Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Rabu, 25 April 2012

Rindu Itu Bertandang Lagi...

Ombak berdesir lara Menghempas pantai senja Lalu ia mengingatkan aku Pada sekeping hati yang pernah duka Mentari sebenarnya sudah terbenam Di balik langsir damai sebuah kesumat Kukirai gelora rindu lantas menutup dengarku Pada puputan angin rinduku Tapi entah gelombang arah mana Atau mungkin hanya kerana tersaksi pada pendua cinta Membuat resah rindu itu Bertandang kembali Dalam gerimis hati Jika ia benar cinta Yang sering mengganggu sukma jiwa saat ini Melirik rasa sayu rindu itu kembali Tuhan! jagailah aku hanya dalam rindu padaMu Jika benar itu kasih Mungkin akan bertapak di dada kesumaku Menampung rasa itu hingga tertumpah terluah tak tertahan Tuhan! selimutkan aku hanya dengan kasih sayangMu Gelora itu datang lagi... Rindu itu bertandang lagi... Benarkah ianya milik kesuma jiwaku Yang sering terbuai dihempas ganas ombak kenangan lalu Ya Rabb!...jagailah daku... Ya Rabb!... tunjukilah daku Pada rindu dan kasih di ladang kebenaranMu... Amin!...
~Seri Panggung~ Mukah, Sarawak April 2012

Isnin, 2 April 2012

1.5 (MYR)

Terima kasih pada semua yg setia di sini. Mcm biasa Seri br ada ms mengupdate. terlalu bosan dan terasa mahu bebas berfiir sepuas2nya hari ini daripada hal2 ilmiah-terasa hari ini menyesakkan kepala sangat. huhu...

Mcm biasa gak, cerita Seri selalunya cerita basi kerana lmbt ditulis, tp dek kerana rs ianya menarik Seri masih mahu menulis jga. hehe

Cerita kali ini tentang 1.5. haha...apakahhh??? 1.5 boleh jd mcm2...1.5km, 1.5kg, 1.5m, 1.5mghz, 1.5pm/am dan sebagainya....hehe..tp hari ini Seri mahu bercerita MYR1.5...bukannn...bukan 1.5k, 1.50 jekk..bukan byk pun, tp bg sstgh org yang gajinya kurang dpd 1.5k dengan beban yg ditanggung lebih daripada 2 org ianya satu bebanan yg ckp tinggi, yg membuatkan org itu menarik balik apa yg dimahukan, mengikat perut supaya 3 yg ada di rumah dpt menikmati yg sepatutnya....MasyaAllah...sedar tak sedar dlm rungutan Seri tetap mahu bersyukur pd Allah masih mampu membeli sarapan pagi berharga 1.50 sen.huhu...

Pagi yg tenang. Macam biasa, setelah usai solat Subuh, Seri dan suami akan keluar naik kereta menikmati suasana syuruk yg damai di TM ini. Biasanya kami akan menikmatinya hingga ke Kalumpang. Kalau ada rezeki maka memandulah dlm kabus tebal di Lembah Titiwangsa sampai ke Kalumpang...Memberikan rasa nikmat terhadap alam semula jadi ciptaan Allah yg tak ternilai...dan juga salah satu cara menrafakkan rasa kesyukuran yg tak terhingga kepada Pencipta-Nya. Aktiviti ini hampir dilakukan setiap hari oleh Seri dan suami. Kecuali kalau kecintaan Seri turun...iaitu bila hari hujan...pastilah Seri akan duduk di laman rumah menikmati bunyi dan rintik hujan yg sungguh mendamaikan itu...hermmm... :)

Pagi tenang tersebut Seri dan suami lalui juga. Tapi hari itu, mls hendak ke Kalumpang, jadi berlegar sekitar TM. Ada rezeki mahu beli sarapan sedikit sebelum suami Seri ke tempat kerja. Beli sarapan bukanlah wajib dan setiap hari bg Seri, jarang2 berlaku pd Seri kecuali teringin. Kalau tidak Seri dan suami lebih senang makan roti bakar dan nescafe atau teh tarik di rumah. Atau kalau ada lebihan nasi ditanak semalam, Seri lebih gemar menggorengnya sendiri. Hari itu, entah macam mana Seri dan suami teringin hendak makan bihun goreng. Kebetulannya stok bihun di rumah sudah habis, tiada. Jadi kami mengambil keputusan untuk membeli sahaja.

Usai berjalan2, Seri dan suami berhenti di sebuah gerai menjual pelbagai sarapan di tepi jalan. Nampak meriah! Ramai duduk berceratuk minum smbil mkn dgn nampak begitu berselera... mesti sedap sebut suami Seri. Seri tergelak dgn asumsinya ...blum apa-apa sudah ada jawapan...heheh...Suami turun kereta. Seri malas...tetapi cermin tingkap kereta dibuka luas. Menyebabkan Seri mendengar dgn jelas biji butir dialog suami Seri (SS) dan peniaga makanan (PM). Begini lebih kurang ...hehe:-

SS: Kak, bihun goreng 1 ye?
PM: mengangguk smbil tersenyum lebar dan bertanya "nak sambal?"
SS: Oh x payah! (dia mmg maklum Seri x gemar bihun atau mee bubuh sambal tumis! merapu bg Seri huhu)
PM: kelihatan dia membungkus dgn cepat. masa tu Seri sempat melihat dia menceduk agak sedikit...x apalah, seringgit jek pun...Seri mendengus sendirian
SS: berapa kak?
PM: 1...5 (simple jwpn)
SS: 1...5? ( suami Seri mcm x faham)
PM: ye, 1.5..(smbil tunjuk jari 1 dan 5)..dia mengulang seringgit lima posen..kali ini jelas
SS: nampak agak terkejut. Seri pun terkejut...

Dengan muka agak kelat, suami Seri balik ke kereta setelah membayar harga sebungkus bihun kosong. Dia masuk ke dalam kereta dgn sedikit mengomel. apalahhh peniaga sekarang...bihun kosong pun 1.5 sen, sikit pulak tu..Seri tergamam, sambil membelek-belek bungkusan...yupszz...memang kecil..sgt kecil balutan tu...apakahhhh??? hingga sampai di rumah Seri dan suami senyap...tanpa perkataan...bila di rumah, Seri buka balutan...ternyata memang bihun kosong...ada beberapa ulas sayur tauge dan sawi...telur pun tarak! tengok nih...hehhee...



Anda semua ada idea? Yang lebih mahal lagi? Bagi Seri kalau mahal sesuai dgn tempat, kuantiti, kualiti dan rasa, itu perkara lain. Bagi Seri juga, harga terlalu melampau dgn kuantiti, kualiti dan tempat di tepi jalan. Atau mungkinkah Seri melampau menganalisis??? Huhuhu....Anda mngkin ada jawapan anda sendiri...terpulang bagaimana cara anda berfikir....Seri cuma menzahirkannya sahaja di sini bila Seri rasa ada perkara yg melampaui hak sebenarnya... :)

Seri Panggung: Ini adalah penangan berita kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 13% yang dilaporkan tempoh hari. Ramai yg tersengih dengan berita itu (bg yg bergaji besar), ada yg tersengih lpz tu merungut dgn kenaikan harga barang (org mcm Seri...hahaha)ada yang muram dan ssh hati (swasta dan juga yang tiada pekerjaan tetap-buruh kasar dan juga mengutip 1-2 kerja hanya utk mencari sesuap nasi). Seri dan suami juga pernah terkena dgn 1.5 (MYR) ni...masa tu ns lemak...hanya ada seciput nasi, dan sedikit sambal tumis serta 1 keping timun nipis...apa kata anda pula???? (Seri terlupa nak ambil gambar la plak!!!) huhuhu...

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada