Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Isnin, 21 Januari 2013

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga...Satu Memoir Buat Bonda Tercinta

Setelah kembali ke Bumi Semenanjung selepas kehilangan bonda yang tercinta, menyahut seruan Ilahi sehari sebelum tahun 2012 berakhir,Seri masih rasa kehilangan yang amat sangat. Perasaan tidak percaya, masih terasa-rasa bonda tercinta berada di wad hospital, masih kental dalam diri...sesekali terasa mahu menghubungi kakak-kakak Seri yang berada di Bumi Kenyalang utk bertanya khabar bonda di wad hospital, tetapi sekonyong itu juga teringat bahawa bonda sudah lebih 20 hari pergi mengadap Ilahi dengan penuh keselamatan, kesejahteraan dan ketenangan...

Bila saja menyebut tentang ibu tercinta Seri, secara automatisnya kolam mata akan dipenuhi air jernih...mengingati detik2 terakhir bonda bersama kami anak-anaknya dengan penuh ketenangan dan tanpa penyesalan...dan seusai Mahgrib pada 30 Disember 2012 tepat jam 7.40 malam hampir masuk waktu Isyak di Kuching, bonda telah meninggalkan kami adik beradik 9 orang kesemuanya di situ dengan penuh ketenangan. Mudah-mudahan kami menyenangkan hati bonda sehingga helaan nafas terakhirnya meninggalkan kami. Itu doa saya sehingga kini...

Jika dikenangkan sudah tentu perasaan dan kenangan bersama ibu kita akan terpahat sehingga kita juga mengadap-Nya...mana tidaknya...di rahimnyalah kita bermukim buat pertama kali...sehingga ditiupkan roh oleh Allah SWT, lahir dan membesar dengan penuh ketaatan kepada dirinya dan ayah tercinta. Saat melihat bonda menghela nafas terakhir, jika diikutkan hati mahu saja kita menghempas-hempas diri meraung meminta nyawa bonda dikembalikan oleh Allah...jika itu dapat dilakukan...Tetapi dengan tauhid yang kental hasil asuhan dan didikan bonda dan ayahanda tercinta...rasa redha menyelubungi dari dalam diri...Saat mengucapkan kalimah Innalillahiwainnailaihirajiun...sesekali tidak mahu percaya bahawa ucapan itu untuk mengiringi perginya bonda kita sendiri kembali kepada PenciptaNya. Namun...redha dan iman sahajalah yang dapat membenteng kita daripada terus mengalami rasa sedih keterlaluan, meratapi kehilangan dan sekaligus merasa tertekan kerana kehilangan manusia yang paling penting dalam hidup kita selama ini...Allahuakbar!...Moga-moga Allah terus memberikan kekuatan dan ketabahan kepada kami adik beradik kerana sudah kehilangan dua orang insan yang paling penting dan disayangi selama hayat ini...

Ibu, kasihnya membawa ke syurga..Saat-saat bulan terakhir ibu sakit, Seri hanya menjaganya secara berkala, kerana duduk berjauhan dengannya di Bumi Malaya....Rasa kekesalan begitu menebal dari dalam diri, saat menulis inipun air jernih tidak pernah segan silu untuk bertandang menuruni pipi Seri bila mengenangkan sedikitnya Seri menjaga ibu Seri saat-saat akhirnya. Namun Seri rasa bersyukur sekurang-kurangnya semasa ibu terlantar di ICU, beliau sempat membuka matanya dan memandang Seri yang kembali ke sisinya sambil memegang erat tangan Seri. Beliau sempat menganggukkan kepala bila Seri beritahu kepulangan Seri ke sisinya saat itu menandakan dia tahu bahawa Seri ada di sisinya saat dia kembali kepada PenciptaNya.

Terngiang-ngiang lagi Seri alunan bacaan surah Yasin dan ayat-ayat dari surah AlQuran kami adik beradik sepanjang ibu Seri sudah tidak membuka matanya utk memandangkan kami lagi pada saat terakhirnya di wad hospital. Dan seusai Seri membaca Surah Al-Kahfi, ibu Seri semakin menghela nafas pendek menandakan saat dan ketikanya semakin hampir. Saat itu penuh mengelilinginya, anak-anak cucu dan serta sanak saudara datang utk mendoakan ibu, mungkin buat kali terakhir.


Ibu Seri semasa hayatnya cukup penyabar. Beliau juga seorang ibu yang lemah lembut mendidik kami 9 orang kesemuanya tanpa keluhan, tanpa kenal erti penant lelah. Apatah lagi bila 20 tahun lalu ibu terpaksa berjuang membesarkan kami semua sendirian bila ayahanda Seri dipangil mengadap Ilahi secara mengejut, benar-benar 3 hari sebelum Seri menduduki peperiksaan SPM. Ia merupakan tamparan hebat buat ibu Seri , dan kami anak-anaknya. Namun, Ibu Seri meneruskan perjuangannya untuk mendidik dan menjaga kami tanpa keluhan, tanpa kenal jerih perih...tanpa kenal erti kesusahan dan menghantar kami semua meneruskan pembelajaran hingga ke menara gading, kesemua 9 orangnya. Saat melihat kami naik ke pentas mengambil skrol ijazah masing-masing ibu Seri menitiskan air mata...rasa yang mungkin berbaur.Rasa syukur dan gembira dan juga rasa sedih kerana tiada suami di sisi menemaninya untuk masuk ke dewan melihat kami berjaya...seorang demi seorang...sehingga Seri menghabiskan ijazah kedua Seri, ibu masih sempat menghadirinya dalam keadaan yang masih sihat sepenuhnya...Dan Seri kembali rasa terlalu sedih apabila ibu tidak sempat menunaikan janjinya untuk masuk sekali lagi ke dewan bagi melihat Seri mengambil ijazah ketiga saya, ijazah kedoktoran (insyaAllah jika diizin Allah akan selesai pada tahun depan), ijazah terakhir saya kerana beliau sudah pergi dijemput Ilahi terlebih awal.

Terngiang-juga ditelinga Seri saat dia menahan Seri daripada menyambung PhD ke luar negara seperti mana yang pernah seri tulis di entry sebelumnya...Nasiblah juga Seri tidak pentingkan diri saat itu dan menurut kehendaknya...jika tidak...alangkah...alangkah....menyesal dan ralatnya Seri rasa. Sesungguhnya Allah Maha Merancang dan Mengetahui...PerancanganNyalah yang paling Terbaik.

Ibu Seri, juga sepanjang hayatnya tidak banyak bercakap..beliau hanya bercakap yang perlu-perlu sahaja...namun tidak pernah berhenti meleteri kami demi mendidik kami adik beradik supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Ibu Seri, juga sepanjang hayatnya, hanya tahu menjaga dan mengambil kira kepentingan anak-anak, di samping beliau tidak pernah lekang dari mendoakan kami anak-anaknya dalam setiap sujudnya kepada Allah SWT...

Kini tiada lagi doa ibu untuk Seri dan adik beradik. Juga tiada doa ayah untuk kami...kami kehilangan doa paling mustajab yang dijanjikan Allah SWT kepada makhlukNya....Ia mengundang rasa yang sungguh pilu bila dikenangkan...Siapatah yang tidak inginkan doa dari ibunya? doa dr ayahnya? atau doa dari kedua-dua ibu ayahnya? Dua manusia inilah yang paling disanjung dalam hidup seorang yang bergelar anak. Sesungguhnya, kasih seorang ibu, kasih berpanjangan dan kekal hingga ke syurga...tidak akan masuk syurga seorang anak jika derhaka kepada kedua ibu bapanya...Kasihnya ayah...sepanjang masa....

Seri sudah tidak mampu menahan ladungan air mata di dalam kolam mata ini...Seri mahu berhenti di sini...memoir seorang ibu akan tetap kekal agung dalam hati Seri dan adik beradik Seri sepanjang waktu...Terima kasih mak! kerana melahirkan Seri dan adik beradik yang lain...Terima kasih atas didikan yang sempurna kepada kami semua sehingga kami semua berjaya dalam hidup seperti yang kami ada hingga ke hari ini. Tidak sesekali akan kami lupa segala pesanan, ingatan dan ajaran yang pernah ibu berikan dan tegurkan kepada kami selama ini...Selamanyalah akan terpahat dalam ingatan dan hati selagi hayat dikandung badan....

Bersemadilah mak dengan tenang dan damai di alam sana...doa akan kami titipkan untuk mak setiap usai solat....Mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan dan Nur dari setiap perbuatan mak sewaktu hidup demi anak-anak....mudah-mudahan Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mak selalu dan menempatkan roh mak dalam kalangan orang-orang yang beriman dan Beramal Soleh...Aamin!

Doa yang sama utk arwah ayah yang sudah kembali mengadap Ilahi 20 tahun yang lalu...mudah-mudahan roh bapak ditempatkan dalam kalangan org2 yang beriman dan beramal soleh dan dicucuri rahmat oleh Allah selalu...Aamin...

p/s: hargailah ibu bapa anda semasa hayatnya masih ada...dan doakanlah mereka sentiasa ketika mereka sudah pergi dijemput Ilahi...InsyaAllah kebahagiaan ibu bapa di sana antaranya adalah hasil doa-doa anak-anak yang soleh dan solehah di sini...

Sedekahkanlah Al-fatihah kepada ibu bapa kita sama ada yang sudah kembali kepada Allah atau yang masih hidup...InsyaAllah, akan dibuka pintu rezeki kamu semua...
~Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah~




Berladung Air Mata,
Seri Panggung
Kota Mualim
Lembah Titiwangsa


Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada