Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Khamis, 27 Jun 2013

Ayam Gulung Sayur Masala Dengan Biskut Cheese

Kali ni plak Seri nak masukkan entry resepi ni...atas permintaan beberapa orang...nahh sini Seri perturunkan resepinya yang Seri cuba-cuba buat sendiri semalam...dek kerana kekreatifan berpuase...ehehehe...maka semalam terciptalah resepi ni..

Bagi sesapa yang nak cuba masak resepi ni, meh amik resepinya ya?tapi Wajiblah cuba k? ehehe....

RESEPI AYAM GULUNG SAYUR MASALA DENGAN BISKUT CHEESE

a. Resepi Sayur Masala
2 ulas bawang putih-dititik
3 batang kacang pjg - potong bulat kecik-kecik
sedikit bunga kubis
1/2 batang lobak merah-didadukan
1/2 biji bawang besar holland-didadukan
1/2 bj tomato -didadukan
1/4 capsicum hijau
1/4 capsicum kuning
1/2 sudu kari ayam babas
6-8 keping biskut cheese Khong Guan - biskut cheese jenama lain pun boleh try kot...ehehe-ditumbuk sedikit kasar
1 btg daun sup - diracik halus
4 helai daun kari - diracik halus
sedikit serbuk lada putih dan hitam
garam & gula secukup rasa

Cara masak: tumis bwg putih hingga garing kemudian masukkan bawang besar holland. Masukkan pula serbuk kari, tumis sampai naik bau. kemudian masukkan kacang panjang, bunga kubis, dan lobak merah. setelah sedikit layu, masukkan pula capsicum, dan tomato. kemudian masukkan garam, gula, serbuk lada putih dan hitam, daun kari dan daun sup. Akhir sekali masukkan biskut cheese yang telah ditumbuk sedikit kasar. kacau lagi hingga masak. padamkan api dan ketepikan.

b. Resepi Ayam Gulung
serbuk lada hitam dan herba basil leaves kering
1 keping dada ayam
serbuk bawang putih
sedikit madu
1 sudu butter

Cara masak: Ayam dinipiskan(ketuk) dengan pengetuk khas dilapik dengan plastik wrapping. buat dada ayam jadi butterfly. Tabur sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam dan sedikit herba basil kering atas ayam yg sudah dibutterfly. Letak wrapping plastik atas chopping board atau permukaan rata, kemudian letak kulit ayam dan akhir sekali letakkan dada ayam ke atas kulit ayam tadi. Kemudian masukkan sayur masala yg sudah digoreng tadi kedalam ayam yang sudah dibutterfly tadi dan terus gulung ketat. ikat hujung atau pusing ketat hujung plastik. Kemudian ambil aluminium foil dan gulung sebanyak 2 kali lagi sehingga ketat. Selepas itu masukkan gulungan ayam tadi ke dalam air yang sudah mendidih di dalam periuk. Didihkan hingga masak. Proses ini akan mengambil masa 25-30 minit.

Setelah masak keluarkan ayam dr gulungan dan panaskan sedikit butter dlm kuali leper. goreng sedikit hingga sedikit kulit ayam berubah kekuningan. Taburkan sedikit basil leaves kering atas gulungan ayam. Padam api. kemudian panaskan oven 2 minit pada suhu 200 darjah. Kemudian letak gulung ayam atas pembakar dan letak sedikit madu utk mengilatkan kulit ayam. Bakar selama 7-8 minit lagi.

Keluarkan ayam dari ketuhar bila masak dan hiaskan dengan sayur-sayuran hiasan. Jika ada baki sayur masala, bolehlah diletakkan dalam piring ayam sebagai hiasan...ehehe...

Selamat Mencuba :)

Ayam Gulung Sayur Masala Dengan Biskut Cheese




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada