Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Isnin, 24 Januari 2011

BerBuka PuasA taNpA BeRPuasA...

Hari ni Seri berpeluang berjumpa sekaligus berbuka puasa dengan seorang pelajar Kaunseling yang rapat dgn Seri. Walaupun Seri bukan pensyarah fakultinya, tetapi kursus universiti merupakan 'bridge' yg telah merapatkan kami tanpa disedari. Dan akhirnya...kami memang begini...Seri memang ramai pelajar luar fakulti yg rapat dan baik dengan Seri...bukan apa...kalimat baik hati tapi zalim tu dan dengan tindakan Seri yang suka menggelarkan diri mereka dengan pelbagai gelaran...telah merapatkan ukhuwah hingga mereka sudah hampir meninggalkan Bumi Bertuah Tanjong Malim ini. Bukan sekadar pelajar kaunseling, malah dari program Kemahiran Hidup, TESL, Bahasa Melayumemang ada yg rapat dengan Seri hingga ke hari ini. Apatah lagi anak-anak didik Seri di program jabatan dan fakulti Seri sendiri. Harus ada yg paling rapat...hingga panggilan ke ata Seri turut berubah...Mama, Umi...lantaklah diaorg nak panggil Seri apa....seri tak ada hak nak halang...itu hak mereka janji ada panggilan untuk Seri. Bila Seri tanya kenapa panggil Seri begitu...alasannya...macam-macam dan paling klise...anggap Seri seperti ibu sendiri..huuhh!!! suka atilah...

Ahh...berbalik Seri kepada pelajar Kaunseling tadi...da agak lama sejak semester 2 dibuka pada awal Januari, Seri memang x nampak batang idungnya...katanya terlalu sibuk...urusan tu urusan ni...dia pendebat univeriti....jadi sibuknya mengalahkan pak dan mak menteri...huhuhu

Dia datang sambil membawa mknan, kegemaran Seri ketika lapar dan penat tetapi tidak berselera untuk makan nasik...FISH BALL...itu pesanan yg dibawa kepada Seri...tapi disebabkan rezeki sebelum dia sampai (dah Seri kata sejak jd pensyarah ni...rezeki murah...byk kali dibelanja student hehehe)....Seri jd kenyang....cuma menemani dia makan berbuka...bila da lama tak jumpa, Macam-macam cerita yang keluar....ntah apa-apa...kami berborak macam tak ada esok lagi...semuanya nak dikeluarkan...cerita yang paling hot spot...adalah cerita rumah Seri diselongkar oleh orang tatkala suami menyambut hari jadinya yang ke 35 pada 7 Jan lepas....huhu...ini memang cerita sadis...tak dapat Seri bayangkan perasaan hari itu...huhuhu...(tak nak flashback sini)

Setelah seharian bergelumang dengan pelajar yg datang ke bilik sebab bertanya hal kerja tugasan...Seri menjadi sangat letih...tetapi melayan student Seri yang seorang ini...sedikit banyak menghilangkan keletihan dan stress yang timbul...esok...hari yang sangat sengal...huhu...Seri akan berada di PC untuk kuliah selama 4 jam berturut-turut...aduhaiii...really Black Tuesday! petang plak bersandiwara dengan pelajar2 yang menerima konsultasi latihan ilmiah....hurmmm....itulah nasib seorang pensyarah seperti aku di sini...masih aku ingat kata2 emel timbalan dekan fakultiku..."kerja pensyarah seperti kita memang tidak ada erti cuti!...wahhhh....tak sanggup aku dgn kenyataan tersebut....

hurmmm...sudah mellaut pula..itu yg Seri malas nak menulis...kalo menulis inilah jadinya...untuk Epal...terima kasih kerana melayani setiap cerita saya...dan terima kasih juga atas minuman dan fish ball yang disediakan...terlupa nak bayar duit kamu! huuhuhu....dari cerita Epal~cerita pelajar~kemudian cerita kerja~...aduhaiii...apa sebenarnya yang nak Seri sampaikan ni? tiba-tiba Seri kehilangan kata-kata...lambat-lambat Seri menekan keyboard laptop ni..tiba-tiba...aduuuhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!


BIG THINGGGGGG!!!!! cerita Korea kegemaran Seri sudah 40 minit berlalu...Seri mesti balik...Kwan Sang Woo...Tunggu ya...sampai jap lagi...adehhhh!!!! cane leh lupe nihhh???? (cerita ini ditonton untuk menghilangkan stress dan belajar politik Korea bagaimana! haksz!)- sesuai ditonton oleh kaki2 politik yang tak ada kaki lagi untuk mempolitikkan politik mereka...Adehhhh!!!

Selamat untuk semuanya! Adios dulu...Seri mahu balik...dan mcm2 sudah terdengar ntah tapak kaki di luar bilik....entah siapa punya...bulu roma mula meremang...teringat 2 org pelajar TESL td dtg utk mendengar cerita ##%$^%^%&)*&& daripada Seri petang tadi.begitu beriya2 mereka mahu Seri ceritakan utk asgmnt newsletter mereka...tetapi jawapan Seri TIDAK!!!! cukuplah sekali Seri cerita kat budak TESL dan dia telah postkan cerita Seri siap dgn gambar Seri skali kat blog dia(siap hang jap g noh mawi utagha!)...oh tidak!!! huhu...

~Seri Panggung~ : yang hari ini tidak sempat berjumpa dengan Ha Do Ya! aiyakkkk!!!!


Ini Epal...Yang Telah Memisahkan Seri dengan Ha Do Ya! malam ini...adeshhh...huhuhu...anyway...Terima Kasih kerana datang kepada saya malam ini...(mcm ngeri jek ayat ni! cabuuuutttt!!!!) huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada