Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Jumaat, 15 Mac 2013

Agar-agar Roti Cinta Kasih

Assalam semua...mcm biasa setelah hampir beberapa ketika barulah Seri muncul dengan beberapa pos baru utk tatapan followers semua...mohon maaf sebab Seri sangat sibuk dengan Tuan Hj. Tesis Seri hingga tiada masa utk singgah di sini. Walau bagaimanapun sibuk dgn Tuan Hj. Tesis, ke dapur dan ke laman rumah tetap menjadi pilihan menghilangkan stres...

Baiklah, jd bagi semua yang menunggu lama resepi Agar-agar Roti yg Seri upload gambarnya terdahulu dalam facebook Seri, ini resepinya...jangan tak cuba pula, mesti cuba tau!

AGAR-AGAR ROTI CINTA KASIH

1 peket agar-agar (25gm)
6 keping roti
1 tin susu cair krim
1 biji telur
5 sudu besar gula (boleh dikurangkan jika tak suka manis sangat)
4-5 ketul gula batu putih (sederhana saiz)
6 cawan air
3 jenis pewarna (kuning, merah, hijau atau ikut kesukaan anda)

CARA MEMBUATNYA:-
1. Roti dicarikkan, kemudian satukan dengan susu cair dan telur
2. Kisar kesemua 3 bahan di atas hingga halus
3. Rendam agar-agar hingga lembut kemudian didihkan dengan air
4. Tapis agar-agar jika mahu lebih halus dan salin dalam periuk lain serta kembali didihkan
5. Masukkan gula dan gula batu putih dalam agar-agar yang sudah ditapis
6. Didihkan hingga agar-agar betul-betul pekat dan masak
7. Bila adunan agar-agar mendidih masukkan adunan roti yang sudah dikisar tadi
8. Biar hingga mendidih sekali dan padamkan api
9. Bahagikan adunan kepada tiga dan dimasukkan dengan warna yang berbeza
10.Masukkan 3 warna adunan dalam loyang satu persatu mengikut lapisan warna yang disukai
11.Sejukkan adunan agar-agar dan selepas sejuk sedikit masukkan dalam peti sejuk untuk dimakan dingin

**Tips: loyang basahkan dengan sedikit air untuk memudahkan adunan dipotong dan dikeluarkan nanti.

Selamat Mencuba! :)

Seri Panggung



Agar-agar Roti Cinta Kasih :)











Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada