Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Ahad, 27 Februari 2011

Ikutlah Kata Hati...Jangan Terikut-ikut Dengan Kata Hati...

Bercampur baur perasaan Seri hari ini. Sejujurnya sejak 3 hari yang lepas perasaan ini begini. Jangan ikut kata hati...pesan seorang sahabat...sahabat yang mengerti...apa yang bersarang dalam hati ini...sejak sekian lama.

Tak mengapalah...Seri cuma mengikut kata hati....kata hati yang malas untuk melayan manusia yang tak mengenang budi...manusia yang lupa daratan dan lautan...manusia yang penuh kepuraan menyatakan kasih sayang yang hanya di mulut...kasih sayang yang bukan dari hati...kata hati Seri yang mendesak Seri untuk melupakan manusia jenis begitu...kata hati yang menyuruh Seri fokus kepada yang sepatutnya Seri buat berbanding daripada mengingati manusia jenis lupa daratan dan lautan begitu...

Seri bukan terikut-ikut kata hati....terikut-ikut kata hati ni ialah tak pasti dengan apa yang kita rasa tetapi lepas itu ambil keputusan semberono atau arbitrari untuk buat apa yang kata hati desak. Seri bukan terikut-ikut dengan kata hati untuk melupakan manusia jenis lupa daratan dan lautan...bukan juga terikut-ikut kata hati untuk membenci manusia bersikap macam musim durian atau banjir....tapi itulah kata hati Seri yang Seri rasa Seri memang tekad mahu lakukan....fokus untuk melupakan mereka dan membenci mereka : iaitu mereka yang hatinya plastik! Berpura-pura menumpahkan kasih sayang dari hati...tetapi cuma di bibir sahaja bila kita tak diperlukan...

Kata hati Seri : Seri memang benci manusia yang bersikap begitu dan Seri memang mahu ikut kata hati Seri itu...bukan terikut-ikut dengan kata hati Seri...hahaha...berapa banyak hati daaaa.....tak apa... yang penting hati Seri memang bukan plastik!

~Seri Panggung~
Lembah Titiwangsa


Ikutlah Kata Hati....Jangan Terikut-ikut Dengan Kata Hati....

Ahad, 20 Februari 2011

Aku...Shower Foam... PR Kampus.... & Pilihan Hidup

Seri cuba mencari ruang dan luang utk kembali ke blog Seri yang suam-suam kuku ini. Hari ini sementara merenggangkan otak dengan memikirkan kerja-kerja yang menimbun kepala, tesis student, proposal PhD...Seri mencuri ruang itu...dan akhirnya...ke sini..meluahkan sebahagian daripada apa yang terlalu banyak yang Seri hendak tulis banyak hari tapi tak sempat-sempat ini...ada 3 cerita yang Seri hendak kongsi kali ini.

1. Cerita Satu : Shower Foam & Aku

Satu perangai Seri yang agak pelik (ikut kt seorang kawan) ialah mandi dengan menggunakan banyak jenis shower foam. Macam2 ada...kawan Seri yang kebetulan waktu itu menumpang tidur di rumah Seri setelah sekian lama tak berjumpa(Seri jemput dia tidur di rumah sbb x puas bjumpa di luar...dia ni kawan Seri daripada sekolah rendah!) mandi pula di bilik mandi Seri. Seri hairan padanya kerana setelah selesai sahaja mandi dan keluar dari bilik mandi dia tersengih-sengih pada Seri...Sambil-sambil tu dia dok tersengih2 memandang Seri...Hairan Seri mengundang pertanyaan padanya. Beginilah lebih kurang dialog Seri dgn kawan Seri itu :-

Seri : Kenapa kau? ada apa yg xkene ke di bilik mandi aku tu?
Mis X: xlah...xde ape...cuma aku rs agak pelik dgn ko...wpun aku tau dr dulu lg ko ni mmg pelik orgnya...
Seri: maksud ko?
Mis X: ermm...aku pelik laaa...
Seri terus potong...Seri : ye laa..mmg la aku ni pelik tapi ape plak yang ko pelik kat aku kuar2 dr bilik air ni..
Mis X: knp ko mandi guna banyak jenis shower foam??? (dia senyum sinis lagi sambil kerut dahi)...dah banyak sgt duit ke? kee..bdn ko busuk giler????
Seri : hahahahahhahahahhahahahahahahhahahhaha....Seri tergelak panjang dengan andaiannya....(mmg shower foam Seri ada banyak pilihan...lebih dr 5 pilihan)
Mis X: (kerut dahi lagi)...x paham...
Seri: hurmm...kau nak tau nape?
Mis X: yelahh...aku pelik ni...dia tergelak kecil lagi sambil geleng2 kepala memandang Seri
Seri: macam ni la...sebenarnya...aku ni manusia berlambang...heheheh...Seri gelak lagi..menambah rasa curios pd kawan Seri tadi...
Mis X: maksud ko manusia berlambang? (sah mmg dia x paham..)
Seri: (sambil tarik nafas kuat) sebenarnya...setiap benda dlm dunia ni...atau apa yg aku buat...mst ada sebabnya...maknanya...simbolnya...
Mis X: wah...mcm falsafah ek?
Seri: yupsss.... kenapa aku mandi guna banyak jenis shower foam...sebab...aku menganggap dalam dunia ni kita ada banyak pilihan...aku mandi guna shower foam tu ikut mood aku ari tu...
Mis X : menjegilkan matanya yang sedia ada besar itu...
Seri: hahahaha(ketawa pjg lagi)...aku pelik kenapalah manusia sering mengongkong hidupnya dengan satu pilihan sahaja sedangkan dalam dunia ni ada banyak pilihan kan? kita bebas memilih apa yang kita mahukan...mengikut kehendak kita..asalkan apa yang kita pilih itu tidak mendatangkan masalah pada kita...memberi keuntungan pada kita...malah mewangikan kita seperti mana shower foam itu mewangikan badan kita dengan haruman yang seperti kita mahukan! Jangan paksa diri kita utk menerima apa yang kita tidak mahu sebab pilihan di luar sana lebih banyak untuk kita buat apa yang kita mahukan..betul x?
Miss X: (melopong mendengar kata Seri)...Errrr...ahhh la kan? kenapa harus kita tidak memilih benda yang kita mahu, suka dan yang membahagiakan kita? (Dia mengangguk2kan kepala lagi ..lagaknya seperti belatuk baru bertemu dahan kayu yang besar)
Seri: Sekarang ko da tau kenapa aku manusia berlambang? (Seri senyum sinis pula pada dia lalu bangun dr kerusi menuju ke kuali yang sedang penuh dengan cekodok bilis yang hampir masak)
Miss X: aku pun nak jd manusia berlambanglah macam engkau....(sambil bangun menuju ke bilik- menyikat rambut agaknya, sbb td x sempat krn mendengar keterangan daripada manusia berlambang!) hahahaha....

Seri: hurmmm... konklusinya..hidup manusia memang penuh dengan maksud simbol atau perlambangan...walau apa pun yg kita buat...hidup haruslah mempunyai erti..cerita ini Seri ceritakan semula semalam kepada student2 Seri yang sedang menerima pembetulan draft latihan ilmiah mereka...bila ada yang keliru dengan teori perlambangan...anak muda...penuhi hidup anda dengan makna!



2. Cerita 2 : Pilihan Raya Kampus

Isnin ini akan dapat menyaksikan siapakah akan menerajui majlis perwakilan pelajar utk Sesi baru di kampus tempat aku mengajar. Sejak Khamis lepas (hari penamaan calon), Jumaat hingga hari Ahad hari bermanifesto dan esok (Isnin) maka akan adalah keputusannya... sebenarnya Seri x berapa minat sgt dengan politik lagi-lagi pula politik kampus...wpun dulu Seri juga pernah memegang jawatan politik kampus semasa Seri belajar dulu...so sekarang ni da penat dgn semua tu...dan semestinyalah da penat dengan dunia politikus kampus sebab ada org2 tertentu akan menjadi politiking dalam dunia politik itu sendiri...ramai pula anak2 didik Seri yang ikut bertanding ..mungkin dengan pelbagai sebab yang hanya dia dengan Allah saja yang tahu....

Tapi apa yang Seri nak kata di sini adalah tentang pilihan lagi...ada lebih kurang 29 kerusi akan dipertandingkan (mengikut info dr kawan Seri) jadi semestinya ada lebih dr itu pilihan...saya cuma mengharapkan para pelajar di kampus itu bijak dalam membuat pilihan....pilihlah ketua dan wakil yang dapat membantu mereka kerana pilihan yang dilakukan dengan bijak akan memberikan kepuasan dan kesenangan hati bukan shj pd diri bahkan kepada orang lain juga...

Seri: selamat bertanding kepada pelajar-pelajar di kampusku...hanya kamu dan Allah sahaja tahu apa yang sedang kamu usahakan...jadilah diri sendiri yang bakal menjadi pilihan orang lain pula..jadilah pilihan yang bijak! semoga berjaya!


Cerita 3 : Pilihlah...Jadilah...Pilihan Hidup...

Jadi inilah yang Seri mahu cakap...manusia berlambang...hidup penuh makna...dan pilihlah dengan bijak...dan jadilah pilihan yang bijak...

Selamat memilih untuk semua....

Sabtu, 12 Februari 2011

Selalu kehilangan....

Entah untuk kesekian kalinya, Seri sering rasa kehilangan...hilang idea...hilang kawan...hilang semangat...hilang pertimbangan...hilang sayang...dan ntah hilang apa lagi Seri pun tak tahu...

Hari ini Seri terasa kehilangan sesuatu...tetapi Seri juga tidak tahu apakah yang telah Seri hilang itu....sungguh..Seri memang terasa...tetapi tidak tahu apakah itu....Ya Allah...ampunkan Seri...ampunkan dosa-dosa Seri....lindungilah Seri dan keluarga....

Terasa-rasa kebosanan ini menerjah gendang ulu hati....terladung-ladung tubir mata dengan gerigi air mata kasih di tubirnya....tersentak-sentak urat saraf mengenangkan siapa diri Seri dan hidup Seri....

Kebosanan menerjah segenap urat saraf dan dinding hati....Zuhud....mampirlah kamu di sisiku...agar aku mengerti...yang berlaku ke atas ku saat ini adalah roh yang telah ditiupkan-Nya untukku....sejak di Loh Mahfudz....

~Seri Panggung~
Perbukitan Titiwangsa
Feb 2011


Hujan...biar simbol derita...namun tetap membahagiakan aku....

Rabu, 2 Februari 2011

FALSAFAH & PEMIKIRAN ORANG MELAYU; HUBUNGANNYA DENGAN ISLAM DAN KESENIAN : SATU ANALISIS SIMBOLISME

Jika diteliti dalam kehidupan orang-orang Melayu, aspek simbolisme merupakan perkara yang sangat penting dalam mengungkapkan kehidupan seharian mereka, terutamanya yang melibatkan upacara ritual, kesenian dan adat. Kepentingan penggunaan simbol dalam masyarakat Melayu adalah untuk memberi kemudahan kepada masyarakat itu sendiri untuk memahami dengan jelas akan sesuatu budaya atau tradisi mereka.

Hal ini terutamanya perkara yang bersangkutan dengan adat, budaya dan kesenian mereka kerana bidang ini merupakan bidang yang tidak menonjolkan makna tersurat untuk masyarakat memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan upacara yang sedang atau telah dilakukan. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang suka berkias kata atau perbuatan dan menyuruh anggotanya untuk memikirkan apakah tujuan konotasi yang mahu disampaikan. Maka di sini penggunaan simbol-simbol atau perlambangan digunapakai untuk memberi pemahaman yang khusus kepada khalayaknya.

Oleh yang demikian, kajian tentang buku yang ditulis oleh Abdullah Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Nakula, merupakan perkara yang patut dicari gali semula memandangkan sesetengah daripada isiannya kadang kala menimbul keraguan, apatah lagi apabila berbicara tentang sesuatu yang berkaitan dengan Zat Allah. Maka di sini, diperturunkan sedikit analisis tentang buku tersebut mengikut pemahaman, penilaian dan cadangan dari pengkaji.

Pada asasnya, buku tulisan Nakula, Falsafah dan Pemikiran Orang-orang Melayu; Hubungannya dengan Islam dan Kesenian dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah perkara yang melibatkan soal ajaran yakni segala yang diterangkan adalah mengenai konsep ketuhanan dan kealaman yang menerangkan tingkat-tingkat tertentu. Tingkat-tingkat tersebut adalah Tingkat Zat Allah, Tingkat Hakikat Muhammadiah dan juga Tingkat Hakikat-hakikat Segala Sesuatu.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting yang mahu dikaji dalam buku ini ialah pada bahagian II iaitu Nakula menerangkan aspek perlambangan atau metafizikal yang digunakan dalam karya seni. Pendeknya, keseluruhan bahagian II ini ialah tentang lambang-lambang yang digunakan dalam karya seni berasaskan kepada konsep-konsep ketuhanan dan kealaman pada bahagian I.

Penggunaan elemen ilmu tasawuf membuatkan buku ini seperti diragui oleh pengkaji apabila membacanya. Perkara yang bersangkutan dengan Zat Allah dan Muhammad merupakan perkara penting yang tidak boleh dibicarakan dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula apabila Zat-zat tersebut disimbolkan dengan sesuatu yang juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT yakni bunga teratai.

Oleh yang demikian, kupasan yang menyeluruh perlu dilakukan oleh setiap peneliti dan pengkaji seni mahupun pemikir ilmu tasawuf bukan sahaja untuk tujuan ilmiah, malah juga untuk tujuan membetulkan konsep-konsep yang bercanggahan jika ada bagi khalayak pembaca memikirkan dengan rasional konsep perlambangan tersebut.

BERSAMBUNG...

Gelisah Diri...


~Untuk dia yang bergelar PENDUSTA!...~

Gelisah Diri
Mencari makna sebuah mimpi...
Terurai rindu di persada waktu
Aku menatap pilu
Pada bingkai sebuah janji palsu
Aku menangis hiba
Pada sebuah janji tak dikota
Titis air mata
Sudah tidak tertahan jua
Pada sebuah pembohongan
Atas nama kasih sayang
Yang kau utarakan

~Seri Panggung~
Dalam jiwa terlara yang penuh dengan serpihan kata-kata dusta seorang dia!

Aku & Pak Guard

Isnin lepas Seri bermeeting agak panjang dengan ahli majlis jabatan. Ini gara-gara Timb. Dekan P&P mengarahkan untuk jabatan menghantar satu proposal pasca siswazah segera hari itu juga untuk dibawa ke IPS bagi dibincangkan dalam meeting mereka Feb ini...Tp, cerita Seri hari ini buka tentang proposal tu,(x minat pon nk letak cerita ttg kerja kat sini..huhuh...muak den!)tapi cerita ttg apa yg terjadi antara Seri dengan Pak Guard di kampus ini....hahaha...

Setelah meeting a.k.a bengkel hari itu selesai kira2 dalam kol 2 Seri dan KJ dan semua ahli majlis pergilah makan di sebuah restoran berhadapan dengan kampus. Setelah makan dan mnyembang sedikit, kami pun nak balik semula menyambung tugasan yang belum habis tadi. Tiba-tiba Seri dan seorang kawan terfikir utk mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar rumah kedai yang banyak menjual pelbagai barang stationary, baju, henbag, bla..bla..bla...semasa ketiadaan student yang sedang becuti semester seminggu ini. Keadaan macam biasa, kalau student tidak ada, pekan kecil ini samalah juga rupanya dengan padang jarak padang tekukur...umpama dilanggar geroda lagaknya...punyalah sunyi!(tapi jumpalah gak bdk2 sabah, swak, dn negeri2 yg dilanda banjir waktu ini tidak balik)cuma jumlahnya tidaklah ramai seperti selalu.

Setelah mencuci mata sedikit (tanpa membeli apa-apa pown!) kami pon kembali ke kampus. Tiba-tiba Seri teringat dengan sticker kereta tahun baru yang belum diambil lagi maka Seri mengajak kawan itu utk singgah di pejabat keselamatan yang terletak di pintu masuk kampus. Sesampainya kami berdua di situ, kedatangan kami dianggap sepeti halimunan wpun ada seorg yg duduk di kaunter itu yang hanya membuka mulut setelah ditanya oleh Seri tentang borang. Entah knp dia agak terpinga-pinga dengan soalan Seri -mungkin baru bekerja agaknya..tapi tak mungkin pula Seri fikir...hingga kawannya yang pakai seragam keselamatan juga telah memberitahu borang yang seri ambil itu untuk motosikal. Aduhai...yang duduk di kaunter tu kenapa? sudah hilang keupayaan utk bercakap ke? ni satu hal lagi...bila Seri sedang mengisi borang di situ, entah kenapa, pegawai yang melayan Seri untuk mengambil sticker tu (Seri ambil 2 sticker je utk kereta Seri) berubah-ubah dan Seri digurau dengan agak kasar oleh pegawai2 di situ ttg road tax kereta...kata mereka ramai2 di situ :

Mereka: aiii...takkan road tax kereta mati pown tak hengat! buat apa je pown sampai bende simple mcm ni x hengat!
Seri: (menjawab dalam hati sebab menjaga profesionalisme sambil tersenyum sahaja) - aiii...takkan road tax kete pon kene hengat mcm kene hengat sifir kot....ada lagi byk bende yang lebih penting dan complicated aku nk ingat selain dpd road tax kete nk mampus!) huhuhu..Seri jawab begitu...tapi cuma di dalam hati sambil tersenyum mesra yang dibuat2....

Dan akhirnya keluarlah duduk seorang peg.keselamatan yang sudah agak berusia bernama Encik H (bukan nama sebenar) hehe....dan terus mengambil borang Seri serta bernada bergurau dengan Seri begini:-

En. H: betol ke road tax mati bulan ni?
Seri: betul Encik (sambil senyum lagi dengan berhemah) - menahan perasaan geram dengan gurauan kasar tadi....
En. H: kitaorg bukan apa...ni ada dalam perjanjian ni....undang2..akta...saper2 yg bagi keterangan salah boleh didakwa di mahkamah bla...bla..bla...(beliau berleter lagi dan cuba mengingatkan Seri pulak pasal akta dan undang2 yg Seri dah sgt paham dan tahu)
Seri: owhh...xpa nnt kalau salah saya dtg balik...(masih tersenyum mesra dibuat dlm hati menyumpah2 pak guard ni mengada2 plak)-cepatlah sikit aku ada banyak keje lagi nk buat...patutnya proses beli sticker ni 5 min da selesai...ini dah hampir 15 min ni...Seri menyumpah2 dalam hati...kawan Seri berbisik pada Seri:

Kawan Seri: agaknya diaorg ingat kita ni student agaknya...tgklah beg ko bawak ni...fail kertas poket yg da koyak2...tu yg diaorg buat ko camni...(kawan Seri da paham tgk senyuman kelat bengang pada pak guard yg banyak buang masa kat situ)

Memang! Memang Seri begini...beg laptop (bawak belakang) kasut dan rupa Seri yang tak suka pakai make up dan beg tangan mcm pensyarah lain....(sebab macm ni Seri selalu kena sergah dan kene marah dengan pak guard sbb memang mereka ingat Seri pelajar` tapi lpz tu suka tgk mereka dgn muka yg masam2 kelat kerana malu sebab sergah seorang pensyarah sebab tak pakai name tag, kasut sandal, jeans, selipar...hak3...padan muka~len kali ingat yg "berkeliaran" di kampus bukan pelajar saja, yang bukan pelajar tapi muda belia dan comel mcm pelajar tetapi mereka bukan pelajar juga ada ...~heheehe...lagi satu kalau pelajar pun mereka tak patut men2 sergah mcm tu je...pelajar pon manusia...ada perasaan malu sebagai seorang manusia...bukankah elok kalau ditegur secara berhemah dan dengan lantunan suara yang bertenang!)

oh ya! berbalik pada pak guard tadi..setelah bla-bla...bla...dia pon memberikan sticker(2 keping) pd Seri dan Seri menghulurkan note sepuluh ringgit. Keadaan jd kacau lagi sbb kerani perempuan yang mukanya sentiasa masam (sbb bekerja dikelilingi pak guard2 yg da tua kowt! ahaksz!)marah bila dia tidak ada duit kecil untuk mengembalikan baki note sepuluh ringgit Seri tadi. Dia marah2 pak guard En. H (dengan meninggikan suara), pak guard X (yg membantu Seri tuk kembalikan baki note sepuluh hinggit) dan meletakkan dengan kasar duit2 note 50 hinggit atas meja bagi menunjukkan protes dan bgth dia xdek duit kecik...kebetulan Seri memang xdek duit kecik...paling kecik 10 hinggit la...keadaan agak terkawal bila pakcik guard sorang lagi suh En. H bagi duit 5 hinggit pd Seri dan Seri bagi balik 1 hinggit pada dia..(sbb harga sticker Seri ambik 6 hinggit jer! huhu)...Seri dah lama nak bgth...tapi tuu laa...dalam hati je boleh sebab Seri tgk bukan main bising diaorg kat situ sebab Seri bgi wang note 10 hinggit...tu blom bgi 100 hinggit tu (bese ni la paling kecik duit Seri ada...hak3...~ckp besor lagi..ngee...hehe) ...huhuhu...Seri nk kata begini :

Seri: En bg saya 5 hngt dan sy kembalikn 1 hinggit pd En...(tapi mcm x dapat sebab en H mcm pening dgn note 10 hinggit Seri itu td- ditambah dgn muka kelat kerani pompuan tdi...huhuhu~ so ckp dlm hati lagilah Seri!)

akhirnya sticker 6 hinggit bertukar tgn. Seri senyum..En. H pon senyum..katanya : ingat pesan sy tadi...undang2 ttp undang2...salah bg kenyataan boleh didakwa...Seri senyum manis lagi sambil menjawab :

Seri : Terima kasih Encik, sbb bergurau ala-ala bapa2 kepada saya. Dah lama saya tak rasa gurauan seorang ayah...terasa rindu benar saya dgn almarhum ayah saya...(Sambil tersenyum dan berlalu pergi !) Sekilas lalu, Seri tgk wajah En H berubah..terpinga-pinga dengan kenyataan Seri...mungkin terkejut dengan kata2 Seri atau pun tak paham apa maksud Seri...hahahaa..len kali bergurau lagi ganas2 dengan pensyarah....sib bek saya kenangkan title dan status diri...kalau tidak...harus juga saya bergurau kasar dengan pak-pak guard di situ tadi..

Anyway...terima kasihlah pada mereka semua, akhirnya Seri dapat juga sticker kereta dalam masa 20 minit(yg sepatutnya boleh dibuat dlm masa 5 minit...)Sekurang-kurangnya Seri belajar sesuatu dengan mereka di situ...

Anda yang membaca???? Dapat sesuatu yang beguna tak? InsyaAllah...dapat...jika anda memnbaca dengan fikiran dan jiwa yang tenang..sesungguhnya..proses belajar ada di mana-mana..itu yang Seri selalu bgth pada para pelajar Seri...dan hari ini, Seri dapat belajar di tempat itu! Terima kasih sekali lagi Pak Guard2 semua...tapi ingat....
"yang berkeliaran di kampus bukan pelajar semuanya ya...jadi jaga status anda semua sebagai pak guard!" hak6x....hurmmm

~Seri Panggung : suka belajar di mana2..wpun sedang menunggu bas dan komuter~ hik3....dan ari ni tulisan Seri ada banyak kurungan () sbb yg dalam kurungan itulah ada banyak cara untuk kita belajar...ngee ^_____^ hehehe...

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada