Salam kepada semua yang sudi mengikuti perjalanan suam2 kuku Seri di sini. Terima kasih ya atas support anda semua untuk menjadikan Seri tidak langsung melupakan blog Seri yang memang nak kata suam2 kuku pun tak la memberangsangkan sangat... yang benarnya, Seri hanya menitipkan ayat di sini jika benar2 berlapangan ataupun jika Seri rasa benar-benar perlu wpun tidak berlapangan....macam hari ini...Kedatangan Ramadhan Al- Mubarak menggamit sayu di hati Seri...juga penuh dengan rasa kesyukuran kerana sekali lagi dilimpahkan rahmat oleh Allah SWT untuk merasai nikmat sebagai makhluk-Nya untuk berpuasa. Alhamdulillah....itulah yang dapat Seri panjatkan dan haruslah kita semua di sini mempunyai rasa ini.
Ramadhan kali ini merupakan antara Ramadhan yang paling mencabar buat Seri. Apa tidaknya dengan pengambilan ubatan-ubatan yang masih banyak hendak kena telan sepanjang hari, Seri jadi buntu...dan Seri sangat mengharapkan semoga dgn kedatangan Ramadhan kali ini, Seri akan menjadi bertambah kuat dan tidak lagi bergantung dengan ubat-ubatan begini. MasyaAllah...takut Seri mengenangkan siapalah Seri tanpa "makanan ruji" Seri itu.
Ramadhan kali ini juga begitu mencabar apabila sesi penyeliaan pelajar yang membuat latihan mengajar di sekolah-sekolah belum selesai dan pusingan ke-3 atau pusingan terakhir perlu diselesaikan sebelum 26hb Ogos. Seri jadi buntu lagi...Hanya Allah sahajalah pembekal kekuatan untuk Seri untuk memandu ke tempat-tempat penyeliaan Seri di mana sekolah pelajar Seri menjalani latihan. Port Dickson, Linggi, Kuala Pilah, Masjid Tanah, Ayer Keroh, Batu Berendam adalah tempat-tempatnya. Mungkin agak ringan di kawasan sekitar Melaka tetapi agak tidak begitu jika kawasan Kuala Pilah, Port Dickson dan Linggi. Semuanya memakan perbatuan yang di atas 100km ke atas. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan Seri itu nanti.
Ramadhan kali ini juga adalah Ramadhan yang mencabar bila Seri mesti ke tempat penyelidikan untuk kertas cadangan kedoktoran Seri. Berhadapan dengan masyarakat peribumi dalam bulan yang penuh barakah ini, rasanya mungkin bukan senang. Berdebar-debar hati Seri mengenangkan mampukah Seri ke kawasan penyelidikan bagi menyiapkan kertas cadangan kedoktoran Seri. Perlu ke situ, walau apa pun cabarannya bulan ini, walaupun bulan Ramadhan dan walaupun hanya sekali. Seri perlu pengesahan sama ada mereka menerima kedatangan Seri untuk 3 tahun ini ke tempat mereka. Berulang alik selama 3 tahun nanti.
Apakah makna Ramadhan tanpa cabaran? Apakah makna Ramadhan tanpa kekuatan jiwa? Apakah makna Ramadhan jika tanpa rahmat Allah SWT? Bukankah cabaran Ramadhan adalah makna rahmat Allah sentiasa mengiringi kita? Bukankah cabaran Ramadhan bermakna Allah sentiasa ingat akan kita? Kerana bila berdepan dgn seribu cabaran dalam bulan Ramadhan, juga bermakna pahala itu juga berganda untuk kita dalam Penghulu segala bulan ini? Barakah pada setiap detik dan saat dalam harinya? Amin...InsyaAllah...
Kesuma Jiwaku....Bertabahlah duhai dikau!
RENUNGAN :
"Sesungguhnya, di samping kesukaran ada kemudahan, sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan; Apabila engkau selesai (mengerjakan suatu pekerjaan) , maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain pula); Dan kepada Tuhanmu, berharaplah."
~Surah Al-Insyirah : Ayat 5-8~
Moral of the story : Tiada seorang hamba Allah pun yang terlepas daripada ujian demi ujian dalam hidupnya. Bertawakallah dan berusahalah..sesungguhnya kejayaan selalu menjadi milik orang yang tidak selalu putus asa ^____^
Peringatan untuk Seri dan kamu....
Seri Panggung
Alor Gajah,
Melaka
Sebuah kolum yang membawa anda semua ke dunia Seri...Kecintaan Seri...Catitan Seri...dan segala-galanya tentang Seri...Paling best berkongsi pengalaman, citra hidup, perjalanan serta resepi dengan Seri...berkongsi rasa nikmat rezeki yang Allah beri kepada kita.... :)
Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...
Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.