Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Jumaat, 26 September 2014

Jika Kau Ingin DIA Selalu Bersamamu....

Pagi td Seri menghantar kakak Seri menziarah keluarga mentuanya di Karachi, Pakistan. Yeps! Karachi, Pakistan...hahah! Seri menghantarnya dengan rasa gundah, walang dan penuh keluh kesah...mengapa??? Selepas tragedi MH370 dan MH17, menghantar ahli keluarga untuk menggunakan pengangkutan yang pandai terbang di langit itu seolah-olah menghantar ahli keluarga pergi berperang.

Entah..rasa itu sukar digambarkan berbanding sebelum tragedi itu berlaku...Seri sendiri mengembara ke serata pelusuk alam dengan kapal yang boleh terbang itu dengan senang hati...gembira dan rasa keterujaan setiap kali mahu memanjat ruang langit terbuka....namun..rasa itu tidak sama selepas dua tragedi menimpa kita tahun ini...Seri sendiri belum melakukan penerbangan solo backpackers seperti lazimnya ketika hati sedang resah dan tertekan ke luar dr negara...selepas tragedi berkenaan...

Namun...di sebalik rasa walang dan gundah, Seri masih ada platform kukuh berpijak...iaitu keyakinan terhadap Perlindungan Allah SWT. Melambai syahdu kakak Seri yang masuk ke ruang pelepasan, Seri dan seluruh ahli keluarga tidak henti2 berdoa agar dia selamat sampai ke pangkuan keluarga mentuanya di Karachi, dan selamat kembali ke bumi bertuah ini semula nantinya.

Benar...Allah sentiasa ada untuk kita, jika kita selalu mendekatkan diri kita padaNya. Malah dalam kealpaan kita pun, Allah dengan sifat Rahman dan RahimNya, masih meneduhkan kita dan bersama kita. Jadi, mengapa mesti ragu-ragu terhadap kuasa Yang Maha Pelindung dan Maha Sejahtera.

Seri...masih berdoa...semoga kakak Seri yang sekarang ini masih berada di langit biru menuju ke Karachi dalam waktu yang berbaki sikit lagi, selamat sampai ke destinasinya dengan pertolongan Allah SWT. InsyaAllah..bila kita selalu mengingatiNya, nescaya Dia juga selalu bersamamu...


Tragedi cuma ibrah untuk kita yang mahu berfikir...Allah menetapkan sesuatu perkara yang berlaku dengan rahmat yang tersembunyi. IlmuNya Maha Luas...dipinjamkan untuk kita agar di muka bumi ini kita selalu tahu bahawa Allah ada di mana-mana...KerajaanNya di langit dan bumi dan serata alam...tiada ruang had tertentu...sedikitpun tidak memerlukan bantuan sesiapa....kerana DIAlah...Yang Maha mengetahui..Maha Pelindung...Maha Perkasa! Yakinlah padaNya! Dengan sepenuh hati dan rasa! InsyaAllah...DIA akan selalu bersamamu!

Semoga selamat sampai Uda! Bergembiralah dengan keluarga di sana ketika bercuti. jangan lupa beli shawl besar dan lebar untuk kita ya! hehe :)






Seri Panggung
B.Titiwangsa

Ahad, 7 September 2014

Ujian Hidup 3: Dari Malaya ke Semenanjung Korea...Mengembara Melegakan Risau Hidup!

Ujian hidup Seri seterusnya hanya dirawat dengan berpergian. Mengembara. Dengan hobi ini Seri dapat melihat ujian-ujian hidup yang pelbagai dalam hidup manusia di muka bumi ini. Ada sebabnya mengapa Seri sering melupakan keseronokan mengembara dan juga bepergian bersendirian, kerana dengan cara itu, kita mampu untuk menilai diri kita sendiri...yang menghadapi ujian kecil hidup di bumi kita..dengan cara kita...tetapi dengan belajar di tempat orang..

Mari kita lihat apa Seri peroleh dengan bepergian ini. Segalanya tertinggal dan dipelajari dari Bumi Kimchi... :)

RESEPI YACHAE SIGEUMCHIWA BEOSEOS ENO HANGUG-EO SEUTAIL
(SAYUR BAYAM DAN CENDAWAN ENOKI KOREAN STYLE)

1 ikat sayur bayam (jenis batang dan daun kecil)
1 bungkus cendawan enoki
500gm daging cincang (sy guna daging cincang keluaran Ramly)-1 keping sahaja
1 biji bawang besar Holland-potong dadu
3 sudu minyak bijan
1 sudu serbuk bwg putih
1 sudu serbuk lada hitam kasar
½ sudu serbuk garam bwg putih
½ sudu serbuk cili kering kasar (chili flakes)
½ sudu bawang goreng
garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:
1. celur sayur bayam dan cendawan enoki hingga masak. ketepikan.
tips: letakkan sedikit minyak dn garam dalam air rebusan utk mengelakkan sayur lebam dan lebih nampak berkilat

2. tumis bawang Holland hingga masak. masukkan semua perencah tadi dan daging cincang. gaul dan goreng sampai kering.
3. masukkan minyak bijan dan goreng lagi. masukkan garam dan gula secukupnya.
4. padam api bila daging masak dan tuang atas sayur bayam dan cendawan enoki. Gaul rata. tabur cili flakes dan sedikit bawang goreng untuk perisa tambahan.




Ujian Hidup 2 : Angan-anganlah seperti Seindah Puteri Berendam Melepas Tekanan...Bebas dari kepahitan...Berendam hanya dengan segala kemanisan hidup!

Ujian hidup didatangkan dengan rasa pahit. masam.perit.maung. Begitulah bagi yang merasakan ia sebagai tekanan-tekanan hidup semata tanpa melihat putik bunganya dari sudut positif. Setiap ujian hidup yang Allah berikan, setiap itu ada kemanisannya, ada lemak dan masinnya. Terpulang kepada kita untuk mengulinya sebagai bebola cantik dan indah dalam hidup. Sebagai bekalan kemanisan di rumah Mahsyar kita nanti.

Allahu! Seri akui ada besar rahmatnya ujian yang kau pilih untuk Seri! Ya! Seri memang terpilih untuk ujian sehebat ini! Bak Puteri! berendam dengan manisnya impian dan hidup yang boleh mencapai nikmat yang tiada taranya! Teruslah berendam dengan kemanisan hidup bak puteri! walau di kiri dan kanannya penuh dengan ujian hidup yang pelbagai...

Moh kita rawat tekanan hidup ini dengan suatu lagi anugerah dan nikmat Allah ini...silakan... :)

RESEPI PUTERI BERENDAM (VERSION PUTERI ALAF BARU) :)

½ bungkus tepung pulut @ ikut suka nak buat byk mana
sedikit air
pewarna kuning, hijau, merah dan orange
bancuhan tepung gandum (2 sudu besar tepung gandum) / tepung jagung
½ biji santan kelapa pekat
kelapa parut kering
garam dan gula secukupnya

Cara Memasak:
1. Uli tepung pulut dengan air hingga menjadi doh lembut (macam doh buah Melaka). Kemudian gentel kecil-kecil dan rebus dalam air mendidih hingga timbul.
2. Gaul kelapa parut kering dengan pewarna-pewarna tadi. ketepikan.
3. Bila tepung sudah timbul, angkat, tos dan gaul bersama kelapa parut kering yang telah diwarnakan tadi. ketepikan.
4. Untuk membuat santan masakkan santan pekat yang sudah dicampur dengan sedikit bancuhan tepung gandum @ jagung serta garam dan gula secukupnya. Kacau atas api sederhana sentiasa dan jangan sampai pecah minyak. Tuang atas bebola tepung tadi dan sedia untuk dihidangkan.






Ujian Hidup 1 : Merawatnya dengan MAKARONI CHEESE SIMPLE....Seringkas fikiran kita meredah laut dugaan yang datang dan pergi...

Salam bahagia kepada semua...sedar tak sedar sudah agak lama Seri tidak berkunjung ke blog suam kuku Seri ini. Blog ni tiba2 bukan mjadi blog suam kuku lagi tapi sudah jadi blog sejuk dingin yang ntah apa-apa. Pelbagai cerita dan dugaan di sebalik kesunyian Seri di sini. Seri tak berhasrat utk menceritakan dugaan jenis apa atau cerita tema bagaimana yang berlaku pada Seri. Seri cuma berdoa supaya Seri lebih kuat dan tabah menghadapi ujian-ujian hidup yang datang dan pergi dalam hidup. Kendatipun Seri juga berdoa semoga orang2 keliling Seri juga turut sama kuat dan tabah dalam melayari ujian hidup mereka. Masing2 kita diuji dengan ujian yang pelbagai dan mengikut kemampuan kita...agar semua yang tersayang berada di sekeliling Seri terus-terusan menjadi semangat yang utuh dan padu dalam hidup Seri.

Sesimple kita melayari ujian hidup, sesimple itu juga resepi2 yang akan Seri tuliskan dalam entry kali ini. Ini atas permintaan juga insan-insan tersayang di sekeliling Seri. Moga-moga resepi sesimple ini akan dapat menjadikan kita juga berfikir sesimple mungkin dalam melayari ujian hidup. Memasak juga suatu aktiviti berlambang dalam hidup Seri...sebab...Seri memang manusia berlambang! ahaaa...apa lagi moh kita cuba resepi yang simple dimple ini!

RESEPI MAKARONI CHEESE

1 bungkus macaroni
1 tin kecil tomato puree (tin paling kecil)
4 ulas bawang putih
1 biji bawang Holland – potong dadu
1 biji lada benggala (warna ikut suka)*
50gm daging cincang (saya guna daging cincang keluaran Ramly)
1 tin kecil cream cheese (saya guna tin prego)
2 sudu sos cili
garam dan gula secukup rasa
daun bawang utk hiasan

Cara memasak:
1. Rebus macaroni hingga empuk**
tips merebus: untuk merebus pasta sila masukkan air rebusan dengan sedikit minyak dan garam untuk mengelakkan pasta melekat atau terlalu kering. Ia juga membuatkan pasta cantik dan berkilat.

2. Tumis bawang putih hingga kuning. Masukkan bawang Holland dan tumis hingga garing.
3. Masukkan tomato puree,sos cili dan tumis hingga naik minyak dan masukkan daging cincang. Tumis hingga kering
4. masukkan 3 sudu cream cheese dan kacau lagi. akhirnya masukkan capsicum dan macaroni dan setengah sudu lagi cream cheese
5. goreng hingga masak dan kering. hias dgn daun bawang dan hidang.

* boleh juga dimasukkan potongan kiub lobak merah atau sayur campur bagi penggemar sayuran
**tips pasta orang Itali sebenar ialah tidak mengetos pasta dgn lama seperti kebiasaan kita lakukan tetapi ditos dr periuk rebusan dan diangkat terus masuk ke kuali tumisan sos pasta serta digaul rata.




Jumaat, 25 Oktober 2013

Kesan Rindu...

Dalam asyik meladeni rasa
terbias rasa rindu yang tak kunjung padam
entah untuk siapa...entah untuk apa..
Ya mungkin aku juga tahu..
rindu itu hanya untuk dia

jangan singkirkan
resah rindu itu
kerna ia indah
melewati waktu sepi

garis terbit
merentang tali sesal
walau tak bermakna
kerna balasnya
sudah minggir

lalu
teruskan aku resah
menatang rasa pelik indah ini
kerna ia bedanya kita
dengan makhluk Allah yang lain

Rindu untuk siapa...rindu untuk apa?
Tak perlu bersuara.pendamkan saja..


Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Selasa, 24 September 2013

Mamat Nepal Yang Jambu! Ahaks... :D

Lama jugak Seri tak masuk ke sini...hurmm...agak sibuk dgn tn hj tesis Seri...dapur pun asapnya kurang kepul...ada berkepul pun x tebal...sbbnya sibuk sungguh meng'asap'kan tesis Seri yg nak diantar 9 bulan dr sekarang...alahai...mcm nak tunggu due beranak plak dah...huhuhu...Seri Mix feeling...mcm2 tergambar dlm kepala...moga-moga dipermudahkanlah Allah urusan pengajian Seri ni nanti...amin! Followers semua...tolong doakan Seri sekali banyak2 ya? ehhehe tq...

Smalam sblum ke lib dihantar oleh En Asben Seri, kami singgah mengisi minyak kereta di stesen minyak petrol BhP. Kemudian terus pergi membasuh kete...kat blakang stesen...alahh basuh kete dalm 'mesin transformer' tu... kat situ mmg semua pekerjanya pendatang asing...Seri naik hairan...ntah manalah peginya lg anak-anak muda bangsa Malaysia ni dah sirna agaknya...hilang dlm arus jenayah, dadah dan juga artis-artisan, atau ntah ke mana..ada anak-anak muda yg bergraduat, sah2lah tak mahu kerja begitu..walaupun untuk sementara...katanya..apa guna belajar tinggi2 kalau keje lekeh dan bergaji kecik...aduhaiii anak muda! sudah mabuk ditelan kmewahan dunia di sini...Cerita pengalaman kerja Seri kalau nak cakap dan tulis, mahu kene urut jugak jari jemari Seri ni kalau menaipnya...memang panjang sebelum Seri muncul sbg insan yg ada pd hari ini..hurmmm...

ok..lah...x nak citer ttg tu dulu (next time k!)nak dijdkn citer smalam...Dalam ramai-ramai tu...tetiba sampai tmpt sabun kete..en Asben Seri cuit lengan Seri :-
"tgk tu..mamamt Nepal tu...jambu kan???"
Seri automatik menoleh...Sah! Memang! Jambu kata kauuu!!! comelnyer...kulit sawo matang, badan tinggi dan tegap...hidung mancung...rambut panjang berikat satu, senyum meluruh jiwa...mata bundar nak sepet2 sikit, mulut comel hampir bentuk berlian...pendek kata..memang indah sgt ciptaan Allah d pandangan mata saya... hampir2 mcm mamat korea yg menjdi idola dan kegilaan anak-anak muda sekarang ni...(muka mungkn terhasil kerana pertembungan bangsa Mongoloid kot..kih3) satu pkataan saja keluar dr mulut saya :
"MasyaAllah"..en Asben tergelak...menurut En Asben, sebelum ni pun dia dah perasan mamat tu..ms cuci kete Seri yg lg satu...hari ni mamat Nepal ni muncul lagi...

Sambil melihat dia menyabun badan kereta Seri, Seri berpaling 2-3 kali melihat dia bekerja..dia perasan dan lemparkan senyum manisnya pd Seri..kalau anak dara kompom cair-mair...jd coklat kene panas mentari..auuwww!!! hahhahaa...(menulis dgn rs tlalu obses!) kih3...

Terdetik di fikiran Seri, kalau anak Malaysia mka jambu mcmtu sah2 sudah "jual diri" jd artis atau model..paling2 jd pelayan makan minum dalam kapal yang boleh terbang...ahaahhaha...sdgkn yg x ada rupa mahupun suara masih 'cekal' terkinja-kinja di platform uji bakat pelbagai rcgan hiburan nk jd artis...ada jugak yg "jual diri" di "kamu tiub" (u tube)semata-mata nak jd retis..hik3...

jadi, apakah yg blaku di negaranya hingga dia sanggup dtg dr jauh beribu batu ke negeri orang semata-mata mahu menjadi si pencuci kereta? apa dah jd pd anak muda di msia? itu yg menjadi persoalan di hati...

Diam-diam Seri lafazkan tasbih,tahmid dan takbir dlm diri...beruntungnya hidup aku! Seri mengumam sendirian...syukur atas nikmat rezeki yg sudah Seri dapati ini...semuanya kurnia Allah yang tidak terhingga..jadi kamu semua...kecil mana pun karunia Allah...belajarlah bersyukur...jgn kufur nikmat ya! wahai anak muda...

Jgn asyik keluarkan pkataan dia kaya aku miskin, dia tinggi aku rendah, dia makan aku tidak... jaga kata-kata kamu semua kerana dosa lidah lebih merbahaya dr membunuh.Jgn tuding jari siapa salah, siapa tidak... kerana satu jari kita tuding orang lain, empatnya kembali kepada kita.... bersykurlah dgn apa yg kita sudah ada dan jgn bandingkn kita dgn org yg lebih kaya, mewah dan berdarjat tinggi...bandingkan diri kita dgn org yg lebih susah, miskin dan berkedudukan rendah dr kita, InsyaAllah...kita akan selalu bersyukur dgn apa yg ada pd diri kita dan pd Allah..rezeki ada di mana-mana...Usahalah...carilah...doalah...tawakallah...InsyaAllah , Allah juga turut ada dgn kita di mana-mana kita berusaha.

SP: dah faham mengapa ada ramai anak-anak gadis sini kawen lari dgn pendatang asing..uhuhuuuu...jgn buat ya? kih3


Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Isnin, 19 Ogos 2013

Nasi Daging , Daging Masak Hitam Ala Sarawak & Rojak Jelatah...Menu Sesuai Bertandang Raya!

Assalam semua...belum terlambat sekiranya Seri nak ucapkan lagi Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...al maklumlah...katanya raya sebulan kannn?? hehehe...

Raya tahun ni Seri agak sepi sedikit...yelahhh stdnt2 yg sempat bernanung di bawah didikan Seri, semakin lama semakin habis pengajian. Yang ada tinggal hanya batch 4 yang sekarang pun menjalani ujian praktikum di sekolah...jadi tak adalah lagi kunjungan-kunjungan "secara borong" di rumah Seri...yg membuat Seri mencatu-catu apa menu yg nak dihidangkan untuk mereka yang selalu bertandang ke rumah Seri sebelum ni... sedih dan sunyi memang terasa...tp nak buat macam mana, mereka manusia yang mengalami proses pembesaran...ahahaha...TAPI...semalam, seorang dr bekas anak didik Seri (batch 1) katanya nak dtg berkunjung ke rumah...Seri menambutnya dengan hati yang gembira dan berbunga2...rupanya sudah dua tahun kami tidak bertemu muka..anaknya pun sudah ada dua...terasa-rasa diri ini sudah terlalu tua...huhuhu....

Jadi..Seri pun mula sibuk bukak peti sejuk, tgk ada apa yg boleh dimasak untuk dijamu kepada tetamu yg sudah agak lama tak jumpa...selain rasa rindu yg membuak2...Seri pula tak mahu tetamu dtg ke rumah Seri balik dgn perut kosong...Jadi, bila selongkar peti, nampak ada daging..ermm apa lagi..terus dalam kepala nak buat nasi daging...lauknya daging masak hitam ala sarawak...resepi yg Seri kutip turun temurun daripada Al-Marhum ayahanda tercinta...serta merta juga rasa kerinduan terhadap ayah tercinta yang telah pergi 20 tahun lalu berbunga...Al-fatihah utk ayahanda tersayang..semoga sentiasa dlm rahmat Allah dan bersemadi dgn tenang di dunia sana...Aamin! huk2...sedey pula Seri bila mengingatkan beliau....

untuk bekas student Seri itu, yg datang dgn suami dan dua anaknya yg comel2 dan masih kecil...Seri masakkan nasi daging berlauk daging masak hitam ala Sarawak dan rojak jelatah...bagi student Seri yang nak resepi nasi daging ni, nahhh..Seri turunkan di bawah ni...resepi ni pun Seri amik daripada makcik google...ada banyak resepinya tapi Seri campur buang dan tambah mana-mana yg patut dan ikut pula cara Seri sendiri...

So, utk yg nak resepinya..nah amik ni...jangan tak cuba pula ya? heheheh...

RESEPI SUP DAGING
300gm daging segar
air secukupnya
garam bawang putih
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
garam dan gula secukupnya
5 sudu minyak masak
rempah ratus-bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis

bahan dikisar:
1 batang lobak merah
1 batang leek
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia

Cara masak:
1. rebus daging hingga empuk bersama garam bawang putih, serbuk lada hitam dan putih, sedikit garam dan gula.
2. keluarkan daging dan sejukkan bila sudah empuk- daging dihiris nipis bagi membuat nasi daging dan sebahagian dimasukkan semula dalam sup
3. tumis rempah ratus serta bahan kisar hingga bau naik dan garing
4. masukkan dalam air renehan daging dan perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. didihkan dan tutup api serta sejukkan.


RESEPI NASI DAGING
3-4 cawan beras Basmathi
5 sudu minyak sapi
1 bungkus kecil rempah kari kurma
3 sudu puri tomato
200ml susu cair
2 helai daun pandan
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 laras (sederhana besar) kulit kayu manis
4-5 cawan sup daging beserta hirisan daging di dalamnya
3 sudu kismis hitam
2 sudu bawang goreng

bahan dimayang:
1 labu besar bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

bahan ditumbuk:
1 labu besar bawang merah
1 inci halia


Cara masak:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis rempah ratus dan bahan dimayang hingga kekuningan
2. Gaul bahan tumbuk dengan kari rempah kurma dan masukkan ke dalam periuk. Tumis hingga rempah garing
3. Masukkan sup daging beserta hirisan daging, susu cair, tomato puri, dan biar hingga mendidih.
4. Masukkan beras basmathi dan kacau sedikit. perlu dipastikan air sup dan beras sama banyak. pastikan selalu periksa keadaan nasi dan air sup. tambah air sup jika nasi kelihatan agak masih berinti(agak mentah)
5. Tutup periuk dan biar nasi ditanak hingga masak. Bila sudah masak, masukkan bawang goreng dan kismis serta digaul rata. Padam api.

Tips: Jangan kacau selalu nasi takut beras patah


RESEPI DAGING MASAK HITAM ALA SARAWAK
1 kilo daging segar
1 1/2 sudu jem strawberi
1 1/2 sudu mentega kacang halus (peanut butter)
5 sudu minyak sapi + 2 sudu minyak masak biasa
5 sudu kicap masin
5 sudu kicap manis Saus ABC
3 sudu kicap pekat
3 kuntum bunga lawang
4 bj buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 laras besar kulit kayu manis
2 helai daun pandan
1/2 keping asam gelugur
air secukupnya
garam dan gula secukupnya


bahan untuk dikisar: (
1 batang lobak merah
2 genggam kismis hitam
3 labu sederhana besar bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci lengkuas

Cara Masak:
1.Potong daging saiz sederhana dan bersihkan
2.Perap daging dengan bahan kisar yang telah dibahagi dua, kicap masin, kicap manis ABC dan kicap pekat selama 15 minit. Masukkan sekali jem strawberi dan mentega kacang. Gaul sebati.
3. Cairkan minyak sapi yg dicampur minyak masak tadi. Tumis rempah ratus, dan separuh lagi bahan kisar dan daun pandan dalam kuali. Tumis hingga garing.
4. Masukkan daging yang sudah diperap tadi dan masukkan sedikit air untuk empukkan daging.
5. Biarkan daging masak dengan api sederhana kecil hingga sedikit kering. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila daging mula empuk, masukkan asam gelugur.
6. Masak lagi hingga daging betul-betul empuk. Jika kurang empuk masukkan sedikit air lagi dan keringkan hingga empuk.
7. padam api bila daging sudah masak.

Tips: Potong daging mengikut urat yang betul jika mahu daging cepat empuk dan tidak liat:)

RESEPI ROJAK JELATAH??? ALAA...MUDAH SANGAT! Hehehe.... 2 bj timun jepun, setengah btg lobak merah,
sebiji bawang merah sederhana besar, ibj cili merah racik halus, cuka, garam dan gula secukupnya. Potong timun dan lobak ikut suka dan gaul dgn semua bahan...nahhh...dah siap! haha...mudah kan?

haahh..itu sajalahhh resepi nasi daging Seri hari ini. harap-harap yang minta resepi mencubanya ya? yang tak minta pun, kenelah mencuba jugak sebab resepi ni nampak agak remeh tapi sedap dimakan apatah lagi bila dijamu dan dimakan bersama keluarga yg ramai dan disayangi selalu...sekali sekala jamu keluarga yang tercinta dan orang tersayang dengan air tangan menu-menu seperti ini...apa salahnya...lagipun, kan masih mood raya semua...jadi nak jamu kawan2 dengan menu macam ni pun amat sesuweiii gitu...ehehhehe..

Selamat Mencuba Semua :)


inilah rupa nasi daging Seri...daging ada kat dalam nasik tak nampak...yg ditepi2 tu cadangan hiasan je la...hahaha

dan...inilah rupanya daging masak hitam ala sarawak Seri...resepi turun temurun dr ayahanda tercinta :)

ini pula rupanya rojak jelatah yg mudah sgt tu! hehehe...

..nahh...inilah hidangan lengkap nasi daging Seri menyambut bekas pelajar yg datang beraya ke rumah Seri semalam...harap-harap dia suka dgn rasa nasi daging masak hitam ni...huhuhu....satu set hidangan lengkap begini RM7.00..ada brannn??? hik3... :p



SP
L.TTwangsa
190813




Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada