuatan kepada anak yang dipimpinnya sebelum mengeluarkan arahan yang sama terhadap mereka untuk mengikut telunjuknya. Kata-kata hanya mimpi...di siang hari...jika kita sendiri gagal untuk memimpin diri sendiri...~~~

Adios Amigos!
Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada