Salam Sejahtera untuk pengunjung dan pembaca blog Seri yang suam-suam kuku ini...hahaha....Seri kembali untuk menajamkan mata fikir dan hati melalui penulisan yang macam biskut ini. sekejap ada! sekejap tak ada! Meskipun memang sangat banyak perkara yang mahu Seri kongsikan di sini, namun dengan kekangan kerja dan masa, Seri jadi pelupa dengan minat serta kecintaan Seri ini. Kelupaan ini memang bukan disengajakan...namun, demi tugas dan tanggungjawab terhadap apa yang Seri hadapi untuk anak-anak pertiwi, Seri korbankan rasa kecintaan ini. Namun setelah hampir habis satu minggu cuti Seri, Seri kembali merakam bait-bait huruf di sini sepanjang ketiadaan Seri ke sini.
Cuti hampir 3 minggu Seri pohon, haruslah ada sebabnya. Bukan sebab mahu berehat semata, namun agenda seterusnya adalah untuk mencari gali apa yang dapat meningkatkan ilmu Seri. InsyaAllah jika tiada aral melintang, Seri akan bercuti belajar selama 3 tahun September ini. Namun di sebalik dapat berehat dari memikirkan kerja-kerja yang mengekang Seri selama ini, Seri agak ketakutan. Bermain-main dalam fikiran Seri pertanyaan demi pertanyaan...mampukah Seri menatap 3-4 jam buku yang Seri baca seperti lewat 10 tahun lalu? Mampukah Seri untuk menulis panjang setelah sekian lama agak terperap idea dan ilham untuk melakukan sedemikian? Mahu menulis titipan di blog pun Seri kacau! Inikan pula untuk menulis menjadi satu tesis panjang yang tebalnya menjangkau 300-400 halaman. MasyaAllah! Di mana kekuatan itu yang selalu Seri pinjamkan dan lontarkan kepada para pelajar Seri selama ini? Yang hati mereka kacau dalam melangsaikan latihan ilmiah cuma antara 80-100 mukasurat itu? Aduhai! Seri mohon padamu Ya Allah! Kurniakanlah kekuatan itu kepada Seri dalam menghadapi gelombang untuk mencari setitis lagi ilmu-Mu di muka bumi ini. Permudahkanlah segala jalanku ini Ya Allah! Berilah kesihatan yang baik dan memuaskan sepanjang Seri berada dalam gelanggang pencarian ilmu-Mu ini Ya Allah! Amin...Ya rabbal'alamin....
Akhirnya setelah banyak hari dipertimbang, dan banyak kali juga diteliti sebab dan akibatnya, cabarannya, akhirnya Seri mengambil keputusan untuk menghabiskan pengajian peringkat tertinggi Seri ini di bumi bertuah sahaja! Mengapa pula ya? Sedangkan selama ini Seri memang berhajat benar untuk ke negara matahari terbit seperti jepun, Korea atau China bagi menyambung pengajian Seri di peringkat kedoktoran. Jawapannya ada begini :
1. Pertama: permohonan Seri ke Universiti Osaka, Jepun, telah diterima. Seri ditawarkan untuk mengikuti pengajian di peringkat kedoktoran di antara universiti terkemuka di negara itu, tanpa siapa yang tahu. Sungguh mudah jalannya untuk ke situ, fikir Seri. Namun, tiada siapa yang dapat menduga, takdir Allah menurunkan gempa dan tsunami di negara matahari terbit itu seolah telah mengikat kemahuan Seri untuk terbang sekali lagi ke negara tersebut.(setelah ke situ 14 tahun yang lalu melalui program pertukaran pelajar ke Kyoto)benar...segalanya dalam percaturan dan ketetapan Allah...kita hanya merancang...Dia jugalah yang menentukan. nasib baiklah ibu dan suami seri belum tahu, kalau mereka sudah tahu agaknya ibu Seri akan sekali lagi menangis tersedu-sedu untuk menahan Seri daripada melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit itu selagaknya beliau mennagis menahan Seri daripada melanjutkan pelajaran ke Seoul akhir tahun lepas, negara beriklim kebenuaan lembap atau subtropika lembap itu.
2. kegagalan ke seoul: bukanlah disebabkan oleh apa-apa, namun kerana cair hati Seri apabila mendengar suara tangisan ibu Seri di hujung talian. Ibu Seri tidak berupaya untuk berjalan lagi seperti dulu, bukan kerana faktor usia, namun ia terjadi disebabkan oleh serangan strok tiba-tiba lewat 2 tahun yang lalu. Seri masih ingat....kejadian adalah seminggu sebelum majlis perkiahwinan kakak sulong Seri berlangsung! Ibu seri menangis tersedu-sedu apabila mendengar Seri mahu terbang ke negara sub tropika lembap itu untuk menghabiskan tahap pengajian Seri. masih seri ingat lagi kata-katanya :..."jangan terlalu jauh, belajarlah di sini, sama saja, ilmu juga yang dapat, nanti kalau jadi apa-apa pada mak, kau tak boleh balik ke sini sejam dua jumpa dgn mak."...seri terus "mencair' apabila mendengar bait-bait dari suara di hujung talian. suara yang terakam berselang seli dengan bunyi sedu sedan tangisan. hati seri gundah..lantas Seri bermunajat kepada Allah malam itu juga. Mohon diberikan petunjuknya. Akhirnya Allah membuka ruang dan petunjuk...memang benar sekali, jika kita ikhlas memohon petunjuk-Nya dan juga ikhlas dengan tujuan kita memohon, pasti Allah akan mendatangkan petunjuk itu dengan apa cara sekalipun kepada kita. setelah beristikharah, malam itu seri didatangi mimpi...Mimpi seri bergraduasi daripada universiti di dalam negara kita sendiri...uni yang terletak di Puncak Minden...di utara tanah air. Begitulah...Seri membuat keputusan...atas dorongan Allah Yang Maha pengasih lagi Maha penyayang. Maha Penunjuk dan Pemberi! Sekarang ini, seri dalam usaha untuk ke situ...para pembaca semua...doakan dipermudahkan jalan Seri untuk mendapat tingkat ilmu tertinggi itu...dengan doa dari ibu Seri juga yang ternyata gembira dengan keputusan seri! dapat seri dengar kecergasan suaranya di hujung talian apabila menmdengar keputusan Seri untuk menyambung di dalam negara..Bonda..doakan kejayaan anakmu ini selalu!
Begitulah...mengapa akhirnya Seri ke Puncak Minden di utara negara kita pada September nanti...InsyaAllah...jika tiada halangan dan rintangan yang melintang di depan seri. Akan seri laksanakan amat arwah ayah, permintaan ibu yang mahukan anak-anaknya berjaya..dan mengejar ilmu setinggi mungkin...kerana Seri masih ingat lagi pesanan arwah ayah seri sebelum beliau pergi meninggalkan kami buat selamanya..."hanya ilmulah harta yang ayah boleh bagi pada kamu semua...itupun terpulanglah pada kamu semua bagaimana untuk mencarinya...ayah cuma mampu berdoa walau di mana pun ayah berada..."
Pilu pula hati seri petang-petang begini mengingatkan ayah yang sudah hampir 20 tahun meninggalkan kami...mengenagkan ibu yang sudah tidak mampu berjalan lagi seperti selalu dan sering jatuh sakit....Cuma satu janji seri : Seri akan julang impian mak dan ayah....walau apa pun halangan di depan...akan seri kabulkan cita-cita mak dan ayah...walau getir denai yang dilalui..itu janji Seri mak..ayah...
seri mahu berhenti...mutiara sudah berladung di kolam mata...Jika Seri menyambung titipan ini, akan ada hujan yang akan membasuh lencun kerinduan Seri pada mereka berdua.
Seri : Ya Allah...ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku...dan kasihilah kedua ibu bapaku...seperti mana mereka mengasihi aku semenjak kecil...Amin...ya rabbal'alamin...
Al-fatihah untuk arwah ayah Seri....Semadikanlah arwah ayah Seri dengan tenang dan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Mu selalu ya Allah...serta berilah kesihatan yang sempurna kepada ibu Seri, jauhilah ibu Seri dari sebarang penderitaan kesakitan dan keperitan setelah apa yang beliau telah lalui dalam membesarkan kami semua Ya Allah!
MODE : Pilu dan terlalu rindukan ibu dan ayah Seri saat dan ketika ini....
Sebuah kolum yang membawa anda semua ke dunia Seri...Kecintaan Seri...Catitan Seri...dan segala-galanya tentang Seri...Paling best berkongsi pengalaman, citra hidup, perjalanan serta resepi dengan Seri...berkongsi rasa nikmat rezeki yang Allah beri kepada kita.... :)
Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...
Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.