Semalam Seri masak 3 jenis mee kepada suami untuk berbuka..tapi Seri masak dalam kuantiti yg sedikit la...cukup utk mkn berdua dgn beliau...salah satunya pan mee home made. Seri buat sendiri setelah teruja melihat satu dokumentari ttg Korean Cuisine di Channel KBS semalam..Asalnya mmg dah lama nak cuba mee Sejuk Korea...sejenis mee yg dimakan org Korea pd musim panas...Tapi kalau dah Melayu memang tak boleh nak terima yg sejuk...hahha..jd meenya Seri rendam dgn air batu saja...supnya tetap panas..heheh..asalnya juga mee ini disimpan dalam peti sejuk dan rasanya seperti sejuk air dalam peti tuu...heheh. Walau bagaimanapun, rasanya tetap best sbb guna daging yg fresh...whoaa...heheh..bersambung lakk....
Haaa...ya ampunnn...dek kesibukan menulis tn hj tesis Seri, dicampur lg dgn membuat biskut dan kek spt permintaan mak mentua Seri, kelam kabut jdnya...dan nak update entry kat blog pun kene bersambung...bukan sambung sehari dua...sambung seminggu dua...hahahaha...x apalah yg penting bersambung la kan? heheh..
oklah, x nak merapu panjang, kat bawah ni, Seri turunkan resepi Mee Sejuk Korea ni...tp mee sejuk ni version Seri buat...no telur rebus, no ice batu, no radish...hak3 sbb semua tu xleh masuk ikut tekak Melayu Seri...seri buat combined dgn resepi dr channel KBS yg Seri tonton hari tersebut...lp plak nama mee tu ape...tp yg pasti cara buatnya mcm ni...dan yg pasti Seri buat Kimchi bayam Seri sendiri...boleh tahan jugak rasanya...kalau org KOrea buat kimchi letak cili paste yg mentah tu, Seri pula tumis cili paste sbb x lalu nk mkn yg mentah dn dijeruk mcm kimchi tu...hehhee..pelik kan? nk mkn yg Korea sangat! tp tak nak ikut resepi diaorg...pengaruh betul!!! hak3...asalkan mcm korea sikit cukuplah...heheh...
nah! skrg amik resepi mee kimchi bayam nih k?
Mee Kimchi Bayam Korea Sejuk
1/2 bungkus mee beras putih (yg ni ada halalan toyyiba..haha)
300gm daging segar
4-5 tangkai sayur bayam
1/4 lobak merah
1/4 timun
2 tangkai daun bawang
2 tangkai daun sup
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 sudu pes cili kering(cili kering kisar)
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk garam bwg putih
1 sudu teh serbuk lada hitam dan lada putih
1/2 kiub ayam Knorr
sejemput bijan (sangai dulu)
garam dn gula secukup rasa
cara membuatnya:
1. rebus daging hingga empuk dgn serbuk lada hitam dan putih juga serbuk garam bwg putih (jgn potong daging dulu)
2. setelah daging empuk, angkat daging, ketepikan dan teruskan mereneh stok dgn api kecil
3. masukan bawang putih, halia dalam stok daging utk dijadikan sup daging. tambah sedikit air.(ikut suka nak berapa banyak) perisakan dgn setengah kiub ayam knorr, garam dan gula secukupnya.
4. potong timun, lobak merah panjang-panjang dan halus-halus
5. bersihkan sayur bayam, celur dgn minyak mendidih dan dicampur dgn sedikit minyak dn garam. Kemudian angkat bila sedikit layu
6. tumis pes cili kering, masukkan sedikit serbuk garam bawang putih. tumis hingga garing. kemudian masukkan timun dan lobak. kacau hingga sebati.
7. Rebus mee putih dalam air mendidih yg sudah dicampur sedikit minyak dn garam. Angkat bila sudah lembut dan basuhkan dengan air. kemudian rendam seketika dlm air sejuk ais. (dlm 3 minit)
8. potong daging nipis-nipis dan gaulkan bayam celur tadi dengan pes cili yg sudah ditumis tadi.
9. angkat mee dr rendaman air sejuk dan tapis. masukkan dalam mangkuk hidang.
10.letak kimchi bayam, dan hias dgn daging potong nipis tadi dan baki lobak dan timun. taburkan dgn bijan dan daun bawang dan daun sup. tuang air sup di keliling mee.
11. sedia dimakan..
heeee...selamat mencuba...
Mee Sejuk Korea Yang Tak Sejuk...eheheh...nama sebenar Mee Kimchi Bayam
SP
Lembah Titiwangsa
Sebuah kolum yang membawa anda semua ke dunia Seri...Kecintaan Seri...Catitan Seri...dan segala-galanya tentang Seri...Paling best berkongsi pengalaman, citra hidup, perjalanan serta resepi dengan Seri...berkongsi rasa nikmat rezeki yang Allah beri kepada kita.... :)
Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...
Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...
Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak akhirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...
Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!
Jom! Kenali saya... :-)

Rabu, 31 Julai 2013
Sabtu, 20 Julai 2013
Tidak Teringinkah Kita?
Ahnyong Haseyo! i nal eun moduleul-wihan haengboghan il-eul hal su-issda....wah!! kenapa ya..Seri berbahasa Hangul pagi2 begini? Sebenarnya selepas sahur pg tadi Seri menonton satu rancangan terbitan KBS Channel berjudul A Great Transformation of Korea Waves: a Special Documentary Part I...selesai menonton rancangan talk- documentary ini Seri menjadi sangat teruja dengan diri sendiri, bangsa dan bahasa kita. Seri begitu kagum dengan dengan cara org2 Korea menjadikan Hanguk, Hangul dan Hallyu dicintai oleh seluruh dunia. Seri menjadi kagum dengan cara, kaedah dan tindakan-tindakan mereka untuk memperkenalkan Korea dengan cara mereka sendiri...dan antara kaedahnya adalah menggunakan bahasa dan budaya mereka yang sangat unik dan tersendiri. Satu dunia sekarang ini menumpukan perhatian kepada Hallyu...pernahkah anda terfikir mengapa ya? Pernahkah kita bertanya kepada peminat-peminat Korea mengapa kadang kala mereka terlalu taksub kepada Hallyu ini? Seri bukan bercakap tentang K-Pop semata-mata... Seri selalu mengambil secara positif apa yang berlaku di sekeliling Seri, bergantung kepada keadaan...dalam hal ini, banyak perkara yang positif Seri interpretasi bila menonton rancangan ini.
1. Kita harus rasa sangat patriotik pada negara kita dengan mencintai budaya dan warisan kita, dengan mengenegahkan ia di persada dunia tanpa rasa malu dan segan malah merasakan budaya kita adalah budaya yang paling unik di dunia. Kita perkenalkan ia dalam bentuk apa sekalipun dalam dunia kontemporari ini, kerana semakin banyak kita mencintainya, semakin kita akan rasa patriot kepada negara kita. rasa patriot kepada negara bukan bila kita bercakap ttg politik semata-mata, membangunkan ekonomi semata-mata...malah harus ia tumbuh melalui kepelbagaian sumber dr negara kita yang tercinta.
2. Bahasa-apakah kita sudah cukup bangga dengan bahasa melayu kita? org2 Korea sgt bangga dengan bahasa mereka, dengan membawa bahasa mereka melalui budaya, kesenian hingga dicintai oleh bangsa lain di dunia. bahasa bagi mereka adalah pencetus patriotisme...kita??????? sepanjang memuat naik status di pesbuk pun asyik, malah banyak menggunakan bahasa Inggeris...sebab itu, Seri selalu satira pada sebahagian pelajar Seri apabila mereka menggunakan bahasa Inggeris untuk mengemaskini status di pesbuk...Seri pencinta bahasa Melayu, makanya Seri akan menggunakan bahasa Inggeris hanya di tempat yang sepatutnya, bukan sebab Seri tidak pandai berbahasa Inggeris...
3. Jangan membenci musuh, kerana musuh semakin dibenci semakin dia mendekati kita untuk memusnahkan kita. Cintailah musuh, cari kaedah bagaimana untuk kita menangani musuh, supaya musuh akan mencintai kita-Korea mencari kaedah bagaimana untuk menjadikan anti-Hallyu akhirnya menerima mereka.
4. Kita patut mencari di mana potensi kita di mata dunia. semakin kita mencari semakin kita mengetahui kelemahan kita, barulah kita akan tahu bagaimana untuk mengatasi kelemahan kita di mata org lain. inilah antara intipati positif yang sy boleh cerna dr dokumentari khas KBS pg td.
Seri bukan bercakap sebagai peminat drama korea, atau dr gelombang K-Pop yang agak nampak gila digilai anak muda sekarang, tetapi dalam erti kata mencari diri untuk memperkatakan ttg semangat patriotisme dan menjadi patriot pada NegaraKu....menjadi sepositif mungkin, belajar dr pengalaman org lain dan tempat asing, malah melalui juga dr beberapa siri pengembaraan Seri sendiri ke beberapa tempat di dunia ini sebelumnya.
Jadi siapakah kita dalam meletakkan diri sebagai penyumbang kepada ketamadunan dan kejayaan negara kita...Tepuk dada, tanyalah dalam hati kita sendiri...berhenti bercakap buruk ttg negara, berhenti merasa rendah diri kepada budaya dan warisan kita, cintailah bahasa kita agar kita juga berpotensi untuk mengembangkan negara kita di mata dunia. Selalulah positif dengan apa yang kita ada sekarang...patriot la demi kelangsungan anak-anak kita nanti agar mereka mengenal bangsa dan budaya serta bahasa kita sendiri serta meneruskan kesinambungan kita membawa bangsa Malaysia kita di mata dunia.
Seri, jika dengan izin Allah, akan menjadi pakar perbandingan budaya dan seni dalam masa beberapa ketika nanti, berhasrat akan membawa budaya dan seni kita ke Korea dan beberapa negara lain di dunia untuk kajian post-doktoral Seri agar apa yang sudah kita ada sejak lama dahulu diangkat dgn hormatnya serta dipelajari oleh bangsa lain dengan bangganya suatu hari nanti. Jadi anda di mana dan bagaimana? Bagi Seri belum cukup satu karya kesenian seperti Mak Yong yang diangkat sebagai Intangible World Heritage oleh UNESCO kerana negara kita sememangnya terlalu banyak dgn budaya, kesenian dan bahasa yang unik dan tersendiri. Korea telah berjaya memindahkan Hanguknya ke serata dunia…hanya dengan bahasa, budaya dan kesenian…apatah lagi dgn sistem politik serta ekonomi yang stabil dan maju. Kita tidak teringinkah utk menjadi begitu…melihat kegilaan bangsa dunia mempelajari bahasa Melayu, dan mempelajari budaya serta seni tradisional kita? Apakah kita tidak teringin untuk mempunyai institusi bahasa Melayu di serata dunia, seperti Institusi King Sejong Korea untuk mempelajari bahasa Hangul mereka ?
Semuanya terpulang kepada kita…dengan usaha kita…dengan nilai patriotisme kita. Kitalah yang berhak untuk meletakkan NegaraKu di mana kita mahu di serata dunia dan kitalah yang berhak untuk meletakkan di mana lagu kebangsaan kita dinyanyikan di segenap pojok dunia…nilainya…HARUSLAH POSITIF SELALU…jadi, apa kata anda semua? Mahukah bersetuju dgn Seri dan sama-sama berfikiran positif?
NegaraKu…
Seri Panggung

Ahad, 7 Julai 2013
Smoothie Mangga Cantik Manis
Wow! Bulan puasa kalau dapat smoothie macam ni memang menyegarkan... dibuat dngan buah-buah yang segar, semestinya setiap teguk yang masuk ke tekak akan terasa kesegarannya. Seri memang suka dessert macam ni...tapi kalau beli kat luar selain harga yang cukup tak masuk akal, kadang-kadang tak sedap dan tak fresh, atau kdg-kdg terlalu manis...membuatkan Seri suka-suka mencuba membuatnya sendiri...hasilnya...emphhh...memang puas hati! terasa ikut selera kita...sebab itu Seri memang suka masak sendiri...selain konfident dngan tahap higenitinya, kita akan rasa puas hati apabila rasanya seperti yang kita idamkan atau kehendaki.
So, apa lagi??? Bulan puasa ni cubalah smoothie yang Seri buat ini ya? Nah! sila ambil resepinya sekali...heheh...
Haaa...inilah Smoothie Mangga Si Cantik Manis Seri buat....hehe
Resepinya :
1 bj mangga masak bersaiz agak besar (kalau saiz kecil gunakan 2 bj ya?)
3 sudu besar ais krim Tropical Mangga Nestle (sekali lg Seri bukan promoter & buat promotian k??? haha)-kalau tak jumpa aiskrim ni bolehla digantikan dengan 2 sudu yogurt kosong kurang lemak
1 gelas susu segar
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula kastor (ini bg yg suka manis k? Tapi Seri tak masukkan sebab Seri tak berapa suka yg manis-manis sgt!)
Ketulan ais batu
Cara membuatnya:
Masukkan kesemua bahan dalam blender dan kisar hingga sebati, hancur dan halus. sajikan dalam gelas dan sedia diminum sejuk.
Itu sahaja...sangat mudah kan???? Paling mudah dari segala resepi yg telah Seri entrykan dlm blog Seri ini! ahahhaa....
Selamat mencuba semua!
Seri Panggung
Lembah Titiwangsa
TM

Jala Emas Berlauk & Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....
Haaa...kali ni yang savoury pulak...tapi memang sesuai untuk dijadikan sajian minum petang bersama yang tercinta atau famili tersayang. Atau juga cuba buat untuk sajian berbuka puasa sempena Ramadhan Al-Mubarak yang menjelma dua hari lagi. Orang kata bulan Ramadhan kita bukan untuk makan, tapi tak salah juga bagi Seri untuk mencuba resepi-resepi yang berbeza khas untuk yang tersayang berbuka puasa. Bukankah kita pun dapat pahala apabila menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa? Lebih-lebih lagi jika untuk santapan yang sedap, kreatif dan berinovasi untuk suami tersayang, atau keluarga tercinta...makin berganda-ganda pula pahalanya kan?
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut” (Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih).
Jadi, apa tunggu lagi? Bagi yang nak merebut pahala menyediakan santapan iftar dan berganda utk suami dan keluarga tercinta, jom kita cuba beberapa resepi yang boleh buat mereka tersenyum kenyang bila berbuka nanti. Tapi ingin Seri nak ingatkan, janganlah sampai membazir pula kan? cukuplah untuk beberapa kepala yang perlu disediakan. Macam Seri kepalanya dan perutnya memang ada dua saja, jd, biasanya memang akan menyediakan saiz yang berkepala dua dan berperut dua sahajalah...hehehe...tak lebih dr itu...kecuali jika ada adik beradik atau ipar duai sampai, barulah Seri akan masak lebih...
Ermmm da tu apa tunggu lagi...meh amik resepi Jala Emas Berlauk Seri ini ya?
RESEPI JALA EMAS BERLAUK
Untuk Inti :
1 bj bawang besar (saiz kecil) dan seulas bawang putih
2 biji kentang -dipotong dadu kecil
1/2 @ 1 keping daging/ayam kisar (Seri guna brand RamLy-ehehe...ni bkn promoter & promotion ye?)
3 batang (errkk?? betul ke penjodoh bilangan nih??? hihi) kacang panjang-dipotong bulat nipis
1 bj bawang besar holland - dipotong dadu
4 batang daun sup -potong halus
1 1/2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar serbuk kari daging
200-400ml air
sedikit serbuk lada sulah
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Tumis bawang merah dan bawang putih
2. Masukkan cili kering kisar. Tumis sampai naik bau dan garing
3. Masukkan serbuk kari daging dan sedikit air. (supaya kari tak hangit)
4. Bila sudah kering kari, masukkan ayam/daging kisar dan kentang.
5. Apabila ayam/daging sudah hampir masak, masukkan air untuk empukkan kentang.
6. Tumis sampai kentang dan daging/ayam empuk dan masak. Pastikan air sudah kering sepenuhnya, barulah masukkan bawang holland dan daun sup.
7. Kacau rata. Masukkan pula serbuk lada sulah sedikit dan garam dan gula secukup rasa. Kacaukan lagi sebentar kemudian tutup api.
Untuk Kulit Jala Emas :
1 bj telur
3 senduk nasi tepung gandum
2 cawan susu segar
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
pewarna kuning
sedikit minyak masak
Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan dalam blender (sekali lg blender khas utk anda buat kuih sj ye? heheh)
2. Blend sampai bahan-bahan sebati dan halus
3. Kemudian, masukkan bahan tadi ke dalam bekas lain dan campurkan dengan seikit pewarna kuning.
4. Masakkan adunan sampai masak atas kuali leper roti jala dengan menggunakan acuan roti jala juga. Sapukan minyak masak ke atas kuali supaya tidak melekat
5. Setelah masak, masukkan satu sudu inti ke dalam kulit jala emas dan lipat :)
Itu sahaja!...selamat mencuba semua ya?
Ermmm...bulan Ramadhan ni, Seri pasti lebih sibuk dengan Tn Hj Tesis Seri. Targetnya hendak habiskan sekurang-kurangnya satu bab. Harap-harap ada istiqamah dan kekuatan dengan keberkatan dan rahmat penghulu segala bulan ini. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan lebih kekuatan, ketabahan, kesihatan, dan juga rezeki yang melimpah ruah dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini. Yakni bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di dunia. Bulan yang menjanjikan seribu satu keindahan dan pahala yang besar kepada kita dalam setiap kebaikan yang akan kita lakukan. Jadi, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan, kutunggu mu dengan penuh keriangan dan tidak sabar untuk meraih sejuta kali gandaan pahala yang kita lakukan. Jadi untuk semua, di kesempatan ini, Seri juga nak ucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak ya? Mudah-mudahan Ramadhan ini menjadi platform untuk kita memperbaiki diri selepas itu nanti. Mudah-mudahan kita diberikan kesempatan umur yang panjang untuk berjumpa dengan Ramadhan kali ini dan Ramadhan-ramadhan yang akan datang. Aamin! Dan juga, jgn lp mencuba resepi-resepi yang sudah Seri entrykan dlm blog ini ya? Mudah-mudahan juga selain diberikan pahala memberi makanan kepada orang yang berpuasa, kita juga dilipatgandakan pahalanya kerana memberi makanan kepada keluarga kita yang tercinta! Tapi ingat!!! JANGAN MEMBAZIR ya?????!! dan IKHLASKAN DIRI KETIKA MEMASAK YA? hehe...Bagi sesiapa yang menyambut Ramadhan jauh dr keluarga...janganlah sedih2 ya? Seri doakan anda beroleh kemenangan di dunia dan akhirat.
heheh...ni la rupanya Jala Emas Berlauk Seri...yummy! :D
Seri Panggung
KMP, TM :)

Layer Strawberry Pancake
Assalam semua...Seri sekali lg masuk ke sini untuk mengupdate resepi2 yang diminta oleh org terutamanya dr student Seri sendiri. Apa tidaknya, letak gambar di album pesbuk, ramai yg teruja hendak mencuba juga sajian-sajian yang Seri masak untuk En. Suami. hehehhe...Alhamdulillah...suka pada student yang suka dan ada keinginan untuk masuk ke dapur...bukan setakat masuk dapur untuk mencari makanan tetapi untuk bekerja di dapur, membuat makanan.....Seri juga suka berkongsi ilmu ini...apa salahnya mencuba kan? Seri pun kadang2 ambik resepi dari internet dan mak mentua juga, tapi kemudian diolah ikut suka Seri..hahah...sebab tu ada yg jadi ada yang hampagas! hahah...tapi Seri tak putus asa...sentiasa mencari kelainan...
Nah! hari ni nak update beberapa lagi sajian pemanis mulut dan juga savoury yang Seri dah buat hujung minggu lepas dan minggu ini...untuk entry yang pertama ni, Seri nak update resepi Layer Strawberry Pancake...silalah mencuba ya...untuk yang mintak resepi tu dkt Seri...
RESEPI LAYER STRAWBERRY PANCAKE
5 sudu besar mentega dicairkan
2 biji telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula kastor
2 1/2 cawan susu segar
jem strawberry
susu pekat/madu
secubit garam
Cara membuatnya : campur semua bahan-bahan dan gaul hingga sebati - Seri masukkan dalam blender jek dan blend sampai sebati)*
Biarkan sebentar dalam 10 minit. Kemudian, silalah masak pancake anda macam biasa serta lapiskan pancake tersebut. Lapiskan pancake anda itu dengan jem strawberry atau jem perisa lain ikut kesukaan anda hingga habis dan hidang panas.**
TIPS: * gunakan blender khas untuk anda membuat kuih muih ye? kalau guna yg dah campur dgn bawang asam garam...nnt x jd plak stroberinya dan akan rasa pancake bwg pulak! hak3 :D
** Jgn lp titik sedikit minyak masak ketika memasak pancake utk mengelakkan pancake anda melekat. Sajikan dengan teh tarik kaw atau pun kopi O panas! memang mengasyikkan! hehehe....Boleh juga dimakan dengan pilihan susu pekat dan juga madu...
Selamat Mencuba! Mudahkan???
inilah hasilnyaa.....disaji dgn teh tarik kaw hasil air tangan Encik Husband (dia mmg pakar buat teh tarik! hik3x...)
Seri Panggung
KMP, TM

Langgan:
Catatan (Atom)