Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Jumaat, 28 Jun 2013

Puding Marble Seri Batik

ahaaaa...kali ini Seri letak sikit nama 'Seri' dalam masakan yg Seri masak. Bukan apa, asyik letak nama lain, sesekali nak la jugak nama yang kita gunakan sendiri kan? ehheee...Masak dan buat dessert antara kesukaan Seri, tak kisah jenis puding, agar-agar, mousse, atau apa saja yang manis mmg menjadi kegemaran Seri. Tapi makannya taklah banyak sangat, En. Asben pun tak boleh makan manis banyak-banyak sebab berpenyakit...uhuuuu...jd selalunya bila buat dessert Seri akan panggil student-student Seri datang makan atau mencubanya...ahaaa...seronok tgk diaorg makan...tanpa prejudis dan biasanya...akan mintak dibuatkan lagi jika mereka betul-betul berkenan dengan dessert tu. Puding Ice-Cream Oreo antara menjadi kegemaran students Seri kalau dtg bertandang ke rumah...Ermm...kalau satu loyang tu memang tidak cukup! ahaks...Nanti ada masa Seri upload pulak resepi puding ice-cream oreo k?


Tapi Seri gembira tgk diaorg makan...selera anak muda...makan ajalah yg ada depan mata...tanpa soal-jawab yg banyak...Seri pula, suka akan buat lagi kalau org suka makan masakan Seri. Bukan setakat dessert, tapi macam-macam masakan Seri pernah masak, kalau ada yang nak makan, pasti dengan ringan tangan akan ke dapur untuk membuatnya.

Puding yang Seri nak share dalam entry kali ni adalah antara dessert yang menjadi kegemaran para student Seri jugak. Nah...bg ssesiapa yang lalu lalang kat blog suam-suam kuku Seri ini silalah cuba ya? Mungkin boleh jadi sumber pendapatan bulan Ramadhan yg bakal menjelma nanti.... ehehehe....so, apa lagi, meh skodeng resepi Puding Marble Seri Batik ni...

RESEPI PUDING MARBLE SERI BATIK

a. Resepi agar-agar kosong
1 bungkus serbuk agar-agar berwarna merah
1 bungkus serbuk agar-agar berwarna hijau
3 sudu besar gula (memang dibuat tidak manis)
250ml air

Cara masak : didihkan serbuk agar-agar merah dan hijau secara berasingan. Tambahkan gula. Masak hingga gula hancur. Masukkan dalam loyang yang berasingan juga. Biarkan sejuk. Apabila sejuk potong dadu, panjang-panjang atau mengikut kreativiti anda! eheehe...Seri pulak potong macam ni...eheheee..


nahhh...jadi mcm ni...Seri potong dgn pisau bergigi...


b. Resepi Puding
1 bungkus agar-agar stripe (rendam dalam air sejuk utk lembutkan)
1 bj telur
2 sudu tepung kastard (bancuh sikit dgn air supaya tak berketul)
1 tin susu cair
1 ketul sederhana besar gula batu putih
1 sudu teh esen vanilla
5 cawan air
5 senduk kecil gula-boleh tambah lg kalau suka manis dan kurang jika tak suka manis :)
potongan buah yang sedikt rasa masam, Seri selalu guna mangga (jgn lembik sgt!), nanas atau laici dalam tin. Kalau letak jagung manis(whole kernel) atau betik(bg yg suka betik..Seri x makan betik :p) pun boleh...no problemo! hehe-buah-buah ni dipotong dadu. Tips: potongan buah agak masam manis ini memberikan rasa tropika dalam puding ini... :D


Cara Masak : Blender susu cair dan telur. Rebus agar-agar dengan air hingga hancur. Kemudian masukkan gula dan gula batu putih. Didihkan lagi. Masukkan susu dan telur yang telah diblend tadi dan sekali dengan esen vanilla. Kemudian barulah masukkan tepung kastard. Didihkan sekali saja kemudian perlahankan api. Guna api paling kecil dan adunan harus dikacau tanpa henti., takut keras (sbb ada kastard lagi cepat keras). Ambil penapis halus, senduk 2-3 senduk adunan dan masukkan dalam loyang atau mangkuk adunan. Adunan perlu ditapis untuk mengelakkan jika ada ketulan-ketulan kastard di dalamnya. Lepas ceduk 2-3 senduk adunan tadi, susun agar-agar kosong dan buah yang telah dipotong kecil-kecil tadi ke atas adunan puding. Tunggu mengeras sedikit dalam 5-7 minit, (letak kat kipas angin, cpt keras...haha) sebelum menuang semula 2-3 senduk adunan puding. Susun semula agar-agar kosong merah hijau tadi di atasnya bersama potongan buah yang ditabur ke atas adunan tersebut. Buatlah sehingga adunan habis. Biarkan sejuk dan masukkan dalam peti sejk sebelum dipotong.


Nah! agak mudah berbanding puding lapis yg lain kot Seri rasa..hehee...cubalah! Sesuai untuk kenduri kendara, family gathering, jemput kawan-kawan meraikan rumah baru ...hehe...dan sebagainya...dessert utk majlis bbq pun sangatlah sesuai...

Nilah rupanya Puding Marble Seri Batik dan yang dah dipotong tu hidang cara students Seri...hak3...Belasah jek..nak letak n potong...jadi..plattingnya entah ke mana..tak apalah, janji sedap dimakan...hehehe

Selamat Mencuba!


Salam Sayang
Seri Panggung
June.13










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada