Bila Pena, Keyboard, Sudip dan Kuali Berlaga...

Merenung nikmat hidup menimbulkan kepuasan diri...bukan setakat itu, perlahan-lahan kita belajar bersyukur dan zuhud akan nikmat Allah pada kita selama ini...saya suka menulis, menulis bererti berkongsi pengalaman dengan orang lain, memanjangkan ilmu pengetahuan, memberikan keseronokan kepada kita sendiri dan orang lain...

Saya backpackers, walaupun sudah ada penjaga saya (suami), saya sering travel bersendirian...(biasanya sebab suami selalu sibuk dengan kerjanya...huhu)...dan anehnya saya bila berpergian sendirian, saya jarang-jarang sekali mengambil gambar di tempat saya pergi, kerana saya jika ke luar negara atau dalam negara, saya benar-benar mahu menikmati sekeliling tempat baru itu dengan hati dan minda saya....Jangan tanya kenapa, kerana itulah saya....Jarang juga berpergian berkawan-kawan kerana pergi berkawanan banyak dan sibuk ambil gambar dan kurang menikmati tempat baru...kemudian pergi shopping mcm nak rak ak
hirnya kepenatan..bagi saya biarlah keindahan dan tempat dan suasana baru yang saya lawati benar-benar terakam dalam minda dan hati saya...dengan satu pengharapan...melalui kenangan di fikiran itu akan membuatkan saya datang lagi sekali ke tempat tersebut...

Saya juga suka memasak, kerana bagi saya ia satu hobi yang
memang unik. Kita tidak akan tahu hebatnya kepuasan memasak sekiranya kita tidak melakukan hobi itu. Mencari, mencuba sesuatu yang baru...mencabar akal dan kemahiran...senyum akan terbit bila perut orang yang kita mahu isi kenyang dan mereka menghabiskan suapan terakhir di pinggan mereka dengan licin dan tersenyum...kata orang..mengikat kasih untuk suami sahaja tidak cukup dengan peluk cium dan kata-kata semanis madu...ia boleh diperkayakan dengan hasil air tangan kita untuk memenuhi perut mereka...sebelum mereka mencari "makanan di luar"! haha...AWAS! Jadi...moh le kita main masak-masak...simple pun tak apa...janji sedap!

Jom! Kenali saya... :-)

Ahad, 19 Februari 2012

Memang Islam dari Asal ke?..huahuahua....

Macam biasa lpz lama menyepi, Seri br ada masa utk mengupdate blog suam2 kuku ni...tapi diam tak diam...suam tak suam...ada 17 org jugak yg mengikuti perkembangan Seri di sini...dan di sini Seri mahu ucapkan terima kasih banyak2 bagi yg setia sama ada aktif atau tak aktif....yang Seri tahu anda semua ada di laman Seri yg suam2 ini...hehhee

Cerita kali ini agak basi juga tapi Seri memang ada niat utk menulisnya di blog Seri ini kerana ia agak mencuit hati Seri ketika ia berlaku kepada Seri...siapa-siapa yang terasa dengan tulisan Seri ttg nilai dan sikap prejudis sesetengah masyarakat di sini terhadap rakyat Sabah Sarawak, Seri mohon ampun maaf, dari hujung rambut hingga hujung jari kaki...Seri tak maksudkan semuanya, malah Seri juga bukan prejudis juga pd masyarakat di bumi Malaya ini. Bagi Seri kepercayaan, idea dan juga kata-kata adalah hak milik mulut dan diri seseorang tu...siapa2 pun tak boleh ubah dan komen apa-apa...kecuali yg berkaitan dgn ketenteraman awam perlulah dibendung...itupun kenelah ikut saluran yg betul juga...ermmmm....

Cuma ceritanya begini...:

sebulan lalu Seri menemankan suami pergi temujanji pakar periodentik di klinik kesihatan Jelapang. Dipendekkan cerita, ketika Seri sedang menunggu suami mendapatkan rawatan pakar gusi, datanglah seorang makcik cleaner (pembantu am rendah klinik kesihatan) berbual dengan Seri. Macam biasa, Seri jarang pandai menolak orang yang mahu bertukar2 fikiran dengan Seri ataupun bersembang kosong dengan Seri. Bila sudah agak lama menyembang tiba-tiba makcik yang agak terlebih peramah ini bertanya kepada Seri. Soalannya begini," Anak asal dari mana?" tanpa teragak-agak Seri menjawab dgn bangga. " Sarawak" sambil tersenyum penuh makna membayangkan kampung halaman dan wajah bonda tercinta. Makcik itu spt agak terkejut. Al-maklumlah, ramai yg tak percaya jika Seri mengaku dr Bumi Kenyalang bila rata2nya mengatakan Seri tiada rupa spt sarawakian dan cara bercakap tidak menunjukkan slang org sana. Seri pun tidak tahu mengapa, mungkin sejak sekolah lagi Seri sering melatih diri bercakap bahasa Melayu standard bila berkomunikasi dgn guru dan banyak mengambil bahagian dalam kokurikulum akademik spt perbahasan, pantun, pidato serta forum. Mungkin itu latihan asas yg buat lidah Seri jd terbiasa. Tentang rupa pula...no komen! heeee.. ;p

Dengan nada terkejut makcik peramah itu bertanya lagi. Begini. "Sarawak? owh jauhnya? suami org sarawak jugak ke?" "Oh! tidak," saya menjawab pantas. "Suami orang Melaka." makcik peramah mengangguk2 lagi...tapi mukanya seperti nampak keliru. Sambil merenung Seri dgn pandangan ingin tahu yg membuak2, akhirnya tercetus juga persoalan yg bermain dlm akal fikirannya. Persoalan yang juga mendatangkan perasaan bercampur baur jga pd diri Seri waktu itu. Tetapi bila kembali dr situ, tiba-tiba Seri rasa pertanyaan makcik itu benar-benar kelakar. Masih ada lagi yang berfikiran begitu..tapi,Seri cepat maafkan makcik terlebih peramah itu kerana melihatkan keadaan dan usia dia.

Soalan cepu emas beliau pada Seri begini :

"Ermm..anak asal dari Sarawak...err...memang Islam dari asal ke?" Uuhh??? Seri benar-benar terkejut dgn pertanyaan makcik terlebih peramah itu tadi. Tidak faham soalan rasanya pun ada. Seri mengerutkan dahi, tanda tidak faham. Makcik terlebih peramah mengulang lagi soalan pelik itu. kali ini nampak agak berhati2, mungkin takut Seri terasa hati. "Anak memang asalnya Islam ke?..Maklumlah kat Sarawak kan ramai bukan Islam...dan itulah maksudnya pertanyaan makcik terlebih peramah itu, dengan jelas kepada Seri. Dan Seri terus melopong dengan pertanyan makcik terlebih peramah itu. Sambil mengelipkan mata berkali-kali dengan maksud soalannya itu.

Seri Panggung : Sumpah ini kali pertama soalan begitu ditanyakan kepada Seri. Anda semua bagaimana? Kawan-kawan dari Sarawak dan Sabah? Anda pernah ditanya begini bila berada di Bumi Malaya? hahaha...Seri cuma terkejut...tapi tidak kecik ati langsung...Seri tahu status dan pemikiran makcik terlebih peramah itu. Saya maafkan dia...

Moral of the story: jgn cpat naik angin dan cepat=cepat pula maafkan orang lain...haha..







MODE: I Love Sarawak...hehehe

Menikmati Indahnya Tuhan

Menikmati Indahnya Tuhan
Kala hati dirundung duka...Jangan lupa kita masih ada Pencipta...Yang Sentiasa Di sisi dan Melihat Kita...Maha Mendengar dan Maha Mengerti...Yang Tersurat dan Tersirat di Dada