Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Selasa, 17 Januari 2012

Kisah Lampau...Basi...Tetapi Ramai Org Masih Perlu Makan Hati Lagi...

Wahhh..macam biasa Seri kembali setelah lama menyepi...al maklumlah...suam-suam kuku punya blog..bukan macam orang lain...menggunakan blog utk multi-purposes...sampai blog dijadikan saluran untuk menabur fitnah, bergaduh sama sendiri, mengutuk-ngutuk orang lain..malah dengan blog ada juga yg sampai berbunuh2an... MasyaAllah...mcm tu sekali manusia terpengaruh, dipengaruhi dan mempengaruhi kehidupan mereka dengan teknologi. Seri bukanlah tak guna langsung teknologi, tetapi Seri tetap guna tetapi guna secara "middle-class" purposes... taklah sampai bertikam sesama sendiri...walaupun hanya bertikam lidah jer...hahaha....jgn marah ekkk...bg sesapa yg terasa ati bila Seri tulis begini.

Sebetulnya, masing2 bebas bergerak atas kehendak diri sendiri. Al-Maklumlah...kebebasan bersuara, kenalah apply dgn sesungguhnya...kalau tak rugilah nnt..itupun msh ramai lagi di luar sana yg melaung2kan seperti polong hilang kepala ttg hak dan kebebasan walaupun hakikatnya kat Malaysia ni dah banyak kebebasan kita dapat...cuma nak bawak anda semua fikirkan sejenak....di Malaysia kita boleh bershopping sakan tak ingat dunia dgn aman dan bebas, boleh bergerak dgn kereta dan pengangkutan awam lain di lebuh raya dan stesen2nya dengan bebas dan aman, bekerja tanpa gangguan bom, senapang, M-16 ke...dgn bebas juga...mengutuk siapa-siapa yg rasa patut dikutuk dgn bebas juga...haahhhaa...(jgn terasa lagi!), berdemonstrasi di universiti dgn bebas jugak(uuppsss!!!! terlebey sudaaa...hak3)...ermmmm pendek kata banyak jenis bebas lah kat Malaysia, sampai rompak dan pecah masuk rumah orang, menyamun, merogol, meragut, buang bayi...pun bebas gak la kat sini...apa lagi yg korang nakk???? haha...pikiaq la guna akai skit kalo rasa2 nak perjuangkan apa-apa pun...kalao tak perjuangan akan sia-sia....huhuhu...

Nasihat Seri: Bersyukurlah dengan apa yang ada di sini, keamanan dan kedamaian, peluang pekerjaan(wpun skrg ada kontrak, sangkut dan sbgnya la status tu), kebebasan bergerak, kebebasan menulis ntah apa-apa dan pendek kata bersyukurlah nikmat yang Allah telah beri pada kita di Malaysia ni dan yang masih Allah bagi. Takut nnt Dia tarik balik sekali je nikmat tu...selama-lamanya kita menanggung beban, susah dan derita. Masalahnya bukan kene pd kta seorang je yg buat onar derita dan seksa tu, tapi tertempias malah melencunkan juga hidup orang2 lain di sekeliling kita...hurmmm...

ehhhh...melalut jauh plak Seri, x mau la cerita ttg bebas kat sini...hari ni nak bawak satu cerita basi pd korang semua...mmg da lama basi tapi masih ramai lagi org yg tpaksa telan "kebasian" (jgn guna...xde dlm kamus dewan kot! huhu) tersebut. Cerita apa? haa...meh Seri ceritakan.

Al-kisahnya, Seri ni mmg ada masalah kesihatan dan terpaksa hidup berulang alik ke gudang-gudang sakit (heheh perkataan lama (swak) plak!) secara kerap. boleh kata kalau di klinik kesihatan kerajaan mmg setiap bulan atas urusan beberapa masalah kesihatan yg dikenalpasti. Malah Seri juga mempunyai rekod kesihatan di Klinik Pakar di sebuah Hospita di daerah SR. cuma temu janji di situ tidak sekerap memula Seri kene attack dulu, sekarang dah beransur 2 bulan sekali ... Alhamdulillah...syukur nikmat Allah...sepanjang berurusan dgn Klinik Pakar di hospt daerah itu, Seri langsung tidak menghadapi masalah, selain mereka tahu status Seri org gomen, dan job position agak selesa, mereka memberikan khidmat yg boleh kata tip top la kat Seri sepanjang mendapatkan rawatan atau jika admit di wad. Manis2 muka kesemuanya...kecuali mungkin dktr2 yang baru dan muda2 yang selalu sembelit nak jawab soalan -soalan Seri yg begitu banyak setiap kali temu janji atau admit di situ. Tapi tu tak kisahlah....yg penting servis tip top. muka senyum selalu. Cuma awal Seri di situ mereka belum tahu siapa Seri layanan, memang tak berapa nak menjadi...hahaha...mungkin juga bila tgk profile Seri mereka tersedar ataupun bila Seri masuk dan terus speaking london kat doktor2 muda dan tua di situ..terus insaf...haha...time kasih la pd sume misi2 dan dktr2 di situ kerana memberikan yg terbaik pd pesakit...mcm tu barulah patient mudah recover dari sakit. takla semakin tertekan dan sakit...heheh

oh ya! memang kebolehan Seri adalah melalut...hehe..berbalik pd cerita Seri. Satu hari tu seri pergi ke KK di sebuah pekan kecil, tapi out patient yg datang boleh tahan juga (buat semua yg bekerja kat situ mukanya masam macam mangga muda cecah tepung asam boi! haha)Dek kerana appointment pd hari tersebut Seri gagahkan juga datang, lagipun nak review keputusan blood test yg diambil 3 tabung bulan lepas..huhuhu...

Seri melalui prosedur biasa. Dtg bawak kad temujanji letak dalam bakul dan tunggu nama dipanggil...hampir 30 min menunggu(aras biasa je) nama Seri dipanggil. Ingatkan kad perubatan dan resultnya dah jumpa tapi rupa2nya mereka bertanya lagi pd Seri bila tarikh akhir dtg appmnt dan pernah tak buat kad di KK itu. Beristighfar Seri cepat2, takut syaitan bisikan dalam hati supaya marah-marah mereka yg memang selayaknya di depan kaunter itu. Huhu...boleh bertanya begitu pula ya..dan Seri dah tahu problemnya adalah mereka misplaced kad kesihatan Seri. Alasan katanya kad di situ terlalu banyak..Seri mengucap lagi, takut marah merasuk diri kerana sudah terasa bahang apinya apabila melihat lagak 'makcik' yang duduk di depan kaunter itu bercakap. (ini antara sebab knp Seri tak mau sain pencen 60 tahun..blum 50 pun da nyanyuk - misplaced kad kesihatan pesakit ntah di mana-mana) Seri diarah duduk menunggu lg sementara mereka masih mencari. 15 min kemudian, dtg seorang lelaki (sy rasa PAR) dgn muka kesian dan sedikit gagap bertanya lagi pd Seri ttg soalan yg sama mcm makcik tadi(mkcik td ntah p mana) sambil bertanya betul tak nombor penghujung ic Seri yg terpapar di kad temu janji itu berkali-kali. Bahang semakin terasa. Sesungguhnya Seri manusia biasa, ditanya perkara sama dan dijawab pula dgn jwpn sama berulang2 kali, buat Seri mcm hilang sabar, wpun masih nampak cool menunggu. Kali ini dia mahu ic Seri pula. Setelah ic bertukar tgn, dia masuk ke dalam dgn misi mencarinya semula. kira-kira 30 min kemudian dipanggil lg oleh seorang makcik juga(kali ni makcik lain) dan bertanya bende yg sama. Darjah kepanasan Seri semakin menyala dan naik. Suami yg setia menunggu Seri juga mula naik angin dgn tindakan diaorng yang hilangkan atau misplaced kad rekod kesihatan Seri. Cara menjawab juga tidaklah berapa menyenangkan hati Seri dan suami yg masih mampu menahan tahap gaban rasa meletup volcanonya ini apabila kami bertanya mcm mana boleh jadi hilang, atau misplaced begitu.

Seri terus berdiri di kaunter. Pesakit yang menyaingi Seri menunggu tadi sudah lama beransur balik atau masih ada lg yg menunggu giliran berjumpa dktr. Akhirnya setelah menunggu lebih kurang 20 minit di depan kaunter makcik yg memula tadi, dtg ke kaunter sambil membawa kad kesihatan dan nampak tebal itu. "dah jumpa..ada terselit kat situ gak sbb terlalu banyak kad dalam bilik tu." tanpa sehuruf atau seperkataan minta maaf pada Seri dia terus menulis data Seri dan mengecop kad Seri (dgn kesan hentakan yg agak kuat)-mcm marah-marah, dan meletakkan kad Seri di atas kaunter begitu sahaja. Tanpa perkataan maaf sama sekali. Diulangi...TIADA.

Seri mengambil kad tersebut dan terus berlalu menunggu di kerusi untuk masuk ke bilik doktor. Di situ Seri menghabiskan lagi masa menunggu hampir satu jam utk bertemu dktr. Hermmm...sudah jumpa dktr...lain pula ceritanya...nak tahu? Nanti2lah cerita plak k? jari-jari Seri da agak sakit menekan punat-punat papan kekunci laptop ini. Terasa malas pula nak menyambung...huhu

Jadi? apa kata korang yang baca post Seri ini? Pernah berlaku pada anda? Haha..bersabarlah jika diuji begitu....Ada hikmahnya..sama-sama kita fikirkan...:-)

Seri stop dulu. Next2 time kita jumpa lagi ya...

~Seri Panggung: Tiada ujian dan dugaan bukan hidup namanya...Dah mati pun ada cabaran...malah lebih besar cabarannya bergantung daripada kesan kita menghadapi cabaran masa hidup kan? haha...~

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. banyak hikmahnya jika hidup selalu bersabar...bukankah Allah sentiasa bersama orang-org yg bersabar selalu? senyum :)

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. saper lak alih ulasan ni? pengarang ulasan atau pengarang post? aisehhhh....kompius tol...rasa2 mcm x ada delete post saper2...apakahhh??? aku telah dicerobohi??? huhu..

    BalasPadam
  4. hahahaha..sy lh puan...SINA...sy dh agak dh, ktk grenti ngereco...hahahahha...sy t'lbh komen lam post ya, sbb ya pdm gk nye...terasa org lak...pengalaman ktk ya suh senyum sorang2 jak...pengalaman yg sm di alami...lumdak lam 'hotel' gk...byk ragam org d tgga...hahahaaha...x sbr nggu smbgn nye...

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada