Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Khamis, 27 Jun 2013

Nasi Ayam Tumis Ghee & Ayam Kicap Madu

Assalam, pagi ni terasa mcm terajin pulak pagi pagi bukak blog dan masukkan entry makanan yg dah termasak 2-3 hari lps. Semenjak Isnin Seri berpuasa dan mcm biasa kalau berpuasa, Seri automatik jadi kreatif utk menyediakan hidangan berbuka. Walaupun berpuasa sensorang, tai En Asben tetap setia berbuka bersama. Heheh....

Pagi ni nak masukkan entry resepi yang dah 2 hari Seri masakkan. Resepinya adalah nasi Ayam Tumis Ghee & Ayam Kicap Madu. Haa...selalunya nasik ayam korang guna air sup ayam kan? tak pun paling malas tapi rasa nak makan jugak, korang gunakan stok ayam Maggie yang dah sedia ada dalam botol tu...Titik bawang putih dua ulas, masukkan stok ayam maggie dan masukkan air...haaa...terus jadik nasik ayam. Tapi Seri jarang masak macam tu, sebab Encik Asben suka makan di rumah, jadi Seri kena masak ikut resepi betul-betul supaya terasa puas hati bila suami makan dengan habis dan tersenyum kenyang hasil air tangan kita. Paling penting, pujian yang berlapis-lapis tu...hik2...terasa kembang sekejap dan semangat utk masak buat suami semakin berkobar-kobar...ngee..

So kali ni Seri nak kongsi dengan semua followers Seri dan juga yang kat luar sana yang tetiba "terserempak" dengan blog caca marba Seri ni, hehee...bolehlah cuba ya?

RESEPI NASI AYAM TUMIS GHEE & AYAM KICAP MADU

1. Resepi Sup Ayam

1 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 keping isi dada ayam
1/2 inci halia
3 bj buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 ketul kiub Ayam Knorr's
serbuk lada sulah dan lada hitam secukupnya
garam secukup rasa dan sedikit gula
Air secukupnya

Cara: tumis semua bahan kisar utk tumisan: bwg merah, bwg putih, dan halia. Kemudian masukkan rempah tumisan; buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Bila nah naik bau, masukkan isi dada ayam. Kacau hingga separuh masak dan masukkan air. Tunggu hingga air mendidih dan masukkan kiub ayam Knorr. masukkan gula, garam, serbuk lada sulah dan lada hitam secukupnya.
Masak, padam api dan ketepikan.

2. Resepi Nasi Ayam

1/2 labu bawang besar holland-didadukan
1 bj bawang merah-dihiris nipis
3 sudu besar ghee
2 sudu besar sapuan bawang putih buttercup
1 sudu besar sapuan tanpa lemak nutriline
3 cawan beras-guna berasmathi lagi sedap
1 cawan air
2 cawan air didihan sup ayam-diambil dari sup ayam yg telah dimasak tadi
1/2 batang lobak merah - didadukan
1 sudu besar kismis hitam
1 sudu besar bawang goreng
serbuk lada hitam secukupnya
garam secukupnya

Cara masak: bersihkan beras, rendam selama 5-8 minit dan toskan. tuis bawang besar, bawang merah dengan ghee, sapuan bwg putih dan sapuan tanpa lemak. masukkan garam dan serbuk lada hitam sedikit. Bila bau sudah naik dan bawang sudah kuning keemasan, masukkan beras yang telah ditoskan tadi. Kacau rata. Kemudian masukkan air dan air didihan sup ayam tadi. Pastikan air dan didihan sup ayam tadi sama banyak dengan beras yang dimasak; agak-agak air dengan beras ye...heheh...takut terlembik kalau air terlebih atau takut nasi mentah kalau air terlalu kurang. Kacau rata sekali lagi. Tutup periuk seketika. Kemudian periksa nasi dalam periuk lagi dan kacau lagi. (dikacau lembut takut nasi patah)-heheh:cerewet sket! :p bila nasi hampir masak, masukkan lobak merah, kismis dan bawang goreng utk hiasan. Kacau dan tutup periuk lagi. Wap akan buat nasi anda masak. :) bila masak, padam api dan hidangkan panas2...

**Tips: bila beras dan air sudah dimasukkan, silalah guna api perlahan saje ye utk mengelakkan nasi lebih banyak kerak atau hangit. Atau anda boleh pindahkan ke periuk elektrik (cuma sy nak rasa wap lebih baik utk nasi bila guna api dapur)


3. Resepi Ayam Kicap Madu

4 keping kepak ayam
2 sudu besar kicap saus manis ABC
1 1/2 sudu besar madu
sedikit garam dan kunyit secukupnya

Cara masak: erapkan ayam dengan kesemua bahan perapan. Biarkan dalam 10-15 minit. Panaskan ketuhar selama 2 minit. Kemudian bakar ayam dalam ketuhar pada suhu 250 darjah celsius selama 25-30 minit. (ini terpulang kepada tahapkecanggihan ketuhar anda ya semua?! hehe...)

4. Resepi Sambal Cili

5 biji cili merah - dibuang biji
5 ulas bawang putih
sos cili secukupnya
sos tomato secukupnya
cuka secukupnya
garam dan gula secukupnya
air secukupnya

Cara masak: kisar cili, bawang putih, cuka, garam, gula dan air dalam blender hingga hancur. Kemudian masukkan dalam mangkuk bersih yang lain dan tambahkan sos cili dan tomato secukupnya. Perisakan mengikut rasa anda.

**Tips: kalau malas tahap gaban, guna sahaja sos cili Thai Maggie (bukan promo maggie ni tau! ahaks...) 2 hari lepas, sbb cili merah x cukup di dalam peti sejuk, jd Seri guna sos cili Thai maggie jek...pun boleh...

5. Untuk Hiasan
1 bj timun Jepun-byk kat pasaraya, (lebih sedap tp mahal sikit)
1 bj tomato
daun salad


haaaaa...da pun siap..so apalagi?? cubalah yek? Encik asben makan 2 pinggan malam itu....hehehe.... tengok ni...sori pletting masih failed! hahaha

Salam Sayang,
Seri Panggung
June.13


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada