Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Isnin, 21 Jun 2010

Sehari Bersama Siri Neng Buah

Hari ini Seri menghabiskan masa satu hari di Jabatan Warisan Negara, Jalan Conlay KL. Seharian di sana sebab Seri pergi untuk menyelia 2 orang pelajar Seri yang menjalani Latihan Industri (LI) di jabatan tersebut. Bagi Seri, pilihan mereka itu tepat. Mengambil jurusan Pengajian Malaysia dan memilih Jabatan Warisan Negara, begitu banyak sekali kaitan dan relevansi apa yang mereka pelajari di kampus dengan apa yang sedang mereka alami hari ini.

Dan yang lebih menguntungkan, mereka diletakkan di bawah penyeliaan Siri Neng Buah. Satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia kesenian, budaya dan sastera sejarah. Dengan pengalaman En. Siri yang banyak dan pengetahuan yang mendalam dlm bidangnya, kepakaran beliau bukanlah boleh dibuat mainan oleh sesiapa yang baru-baru saja mahu berjinak dlm bidang sosio-budaya, sastera, sejarah dan juga kesenian. Kelebihan beliau bertutur dalam bahasa Melayu standard (wpun beliau berketurunan Siam dan dilahirkan di Terengganu), dialek Kelantan, Terengganu dan berbahasa Thai merupakan satu kelebihan yang tidak patut dipandang ringan dan enteng. Peluang belajar dan berlatih di bawah tunjuk ajar orang seperti En. Siri, sepatutnya menjadi impian bagi pelajar yang mahu membuat LI di jabatan berkenaan. Dengan jawatan sebagai Pengarah Bahagian Warisan Tidak Ketara (Intangible Heritage) En. Siri merupakan orang selayaknya untuk duduk di kerusinya hari ini berbekalkan pengalaman dan pengetahuannya dalam seni dan budaya warisan yang tidak ketara ini. Walaupun mempunyai perwatakan yang agak "pelik", dan kadang kala suka bercerita yang "bukan-bukan" (haha!), Seri mahu memberikan 5 bintang kepada En. Siri Neng Buah(yg seri kagumi itu).

Berbual, bersembang dan bertukar-tukar cerita bersama beliau satu hari sememangnya tidak pernah akan cukup. Hal ini demikian kerana banyak sekali pengetahuan dan pengalaman yang berguna boleh dicedok dan dijadikan iktibar dan perkara yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk menaiktarafkan diri untuk digunakan meniti kehidupan ini. Sikapnya yang ramah, berterus terang dan tidak lokek dengan ilmu serta senyuman membuatkan Seri selesa bersembang dengan beliau wpun ada kalanya Seri rasa segan silu juga mendengar cerita dan pengalaman "daringnya" di luar negeri. Namun bagi Seri, itu sekadar halwa telinga, sebagai org yg sudah banyak menempuh asam garam kehidupan (sbg org muda, dengar sajalah! huhu...) cerita sebegitu adalah biasa. Yang penting bagi Seri, Siri Neng Buah memang handal dlm bidangnya, intelek Malaysia yang tidak boleh dipandang remeh dan enteng dengan penglibatan dan pengalamannya yang banyak itu.

Apabila ditugaskan untuk menyelia 2 orang pelajar di Jabatan Warisan Negara, Seri memang teruja sekali. Sebelum itu, Seri dapat membayangkan yang Seri akan mendapat "link" yg cukup baik untuk mencari bahan-bahan kajian dan penyelidikan Seri nantinya. Namun, apa yang Seri dapat...memang lebih dari itu. Pengalaman, pengetahuan, dan keindahan seni budaya warisan benar-benar menjadikan Seri jatuh cinta dengan bidang ini, wpun kecintaan itu memang sudah lama wujud dalam diri Seri sejak dahulu lagi.

Kredit untuk En. Siri Neng Buah yang banyak pengalaman dan pengetahuan itu. Terima kasih juga atas penerangan tentang asal-usul zapin dan sejarah kedatangan zapin di tanah semenanjung itu. Ia membuatkan Seri melakukan kerja 3 dalam 1. Sambil-sambil menyelia pelajar Seri, Seri dapat maklumat untuk penyelidikan Seri yang sedang Seri jalankan sekarang mengenai zapin. Selain itu, Seri juga berjaya mengutip pengalaman dan pengetahuan beliau yang sungguh banyak itu untuk menaik tarafkan pengetahuan Seri tentang bidang yang Seri cintai ini.

Terima kasih banyak-banyak Siri Neng Buah! Teruskan dan jangan putus asa mengajak anak bangsa mencintai warisan bangsa kita!

Seri Panggung: Tak larat senaraikan satu-satu pengalaman dan penglibatan En. Siri dalam bidang sosio-budaya dan warisan kesenian ini. Sesungguhnya terlalu banyak...

Seri Panggung
Lembah Titiwangsa


En. Siri Neng Buah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada