Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Isnin, 20 Mei 2013

Cerita Caca Marba: Part I

macam biasa, setelah agak lama barulah Seri berkesempatan berkunjung ke sini semla...setelah bergelumang dgn beberapa siri kesibukan hidup yg kdg2 betul2 sibuk dan kdg2 buat2 menyibuk jek...hehhee...tapi semenjak usaha utk menulis tesis Seri serius, Seri banyak luangkan masa ke sana sini untuk bertukar2 tempat dan suasana menulis.

baru-baru ini Seri ke Mukah dan Sibu, tujuannya utk update data dgn respondan. Alhamdulilah, Allah permudahkan semuanya utk Seri. Tapi cerita caca marba hari ini bukan cerita ttg tesis Seri mahupun update data Seri tetapi beberapa cerita yang sudah basi ditempuhi Seri beberapa ketika sebelum kembali ke sini ptg ini. walaupun sudah basi, namun Seri masih mahu memasukkan dlm entry kerana sesetengah perkara kdg2 menyentuh hati kecil Seri dan Seri rasa ia perlu dikongsi bersama followers semua..

sebelum tu, Seri mmg nak minta maaf byk2 sebab dah lama sgt tak update apa2 entry, esp. entry resepi. mungkin ada yg menanti dan nak tau apa yg Seri masak hari ini bila stress. tapi skrg sudip dan kuali pun dah mula pandai rindukan Seri tau! hak3...al-maklumlah...bznya ntah apa-apa...hehehe

CERITA 1~ FIELD WORK KE MUKAH TERTUNDA....TIKET FLIGHT PUN HANGUS TERBAKAR...huhuhu... :(

bulan Mac, Seri diserang demam yang sgt teruk. selepas balik 2 bulan selepas bonda Seri kembali ke rahmatullah,Seri mmg rasa selalu tak sedap badan. mungkin keletihan badan dan juga rohani/spiritual baru terasa..nak2 kesedihan baru lpz kehilangan org tersayang mmg masih kuat terasa...jadi demam Seri datang dan pergi. Dalam bulan Mac sahaj, genap Seri 4 mingu demam-kebah-demam. Kemuncaknya pada minggu ketiga selepas balik dr kampung mak mentua (balik menjenguk beliau yg juga slalu kurang sihat) Seri terus menggigil. badan panas semacam bara api, muka pun merah macam udang dibakar. demam paling teruk adalah pd hari Seri sepatutnya kene fly ke Sibu dan Mukah.

disebabkan demam teruk waktu itu Seri dan suami terus mengambil keputusan menunda penerbangan hingga bulan Mei baru-baru ini.

jadi, harga tiketnya, x yah ckp la...dr semurah2nya, hingga boleh buat Seri dan hero tamil Seri terbang sejauh Busan di Korea (dlm rangka promosi Air Asia lah!) huhuhu...sebab harga tiket yg terlalu "murah" itu, Seri dan suami terpaksa menunda rancangan nak ke tasik Tonle sap, Kemboja bulan Jun ini...huhuhu

semuanya terlepas...huk3
Seri: Al-fatihah ..untuk bonda tercinta...mudah2an dicucuri rahmat oleh Allah selalu dan digolongkan dalam kalangan org2 yang beriman dan beramal soleh...Aamin!


CERITA 2 ~30 APRIL & 1 MEI KALI YANG KE 13 : MENGENANG DIRI KALI YG KE 13

bulan April di awalnya dilalui dgn biasa2 saja. namun penghujung bulan April adalah hari yang sering ditunggu2 oleh Seri dan suami. setiap kali datangnya 30 April dan 1 Mei, Seri dan suami akan sibuk mencari tempat utk menyambut ulang tahun perkahwinan kami. Kali ini kali yang ke 13. sedar tak sedar, pejam celik, sudah 13 tahun Seri dan suami melayarkan bahtera rumah tangga bersama. sudah tentulah dalam masa 13 tahun ini pelbagai ragam pahit manis, suka duka, tawa dan mennagis kami lalui bersama. namun, Alhamdulillah...kami masih ditakdirkan Allah utk bersama ...InsyaAllah...hingga akhir hayat kami nanti. Aamin...dan mudah2an hingga ke syurga bersama...

setiap kali dtgnya tarikh keramat ini kedua kami akan pening sbb mencari tempat utk merai hari bahagia ini...sudah byk tempat kami pergi dan hotel mana tak dijejaki...hik3...namun akhirnya anniversary tahun ini kami hanya menyambutnya cuma di Alamanda Putrajaya...hahaha...dah habis idea kot kami...setelah pening2 lalat mencari tempat akhirnya sy dan suami ke tempat ini untuk makan2 meraikan tarikh bahagia ini...walaupun agak simple dan bukan candle light dinner mcm org lain, kami masih boleh tersenyum puas, sbbnya..perut kami terisi dgn hidangan yang betul2 membuka selera kami...

Ia membawa memori di Jawa dan Bandung bagi sesiapa yang pernah ke situ kerana makanan yg terhidang adalah makanan daripada kedua tempat tersebut di Indonesia... :)

Tempat : Alamanda Putrajaya
Restoran : Bumbu Desa
Restoran ni memang best...penuh dgn nilai2 tradisi...yang sudah tentu mmg menjadi kesukaan Seri...(yg mencintai budaya warisan)

Tengok nih...hehhe

ni deco dlm restoran tersebut...unik kan? ermmm

yang ni pulak mknan kami pesan...sbnrya mknan pun boleh pilih dr buffet yg dihdgkn, bgth mereka dan akan dipnskan utk dhdgkan...tapi kami memilih ala carte... heheh...tgk nih...


hahhaha...mcm nak mkn 10 org kan? tp kuantitinya agak sedikit dn sesuai utk dimkn oleh 2 orang...jd x salah pesan agak lebih..heheh...tp air merah tu...bapak gula dlm dia...nama air Soda Gembira...tp mmg tak gembira la bila minum sbb terlampau manis...soda merah + susu pekat..huhuhu...harga segelas RM 10.90...huk3...Seri dapat minum sikit saja sbb tlalu manis...suami apatah lagi...mmg restricted...huhu

jadi inilah tempat kami meraikannya kali ke 13...berbeza dgn kali-kali yg sebelumnya...apa salahnya mencuba lain dr kebiasaan kan???? so...selamat ulang tahun pkahwinan utk diri sendiri dan suami..moga kekal hingga ke Jannah...aamin!

Seri: teringat lagi mknan Sunda dan Jawa mcm kali ke 7 dulu...huhuh....

Ini cerita suka bulan April...wpun kedudukannya di hujung bulan namun Seri dahulukan kerana ia sangat bererti buat Seri.

sebenarnya ada cerita lain pada bulan April...salah satunya yg menyayat hati...satu lagi agak menyeronokkan...tunggu seri update lg entry lpz ni ye? Tak lama...InsyaAllah....sekejap saja Seri akan masukkan entrynya...

Tapi..Seri permisi dulu ya...ada agenda lain pula menunggu...
Tinggal dulu...

Seri Panggung
Lembah Titiwangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada