Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Rabu, 2 Februari 2011

FALSAFAH & PEMIKIRAN ORANG MELAYU; HUBUNGANNYA DENGAN ISLAM DAN KESENIAN : SATU ANALISIS SIMBOLISME

Jika diteliti dalam kehidupan orang-orang Melayu, aspek simbolisme merupakan perkara yang sangat penting dalam mengungkapkan kehidupan seharian mereka, terutamanya yang melibatkan upacara ritual, kesenian dan adat. Kepentingan penggunaan simbol dalam masyarakat Melayu adalah untuk memberi kemudahan kepada masyarakat itu sendiri untuk memahami dengan jelas akan sesuatu budaya atau tradisi mereka.

Hal ini terutamanya perkara yang bersangkutan dengan adat, budaya dan kesenian mereka kerana bidang ini merupakan bidang yang tidak menonjolkan makna tersurat untuk masyarakat memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan upacara yang sedang atau telah dilakukan. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang suka berkias kata atau perbuatan dan menyuruh anggotanya untuk memikirkan apakah tujuan konotasi yang mahu disampaikan. Maka di sini penggunaan simbol-simbol atau perlambangan digunapakai untuk memberi pemahaman yang khusus kepada khalayaknya.

Oleh yang demikian, kajian tentang buku yang ditulis oleh Abdullah Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Nakula, merupakan perkara yang patut dicari gali semula memandangkan sesetengah daripada isiannya kadang kala menimbul keraguan, apatah lagi apabila berbicara tentang sesuatu yang berkaitan dengan Zat Allah. Maka di sini, diperturunkan sedikit analisis tentang buku tersebut mengikut pemahaman, penilaian dan cadangan dari pengkaji.

Pada asasnya, buku tulisan Nakula, Falsafah dan Pemikiran Orang-orang Melayu; Hubungannya dengan Islam dan Kesenian dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah perkara yang melibatkan soal ajaran yakni segala yang diterangkan adalah mengenai konsep ketuhanan dan kealaman yang menerangkan tingkat-tingkat tertentu. Tingkat-tingkat tersebut adalah Tingkat Zat Allah, Tingkat Hakikat Muhammadiah dan juga Tingkat Hakikat-hakikat Segala Sesuatu.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting yang mahu dikaji dalam buku ini ialah pada bahagian II iaitu Nakula menerangkan aspek perlambangan atau metafizikal yang digunakan dalam karya seni. Pendeknya, keseluruhan bahagian II ini ialah tentang lambang-lambang yang digunakan dalam karya seni berasaskan kepada konsep-konsep ketuhanan dan kealaman pada bahagian I.

Penggunaan elemen ilmu tasawuf membuatkan buku ini seperti diragui oleh pengkaji apabila membacanya. Perkara yang bersangkutan dengan Zat Allah dan Muhammad merupakan perkara penting yang tidak boleh dibicarakan dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula apabila Zat-zat tersebut disimbolkan dengan sesuatu yang juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT yakni bunga teratai.

Oleh yang demikian, kupasan yang menyeluruh perlu dilakukan oleh setiap peneliti dan pengkaji seni mahupun pemikir ilmu tasawuf bukan sahaja untuk tujuan ilmiah, malah juga untuk tujuan membetulkan konsep-konsep yang bercanggahan jika ada bagi khalayak pembaca memikirkan dengan rasional konsep perlambangan tersebut.

BERSAMBUNG...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada