1. Mencari rezeki halal kerana Allah - ibadat
2. Kerana mahu membuat sedekah jariah - dengan pinjaman ilmu dpd Tuhan kepada Seri dan berbakti kepada anak2 bangsa (spt pesan arwah al-marhum ayahanda tercinta)
jadi...Seri terfikir2 bila Seri membaca emel peringatan itu....di mana Seri skrg ini? haruslah tuntutan bekerja antara Seri dgn org lain tidak sama dan kekuatan itu juga tidak sama. hurmmmm...begitukah rumitnya kehidupan sekarang ini di akhir zaman...Ya Allah! jgnlah kau jdkan aku hambaMu yang lalai dn lupa terhadap tanggungjawab dan tuntutan terhadapMu di sebalik kesibukan yang melanda ini.... Yang paling penting adalah RedhaMu ya Allah! Semoga aku tergolong dalam golongan hamba yang diredhaiMu. Aminn!!!
Minggu ini mcm sudah bermula musim panas...Sudah mahu masuk bulan kedua 2011. Pantasnya masa ini berlalu. meninggalkan setiap detik dengan kenangan-kenangan yang bisa tercipta tanpa berputusan. Kenangan suka, duka , pahit, manis semestinya bagi setiap orang.
Bagi Seri...2011 dtg dan pergi seperti biasa....meninggalkan impian 2010 yang masih banyak belum tercapai....tentunya impian besar tahun ini masih ada dua :-
1. Mahu ibu terkasih sihat dan dapat berjalan semula
2. Mahu menyambung pengajian ke peringkat PhD -hasrat hati mahu mahu meneruskan pengajian ke luar negara sama ada di Korea Selatan atau di China-tapi mcm tak boleh capai sebab masalah kesihatan ibu dn diri sendiri....biarpun begitu hanya Allah sahajalah yang maha megetahui apa yang akan berlaku...Segalanya berserah kepada sistem tawakal(meminjam kata-kata seorg anak saudara yg belajar di UIA)
Semoga 2 impian ini akan tercapai sepenuhnya tahun ini...di samping itu Seri juga menyimpan impian untuk terus menjadi guru yang disayangi anak2 muridnya...kerana pesanan almarhum ayahanda : katanya "barakah seorang guru bukan terletak berapa banyak sudah mengajar dan berapa tinggi pangkat, bukan juga berapa banyak sudah bentang kertas kerja atau membuat penyelidikan namun barakah seorang guru datangnya daripada berapa ramai pelajar yang menyayangi dan menyukainya...kerana barulah ia dikatakan dapat memberikan ilmu yang berkah juga kepada para pelajar. hurmm...mampukah Seri menjadikan ia kenyataan?
sekarang ini, Seri masih tercari2 lagi di mana Seri? di mana impian Seri? kerana dalam keriuhan...Seri masih merasa lagi kekosongan...kenapa Seri rasa begini? apa yg membuat Seri rasa begini? ntahlah...hanya Allah yang Maha Mengerti.
~ Seri Panggung~

Gambar ini Seri ambil ketika Seri sedang makan nasik kerabu bersama dengan para pelajar yang dengan keikhlasan mengajak Seri makan bersama mereka. Kegembiraan jelas terpampang di raut wajah masing2 apabila Seri dengan besar hati meyambut pelawan mereka itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.