Semenjak 2 menjak ini, kesejukan di lembah Titiwangsa ini agak berlainan Seri rasa. Setiap pagi, air paipnya sedingin air di lata dan juga lembah perbukitan Cameron Highland sewaktu musim hujan kerap melanda. Sudah beberapa minggu sering turun kabus hingga di depan rumah Seri yang kebetulan memang duduk di lembah dan banjaran Titiwangsa nampak sangat dekat dan jelas. Terasa seperti di kawasan perbukitan tinggi dan seperti juga berada di luar negara yang kawasannya sentiasa "foggy" apabila pagi menjelma. Aduhai...indahnya Lembah Titiwangsa. Selalu Seri berkata pada diri apabila sendirian melihat fenomena kabus hingga ke pintu rumah Seri begini ; "The beauty of Tanjong Malim yang susah nak dapat di tempat rendah lainnya..."
Maha Suci Tuhan...segala kekuatan dan ketentuan semuanya atas izin Allah. Namun pagi ini seperti pagi-pagi biasa, kesejukan melanda tulang sum-sum. Sudah seminggu dua ini Seri asyik berkelubung dengan selimut tebal ketika tidur, memakai jaket dan baju tebal pada waktu tengah hari dan petang serta semakin tidak melepaskan baju tebal itu apabila malam melabuhkan tirai. Apakah Lembah Titiwangsa khususnya Tg,. Malim ini memang sudah benar-benar dilanda musim sejuk apabila kawasan ini dilimpahi dengan air hujan yang sering melimpah ruah setiap hari dan ketika?
Ya Allah...apa-apa rezeki pemberian-Mu kepada kami...maka kami bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan ini. Sesekali panas hingga ke keting kaki dan sesekali sejuk hingga menggigit tulang sum-sum begini...alangkah berwarna-warninya rezeki Engkau turunkan kepada kami supaya kami menyedari dan beroleh pengetahuan serta sentiasa mengingati bahawa besarnya Kerajaan-Mu ya Allah???
Di luar, suami sedang bermain dengan Tomok, arnab peliharaan kesayangan kami. Suasana masih lembab dan juga dingin. Nampaknya Tomok juga seakan menyenangi suasana dingin begini. Mungkin juga terlepas kerinduannya kepada tempat asal-usulnya dan di mana sepatutnya Tomok berada. Sebab itu dia melompat tinggi di laman rumah sejak suami Seri melepaskannya dari sangkar. Walaupun kabus udah hilang dari laman dan pagar rumah tetapi di puncak-puncak perbukitan titiwangsa di belakang rumah masih ada sisa-sisa awan tebal dan kabus mengepungnya. Alangkah indah ciptaan Allah! Sungguh Seri bersyukur!
Hari ini, hari kedua Seri bercuti...apa planning Seri bersama suami??? Ke mana destinasi kami hari ini? ke KL? atau ke KK? Haha..bukan Kota Kinabalu...tetapi Kuala Kangsar..Seri mahu mencari keris baru untuk rujukan mengajar subjek budaya Seri nantinya. Semoga ketemu lagi dengan pandai besi termahsyur negara hendaknya...
Semoga dingin hari ini seperti dingin2 hari sebelumnya...tidak mendinginkan semangat kami untuk bercuti hari ini.
Seri Panggung
Lembah Titiwangsa
Seri: Terasa seperti di Kobe & Kyoto suatu masa dulu...huhu...Lupa pulak nak amik gambo mase kabus tebal..mungkin terlalu teruja bila bukak pintu rumah...kabus begitu tebal di depan pagar....Seri dan suami menghabiskan dingin pagi itu selepas Subuh hingga kabus mula menghilang...Nanti...kalau ada kabus lagi depan umah..Seri tak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar....hehehe
Sebuah kolum yang membawa anda semua ke dunia Seri...Kecintaan Seri...Catitan Seri...dan segala-galanya tentang Seri...Paling best berkongsi pengalaman, citra hidup, perjalanan serta resepi dengan Seri...berkongsi rasa nikmat rezeki yang Allah beri kepada kita.... :)
Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...
Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.