Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Jumaat, 21 Oktober 2011

Cerita Hantu USM, Rumah Tetamu, Majlis Akad Sumpah, & Sambutan Hari Jadi ...Part II : Misteri Kereta Savvy Biru & Deringan Telefon Pukul 12.00 malam

Hari ini genap seminggu Seri pulang daripada Majlis Akad Sumpah pelajar pascasiswazah sesi baru di USM. Untuk menghadiri majlis itu, Seri dan seorang kawan yang sama-sama baru jadi pelajar USM menetap di Rumah Tetamu USM yang katanya melalui cerita ceriti itu berpenunggu. Majlis Akad Sumpah berjalan dengan sangat tepat...salute la kat depa semua kat USM(Institute Post Graduate)yang dapat menganjurkan majlis dengan sangat licin, ringkas(amik masa 1 jam tepat selesai) dan tepat pada waktunya (paling Seri suka sbb Seri suka orang punctual!). Tepat jam 10 pagi, pintu dewan Tun Syed Nasir telah ditutup rapat kerana majlis telah bermula. Sesiapa yang masuk selepas itu akan menjadi santapan hampir 3000 pasang mata yang telah mengambil tempat duduk masing-masing di dalam dewan termasuk Dato' Naib Canselor. Majlis dimulakan dengan perarakan akademik Naib Canselor dan anak-anak buahnya. Terasa seperti sudah mahu berkonvo pula apabila melihat perarakan akademik dengan gown akademik masing-masing. Cuma tidak dipakai mortar board dan topi beefeater PhD sahaja..kalau tidak sah-sahlah jadi istiadat konvo...owhhh..melalut pula Seri...cuma rasa kagum dengan pendekatan canselori, dan ips untuk mendekati pelajar pasca.

Oh Ya! sambutan hari jadi untuk dua orang puteri kakak Seri juga berjalan dengan lancar. Sambutan kecil-kecilan tetapi mengundang rasa gembira itu diadakan di Nandos, Queensbay Mall. Kawan Seri ikut serta, menambah kemeriahan.

Nilah puteri-puteri kakak Seri yang sambut besday minggu lepas...

Berbalik kepada misteri rumah tetamu tempat Seri, kawan Seri dan kakak Seri tinggal malam itu. Sesampai sahaja Seri dan kawan di USM, kami terus mengikut papan tanda ke rumah tetamu dan akhirnya nampak sebuah rumah ala-ala British tetapi agak lama pemandangannya dan nampak agak "dingin" dilihat mata. Keadaan senyap, sunyi walaupun jam menunjukkan pukul 2.15ptg. Seri dan kawan yang menjadi pemandu hari itu, meneruskan perjalanan dan sepanjang perjalanan ke rumah tetamu, pemandangan hanya dihiasi rumah-rumah banglo yang agak menyeramkan zaman British dahulu. hati Seri berdegup kencang apatah lagi apabila mengingatkan ruang sembang yang Seri baca pagi sebelum berangkat ke USM itu. Namun, Seri berdiam diri, Seri tidak mahu memberitahu kawan Seri yang mungkin juga sedia ada takut itu.

Apabila sampai ke satu rumah banglo yang bentuknya hampir sama terletak di bawah sepohon pokok kayu yang sangat besar, kawan Seri memberhentikan kereta. Fikir kami itulah rumah tetamunya, memandangkan kami terbaca di papan tanda depannya ayat tersebut tanpa melihat ada perkataan lain di hadapannya iaitu "cafe". Parkir kereta kosong. Tiada sebuah kereta pun yang nampak parkir di situ.Menghampiri cafe itu sahaja Seri sudah merasa meremang-remang bulu roma walaupun jam pukul 2.30 ptg. Mungkin sudah ada mind-set. Ciss!!! Menyesal betul baca ruang sembang itu pagi tadi. Kalau tidak tak adalah Seri rasa begini.

Masuk ke kawasan Cafe nampak pekerja-pekerja asing sedang memotong rumput, mencantas dahan-dahan pokok bunga sambil memerhatikan dengan pelik Seri dan kawan Seri sedang menuju ke pintu cafe. Seri tidak hairan...biasalah pekerja asing...suka perhati wanita local yang cun-cun(mode: perasan jap! hak3...)Seri tidak endahkan pandangan mereka...kami menuju terus dalam keadaan yang agak ragu-ragu jugak. Nampak bekas-bekas makanan yang masih berisi lauk-pauk di depan cafe cuma terusik sebahagiannya, sebahgaian lagi banyak namun seorang pekerja atau cafe(pelayan) dan pelanggan pun Seri tidak nampak. Kerongkong terasa kering apabila melihat sesusuk tubuh sedang duduk di meja penyambut sambil memerhati kami masuk dengan muka serius. Dan wajahnya memang nampak sangatttt...erkkk...tak tahu Seri nak describe macam mana...Seri memberanikan diri memberi salam. Alhamdulillah!....lelaki itu menjawab walaupun masih serius. Seri lega sbb Seri fikir kalau hantu mesti tak jawab salam. Huhuhu....sampai mcm itu Seri fikir.

Seri memberanikan diri lagi untuk bertanya ttg bilik dan tempahan Seri. Dengan wajah yang serius juga, lelaki itu mengatakan itu adalah cafe dan meja penyambut tetamu untuk check-in hanya terletak di sebuah rumah banglo lain selang sebuah rumah seperti itu. Menyedari kami tersilap, Seri dan kawan meminta maaf kepada lelaki itu dan mengucapkan terima kasih sambil berlalu pergi. Suasana masih henaing, Seri dan kawan masing-masing tidak bersuara sambil menuju ke kereta. Parkir masih lagi kosong. Cuma ada kereta kawan seri di situ. Apabila kami hendak berlalu barulah datang sebuah Perdana V6 hitam dan pemandunya wanita lalu parkir di sebelah kereta kawan Seri. Kemudian kami berlalu dan terus ke tempat yang ditunjukkan.

Setelah parkir dan masuk kami berjumpa dengan penyambut tetamu; seorang gadis India yang agak peramah. Memberi penerangan pada kami dengan dialek Pulau Pinang yang agak fasih dan pekat. Kunci bertukar tangan. Seri semakin gelisah. kami menuju ke barrack yang menempatkan bilik masing-masing. Agak jauh daripada rumah receptionist tadi dan parkir kereta tetapi sebenarnya terletak di sebelah cafe kami mula-mula sampai sahaja tadi. Lorrr!!! kawan Seri yang tak tau apa-apa itu mengeluh...sebelah jer...ujarnya...Seri masih diam. Membisu seribu bahasa. Menenangkan fikiran...waktu itu Seri baru sedar...penakuttttnyaaa...akuuu!!! hak3....

Membuka pintu bilik, Seri memberi salam panjang lebar sambil menjengukkan kepala ke dalam, separuh badan di luar lagi. Setelah rasa agak yakin, baru Seri melangkah, dengan kaki kanan semestinya! huhuhu.... melihat-lihat bilik yang nampak agak selesa itu, Seri perasan air-cond di bilik itu sudah sedia ada terpasang dan suasana sangat sejuk serta nyaman. Pelik juga Seri. Jarang-jarang pula air-cond sedia terpasang bila Seri check-in mana-mana hotel kat seluruh dunia ini melainkan apabila penghuninya sudah masuk ke dalam bilik. Mungkin housekeeper lupa nak tutup agaknya. Seri persetankan saja! Malas mahu meracuni fikiran dengan fikiran karut yang sudah ada sedia teracun ini...hehehhe...

Tak sampai 3 minit, Seri keluar semula dan menguncinya. Mengetuk bilik kawan. Seri ajak keluar makan. Takut benar rasanya nak duduk berehat2...Seingat Seri inilah kali pertama Seri check in tak rebahkan terus tubuh kepenatan di katil. Seri benar2 rasa takut! huhuhu

Kami keluar. Destinasi Queensbay Mall(QBM) Bayan Lepas. Sampai je di situ, Seri dan kawan terus mencari tempat makan sebab sudah dari pagi perut ini tak diisi dengan apa-apa. Cuma "makanan ruji" Seri sahaja dan air kosong. Seri lupa seketika ttg keseraman Rumah Tetamu. Diganti dengan keseronokan cuci mata dan shopping 1-2 barang di QBM. Berjalan-jalan, Seri dan kawan tidak sedar matahari sudah hampir benar terbenam. Pemandangan jambatan terpanjang di Asia di seberang juga sudah nampak benar kaburnya kerana kemalapan suasana petang ditambanh dengan agak berjerebu sikit. Sebab sedang "bercuti" keduanya, Seri dan kawan Seri ambik keputusan duduk lepak-lepak di tepi benteng Selat Melaka yang ditiup angin sepoi2 bahasa itu. Walaupun terpaksa berpusing dua kali mencari parking, kami tetap gagah untuk duduk di bangku tepi selat itu sambil makan rojak sotong (yang sedap!). Selebihnya, Seri memang takut nak balik ke rumah tetamu waktu-waktu senja begini...

Akhirnya...malam menjelma juga. Suasana semakin gelap dan hati Seri betul-betul celaru, mengharap suami dan kakak anak beranak sampai cpt ke situ. Malangnya, suami Seri kata TM hujan lebat hingga ke Tapah, membuatkan pjalanan semakin perlahan. Mereka hanya dapat bertolak ke Penang malam itu pada pukul 845 malam....Seri mencongak2 sendirian, waktu mereka akan sampai ke USM...

Perjalanan ke USM dari QBM ambil masa 30 minit tetapi campur sesat larat, carik pintu USM(yang sangat banyak dan jauh-jauh itu) makan juga 1 jam lebih...ditambah dengan kesesakan trafik yang hampir sama dengan KL. Kalau dah tersalah masuk jalan, habislah. Akhirnya setelah berkenalan dengan mamat motor besar di Caltex, Seri dan kawan terus memecut kereta menuju ke USM. Sampai di Jalan Sultan Azlan Shah, trafik menjadi sangat teruk. Kereta berjalan mcm siput sedut sewaktu sungai surut...huhuhu....

Akhirnya tepat azan Isyak berkumandang, Seri dan kawan sampai ke parkir rumah tetamu petang tadi. Bila malam, suasana semakin nampak menyeramkan. Ditambah dengan pokok-pokok besar keliling rumah-rumah banglo dan barrack yang menempatkan bilik kami. Limpahan cahaya meriah dari kejauhan di Jambatan Pulau Pinang tidak dapat menenangkan hati Seri dan suasana pekat malam di sekitar rumah tamu itu. Sayup-sayup bunyi azan diselangi dengan bunyi salakan anjing menyebabkan bulu roma Seri terus meremang hingga ke kepala...namun ketakutan itu Seri masih sembunyikan daripada kawan Seri yang sedang berjalan di belakang membawa barang-barang dan beg pakaiannya...Macam-macam berlingkar dan melayang dalam fikiran Seri...Parkir kereta depan cafe tadi nampak agak jelas melalui jalan berbumbung tempat kami lalu...dan parkir masih lagi kosong...macam siang tadi...

BERSAMBUNG...hehehe...(unsur saspen)

Seri Panggung: Menulis cerita ini siang hari pun boleh buat Seri meremang bulu roma dan asyik menoleh ke belakang berpuluh-puluh kali...huhuhu...penakutttttnya Seri!!! hahaha...


Rumah Tetamu USM (nampak Scary-mary tak? terima kasih pada photograper ni ambil gambo cantik dan seram macam ni...ni bukan Seri ambik gambo ni...tak sanggup nyah! nak kuar memalam ambik gambor mcm ni...hahaha!!!)

Ahad, 16 Oktober 2011

Cerita Hantu USM Yang Belum Selesai..Aziz Bari Lebih Mengujakan!

Seri belum habis bercerita tentang pengalaman Seri bermalam di Rumah Tetamu USM hujung minggu ini kerana menghadiri majlis akad sumpah pelajar pascasiswazah baru sesi 2011/12, tetapi Seri lebih teruja dengan cerita Aziz Bari mempertikaikan(ini perkataan yang banyak digunakan untuk menerangkan kenyataan beliau) titah baginda Sultan Selangor...

Agaknya beliau sudah hilang idea kottt...Seri cuma senyum sinis sahaja membaca dan mendengar berita tentang pakar perlembagaan ini...

Anda bagaimana???? Seri tidak mahu mengulas panjang...Yang penting Seri rasa pakar perlembagaan itu seharusnya ingat-ingat juga ideologi kebangsaan baris kedua selain mengakui kuasa sultan dan raja-raja Melayu tentang hal ehwal Islam...dalam perlembagaan. Kita yang lain-lain juga pun jangan lupa ok?

Seri Panggung: Bukan Pakar Perlembagaan tetapi ingat "Kesetiaan Kepada Raja dan Negara"...

P/S: Malam ini tiba-tiba jadi patriotik sikit sebelum menyambung tentang Cerita Hantu USM, Rumah Tetamu, Majlis Akad sumpah dan Sambutan Hari Jadi.... hak3....jangan marah noh!!!Ngeeee...;p



Negaraku....

Jumaat, 14 Oktober 2011

Cerita Hantu USM, Rumah Tetamu, Majlis Akad Sumpah, & Sambutan Hari Jadi ...Part 1

Sementara menunggu kawan Seri menjemput Seri untuk sama-sama ke USM Penang bagi menghadiri majlis akad sumpah pelajar pascasiswazah baru sesi ini, Seri mahu nukilkan sesuatu di sini. Awal pagi tadi, Seri telah mencari laman web yang ada memaparkan foto Rumah Tetamu USM kerana Seri dan kawan dijangkakan akan bermalam di situ untuk malam ini. Suami Seri mendesak Seri untuk mencari gambar-gambar bilik yang disediakan takut agak kecil kerana malam ini suami dan kakak Seri anak beranaknya akan turut sama menyertai Seri di rumah tetamu itu untuk menyambut hari jadi kedua-dua anak perempuannya yang jatuh pada 14 dan 15 Oktober...hari ini la...asalnya kakak Seri mahu mengajak Seri dan suami ke Bukit Fraser untuk sambutan itu tetapi disebabkan Seri terpaksa menghadiri majlis akad sumpah di USM (kata WAJIB-da tua-tua pun kene paksa lagi! huhu)pada esok hari, maka planning bertukar ke Penang sahaja. Mereka akan bertolak malam ini.

Nak dijadikan cerita, carik punya carik laman web gambar rumah tetamu itu, Seri terlihat satu ruangan sembang bertajuk "USM Ghost Stories"..mulanya tangan ni agak gatal nak click tetapi akhirnya tak jadi..sebab takut nanti akan menakutkan diri sendiri yang sedia ada takut ini...huhuhu....Seri pejamkan mata dan terus mencari apa yang dihajati... tetapi dari satu laman ke laman Seri meng"google"kan pencarian, tajuk di atas tadi itu tetap ada...tentang cerita hantu USM maka, Seri terus memberanikan diri dan meng"click"kan mouse ke laman tersebut. Nahhh!!!! sikit punya banyak laaa cerita ceriti yang berkenaan...antara yang lain yang menyentak urat saraf Seri adalah ayat berbunyi begini :-
"kalau nak lagi rasa advanterous silalah bermalam di guest house..."

Errrkkk....terus Seri telan liur...bukanlah takut sangat....tapi takut jerrrrr....hak3....mula terbayang-bayang Seri tempat yang akan menjadi tempat penginapan kami malam ini.... Doanya semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan tenang saja...Antunya tidak keluar malah tak mahu keluar....huhuhuhu....Seri tak mahu cakap besar tentang hal-hal begini..Malah percaya "mereka" ini wujud...sebab mereka ini juga wujud dengan adanya kuasa ALLAH SWT yang maha pencipta dan maha agung! Macam kita juga, makhluk Allah yang lemah...cuma kdg-kdg kita ni lebih lemah sikit dari "mereka" sebab selalu takut pada mereka itu. Ini fitrah Seri rasa...siapa yang tak seram sejuk kalau berlaku sesuatu yang pelik pada diri masing-masing pada saat orang lain tak rasa pelik pula....huhuh...

Owhh..alamak! hon kereta kawan Seri laa rasanya tu...Seri permisi dulu....Harap-harap dan doa Seri semoga segalanya berjalan dengan lancar dan tidak ada apa-apa. seri ambil keputusan untuk tidak bagitahu kawan seri, takut menakutkan dia yang sedia ada takut jugak itu...sebab dia akan tidur seorang malam ini...huhuhu...biarlah...jangan difikirkan sangat! Tetapi yang Seri pasti...laman web ini agak menganggu seri yang sebelum ini tak tahu apa-apa....

Seri permisi dulu! Nantikan part II pulak ekkk???!!!...Apa jadi pada Seri, kawan dan juga famili Seri...hehehe...

Suspens la plakkk kan??? heheheh

Ok22...japppp...aku dtg! kawan Seri da bunyi hon banyak kali..hak3...
Bye all!

Seri Panggung: Berdebar...tik...tokk...tik...tok... :/

Rabu, 12 Oktober 2011

Terima Kasih Buku Blog Che Det, Lilin Hitam & KTM Komuter...

Semalam seri berpeluang bertemu dengan rakan sekolah yang duduk di Shah Alam sekarang, setelah beberapa bulan tidak ketemu. Setelah berbalas-balas mesej dengan sahabat saya itu ; Lilin Hitam- ini namanya di pesbuk @ mukabuku...(jgn tanya saya knp namanya Lilin Hitam wpun orangnya putih; hanya dia sahaja yang mengerti)kami terus mengambil keputusan tanpa merancang utk bertemu..tempat biasa kami KL Sentral..knp KL Sentral?? Tak ada ke tempat lagi di KL tu yg lagi best?? - Banyak tanya la korang ni...suka ati kitaorang la kan...dah namanya Sentral-pusat, pertengahan..so Seri dan dia suka bertemu di situ. Naik sahaja KTM Komuter dari tempat masing-masing, kami tak payah nak pening-pening carik tempat melepak sambil makan-makan dengan selesa...Semua jenis restoren pun ada kat situ...so pilih sahaja....dan duduk berjam-jam lamanya menyembang macam esok sudah tiada! hahaha...begitulah seri dengan Lilin Hitam selalu bertemu, kami tak perlukan tempat-tempat eksklusif sbb kami bertemu memang untuk menyembang...kumpul 3-4 bulan story, then kami bertemu-biasanya tanpa perancangan...kalau rancang misti tak jadi...hahaa...

Sepanjang perjalanan naik KTM komuter dari TM ke KL Sentral, Seri rasa sangat selesa, apatah lagi dapat bersenang lenang dengan gaya bebas(heheh...mcm berenang la plak kan?)dalam coach khas wanita-coach warne pink!..sambil-sambil duduk selesa Seri membuka buku yang dibawa-bertajuk : Chedet.Com Blog Merentas Halangan @ dalam bahasa Inggerisnya bertajuk Chedet.Com Blogging to Unblock yang ditulis oleh negarawan yang Seri kagumi selama ini; Tun Dr Mahathir Mohamad. Buku ini berkisar dan menyalin semula tulisan-tulisan beliau yang selama ini ditulis dalam laman maya; wah! beliau juga seorang blogger macam Seri! hahaha...cuma Seri blogger tenggelam timbul dan menggunakan blog ini untuk lepas gian menulis apa-apa sahaja...bukan untuk berserius-seriusan...:-D hehe...

Membaca tulisan beliau, Seri menempelkan dengan lebih banyak kekaguman pada negarawan yang seorang ini. Selama ini pun memang Seri kagum dengan cara beliau berfikir. Tun tidak berfikir untuk 1-2 hari apa yang akan terjadi kepada dirinya dan kita -mcm kita selalu buat sekurang-kurangnya kita berfikir untuk jangka masa seminggu apa akan berlaku tetapi lepas tu; "Ah! lantaklah nak jadi apa pun!". Akan tetapi cara Tun berfikir sangat ke hadapan, serius dan selari dengan usaha yang dibuatnya. Paling tidak pun selepas persaraannya menjadi PM kita beliau masih lagi menyumbang buah fikiran untuk membantu mana-mana yang patut tetapi ramai orang tidak suka. Tetapi Tun cekal dan kekal bersuara walaupun orang dah tak mahu dengar suaranya atau perkataannya. Niatnya hanya untuk membantu selagi terdaya!

Ternyata membaca dalam bentuk bercetak selalunya bagi Seri akan mendapat lebih kepuasan-apatah lagi membaca dalam coach tak sesak, nyaman berhawa dingin serta goyangan tren atas landasan sememangnya mengkhayalkan Seri. Walaupun sudah membaca apa yang Tun tulis dalam buku tersebut dalam bentuk maya, tetapi ternyata apabila mendapatnya secara bercetak Seri bertambah-tambah faham dan kagum bagaimana Tun mentadbir dan mengurus negara selama 22 tahun itu. Banyak pengalamannya yang dicurahkan kepada pembaca secara tidak langsung. Pembaca akan dapat menilai cara Tun berfikir dan bekerja apabila membaca dengan penuh penghayatan dan pemahaman. Wah! nampak gayanya ada nilai estetika di situ- mengetahui dan menyedari sesuatu itu indah mesti dipenuhi dengan penghayatan dan pemahaman yang tinggi-kalau tidak, kita tak mungkin akan dapat membaca falsafah di sebalik sesuatu yang zahir yang terpamer di depan mata kita. Wah! teringat teori estetika yang Seri selalu sebut kepada pelajar di dalam kuliah. Rupanya membaca hasil tulisan Che Det @Tun M ini juga perlu aplikasi estetika. kalau tidak kita akan datang dengan pendapat-pendapat zahiriah dan tidak matang sahaja- suka-tak suka-gembira-benci-menyampah-kagum-dan sebagainya tanpa penelitian dan konotasi.

Antara tulisan yang Seri suka baca adalah tentang isu pluralistik di Malaysia. Antara yang tertulis ialah tentang isu ketuanan Melayu, kontrak sosial dan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia. banyak benda yang Seri rasa benar berlaku di sekeliling kita-releven sangat dengan tulisan Tun. Antara yang Seri rasa benar tentang rasa ketuanan melayu. Kata Tun lagi, kalau nak jadi "tuan" di tempat sendiri kenelah berusaha majukan diri. Berani menghadapi cabaran dunia dengan acuan kita sendiri. selebihnya, kamu bacalah sendiri buku Tun ini ya! Seri tak mahu mengulas panjang-panjang, nanti takut ada orang kene getah lepas makan nangka. Biarlah makan nangka cara baru. Beli di supermarket yang telah dibersihkan dan dibungkuskan dengan kaedah baru. Terasa juga nangkanya, tapi tak kene sikitpun getah. Malah nangka itu sedap dan harum pula rasanya dan baunya... hehehe :-p

Kiranya banyak lagilah apa yang tertera dalam buku ini yang memberi input-input baru dan lama kepada Seri. Lama bukan sebab apa, Seri dah tahu isunya cuma pendetailannya tak la lengkap sebab Seri selalu malas ambil pusing tentang isu-isu berat apatah lagi yang berkaitan dengan politik negara.. ;-/

Setelah balik daripada bertemu dengan Lilin Hitam, Seri pun kembali ke TM menaiki tren komuter juga. Terasa benar dan berasas sekali apa yang digagaskan oleh Tun lebih satu dasawarsa dulu untuk mewujudkan pengangkutan awam seperti ini. Kata Tun bukan untuk keperluan hari ini, tetapi kita harus memikirkan pertumbuhan dan pembangunan penduduk dan negara pada masa depan nanti. Bukan membazir atau apa-apa! Nah! natijahnya Seri sendiri melekat menjadi sardin cap #@^%*& semalam apabila balik semula ke TM daripada Kl Sentral. Bayangkanlah kalau komuter tak wujud, manusia masih sesak berjejal-jejal di jalan raya dengan kereta (sbb peningkatan penjualan kereta yang berdaftar setiap tahun hampir setengah juta)..entah agaknya bila nak sampai ke rumah...mcm tu juga kalau tak ada jaringan jalan raya yang baik-lebuh2 raya yang menyambung destinasi...mcm mana kita nak balik ke kampung terutama pabila hujung bulan dan dalam musim-musim perayaan dengan selamat dan cepat? Semuanya itu bukan membazir! sungguhla bukan pembaziran tetapi untuk keperluan rakyat dalam jangka masa yang panjang. oh ya! kembali kepada isu Seri menjadi sardin dalam KTM...itu sudah cukup membuktikan rakyat sekarang atau masa depan memang memerlukan pengangkutan awam begitu untuk ke tempat kerja dan kediaman masing-masing. Bukankah pergi bekerja juga sudah dikatakan sebahagian usaha untuk membangunkan negara? Seri sendiri tidak tahan diasak dengan manusia-manusia yang memerlukan pengangkutan ini setiap hari dan masa. Huh! tobat dah tak mahu naik tren pada waktu puncak. Nasib baik Seri tebal orangnya..kalau tak sah-sah sampai TM jadi lempeng! hahaha....sebab kene penyet dengan wanita-wanita ganas dan memerlukan dalam tren komuter smalam. apa-apa pun terima kasih jugak kepada KTM Komuter klerana menyedia coach khas kaler pink. Seri tak boleh bayangkan kalau saat waktu puncak begitu, bercampur dengan lain jantina, maka ramai jugak yg jadi mangsa (&&^%$#$@ kottt...huhuhu (bukan bias gender tau!-juz mengatakan kebarangkalian sahaja!)

Sampai di stesen peralihan Rawang, barulah Seri kembali bernafas dan merasa seleganya di dalam coach kaler pink lagi, sebab tren komuter menghala TM tidak sesesak dari Sentral ke Rawang(Seri berdiri dari KL Sentral ke Rawang...huhuhu dalam keadaan "menyadinkan" diri..hehe) Mengambil kesempatan lega itu, sekali lagi Seri tidak mahu membuang masa dengan termenung begitu sahaja di dalam tren. Buku Che det.Com Seri belek dan baca lagi. Banyak sekali pengetahuan yang Seri cedok daripadanya. Anda semua haruslah membacanya juga...hehehe....pendek kata perjalanan satu hari dengan ktm komuter, Seri boleh habiskan satu buku berjumlah 170 muka surat itu. Tak panjang...sikit jer...dalam masa yang sama macam2-jenis manusia yang Seri nampak dan perhati sepanjang perjalanan mahu berjumpa dengan Lilin Hitam.

Apapun, terima kasih kepada Buku Che Det. Com, Lilin Hitam dan KTM Komuter kerana memberikan warna -warni dalam hidup Seri semalam. Sampai di Stesen TM Seri pelik bila terasa badan lenguh-lenguh semacam dan kaki rasa macam bengkak pijak paku, kepala macam nak jadi macam gasing-tetapi lepas itu Seri tersenyum : oh! teringat kena asak dan dipenyek menjadi lempeng sardin dalam tren komuter dari KL Sentral sebentar tadi. Kepala jadi pusing sebab sesekali banyak siku-siku yang singgah dan hinggap ke kepala Seri masa berusaha untuk meloloskan diri di perhentian yang mereka hendak turun. Lagi satu...kepala pusing pun rasa-rasanya sbb tercium macam-macam bau yang keluar daripada bahagian bawah lengan macam-macam orang dalam keadaan sardin cap #%^^&$@_*& tadi. Huhuhu....syukur pada Allah kerana memberikan Seri kesihatan yang agak baik dan memberangsangkan semenjak dua menjak ini untuk merasa pengalaman seperti semalam. Terima kasih juga Lilin Hitam yang menjadi sebab Seri ke KL semalam...terima kasih juga bantu Seri dengan citarasa Malaysia yang tak habis-habis itu! hak3...Suami Seri juga puji citarasa itu...kih3....

Seri Panggung:Ada banyak benda dalam dunia yang memberikan warna-warni kehidupan kita, jadi berfikirlah selalau bahawa bukan semua benda dalam dunia adalah menyedihkan...hurmmm....

Isnin, 3 Oktober 2011

Lara Rasa



Hatiku kau luka lagi
Mengapa begini
Apa salahku kau buatku lagi
Jangan kau hancurkan hatiku lagi saat ini
Kerana kau mungkin tidak akan bertemu lagi denganku
Seperti selalu selepas ini

Goreskan luka bernanah di dadaku
Kau mungkin juga akan berdarah
Kerna kita saling memendam rasa yang satu itu
Di garis sempadan batas waktu dan keadaan

~Seri Panggung~
Lembah Titiwangsa

Kau Yang Hilang...



Kala bulan tergantung di dada malam kelam
Aku menyentuh bibir pucatku
Yang masih menyebut namamu
Walau sejak sekian lama
Kau menghilang di balik gumpalan awan lara dalam hidupku

Kala malam masih menahan sendu sinar rembulan suram
Cahayanya hampir hilang
Di ufuk langit kirmizi
Aku menyentuh wajah pucatku
Yang masih mendambakan kehangatan
Sentuhan jemarimu
Mengusap rasa kecintaan
Ketika janji kau tebarkan suatu waktu dulu padaku

Kini tinggal kenangan
Tiada lagi harapan
Kini hanya ingatan
Tiada lagi kenyataan
Engkau sudah terlalu jauh
Meninggalkan aku di denai percintaan ini
Bersendirian
Tiada belas lagi
Darimu
Yang begitu membenciku kala ini

~Seri Panggung~
Lembah Titiwangsa

Gelisah Diri



Gelisah diri
Mencari makna sebuah mimpi
Terurai rindu di persada waktu
Aku menatap pilu
Pada bingkai sebuah janji palsu
Aku menangis hiba
Pada sebuah janji tak dikota
Titis air mata
Sudah tidak tertahan jua
Pada sebuah pembohongan
Atas nama kasih sayang
Yang kau utarakan


~Seri Panggung~
Lembah Titiwangsa

Mengapa Seri? Jangan bertanya dan tertanya-tanya...

Ramai kawan-kawan yang terjumpa dengan blog Seri ini secara tidak sengaja mengajukan beberapa pertanyaan dengan Seri. Ada yang seri jawab bersungguh-sungguh, ada yang sambil ketawa sinis dan tak kurang juga ada yang Seri jawab dengan bersahaja. Entah kenapa ramai yang bertanya kepada Seri kenapa Seri hilangkan bakat Seri menulis puisi? Seri jawab, bukan hilangkan mungkin tidak cukup masa untuk mengarangnya. Ada juga yang bertanya Seri, mengapa blog kau tak catatkan aktiviti-aktiviti seni yang pernah kau libatkan dulu? atau tidak ada artikel tentang kecintaan kau pada seni dan warisan? Seri menjawab, Blog ini cumalah sebagai tempat untuk menghilangkan gian sekali sekala, Bukan tak mahu letakkan gambar dan catatkan aktiviti dulu, tapi semua itu sudah berlalu, aku hendak hidup dalam kenyataan aku pada hari ini dalam blog aku ini. Artikel? Aku tidak mahu mengundang kontroversi. Artikel bernada akademik tempatnya di halaman akademik juga. Lagi satu aku hendak elakkan plagiat. Jadi mana originalnya karya aku? Aku cuma mahu bersantai-santai sahaja di laman maya ini. Aku akan menulis apa-apa sahaja yang aku suka mengikut apa yang aku alami...Puisi? akan ada sekali sekala. Tapi itulah...originalnya nanti mungkin boleh dipersoalkan kalau-kalau ada tangan berkudis buta atau kusta yang mencuri-curi "mengkopipastekan" dr laman ini. Tak apalah....Allah maha mengetahui. Tapi artikel ilmiah aku memang jaga. Payah nak menulisnya. Bukan semudah menulis puisi atau seperti sesetengah orang lain mudah mengkopipastekan dr laman aku ini.

Itu jawapan Seri pd kawan-kawan atau sesiapa shj yang bertanya dan tertanya-tanya dengan blog Seri ini. Terpulang nak setuju atau tak dgn jawapan Seri. Tak ada segmen vote pun di blog Seri nak tau setuju ke tak dengan Seri dan tulisan-tulisan Seri. Blog ini cuma pelepas rasa dan gian menulis kreatif sekali sekala.

Jadi, untuk anak-anak didik yang juga mungkin followers blog saya ini, atau sesiapa sahaja, jgn mengharap Seri akan letakkan artikel agak ilmiah atau peristiwa silam yang mengingatkan resah dalam blog Seri ini. Jangan tertanya-tanya kenapa saya tidak meletakkan artikel-artikel saya di sini, bagi saya di sini bukan tempatnya. Seri sudah penat dengan ilmiah di sana sini dalam hidup Seri, maka di sini biarkanlah Seri tenggelam dengan dunia Seri sendiri dan mencoret apa sahaja yang Seri mahu.

Blog ini cuma untuk merehatkan minda dan Seri akan menulis apa yang Seri suka sahaja. Melawat blog ini juga Seri buat sekali sekala. Jadi jangan tanya apa-apa, mana? siapa? kenapa?

Seri Panggung : susahkan nak faham Seri kalau mcm tu? Biarlah...memang ramai kawan-kawan kata Seri memang pelik dan susah hendak dijangka. Alasan dan pendapat orang sangat subjektif...usah dihiraukan..sebab itu Allah bagi manusia akal, tujuannya untuk manusia berfikir.. :-)hehe Bagi kawan-kawan yang terjumpa dengan blog ini dan tertanya-tanya mana peginya bakat Seri menulis puisi macam dulu, hari ini Seri rasa mahu berpuisi...Tapi tak taulah bakat itu masih macam dulu atau tidak. Terpulanglah kepada kamu semua yang menilainya. Penilaian manusia memang subjektif! jadi usah hiraukan! Hahaha....


Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Bulan...Bisikkan Padaku Tentang Itu...



Bulan..
Bisikkan padaku tentang teman yang seorang itu
Katakan padaku dia juga merinduiku
Sampaikan juga desir angin kenanganku
Saat-saat kami sama mencipta memori suka duka

Bulan..
Mari kubisikkan padamu pula
Harapanku padamu...
Kembalikan temanku
Kembalikan sayangku
Kembalikan kekasihku

Agar aku dapat menghirup kembali
Wanginya cinta kami
Harumnya kasturi kasih sayang kami
Seperti suatu waktu dulu

Bulan..
Bisikkan padaku
Yang engkau sudah menemukan dia
Bisikkan padaku juga dia akan kembali padaku
Sebelum saat-saat aku sudah kabur
Melihat sinar terangmu
Menerangi maya yang diselaput kelam malam itu..

Bulan...
Bisikkan Padaku Tentang Itu...

Seri Panggung
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
Tg. Malim, Perak

Untuk teman-teman yang mengerti....
Kuhargai kasih sayang kalian semua..
Terima kasih kerana menjadi sebahagian memoriku
Yang bakal kutinggalkan entah untuk beberapa detik waktu lagi...

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada