Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Isnin, 29 Ogos 2011

Ramadhan Yang Penuh Rahmat Buat Seri...Berjumpakah Lagi Kami Berdua Tahun Depan?

Ramadhan hampir berlalu pergi...tinggal hari ini sahaja seluruh umat Islam sepatutnya berebut dengan keberkatan dan akan merindui kedatangan Ramadhan tahun depan. Tetapi Seri nampak umat Islam semakin hampir Ramadhan pergi semakin galak ke shopping complex untuk mebuat persiapan hari raya. Malam-malam terawih terakhir yang penuh dengan rahmat Allah sudah sunyi. Masjid dan musolla bukan lagi tempat pilihan, tetapi sana...pusat beli belah sesak dengan manusia terutamanya umat Islam bagi menyambut persiapan raya. Tempat meletak kereta sudah penuh semuanya di kesemua pusat dan gedung beli belah hingga ada antara mereka meletak kereta di tepi2 jalan besar yang akhirnya akan menggandakan lagi kesesakan jalan raya yang sedia ada. Masa diperuntukkan lebih kurang 1 jam setengah hanya berlegar-legar untuk mencari tempat letak kereta. Jalan-jalan penuh dengan kereta kecil, besar, motosikal, lori dan sebagainya dengan urusan masing-masing. MasyaAllah keadaan ini menyebabkan Seri cuma balik dengan sehelai baju raya dan tanpa apa-apa. Benar..tanpa apa-apa...Seri macam nak termuntah hijau melihat keadaan yang lazimnya luar biasa sesak menjelang musim-musim perayaan begini.

Kita memang digalakkan untuk menyediakan kelengkapan beraya seperti yang disunatkan agama, tetapi Seri ingat tak perlulah berlebihan dan membazir. Seri lihat umat Islam sekarang (terutamanya menjelang 3-4 hari sebelum raya) berlumba-lumba memilih keperluan, di tangan beg-beg kertas dan plastik mungkin sudah penuh tetapi sebelah tangan lagi masih leka memilih barangan berjenama yang mempunyai potongan harga hingga 80%. Bersesak-sesak antara satu sama lain di kaunter pembayaran dan rak-rak kasut, baju, beg tangan, dan seumpamanya. Pendek kata semua tempat sesak! Sungguhlah Seri tidak teruja langsung untuk semuanya ini dan akhirnya mengajak suami balik ke rumah dengan sehelai baju biasa sahaja. (Itupun setelah Seri berhempas pulas bersesak ketika memilih di butik pakaian tersebut.

Sungguhpun demikian, hati Seri semakin sayu apabila Ramadhan bakal berlalu pergi. Hari ini terakhir, ya..hari ini yang terakhir. Dalam keseronokan umat Islam mahu menyambut hari lebaran, Seri mahu melimpahkan kesyukuran dan bersujud kepada Allah Swt atas kurnia dan rahmatNya terhadap Seri dalam bulan seribu bulan ini. Seri bersyukur kerana kedatangan Ramadhan kali ini benar2 membawa erti kepada Seri. Tak payahlah Seri senaraikan di sini apa yang Seri sudah lalui pada Ramadhan kali ini, tetapi secara serius Seri begitu mensyukuriNya. Ya Allah tambahkanlah rahmatMu kepada kami hamba2Mu yang kerdil ini. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemurah, Pemberi dan Maha Menentukan. Ada banyak sebab yang kami tidak tahu apabila Engkau berikan sesuatu kepada kami. Tambahkanlah ketaqwaan kami padaMu Ya Allah!

Seri berdoa semoga ada lagi rahmat dan keizinanMu untuk ku kembali mengecap nikmat dan rahmat di bulan yang penuh dengan barakah ini. Bulan yang segala amalannya digandakan beribu kali daripada biasa. Semoga Seri dan insan-insan yang Seri cintai akan dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan pada tahun depan dan hari-hari seterusnya. Seri benar-benar berdoa untuk itu. Berilah kesempatan kepada kami ya Rabb! Akan kami laluinya dengan ketaqwaan dan keimanan yang berganda juag, dengan izinMu ya Allah!

Amin yarabbal Alamin.

Salam Lebaran Aidil Fitri untuk semua yang mengenali Seri serta mohon maaf zahir dan batin. Bagi para pelajar yang ada di sini, jemputlah datang ke rumah nanti. :)

Seri Panggung
Alor Gajah, Melaka

Selasa, 9 Ogos 2011

Biarkan Aku Di Situ....

Degup atma
Menyingkap tirai cinta
Mengolek secebis rasa
Antara kasih dan mesra
Dua manusia

Izinkan daku
Menganyam tali rindu
Yang berpanjangan buatmu

Layakkah aku
Untuk terus memintal benang sayang
Andai kelibut rembang malam
Tidak bisa menahan sabar
Melabuh tirai perpisahan

Kulakar lukisan cinta
Di kanvas sore sepi
Kuhiasi dengan sejuta warna indah
Biar dinding merekah
Memungkah bingkai enggan dipamerkan ke dadanya

Biarkan aku
Berteman sepi puing-puing rindu
Biarkan aku
Bersaksikan rembulan muram malam
Biarkan aku
Bergelangkan cerita lara darimu
Biarkan aku
Menongkat cinta biar pokok kesetiaanmu
Sudah rebah memamah rumput kasih
Di lubuk hatiku

Akulah pencinta setia itu
Duduk di bangku waktu
Membilang hari-hari duka
Mengharap ia bertukar menjadi manis tawa
Walau aku tahu
Tidak mungkin cinta kita bersatu!

~Seri Panggung~
Lembah Titiwangsa




Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada