Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Khamis, 31 Mei 2012

Bila Rindu Itu Terbias : Episod Cinta di Tanah Suci

Kalaulah aku punya sayap sendiri, mahu sahaja aku terbangkan diri ke bumi haram. Tanah Suci umat Islam, Mekah Al-Mukarramah…selayaknya aku terasa seperti benar-benar mahu terbang ke sana untuk mengabdikan diri pada Allah. Dengan kelibut fikiran dan perasaan yang bercampur baur, gelisah dan resah ini ingin sekali aku kali ini hendak menjadi tetamu Allah yang hakiki. Membuang segala saki baki nikmat duniawi yang sementara ini. Teringin sekali aku memeluk dan mencium wanginya Hajarul Aswad dan berdoa di Hijr Ismail…agar semua yang bernanah di fikiran dan hati saat ini dapat disucikan Allah. Ingin aku berulang sebanyak mana yang mungkin dari Bukit Safa ke Bukit Marwah agar aku dapat merasai sakit peritnya kehidupan ini yang terpaksa berdepan dengan realiti yg sama setiap hari dan menebus kelemahan semangat diri yang kian hilang saat ini. Supaya juga aku dapat merasai betapa perit, cekal, tabahya Siti Hajar berdepan dengan ujian Allah ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di kawasan gersang dan bersendirian demi menyahut perintah Allah; beliau berulang alik di antara dua bukit itu demi memberi anaknya Ismail minum. Ingin juga aku bertawaf sebanyak mungkinnya untuk merasa bahawa dalam dunia ini memang penuh dengan manusia yang pelbagai ragam, supaya aku tidak takut dan gentar berhadapan dengan ujian demi ujian Allah terhadap ku. Supaya aku juga sedar bahawa yang selayaknya ditakuti hanyalah Allah SWT. Ingin juga aku bersujud di depan Baitullah itu agar aku tersedar bahawa diri ini hanyalah makhluk Allah yang tersangatlah kerdil. Sesungguhnya, begitu indah gambaran di Tanah Haram itu….Tanah Suci itu….ingin sekali aku mengabdikan diri pada Allah dengan kesejukan lantai marmar Masjidil Haram; tunduk, rukuk dan sujud dengan hati putih bersih laksana kain putih yang belum dikotori oleh noda-noda dunia. Aku juga teringin untuk meneguk manisnya air zam-zam, air keramat yang dikurniakan Allah istimewa untuk orang-orang Islam dari telaganya di bawah lindungan Baitullah itu. Yang khabarnya berombak-ombak keluar dari mata air tanpa henti dari bawah bumi, sejak ribuan tahun lampau, semenjak zaman Siti Hajar dan anaknya Ismail…Ya Allah! Teringinnya aku untuk melontar sekuat tenagaku jamrah beribu kali jamrah agar syaitan-syaitan yang berbondong dan melekat dalam hati dan diri sebelum ini terlontar jauh sama merasa azabnya dibaling sejauh mungkin untuk kembali kepadaMu penciptanya juga, seperti diri kami ini. Biarkan laknatullah itu terseksa dengan balingan dan lontaran jamrahku akibat bongkaknya menghasutku selama ini untuk melakukan dosa-dosa besar dan kecil tanpa segan silu padaMu dan tanpa putus asa. Biarkan!!! Rasakan!!! Ya Allah…Tuhan Rabbul Jalil…ingin sekali aku mendaki Jabal Rahmah supaya aku dapat mengimbas dan meresapi kembali pesan-pesan Rasul Junjungan kami Muhammad SAW buat kali yang terakhir dalam khutbah terakhirnya , yang sudah kami lupakan terlalu lama. Ya Rabbi…ingin sekali aku memanjat bukitan itu, agar aku dapat merasa dan sedar panas dan bahangnya dunia ini tidak sepertinya azab panas yang Kau janjikan kepada kami di mahsyar nanti akibat menderhakai perintahMu ya Allah…supaya aku utuh menitipkan rasa syukur sentiasa atas nikmat yang kau berikan sementara di dunia ini. Ya Allah Ya Rabbi….ingin sekali aku menangis air mata penyesalan yang lahir dari hati seikhlas mungkin tunduk, rukuk dan sujud di hadapan rumahMu ya Allah….menyesali setiap tetek bengek noda-noda dan dosa-dosa lampauku….dosa-dosa kecil dan dosa besarku…Mohon diampunkan Ya Allah….Moga air mata penyesalan ini tidak berubah sekembaliku ke bumi pemastautinku nanti…semoga air mata penyesalan dan air mata kerana merinduiMu dan takutkan azabMu ini bukan hanya tumpah di bumi suci itu sahaja….semoga ianya sentiasa bertakung kerana mencintai dan merinduiMu ya Allah hingga akhir hayatku dijemputMu kembali ke sisiMu ya Allah…. Ya Qarim…Ya Aziz…jika aku punyai kudrat dan kekuatan untuk menghilangkan diri sementara dari nikmat dunia ini aku ingin juga terbang ke bumi RasulMu mengembangkan syiar Islam dengan gigih…Ingin sekali aku melawat Junjungan itu di bumi Anbia' Madinah Al-Munawwarah….Ingin sekali aku meletakkan dahiku dan sujud di lantai marmar sejuk Masjid An-Nabawi yang menjadi kesayangan Nabi dan Rasul Junjungan kami itu untuk mengabdikan diri kepadaMu ya Allah…Ingin juga aku melawat makam manusia paling terpuji di muka bumi ini, Makam Muhammad Rasulullah SAW ini untuk menyampaikan rasa rindu dendam yang tak terperi kepada Baginda selama ini, sujud padaMu di Ar-Raudhah taman syurga itu, mengirimkan doa yang tidak putus-putus kepada insan kecintaan seluruh umat Islam itu…memohon syafaatnya di kehidupan selepas ini nantinya….mengirimkan rasa rindu serindu-rindunya….ingin aku jejaki setiap pojok Bandar Cahaya ini menjejaki kekuatan, kegigihan dan kesabaran Junjungan Besar Muhammad SAW itu dalam menyebarkan tiang-tiang dan syiar-syiar Islam..Sedikit pun tidak gentar, takut pada musuh-musuh Islam…malah keterpujian Baginda yang Kau jadikan itu ya Allah, terlalu terpuji hingga musuhnya menjadi sahabatnya… Ya ZalJalaliwalikram…kirim dan hantar aku kepada rumahMu ya Allah…terbangkan aku kepada Tanah SuciMu Ya Rahim…Semarakkanlah kerinduanku pada RasulMu ya Allah tanpa henti Ya Rahman…. Bersihkanlah dan sucikanlah noda-noda dosaku selama ini di bumi Haram dan Suci itu Ya Allah… Sesungguhnya aku terlalu merinduiMu dan KekasihMu…Ya Malik! Episod Cinta di Tanah SuciMu…biarkan ianya berterusan kekal di hati aku dan kami Ya Razzaq...walau berjuta kali kau terbangkan kami di situ…dengan izinMu….Wahai Allah…Tuhan pemilik segala kerajaan langit dan bumi…. Seri Panggung Kala Hati Terlalu Rindu PadaNya...
Rindunya pada Baitullah ini...MasyaAllah....

Selasa, 29 Mei 2012

Caca-marba...Part I : Posting Oh! Posting...

Salam untuk semua...macam biasa sudah agak lama baru Seri kembali...tetapi kembali pd kali ini bukan sekadar dengan niat untuk menulis di sini tetapi dek kerana sudah hilang fokus untuk membaca dan menulis tesis yang tebalnya dijangka hampir 450 muka surat itu. Hari ini Seri benar2 kehilangan idea, disulami dengan rasa yang sudah lama tidak bertandang...nampaknya Allah sengaja menguji Seri lagi dalam kelibut Seri menulis tesis PhD Seri. senyum sahajalah apabila Allah sudah lama memberikan nikmat sihat itu, sesekali ditariknya balik supaya kita tidak mudah terleka...begitulah...namun Seri harus kuat mendepaninya...WAJIB kuat!...maka kamu yg sedang membaca post Seri kali ini jga WAJIB kuat mendepani segala macam caca-marba dunia ini. Sementara sahaja, esok lusa bila da sampai masa, kita akan meninggalkannya dengan selamba...huhu.... Kisah Seri kali ini juga caca marba. Banyak nak ditulis, banyak juga nak disembangkan, tetapi hari ini yg terlintas di fikiran Seri yang agak kacau memikir 450 muka surat yg hendak ditulis itu ialah perihal penempatan guru2 baru...yang sebahagian pengalamannya dikongsi oleh anak2 didik Seri yang sudah tamat belajar baru-baru ini. Mungkin rezeki mereka agaknya, penempatan mereka dipermudahkan Allah, baru selesai mengenakan jubah akademik dan mortar board beberapa minggu lpz, detik kegembiraan dalam hidup mereka bersambung lagi dengan berita kejayaan berposting! Alhamdulillah...diam2 Seri merafakkan kesyukuran juga pada Allah, anak2 Seri tak menganggur lama...sebelumnya pula bertugas sementara dalan program INTERIM...ada 3 bulan...ada pula 5 bulan...mengikut keperluan sekolah.... Bila mereka telah berjaya dipostingkan dalam penempatan kawasan mengajar. Maka sibuklah mereka menulis dan mengupdate status di muka buku, laman burung biru, dan sebagainya mak nenek laman sosial ttg kejayaan yg diraih...mengucap syukur pada Allah, berkongsi kegembiraan dengan Seri dan Seri cpt2 mengucapkan tahniah pada mereka, segera memotivasikan mereka jika di tempatkan jauh dr keluarga tercinta, tetapi dalam berkongsi kegembiraan dengan mereka, ada juga yang buat Seri rasa sedih dan gagal dalam mendidik, wujud 2-3 orang yang agak "compang-camping statusnya" mengeluh kesah, dan melahirkan kekesalan kerana mendapat tempat x seperti yang diharapkan atau x seperti rakan taulan yg dekat dengan kg halaman masing2. MasyaAllah, kenelah faham konsep bersyukur ya anak2....wahai cinta jiwa saya semuanya....cuba fikirkan ada brapa ramai lagi -ribu riban graduan yg masih tercari2 pekerjaan, menganggur dan masih berjuang untuk mencari sesuap nasi rezeki masing2....lagipun tempat dipostingkan itu masih lagi dalam Malaysia, bukannya tempat lain di luar negara yang kucar-kacir situasinya, berperang sana-sini...jadi saya sgt berharap sangat supaya semua anak2 saya mengerti dan faham erti sebenarnya konsep bersyukur dan berterima kasih pada Allah, atas urusan rezeki yg diberikan-Nya. Sudah pastilah hanya Dialah yang tahu yang terbaik untuk kita semua...anggaplah saya sebagai pencetus motivasi anda semua...saya sekarang ini percaya rezeki saya di Bumi Malaya, bukan di seberang di kampung halaman saya, tempat di mana kamu semua mungkin ditempatkan. percayalah pada rezeki dan kurniaan Allah...Dialah Maha Perancang dan Penentu yang terbaik untuk hidup kita, kerana Allah bekerja penuh rahsia! Semuanya telah tertulis untuk kita sejak di Loh Mahfudz...baik, buruk, rezeki, ajal, maut, jodoh pertemuan....semuanya di tangan Yang Maha Berkuasa..Dia Rabbul Jalil.... Kepada yang sudah semakin merasa manisnya pengalaman di tempat orang, tahniah saya ucapkan kerana dapat mengadaptasi budaya dan diri dengan cepat...InsyaAllah dengan semangat dan optimistik anda saya yakin anda boleh berjaya di tempat orang. Sudah tentulah...pasti anda semua sentiasa dalam doa dan ingatan saya...agar semuanya dipermudahkan Allah dan berjaya menjadi pendidik yang akan membentuk identiti pewaris bangsa....Apa-apa kemusykilan dan mahu berkongsi suka duka, dengan saya, macam biasa sy masih sudi berada di sisi kamu semua...saya masih guru kamu seperti dulu.... :) Seri Panggung: Apa-apa pun...caca marba hari ini Seri sudah tukar topiknya posting oh! posting! selamat mengajar untuk semua ya! Seri Panggung Lembah Titiwangsa
**Ulat Mulong, mknan eksotik Swak...bg yg ditempatkan di Bahagian yg didiami orang Melanau spt Mukah dan kawasan sekitarnya, jgn lp mencuba mknan eksotik ini ya? Sila makan tanpa was-was ...:)**

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada