Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Sabtu, 20 Julai 2013

Tidak Teringinkah Kita?

Ahnyong Haseyo! i nal eun moduleul-wihan haengboghan il-eul hal su-issda....wah!! kenapa ya..Seri berbahasa Hangul pagi2 begini? Sebenarnya selepas sahur pg tadi Seri menonton satu rancangan terbitan KBS Channel berjudul A Great Transformation of Korea Waves: a Special Documentary Part I...selesai menonton rancangan talk- documentary ini Seri menjadi sangat teruja dengan diri sendiri, bangsa dan bahasa kita. Seri begitu kagum dengan dengan cara org2 Korea menjadikan Hanguk, Hangul dan Hallyu dicintai oleh seluruh dunia. Seri menjadi kagum dengan cara, kaedah dan tindakan-tindakan mereka untuk memperkenalkan Korea dengan cara mereka sendiri...dan antara kaedahnya adalah menggunakan bahasa dan budaya mereka yang sangat unik dan tersendiri. Satu dunia sekarang ini menumpukan perhatian kepada Hallyu...pernahkah anda terfikir mengapa ya? Pernahkah kita bertanya kepada peminat-peminat Korea mengapa kadang kala mereka terlalu taksub kepada Hallyu ini? Seri bukan bercakap tentang K-Pop semata-mata... Seri selalu mengambil secara positif apa yang berlaku di sekeliling Seri, bergantung kepada keadaan...dalam hal ini, banyak perkara yang positif Seri interpretasi bila menonton rancangan ini.

1. Kita harus rasa sangat patriotik pada negara kita dengan mencintai budaya dan warisan kita, dengan mengenegahkan ia di persada dunia tanpa rasa malu dan segan malah merasakan budaya kita adalah budaya yang paling unik di dunia. Kita perkenalkan ia dalam bentuk apa sekalipun dalam dunia kontemporari ini, kerana semakin banyak kita mencintainya, semakin kita akan rasa patriot kepada negara kita. rasa patriot kepada negara bukan bila kita bercakap ttg politik semata-mata, membangunkan ekonomi semata-mata...malah harus ia tumbuh melalui kepelbagaian sumber dr negara kita yang tercinta.

2. Bahasa-apakah kita sudah cukup bangga dengan bahasa melayu kita? org2 Korea sgt bangga dengan bahasa mereka, dengan membawa bahasa mereka melalui budaya, kesenian hingga dicintai oleh bangsa lain di dunia. bahasa bagi mereka adalah pencetus patriotisme...kita??????? sepanjang memuat naik status di pesbuk pun asyik, malah banyak menggunakan bahasa Inggeris...sebab itu, Seri selalu satira pada sebahagian pelajar Seri apabila mereka menggunakan bahasa Inggeris untuk mengemaskini status di pesbuk...Seri pencinta bahasa Melayu, makanya Seri akan menggunakan bahasa Inggeris hanya di tempat yang sepatutnya, bukan sebab Seri tidak pandai berbahasa Inggeris...

3. Jangan membenci musuh, kerana musuh semakin dibenci semakin dia mendekati kita untuk memusnahkan kita. Cintailah musuh, cari kaedah bagaimana untuk kita menangani musuh, supaya musuh akan mencintai kita-Korea mencari kaedah bagaimana untuk menjadikan anti-Hallyu akhirnya menerima mereka.

4. Kita patut mencari di mana potensi kita di mata dunia. semakin kita mencari semakin kita mengetahui kelemahan kita, barulah kita akan tahu bagaimana untuk mengatasi kelemahan kita di mata org lain. inilah antara intipati positif yang sy boleh cerna dr dokumentari khas KBS pg td.

Seri bukan bercakap sebagai peminat drama korea, atau dr gelombang K-Pop yang agak nampak gila digilai anak muda sekarang, tetapi dalam erti kata mencari diri untuk memperkatakan ttg semangat patriotisme dan menjadi patriot pada NegaraKu....menjadi sepositif mungkin, belajar dr pengalaman org lain dan tempat asing, malah melalui juga dr beberapa siri pengembaraan Seri sendiri ke beberapa tempat di dunia ini sebelumnya.

Jadi siapakah kita dalam meletakkan diri sebagai penyumbang kepada ketamadunan dan kejayaan negara kita...Tepuk dada, tanyalah dalam hati kita sendiri...berhenti bercakap buruk ttg negara, berhenti merasa rendah diri kepada budaya dan warisan kita, cintailah bahasa kita agar kita juga berpotensi untuk mengembangkan negara kita di mata dunia. Selalulah positif dengan apa yang kita ada sekarang...patriot la demi kelangsungan anak-anak kita nanti agar mereka mengenal bangsa dan budaya serta bahasa kita sendiri serta meneruskan kesinambungan kita membawa bangsa Malaysia kita di mata dunia.

Seri, jika dengan izin Allah, akan menjadi pakar perbandingan budaya dan seni dalam masa beberapa ketika nanti, berhasrat akan membawa budaya dan seni kita ke Korea dan beberapa negara lain di dunia untuk kajian post-doktoral Seri agar apa yang sudah kita ada sejak lama dahulu diangkat dgn hormatnya serta dipelajari oleh bangsa lain dengan bangganya suatu hari nanti. Jadi anda di mana dan bagaimana? Bagi Seri belum cukup satu karya kesenian seperti Mak Yong yang diangkat sebagai Intangible World Heritage oleh UNESCO kerana negara kita sememangnya terlalu banyak dgn budaya, kesenian dan bahasa yang unik dan tersendiri. Korea telah berjaya memindahkan Hanguknya ke serata dunia…hanya dengan bahasa, budaya dan kesenian…apatah lagi dgn sistem politik serta ekonomi yang stabil dan maju. Kita tidak teringinkah utk menjadi begitu…melihat kegilaan bangsa dunia mempelajari bahasa Melayu, dan mempelajari budaya serta seni tradisional kita? Apakah kita tidak teringin untuk mempunyai institusi bahasa Melayu di serata dunia, seperti Institusi King Sejong Korea untuk mempelajari bahasa Hangul mereka ?

Semuanya terpulang kepada kita…dengan usaha kita…dengan nilai patriotisme kita. Kitalah yang berhak untuk meletakkan NegaraKu di mana kita mahu di serata dunia dan kitalah yang berhak untuk meletakkan di mana lagu kebangsaan kita dinyanyikan di segenap pojok dunia…nilainya…HARUSLAH POSITIF SELALU…jadi, apa kata anda semua? Mahukah bersetuju dgn Seri dan sama-sama berfikiran positif?

NegaraKu…


Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada